Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu bahagian untuk melaksanakan
program-program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan
keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa berketrampilan
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Unit LDP IPG Kampus Rajang merancang dan menyelaras kursus-kursus secara dalaman
mahunpun luaran. Program-program yang pernah dan sedang dilaksanakan ialah Latihan
Pembangunan Staf (LPS), Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP 14 M/6M/2M/1M), KDP 14 M
Prasarjana Muda Pengajaran KPM-OUM, Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Kursus
Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu Tahun, Kursus Latihan Guru Bestari, Program
Peningkatan Profesionalisme guru sekolah pedalaman (Projek Model Pensiangan-Salinatan)
Program Kelas Intervensi Awal Membaca Menulis (KIA 2M) untuk sekolah-sekolah orang
Asli dan Teaching School. Program-program ini dilaksanakan dengan usahasama dan
kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Wilayah
Persekutuan dan Putrajaya serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak.

Program-program LDP IPGKR disediakan untuk dua kumpulan sasaran utama. Sasaran
pertama terdiri daripada semua staf akademik dan bukan akdemik. Kumpulan kedua adalah
guru-guru dalam perkidmatan sekolah menengah dan sekolah rendah di PPD Sarikei, Julau,
Meradong, Selangau, Sibu, Kanowit, Song, Mukah, Kapit dan Saratok (2010). Program-
program LDP yang dilaksanakan adalah laluan dan usaha untuk mempertingkatkan
profesionalisme dan martabat bidang perguruan sebagai satu profesion yang senantiasa
dihormati dan disanjung tinggi selaras dengan tuntutan masa kini dan masa depan.

VISI
Memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan berterusan ke arah meningkatkan
kecemerlangan profesionalisme keguruan.

MISI
Memberi latihan dan pendidikan berkualiti dalam melaksanakan sistem pendidikan guru yang
berkualiti kepada staf akademik, staf bukan akdemik, guru-guru dalam perkhidmatan untuk
melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berterampilan, dinamik dan inovatif
bagi merealisasikan aspirasi KPM dalam menyesuai dan memperkembangkan diri  terhadap
perubahan-perubahan terkini dalam dunia pendidikan.
TAFSIRAN
Perkembangan Profesional
Setiap ahli pendidik memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tugas pengajaran-
pembelajaran. Adalah menjadi tanggung jawab setiap individu untuk berusaha
memperkembangkan serta meningkatkan  pengetahuan  dan kemahirannya sejajar dengan
perubahan terkini dalam dunia pendidikan. Usaha sedemikian dilihatkan sebagai
perkembangan profesional individu dan suatu usaha peribadi yang berterusan serta
memaparkan semangat, komitmen dan kematangan individu terhadap profesionnya.

Pembangunan Staf
Institut bertanggungjawab melaksanakan segala dasar dan arahan yang ditentukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemampuan untuk melaksanakan dasar-dasar kementerian
adalah terletak pada bahu semua staf dalam institusi. Justeru itu, latihan pembangunan staf
disediakan bertujuan untuk melatih staf akademik dan staf bukan akademik dalam bidang
baru mengikut keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan
juga Institut Pendidikan Guru. Selain memberi fokus kepada bidang baru, latihan
pembangunan staf juga merupakan tapak untuk melatih semula atau mengingatkan semula
para staf mengikut bidang kerja masing-masing. LDP bertujuan meningkatkan kemahiran dan
kecekapan semua staf dalam melaksanakan tugas yang mereka.

MATLAMAT LATIHAN
Merancang, melaksana dan menguruskan program-program latihan dalam perkhidmatan
dengan memastikan  mengikut tatacara yang ditetapkan dan mengambilkira peruntukan yang
diterima bagi memenuhi keperluan kepakaran untuk bidang tugas kepada pensyarah, staf dan
guru-guru dalam perkhidmatan supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen,
beretika dan berintegiriti.

OBJEKTIF
1. Merancang kursus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme
pensyarah untuk perkembangan potensi kendiri secara menyeluruh dan berterusan selaras
dengan aspirasi negara,

2. Mengadakan kursus motivasi untuk semua staf bagi meningkatkan produktiviti kerja
masing-masing dalam  memantapkan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum pendidikan
guru,
3. Memberi peluang kepada setiap pensyarah dan staf  meningikuti kursus, seminar atau
bengkel bagi meningkatkan    keupayaan diri dan memantapkan peningkatan kepimpinan
pedagogi masing-masing,

4. Menanam sikap positif di kalangan semua pensyarah dan staf sokongan supaya mutu kerja
dapat dipertingkat,

5. Mendedahkan pensyarah kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam  memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa,dan

6. Meningkatkan  kerjasama  pensyarah-pensyarah dan staf sokongan dalam melaksanakan


tugas dan mengukuhkan  semangat kerja berpasukan yang berintegiriti.

PENDEKATAN LATIHAN
1. Program latihan dirancang bersesuaian dengan kumpulan sasaran berdasarkan matriks
kompetensi kumpulan sasaran. Pendekatan andragogi digunakan dengan merangkumi ciri-ciri
berikut:-

2. jurulatih/penceramah memainkan peranan sebagai fasilitator.

3. latihan berfokus kepada keperluan & tahap kompetensi peluang terbuka untuk bertuk
fikiran, berkongsi pengalaman dan kemahiran sesama ahli kumpulan sasaran.

Anda mungkin juga menyukai