Anda di halaman 1dari 6

ANGKA GILIRAN : 2020022400098 KOD KURSUS : PIMK2082R

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SARAWAK, MIRI
PEPERIKSAAN AKHIR JULAI 2021

PROGRAM PDPP

AMBILAN OKTOBER 2020

SEMESTER / TAHUN 2/1

ANGKA GILIRAN 2020022400098

NO. KAD PENGENALAN 930724035438

KOD KURSUS PIMK2082R

TARIKH PEPERIKSAAN 26 JULAI 2021

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12 serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kursus peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

1
ANGKA GILIRAN : 2020022400098 KOD KURSUS : PIMK2082R

BAHAGIAN A
( 20 markah )

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah


Rendah (UPSR) bermula tahun 2021. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi
Jidin menyatakan bahawa susulan pemansuhan itu, pihaknya akan memperkasa
secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku
secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

Pelaksanaan Pentaksiran Billik Darjah Pendidikan Islam dari aspek


penguasaan ilmu ialah pentaksiran yang melibatkan murid dapat menguasai asas
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut
keupayaan masing-masing. Penguasaan ilmu adalah pengetahuan murid-murid
berkaitan matapelajaran yang diajar dan bagaimana murid mengaplikasikannya
ketika di luar di bilik darjah berdasarkan kurikulum. Secara spesifik, penguasaan
ilmu merupakan kefahaman murid yang mendalam tentang isi atau ilmu kandungan
yang diajar oleh guru dan menepati spesifikasi kurikulum atau sukatan pelajaran
tersebut. Contohnhya apabila guru mengajar tentang tajuk istijnak dan menerangkan
kepada murid maksudnya serta konsepnya, kemudian penilaian dibuat berdasarkan
kefahaman murid, di mana guru bertanya semula soalan kefahaman kepada murid,
dan murid dapat menjawab dengan lancar apa yang dimaksudkan dengan istinjak
serta konsepnya juga.

Pelaksanaan Pentaksiran Billik Darjah Pendidikan Islam dari aspek


penguasaan kemahiran pula adalah pentaksiran yang melibatkan murid dapat
menjelaskan konsep atau menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara
praktik dalam kandungan yang dipelajari mengikut keupayaan masing-masing.
Dalam pengajaran, guru berusaha untuk memastikan pelajar melakukan sesuatu
aktiviti atau tindakan yang melibatkan anggota zahir secara teratur dan betul. Dalam
pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan

2
ANGKA GILIRAN : 2020022400098 KOD KURSUS : PIMK2082R

kemahiran ini dapat ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian terhadap


tingkah laku pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah dan
hafazan al-Qur’an, tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan pelajar
terhadap kemahiran tersebut biasanya menggunakan alat ukur seperti senarai
semak dan borang pemerhatian.

Pelaksanaan Pentaksiran Billik Darjah Pendidikan Islam dari aspek


penghayatan dan amalan pula adalah pentaksiran yang melibatkan murid
berkebolehan memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap tindakan yang
dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
daripada kandungan yang dipelajari. Murid juga akan dapat menjelaskan dan
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan yang
dipelajari mengikut keupayaan masing-masing dalam kehidupan harian. Bidang
penghayatan dan amalan memberi penekanan kepada perkembangan perasaan,
emosi, sikap dan nilai seseorang murid. Guru akan berusaha menerapkan dan
mengembangkan perasaan, emosi, sikap dan nilai positif dalam kalangan murid
melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, apabila guru
mengajar tentang Rukun Iman, pada akhir pengajaran, murid mengetahui tentang
enam Rukun Iman, dab beriman serta mempercayai keenam rukun tersebut. Guru
boleh menilai dari segi tingkah laku murid selepas itu, di mana murid semakin yakin
dan berusaha untuk belajar, serta berusaha mengamalkan amalan yang baik supaya
sentiasa mendapat pahala dan meningkatkan Iman seterusnya disayangi oleh Allah
dan Rasul.

Keberkesanan dan kejayaan dalam pelaksanaan sistem Pentaksiran Bilik


Darjah ini sangat bergantung kepada sejauh mana tahap pemahaman dan
penguasaan guru dalam memahami asas penentuan standard pendidikan yang telah
digariskan. Ini kerana guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai ejen
kepada keberkesanan hala tuju, falsafah dan matlamat pendidikan negara di
samping ertindak sebagai golongan pelaksana yang sentiasa bersedia dan patuh
kepada arahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Oleh itu,
pelaksanaan Pentaksiran Billik Darjah Pendidikan Islam dari aspek penguasaan
ilmu, penguasaan kemahiran, penghayatan dan amalan yang dihadapi oleh guru di
dalam sesebuah sekolah adalah sangat berkat rapat dengan sejauhmana guru

3
ANGKA GILIRAN : 2020022400098 KOD KURSUS : PIMK2082R

dapat memahami dan menguasai secara mendalam asas penentuan standard yang
ditetapkan oleh KPM.

BAHAGIAN B (Soalan 2)
( 20 markah )

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh
setiap murid Islam. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardu ain,
menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim.
Dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan
ilmu, kemahiran serta amalan dan penghayatan merangkumi bidang Tilawah Al-
Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak dan Jawi. Keenam-enam bidang ini hendaklah
disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam
asas keimanan dan membentuk jati diri murid-murid. Dalam bidang Ibadah, bidang
ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan ibadah yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
Antara bentuk pentaksiran yang sesuai dilaksanakan dalam bidang Ibadah
merangkumi penilaian melalui pemerhatian, penilaian melalui lisan dan penilaian
melalui penulisan.

Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa


yang murid tahu dan bagaimana hendak melakukan sesuatu amal ibadah dalam
masa yang sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk
mentaksir murid. Tujuan utamanya adalah untuk mengetahui kualiti pencapaian
pelajar, termasuklah proses dalam menyiapkan tugasan yang dihadapi sepanjang
proses tersebut. Pemerhatian proses amali murid seperti amali wudhuk dan amali
solat membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran
mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah amali. Instrumen
penilaian pemerhatian meliputi senarai semak. Contohnya dalam amali solat, guru
perlu menanda dia dalam senarai semak yang telah guru bina, pada setiap rukun
solat yang dilakukan oleh murid untuk menunjukkan bahawa murid telah menguasai
apa yang telah diajar oleh guru.

4
ANGKA GILIRAN : 2020022400098 KOD KURSUS : PIMK2082R

Selain itu, penilaian melalui lisan digunakan untuk merangsang minda murid.
Bentuk penilaian ini dapat mendorong murid untuk dapat memberi jawapan kepada
penilaian yang dibuat. Oleh sebab ia dikira sebagai bentuk rangsangan, maka
rangsangan yang baik perlu disusun rapi. Cara yang terbaik untuk melatih diri
dengan kemahiran dan teknik penyoalan berkesan ialah dengan menuliskan terlebih
dahulu soalan yang ingin diajukan. Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti
seperti aktiviti bacaan kuat, bercerita, hafazan, soal jawab, nyanyian, ataupun
mendengar dan memberi respon secara lisan. Penilaian lisan membolehkan guru
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur dan mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman
murid. Guru juga dapat mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan
menghafaz serta mengesan kelancaran dalam sebutan. Akhir sekali, guru dapat
mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Contoh kebiasaan yang
dilakukan oleh guru adalah menilai murid melalui hafazan surah-surah kecil dalam
solat, melalui penceritaan murid tentang cara mengambil wudhuk, ataupun berosal
jawab tentang jenis-jenis air sama ada boleh digunakan untuk bersuci ataupun tidak.

Pentaksiran dalam bidang Ibadah juga boleh dilakukan dalam bentuk


penilaian secara penulisan. Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai
oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru
mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran membaca merupakan
keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan dan intonasi
yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan
dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Guru perlu mempelbagaikan
soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi.
Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan
peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas
murid. Soalan peringkat tinggi boleh merangsang murid untuk memperkembang apa
yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif. Penilaian dalam bentuk
ini adalah yang paling biasa digunakan dan paling senang untuk menilai murid,
hanya berpandukan kebolehan murid untuk menjawab soalan sama ada betul atau
salah. Markah yang diperoleh sudah menentukan murid dapat menguasai sesuatu
pelajaran ataupun tidak.

5
ANGKA GILIRAN : 2020022400098 KOD KURSUS : PIMK2082R

Dalam bidang Ibadah, sebaik-baiknya guru menggabungkan kaedah-kaedah


yang membolehkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran
Ibadah. Antara kaedah yang lebih sesuai untuk pengajaran ibadah ialah kaedah
penerangan, sumbangsaran, tunjuk cara, simulasi, amali dan penyelesaian masalah.
Selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, tiba masa untuk guru
melakukan Pentaksiran Bilik Darjah dalam bidang Ibadah tersebut. Jadi, bentuk-
bentuk penilaian yang sudah dinyatakan amatlah sesuai untuk dilakukan dalam
membuat pentaksiran ke atas murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai