Anda di halaman 1dari 1

Najmi bin Rosli

Aktiviti Tutorial Minggu 7

Antara faktor perkembangan kurikulum , faktor yang paling dominan ialah faktor pembangunan negara
dan perkembangan dunia. Hal ini kerana kita dapat lihat bahawa kurikulum pendidikan di Malaysia pada
hari ini sedikit demi sedikit telah bergerak ke arah yang berkonsepkan sistem di sebelah barat iaitu tiada
peperiksaan. Penilaian dilakukan bukan berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata namun
berdasarkan tingkah laku dan etika di dalam kelas dan sebagainya. Selain itu, kita dapat lihat juga
bahawa UPSR akan dimansuhkan , begitu juga dengan PT3 dan terdapat juga kemungkinan SPM juga
bakal digantikan atau dimansuhkan suatu hari nanti. Hal ini kerana jika kita lihat di negara barat seperti
di United Kingdom. Jika ingin mendaftarkan diri di sesebuah universiti , peperiksaan di sekolah
menengah tidak menjadi penilaian tetapi perlu menduduki peperiksaan yang dilakukan oleh universiti
itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai