Anda di halaman 1dari 12

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH PELAJAR-

PELAJAR SAINS DI MALAYSIA

Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd Majid, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Anisa Alias, Shahrir
Samsuri, Basri Hassan, Nor Azaheen Abdul Hamid

ABSTRAK

Kemahiran Pemikiran Kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting dalam semua
profesion. Jelaslah di sini terdapat keperluan yang serius untuk kita mempersiapkan masyarakat
secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi
menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang bakal ditempuhi. Ini ditegaskan dalam Cornell
Critical Thinking Skills (1989) yang menegaskan kepentingan untuk mengintegrasikan kemahiran
berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Adalah penting bagi seseorang
individu diterapkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah untuk berupaya mengambil
tindakan yang jitu dan bertanggung jawab terhadap implikasi yang dihadapi. Kertas ini bertujuan
membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sains di
Malaysia berumur 16 hingga 17 tahun. Seramai 846 pelajar telah menjawab Instrumen
Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument –
MyCT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 sub-konstruk iaitu Taakulan
(reasoning), Analitikal dan Logik (analytica and logical), Kecenderungan (disposition) dan
Andaian (assumption). Profil pelajar sains menunjukkan keupayaan membuat kecenderungan
(disposition) adalah paling tinggi (73.74), diikuti taakulan (reasoning) (62.10), andaian
(assumption) (58.63) dan paling rendah adalah analitikal dan logikal (analytical dan logical)
(35.63). Hasil analisis Anova satu-hala (one-way Anova) mendapati kemahiran kritikal lebih
tinggi di kalangan pelajar Melayu berbanding Cina dan India. Perbezaan ini di dapati signifikan
(F=5.25, p< 0.001) bagi sub-konstruk taakulan (reasoning), (F=4.71, p<0.005) bagi sub-konstruk
analitikal dan logikal (analytical and logical) dan (F=2.72, p<0.005) bagi sub-konstruk andaian
(assumtions). Sementara dari analisis Ujian-t, mendapati pelajar lelaki dan perempuan, pelajar
dari sekolah bandar dan luar bandar, serta pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi dan rendah
tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi keempat-empat sub-konstruk kemahiran
kritikal. Kesimpulan kajian ini menunjukkan pelajar sains mempunyai kemahiran pemikiran
kritikal dan penyelesaian masalah yang berstruktur dan mantap kerana mereka telah dilatih dalam
kerja amali dan bengkel di makmal. Implikasi kajian kepada semua pengajar yang mengajar
pelajar aliran sains, perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang lemah dengan
mempelbagai strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta memberi perhatian
kepada perbezaan individu pelajar tersebut.

Kata kunci: Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT), kemahiran pemikiran
kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, taakulan (reasoning), analitikal dan logikal (analytical
and logical), kecenderungan (disposition) dan andaian (assumption).

PENGENALAN

Manusia diciptakan oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini yang
diberi berbagai keistimewaan dan kelebihan dari makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan
keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal fikiran. Akal fikiranlah yang
membezakan manusia dengan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual
knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penaakulan minda
(akal).
Kemahiran berfikir telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia sejak
zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi yang juga dikenali sebagai pemikiran kritis yang
merangkumi pemikiran kreatif. Dalam menjana pemikiran kritis dalam kehidupan, Socrates telah
menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan menjana dan
memberi buah fikiran seseorang. Sarananya juga betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi
yang disebut sebagai ‘deep questions’ diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara
kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai. Metod penyoalan Socrates
yang dikenali sebagai “Socrates questioning” atau “Penyoalan Socratic” masih dianggap sebagai
cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalkan
hingga kini. Ide Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid
Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang lagi
ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya
manusia berfikir sebelum menerima sesuatu.
Dalam abad ke dua puluh, tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-rakanya
yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan seperti yang
disarankan oleh Socrates dalam menjana kemahiran berfikir dengan berlandaskan domain
kognitif. Bloom adalah orang orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah ‘aras
pemikiran’ atau ‘level of thought processes’. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi
(higher-order thought processes) hanya boleh digembelingkan dengan menggunakan soalan atau
objektif pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru
menggunakan soalan atau objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang
tidak kreatif atau kritis.
Bertitik tolak dari sejarah kemahiran berfikir, maka Kemahiran berfikir dapatlah
ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep
(conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, atau menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi.
Dalam menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seperti yang di
ketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum KBKK (Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif) telah dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran
berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis
merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda untuk menilai kesahan atau
kebaikan sesuatu ide, buah fikiran di samping membuat penilaian tentang sesuatu data atau
maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisa data atau maklumat.

PENYATAAN MASALAH

Pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia
menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan
dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk
mengaplikasikan kecenderungan tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengetengahkan
Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan harapan untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI). Justeru sebagai salah satu usaha untuk
memperkembangkan aspek Intelek, Kurikulum KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif) telah dibentuk dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara kita. Amalan KBKK
menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran agar
pelajar-pelajar kita mampu untuk menyesuaikan diri dalam arus perkembangan semasa yang
menuntut seseorang itu mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan bijak
terutamanya tuntutan di alam pekerjaan dalam era teknologi kini.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL

Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan
ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang
semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku dengan cepat. Jadi kita
seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh
cabaran yang bakal ditempuhi. Menurut Chaffee (1997) yang menyatakan bahawa proses belajar
dan berfikir adalah proses yang saling berkait sepanjang hayat.
Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar
minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita sering berhadapan dengan situasi
yang memerlukan kita menyoal soalan yang releven kemudian disokong dengan fakta yang kukuh
tentang sesuatu isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan kajian
yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan masyarakat
secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi
menhadapi cabaran globalisasi. Menurut pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al.
1997; Montague, Wagner & Morgan 2000) yang menegaskan keperluan untuk mempersiapkan
diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran
komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam Cornell
Critical Thinking Skills (1989) menekankan keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran
berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang
graduan untuk memperolehi kemahiran berfikir untuk menjadi pemimpin yang efektif.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah
di kalangan pelejar-pelajar sains di Malaysia yang berumur sekitar 16 hingga 17 tahun. Implikasi
kajian ini kepada semua tenaga pengajar yang mengajar pelajar-pelajar aliran sains adalah besar.
Mereka mungkin perlu mengubah gaya pengajaran dan memberi penekanan kepada kemahiran
tertentu.

KEPENTINGAN KAJIAN

Adalah amat diharapkan dapatan kajian ini mampu membantu semua pengajar yang
mengajar pelajar aliran sains supaya memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran yang
lemah dengan mempelbagaikan strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta
memberi perhatian kepada perbezaan individu pelajar tersebut.

DEFINISI KONSEPTUAL PEMIKIRAN KRITIKAL

Terdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. Berikut dikemukakan beberapa definisi
pemikiran kritikal oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:
1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai
kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu
utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting
berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada
maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai
bukti.
3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritikal adalah manifestasi pemikiran reflektif. Ia
termasuklah penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan
mengamalkan pemikiran terbuka.
4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai
kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.

Umumnya. kebanyakan ahli fikir bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan
dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini
bermakna, pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep
(conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai
landasan kepada satu keyakinan dan tindakan. Ini adalah selari dengan pendapat Dr. Richard
Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal
dengan penglibatannya dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat.

Seterusnya, Facione (2007) dalam essei beliau Critical Thinking: What Is It and Why It
Counts telah mengemukakan definisi pemikiran kritikal yang dirumuskan daripada pendapat
sekumpulan pakar. Definisi tersebut adalah hasil kajian yang beliau lakukan pada tahun 1990 dan
dikemukakan dalam Laporan Delphi (The Delphi Report). Pakar merumuskan bahawa konsep
asas yang terpenting dalam pemikiran kritikal ialah kebolehan menginterpretasi (interpretation),
membuat analisis, menilai, membuat inferensi, menghuraikan dan kawalan kendiri (self-
regulation).

METODOLOGI

Instrumen pemikiran kritikal di Malaysia dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti


Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Siti Rahayah Ariffin yang diberi nama Instrumen
Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument - MyCT)
versi 1 (2008). Inisiatif pembinaan instrumen ini diharapkan dapat mengukur tahap pemikiran
kritikal pelajar dalam konteks budaya Malaysia. Kita tidak lagi perlu bergantung pada instrumen
yang dihasilkan oleh negara lain yang kadangkala item-item yang disediakan tidak sesuai dengan
budaya dan gaya hidup negara kita.
Instrumen ini telah melalui pelbagai peringkat pengesahan. Antaranya melalui temubual
dan pandangan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan pemikiran kritis mengenai ciri-ciri
atau konstruk yang hendak diukur. Maka, sub-konstruk pemikiran kritikal yang terdapat dalam
instrumen ini ialah taakulan (reasoning), analitikal & logik (analytikal & logic), kecenderungan
(disposition) dan andaian (assumption). Instrumen ini dibahagikan kepada Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A mengenai maklumat demografi. Terdapat 13 maklumat yang perlu diisi
oleh pelajar iaitu nama, nama sekolah, alamat sekolah, tingkatan, negeri asal, jantina, bangsa,
kategori sekolah, aliran pengajian, pekerjaan bapa, pekerjaan bapa, pendapatan keluarga dan
keputusan PMR (setiap matapelajaran yang diduduki). Bahagian B pula mengandungi 62 item
yang dibahagikan pula kepada empat bahagian. Empat bahagian tersebut adalah berdasarkan
empat sub-konstruk yang hendak diukur dalam domain pemikiran kritikal. Data yang digunakan
adalah dalam bentuk multiple response analysis atau mixed rating scale. Berikut adalah senarai
pembahagian item mengikut konstruk:
i. Sub-konstruk taakulan (reasoning), B (I) mengandungi 36 item. Item-item ini adalah
untuk mengenalpasti kebolehan penakulan pelajar. Respon pelajar adalah berbentuk
objektif aneka pilihan (multiple choice questions) yang mempunyai tiga pilihan
jawapan iaitu A, B atau C atau disebut sebagai data dikotomus.
ii. Sub-konstruk analitikal dan logik (analytical and logic),B (II) mengandungi 10 item.
Item-item ini adalah untuk mengenalpasti keupayaan pelajar berfikir secara analitikal
dan logic. Respon pelajar juga berbentuk objektif aneka pilihan yang mempunyai
tiga pilihan jawapan iaitu 1, 2 atau 3 dan kategori data dikotomus.
iii. Sub-konstruk kecenderungan (disposition), B (III) mengandungi 12 item. Item-item
ini adalah untuk mengenalpasti kebolehan individu mengawal kecenderungan diri
dengan jelas dalam sesuatu masalah yang diberi. Respon pelajar pula berbentuk skala
Likert yang terdiri daripada lima pilihan iaitu 1, 2, 3, 4 dan 5 dan jenis data ini
dikenali sebagai data politomus.
iv. Sub-konstruk andaian (assumption), B (IV) yang mengandungi 4 item. Item-item ini
pula untuk mengenalpasti kebolehan pelajar membuat andaian atau kesimpulan
(assumption) berdasarkan fakta dan analisis yang dibuat. Respon pelajar adalah
berbentuk dua pilihan jawapan iaitu ‘benar’ atau ‘salah’, juga kategori data
dikotomus.

DAPATAN KAJIAN

Profil Sampel Kajian

Jadual 1 menunjukkan komposisi pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 846 pelajar yang
terdiri daripada 342 orang (40.4%) adalah pelajar lelaki dan 504 orang (59.6%) adalah pelajar
perempuan.

JADUAL 1 Profil Sampel Kajian


Faktor Demografi N Keterangan Kekerapan Peratus
Lelaki 342 40.4
Jantina 846
Perempuan 504 59.6
Melayu 515 60.9
Cina 202 23.9
Kaum 846
India 115 13.6
Lain-lain 14 1.7
Bandar 417 49.3
Ketegori Sekolah 846
Luar Bandar 429 50.7
Pendapatan =< RM 3,000.00 543 64.2
846
Keluarga > RM 3,000.00 303 35.8

Dari segi posisi kaum pula, seramai 515 orang (60.9%) adalah pelajar keturunan Melayu, 202
orang (23.9%) pelajar Cina manakala pelajar India seramai 115 orang pelajar (13.6%) dan kaum-
kaum lain adalah 14 orang sahaja (1.7%). Manakala kategori sekolah yang dijalankan kajian ialah
417 orang pelajar dari sekolah Bandar (49.3%) dan 429 orang pelajar (50.7%) adalah dari pelajar
sekolah Luar Bandar. Dari segi pendapatan keluarga pula terbahagi kepada dua kategori iaitu
pendapatan keluarga sama dan kurang dari RM3,000.00 adalah seramai 543 orang pelajar
(64.2%) manakala pendapatan keluarga lebih RM3,000.00 pula adalah seramai 303 orang pelajar
(35.8%).
Kebolehpercayaan Instrumen

Data dianalisis menggunakan Winstep versi 3.64.2 untuk mengenal pasti kesahan dan
kebolehpercayaan MyCT. Analisis Model Rasch bagi kesahan dan kebolehpercayaan item di
tunjukkan dalam Jadual 2 hingga 5. Kebolehpercayaan item menunjukkan tahap ketekalan
susunan kedudukan item dalam skala logit sekiranya set item dijawab oleh kumpulan sampel
yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan. Nilai pekali menghampiri 1 menunjukkan
kebolehpercayaan yang tinggi (Wright & Masters 1982 ). Item seharusnya tersebar dengan baik
dengan pelbagai aras kesukaran dan menghala ke sasaran pelbagai tahap kebolehan individu
(Bond & Fox 2001). Setiap konstruk mempunyai kesahan yang tinggi apabila setiap item di
dalam konstruk mengukur perkara yang sama, berjaya mentafsir konstruk yang diukur,
mempunyai pelbagai aras kesukaran dan adil kepada semua kumpulan responden ( Bond & Fox
2001; Linacre 2006). Jadual 2 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk taakulan
(reasoning) ialah 1.00. Jadual 3 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk analitikal dan
logikal ialah 0.99. Jadual 4 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk kecenderungan
(disposition) ialah 0.99 dan Jadual 5 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk andaian
(assumption) ialah 0.99.
JADUAL 2 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains– Taakulan (Reasoning)

Summary of 36 Measured Items


RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT
ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 527.1 846 0 0.09 0.98 -0.2 1.03 0.4
S.D. 218.1 0 1.43 0.02 0.1 2.5 0.31 4.1
MAX. 796 846 2.4 0.15 1.28 6.9 1.86 9.9
MIN. 153 846 -2.31 0.07 0.83 -6.2 0.64 -6.1
REAL RMSE .10 ADJ.SD 1.42 SEPARATION 14.97 Item RELIABILITY 1.00
MODEL RMSE .09 ADJ.SD 1.42 SEPARATION 15.17 Item RELIABILITY 1.00
S.E. of item MEAN = .24

JADUAL 3 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains – Analitikal dan Logikal (Analytical and
Logical)

Summary of 10 Measured Items


RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT
ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 303.3 842 0 0.08 1 0 1 -0.1
S.D. 160.3 0 0.96 0.01 0.03 0.7 0.05 0.9
MAX. 645 842 1.16 0.1 1.06 1.3 1.09 1.4
MIN. 133 842 -2.03 0.08 0.96 -1.1 0.93 -1.5
REAL RMSE .08 ADJ.SD 0.95 SEPARATION 11.40 Item RELIABILITY 0.99
MODEL RMSE .08 ADJ.SD 0.95 SEPARATION 11.48 Item RELIABILITY 0.99
S.E. of item MEAN = .32
JADUAL 4 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains – Kecenderungan (Disposition)

Summary of 12 Measured Items


RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT
ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 3104.7 836 0 0.04 1.02 0 1.01 -0.1
S.D. 362.9 0 0.59 0.01 0.27 5.5 0.28 5.8
MAX. 3668 836 0.98 0.05 1.45 8.4 1.53 9.6
MIN. 2409 836 -1.05 0.03 0.58 -9.9 0.6 -9.5
REAL RMSE .04 ADJ.SD 0.59 SEPARATION 13.53 Item RELIABILITY 0.99
MODEL RMSE .04 ADJ.SD 0.59 SEPARATION 14.35 Item RELIABILITY 1.00
S.E. of item MEAN = .18

JADUAL 5 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains – Andaian (Assumption)

Summary of 4 Measured Items


RAW COUNT MEASURE MODEL INFIT OUTFIT
ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD
MEAN 453.2 775 0 0.09 1 0 0.99 -0.4
S.D. 158.7 0 1.04 0 0.07 1.7 0.12 2
MAX. 560 775 1.8 0.09 1.1 2.3 1.17 2.2
MIN. 179 775 -0.71 0.08 0.92 -2.3 0.85 -3.1
REAL RMSE .09 ADJ.SD 1.04 SEPARATION 11.88 Item RELIABILITY 0.99
MODEL RMSE .09 ADJ.SD 1.04 SEPARATION 12.05 Item RELIABILITY 0.99
S.E. of item MEAN = .60

Profil Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Mengikut Sub-Konstruk


Dalam analisis profil pelajar aliran sains menunjukkan penguasaan dalam kemahiran pemikiran
kritikal dan penyelesaian masalah lebih tinggi bagi sub-konstruk kecenderungan (disposition)
iaitu 73.74%, diikuti oleh sub-konstruk taakulan (reasoning) iaitu 62.10%, manakala bagi sub-
konstruk andaian (assumption) pula sebanyak 58.63% dan sub-konstruk analitikal dan logikal
(analytical and logical) mempunyai tahap penguasaan yang paling rendah iaitu 35.63% sahaja.
Profil ini dinyatakan dalam Jadual 6 yang mana penguasaan sub-konstruk yang lemah perlu diberi
penekanan.
JADUAL 6 Profil Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Mengikut Sub-
konstruk
N Mean Std. Deviation
Peratus skor
846 62.10 12.50
Taakulan (reasoning)
Peratus skor
846 35.63 14.13
Analitikal & Logik (analytikal & logic)
Peratus skor
846 73.74 10.13
Kecenderungan (disposition)
Peratus skor
846 58.63 20.98
Andaian (assumption)

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Jantina


Untuk membandingkan perbezaan peratus min antara jantina, Ujian-t digunakan. Keputusan
Ujian-t ditunjukkan dalam Jadual 7. Analisis ini dibuat bagi melihat sama ada terdapat perbezaan
min yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan bagi setiap konstruk yang dikaji.
Analisis yang diperhatikan dari Jadual 7 tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi
kesemua sub-konstruk. Sub-konstruk taakulan (reasoning) (t=-1.76, p=.199), analitikal & logik
(analytikal & logic) (t=-.17, p=.777), kecenderungan (disposition) (t=-.26, p=.940) dan andaian
(assumption) (t=-2.35, p=.399) secara statistiknya.
Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan
bagi keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal berbanding pelajar lelaki dan perempuan.

JADUAL 7 Ujian-T Membandingkan Peratus Min Dengan Jantina


Jantina N Min SD t sig.
Peratus skor
Taakulan Lelaki 342 61.18 13.17
-1.76 .199
(reasoning) Perempuan 504 62.73 11.99
Peratus skor
Analitikal & Logik Lelaki 342 35.52 14.10 -.17 .777
(analytikal & Perempuan 504 35.70 14.18
logic)
Peratus skor
Lelaki 342 73.63 10.56
Kecenderungan -.26 .940
Perempuan 504 73.81 9.83
(disposition)
Peratus skor
Lelaki 342 56.58 22.09
Andaian -2.35 .399
Perempuan 504 60.02 20.10
(assumption)

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Kaum

Jadual 8 menunjukkan keputusan analisis Anova Satu-Hala berbanding kaum. Keputusan


menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi sub-konstruk taakulan (reasoning)
(F=5.25, p=0.001), sub-konstruk analitikal dan logik (analytical and logical) (F=4.71, p=0.003)
secara statistiknya.

JADUAL 8 Analisa Anova Satu-Hala Berbanding Kaum


Sum of
df Mean Square F Sig.
Squares
Peratus skor
Between Groups 2426.220 3 808.74 5.25 .001
Taakulan
(reasoning) Within Groups 129674.0 842 154.01
Peratus skor
Analitikal & Between Groups 2783.063 3 927.69 4.71 .003
Logik
(analytical & Within Groups 166034.9 842 197.19
logic)
Peratus skor
Kecenderungan Between Groups 363.373 3 121.12 1.18 .315
(disposition)
Within Groups 86269.514 842 102.46
Peratus skor Between Groups 3567.178 3 1189.06 2.72 .044
Andaian
Within Groups 368442.3 842 437.58
(assumption)

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Kategori Sekolah

Keputusan Ujian-t yang membandingkan peratus min mengikut kategori sekolah ditunjukkan
dalam Jadual 9. Analisis ini dibuat bagi melihat sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan
antara pelajar bandar dan luar bandar bagi setiap sub-konstruk yang dikaji. Analisis yang
diperhatikan dari Jadual 9 tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kesemua sub-
konstruk. Sub-konstruk taakulan (reasoning) (t=-.93, p=.504), analitikal & logik (analytikal &
logic) (t=-1.33, p=.262), kecenderungan (disposition) (t=-.11, p=.514) dan andaian (assumption)
(t=-3.37, p=.510) secara statistiknya.
Dengan ini dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi
keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal berbanding pelajar bandar dan luar bandar.

JADUAL 9 Ujian-T Membandingkan Peratus Min Dengan Kategori Sekolah


Jantina N Min SD t sig.
Peratus skor
Taakulan Bandar 417 22.50 4.52
.93 .504
(reasoning) Luar Bandar 429 22.21 4.48

Peratus skor
Analitikal & Logik Bandar 417 3.63 1.46 1.33 .262
(analytikal & Luar Bandar 429 3.50 1.36
logic)
Peratus skor
Bandar 417 44.27 6.20
Kecenderungan .11 .514
Luar Bandar 429 44.22 5.96
(disposition)
Peratus skor
Andaian Bandar 417 2.25 .84
-3.37 .510
(assumption) Luar Bandar 429 2.44 .83

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Pendapatan Keluarga

Keputusan Ujian-t yang membandingkan peratus min dengan pendapatan keluarga pelajar
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara pendapatan keluarga
pelajar dengan tahap penguasaan keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal pelajar. Rujuk
Jadual 10, bagi sub-konstruk taakulan (reasoning) (t=-2.57, p=0.314), bagi sub-konstruk analitika
dan logikal (analytical and logical) (t=-.38, p=0.134), untuk sub-konstruk kecenderungan
(disposition) (t=-1.24, p=0.115) dan sub-konstruk andaian (assumtion) (t=1.85, p=0.093)

