Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH,


KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA PROGRAM 3S 2008


(SENYUM, SALAM DAN SAPA)

1.1.1 A. BUTIR-BUTIR AM

1.Tajuk Program : PROGRAM 3S (SENYUM, SAPA, SALAM)


2.Penasihat Program : Pn. Hjjh Maznah bt Mazlan
3.Pengarah Program : Cik Nalissa Law Bt Mohd Nazir
4. Kumpulan Sasaran : Semua Guru dan Pelajar
5. Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah,
Kuala Lumpur.
6. Tarikh : 17 Mac 2008

B. PENGENALAN

Program 3S (Senyum , Salam dan Sapa) akan diadakan bagi membentuk peribadi
pelajar sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para pelajar
itu sendiri. Secara langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-
nilai murni dalam diri pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi
bahasa diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Sejajar dengan hasrat tersebut,
kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang disiarkan di
dalam media cetak dan media elektronik. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling
akan menganjurkan Program 3S ini adalah bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat
murni kerajaan dan diadakan di peringkat sekolah. Malah ianya juga dapat mendidik
para pelajar supaya mewujudkan sikap bersopan santun, ramah mesra dan sedia
menolong di antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan
sillaturrahim dan dapat mengenali dengan lebih erat.
1.2 C. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, agar program ini dapat dijalankan
sepertimana yang telah dirancangkan.

1.3 D. OBJEKTIF

Di akhir program ini, adalah diharapkan para pelajar dapat:

1. Agar pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk
warga sekolah dan masyarakat luar.
2. Mendidik pelajar agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong
dan menghormati guru, kakitangan sekolah, dan rakan-rakan.
3. Agar pelajar merasa dihargai kerana pelajar yang berbudi bahasa dan
berakhlak mulia akan diberi ganjaran.
4. Agar pelajar dapat mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan
seharian.
5. Memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai
murni diperingkat sekolah lagi.

1.4 E. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

1. Button Senyum : 115 X RM 2.00 = RM 230.00


2. Kad Manila : 5 X RM0.60 = RM 3.00
3. Polistrine : 2 X RM 12.00 = RM 24.00
4. Hadiah : 50 X RM 1.00 = RM 50.00
5. Banner : 1 x RM 50.00 = RM 50.00
_______________________________________________________________
JUMLAH = RM 327.00
_______________________________________________________________
1.4.1 F. AJK PELAKSANAAN

PENGERUSI : Pn Hjh Maznah bt Hj Mazlan (Pengetua)

NAIB PENGERUSI 1: Pn Yuhanis bt Yusof (PK HEM)

2: Pn Hjh. Hazipah bt Kazin (PK Tadbiran & Kurikulum)

3: Pn Norlia bt Mohamad ( PK Koko)

SETIAUSAHA 1:Cik Nalissa Law bt Mohd Nazir ( Kaunselor)

2: Pn Mariam bt Buang (Kaunselor)

3: Pn Hjh Fatimah bt Othman ( Kaunselor)

AJK KERJA

Penyelaras : Cik Nalissa Law Bt Mohd Nazir


AJK Promosi : Pn. Mariam bt Buang
Ahli PRS
AJK Penilaian : Penyelaras Tingkatan
Guru- guru Tingkatan
AJK Dokumentasi : Cik Norul Azni bt Omar
Cik Masnora bt Mat Yassin
AJK Nyanyian : En. Shamsudin b. Samad
AJK Hadiah : Pn. Hjjh Fatimah bt Othman
AJK PA Sistem : En Saiful Rosmizar b. Mat Saat
En Zaihurin b Hussin
AJK Banner : En Ab Halim b. Ahmad

1.4.2 G.TENTATIF PELANCARAN PROGRAM

- Ucapan perasmian oleh Pn. Hjjh Maznah bt Mazlan : Pengetua.


- Ahli PRS akan mengambil tempat untuk mengetuai nyayian lagu Senyum
dan lagu Budi Bahasa Budaya kita.
- Pelajar akan turut bersama menyanyikan lagu dengan panduan lirik lagu
yang diedarkan kepada mereka oleh ahli PRS.
1.4.3 H. AKTIITI

Pelajar digalakkan berbudi bahasa, senyum, memberi salam dan menyapa guru-guru,
rakan-rakan dan warga sekolah. Penilaian akan dibuat kepada pelajar-pelajar yang
bersahsiah terpuji dengan berdasarkan pencalonan guru-guru tingkatan dan penyelaras
tingkatan.

1.4.4 I. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk sentiasa
mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini
dapat menyemai sikap ramah mesra di kalangan pelajar, guru dan warga sekolah.

Disediakan oleh,

(Cik Nalissa Law Bt Mohd Nazir)

Diluluskan oleh,

Anda mungkin juga menyukai