Anda di halaman 1dari 2

EM (Effektif Mikroorganisma) di dalam penanaman cendawan

Petikan dari bakteriabaik.blogspot.com

"Industri pertanian, perikanan dan peternakan negara makin kian


membangun..pelbagai kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dari dulu
sampai sekarang namun dengan RMK-9 sektor ini terus maju berkembang
pesat. Ramai usahawan tani dari golongan siswazah telah menunjukkan minat
yang amat positif terhadap sektor ini.

Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh
membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut
pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi
besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu
kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami
aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri
khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan
sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat
digalakkan.

Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti
pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini
bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis.
Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu
sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi
iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia
tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau
‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa
digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang
antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini
dengan mudah. "

Bagaimana pula dengan penggunaan EM di dalam penanaman


cendawan???

Saya berpeluang mendapatkan maklumat dari En. Encik Khairul Akmal dari
Pengarah Circle Field Sdn Bhd semasa menghadiri jemputan Kursus
Penanaman Cendawan Anjuran Perintis Agro Tech di UIA baru-baru ini.

Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa


lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari.
Cara Penggunaan EM Pada Cendawan
1. Penyediaan
2. Proses Semaian
3. Rawatan Pencegahan
4. Pembersihan Bangsal
1. Penyediaan
a. Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan
tempat penanaman pada cairan 1:500. Tiada bahan kimia
digunakan. EM tidak disembur pada tempat penyemaian kerana ia
boleh memusnahkan benih cendawan.
2. Proses Semaian
a. Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan
nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter
air (satu baldi)
b. Pengiraan EM yang digunakan jika menggunakan 16 liter air
/500 x 16 = 0.032 ml
c. Em digunakan semasa penyedian bongkah untuk melawan
bakteria yang tidak baik. Setelah bongkah dikukus, EM masih hidup
tetapi didalam kuantiti yang sedikit. Ia akan merangsang
pertumbuham maisilium dengan lebih cepat.
d. Sebaik cendawan bercambah, jangan sembur dengan EM pada
batang cendawan. Tetapi bangsal cendawan boleh disembur
dengan EM setiap pagi dan petang dengan nisbah 1:500.
e. Jangan simpan larutan EM tertapai lebih dari 3 hari.
3. Rawatan Pencegahan
a. Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk
mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang
kemasukan serangga perosak.
4. Pembersihan Bangsal
a. Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal.
Boleh juga disemburkan kepada cendawan yang dipetik untuk
menambah jangka hayat di pasaran.

Ciri-Ciri Keperluan Rumah Cendawan

Ciri-ciri Keperluan Asas Rumah Cendawan:

 pengudaraan yang baik


 suhu sesuai : 28°C - 30°C
 kelembapan bandingan yang tinggi : 80-90%
 kalis serangga & penyakit

Anda mungkin juga menyukai