JADUAL 10 Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Dengan Kaum


Pendapatan
Sub-Construct N Mean SD t sig
Keluarga
Peratus skor =<RM3,000.0 .314
543 22.06 4.43 -2.57
Taakulan (reasoning) 0
>RM3,000.0 303 22.89 4.58
Peratus skor =<RM3,000.0 .134
543 3.55 1.39 -.38
Analitikal & Logik (analytical & 0
logic) >RM3,000.0 303 3.59 1.45
Peratus skor =<RM3,000.0 .115
543 44.05 6.30 -1.24
Kecenderungan (disposition) 0
>RM3,000.0 303 44.59 5.64
Peratus skor =<RM3,000.0 .093
543 2.38 .86 1.85
Andaian (assumption) 0
>RM3,000.0 303 2.27 .80

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Isu kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu alat ukur
sebelum boleh digunapakai. Hasil kajian ini mendapati item-item MyCT mempunyai nilai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan analisis model Rasch dan sesuai untuk
mengkaji tahap kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah pelajar-pelajar di
Malaysia. Kajian juga mendapati kelemahan pelajar-pelajar aliran sains dalam menguasai sub-
konstruk analitikal dan logik (analytical and logical), ini menunjukkan pada peringkat
persekolahan kemahiran ini perlu diberi penekanan yang lebih. Analisis juga melihat bahawa
tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam penguasaan keempat-empat sub-konstruk
kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah di antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan dalam aliran sains. Ini kerana pada usia 16-17 tahun tahap kematangan pelajar lelaki
dan perempuan tidak berbaza.
Hasil kajian menggunakan Anova Satu-Hala telah membuktikan bahawa terdapat
perbezaan penguasaan sub-konstruk taakulan (reasoning) dan analitikal dan logikal (analytical
and logical) di kalangan pelajar Melayu berbanding Cina dan India. Keadaan ini wujud kerana
jumlah pelajar kaum India yang dikaji adalah sedikit, tetapi keadaan ini adalah fenomena sebenar
di sekolah-sekolah. Situasi ini juga berlaku mungkin disebabkan latar belakang sosial dan
keluarga pelajar itu sendiri. Pelajar Melayu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti dan
mensintesis masalah dengan tepat dan dapat mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat yang
terdapat di dalam sesuatu penulisan. Pelajar Melayu juga berupaya membezakan dengan mudah
masalah utama dan masalah sampingan. Sementara pelajar-pelajar Cina dapat menjana bukti dan
data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar Cina dan India juga berupaya
membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat (Kamsiah 2006; Jamal dan Mustapha
2005). Kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada
pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad 1998). Kajian ini menyokong kajian oleh Kamsiah
(2006) dan Jamal dan Mustapha (2005) yang menyatakan pelajar-pelajar sekolah menengah
berupaya mempersembahkan refleksi terhadap keputusan secara objektif dan boleh menilai dan
mengintegrasi pelbagai disiplin dalam satu usaha pembelajaran.
Pelajar kategori sekolah luar bandar dan bandar juga tidak menunjukkan perbezaan tahap
penguasaan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah. Maka dalam hal ini faktor kategori
sekolah tidak mempengaruhi kerana kurikulum pendidikan di Malaysia tidak berbeza di bandar
mahupun di luar bandar, begitu juga dengan kemahiran guru-guru dan Kementerian Pelajaran
tidak mengabaikan kemudahan infrastruktur di bandar dan luar bandar. Jadi situasi ini
menyebabkan pelajar-pelajar dikedua-dua kategori sekolah berupaya menguasai kemahiran
pemikiran kritikal yang hampir sama.
Keputusan analisis kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
penguasaan kemahiran pemikiran kritikal bagi kategori pendapatan keluarga pelajar, sama dengan
atau kurang RM3,000.00 dan lebih RM3,000.00. Ini menunjukkan bahawa faktor pendapatan
keluarga pelajar tidak mempengaruhi. Situasi ini berlaku kerana pelajar-pelajar banyak terdedah
dari aspek infrastruktur seperti komputer, capaian internet dan maklumat lebih pantas di samping
peluang berinteraksi dengan rakan-rakan di sekolah dan di luar sekolah. Jadi walaupun tidak
terdapat kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di rumah tetapi mereka tetap mendapat
pendedahan di sekolash.
Berdasarkan keputusan kajian dan rumusan yang telah dibuat, penyelidik mencadangkan
supaya pihak pengajar khususnya agar lebih sensitif tentang fenomena ini, di mana penekanan
kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terutamanya penekanan lebih dalam konstruk-konstruk yang lemah umpamanya
pada sub-konstruk analitikal dan logikal (analytical and logical) dengan mempelbagaikan strategi
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pemikiran kritikal, analitikal, reasoning, penyelesaian
masalah dan penulisan merupakan ‘hasil bersama’ di mana mengajar kemahiran ini tidak
memadai untuk satu kelas atau setahun pengajaran sahaja. Pengajar bertanggungjawab untuk
memupuk kemahiran ini merentas subjek dan disiplin (Richard 2006).
Kesinambungan di peringkat pengajian tinggi, pelajar mengikuti pembelajaran bukan
sahaja setakat menguasai ilmu pengetahuan yang disediakan dalam kurikulum tetapi juga
memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan
kritis. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar membezakan dengan mudah masalah utama dan
matlamat sampingan di samping menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan
menyeluruh. Pelajar juga boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan
menjelaskan implikasi keputusan yang dijana. Semua faktor ini penting bagi pelajar dalam
menempuh alam pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat terutama di Malaysia yang
bermasyarakat majmuk. Selain itu kemahiran pemikiran kritikal membolehkan pelajar
mempersembahkan refleksi terhadap keputusan secara objektif, menilai projek dari pelbagai
disiplin dan menginterpretasi data secara kritis (Kamsiah 2006; Jamal dan Mustapha 2005). Maka
untuk mencapai matlamat ini, pendekatan yang sesuai harus diterapkan kepada pelajar supaya
mereka mampu berfikir dan boleh mengkaitkan elemen-elemen pembelajaran di antara satu sama
lain (Norashikin dan Zuhaidi 2005). Secara kesimpulannya diharapkan kajian ini akan
memudahkan pengajar melaksanakan pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan tahap
kemahiran pemikiran kritikal pelajar sains di Malaysia.

RUJUKAN

Alec Fisher & Michael Scriven. 1997. Critical Thinking – Its definition and Assessment. USA :
Edgepress.
Abd. Majid Konting (2000), ”Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Alias Baba (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the
Human Science. Ner Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Byers W. (2001) ‘Using questions to promote active learning in lectures.’ University Chemistry
Education,
5 p24-30.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan Buku 1,2
dan 3.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
John W. Best dan James V. Kahn (1998). Research in Education – Eighth Edition. Singapore:
Prentice
Hall.
Kamsiah Binti Ismail. 2006. Psychological predictors of academic achievement of adoloscent:
career and educational aspirations as mediating variables. Tesis Ph.D. Kulliyah of
Education, International Islamic University Malaysia.
Revista de Educación en Ciencias (Journal of Science Education) (Bogota, Colombia) Vol.7 No2,
2006.
p75-77. (ISSN 0124-5481)
Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Bangi:
Pusat Perkembangan Akademik, UKM.
Siti Rahayah Ariffin. 2008. Inovasi Dalam Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Bangi: Fakulti
Pendidikan, UKM.
Siti Rahayah Ariffin dan Noriah Mohd Ishak. 2006. Multiple Intelligences Among Science Stream
Students in Malaysia. International Proceeding in Teaching and Learning Conference,
Sydney, Australia 2006.
Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sabaria Juremi & Aminah Ayob. Menentukan Kesahan Alat Ukur-Alat Ukur Kemahiran
Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Kemahiran Proses Sains dan Pencapaian
Biologi. Thesis PhD. Universiti Sains Malaysia.
Zainudin Hassan, Hamdan Said, Jamilah Omar & Haslita Hassa. Pengaplikasian
Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah
Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai