Anda di halaman 1dari 3

JENIS- JENIS DISLEKSIA

Disleksia Bawaan / Congenital

Disleksia Congenital dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak mereka


dilahirkan, akibat jangkitan kuman pada sistem saraf otak atau kecederaan akibat
kemalangan semasa proses perkembangan. Kanak-kanak yang sering demam
selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh menyebabkan gangguan pada
perkembangan sistem saraf otak. Sistem saraf otak yang terganggu secara
berterusan boleh mengakibatkan kanak-kanak gagal menguasai pemerolehan
bahasa.

Disleksia Pemerolehan

Disleksia pemerolehan terjadi apabila seseorang kanak-kanak itu dewasa. Biasanya


terjadi akibat penyakit yang mengganggu pusat bahasa pada bahagian otak. Namun
demikian, bilangan kes kejadian adalah lebih kecil berbanding disleksia
perkembangan.

Disleksia Perkembangan

Disleksia perkembangan sering ditemui. Biasanya terjadi sejak kecil lagi dan
disebabkan oleh kelainan genetik. Beberapa penyelidik telah menemui gen yang
menjadi penyebab terjadinya disleksia. Pengidap disleksia biasanya memiliki
saudara jauh yang mengalami disleksia juga. Penelitian pada saudara kembar juga
membuktikan hal yang serupa. Pada kanak-kanak disleksia, gen yang mengatur
perkembangan otak mengalami gangguan. Akibatnya, otak tidak berkembang pada
jalur yang seharusnya. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada
daerah otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca, iaitu jalur
yang menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa. Walaupun
perkembangan pada pusat bahasa terganggu, lazimnya otak membuat penggantian
dengan perkembangan pada pusat yang lain.
Disleksia Trauma

Disleksia Trauma ialah trauma di otak atau kecederaan di kawasan otak yang
melibatkan kemahiran membaca dan menulis.

Disleksia Utama

Disleksia Utama ialah kerosakan pada otak kiri dan tidak berubah sepanjang hayat.
Kemungkinan besar masalah ini diwarisi dari keluarga.

Disleksia Berkembang / Kedua

Masalah ini berlaku akibat perubahan hormon semasa dari peringkat kecil lagi.
Kemungkinan berlaku penderaan, kemiskinan ibu bapa, pemakanan kurang sihat
sejak dari umur 0 hingga 5 tahun.

Dispraksia

Dispraksia ialah kesukaran pembelajaran berasaskan sensori motor. Kanak-kanak


dispraksia biasanya lemah dalam koordinasi mata dan tangan serta pergerakan otot
halus dan juga otot kasar. Mereka juga sering membuat pergerakan yang pelik.

Disleksia Fonologi ( Auditori)

Disleksia Fonologi ialah kesukaran pembelajaran berasaskan proses auditori.


Masalah ini melibatkan kesukaran mengamati bunyi huruf dan kumpulan huruf.
Seperti Disleksia Visual, proses mendapat maklumat dari alat auditori ke otak
mengalami masalah.
Disleksia Visual

Disleksia visual ialah kesukaran pembelajaran berasaskan visual. Masalah ini bukan
hanya melibatkan mata sahaja, malah proses mendapat maklumat dari mata ke
otak. Masalah kanak-kanak disleksia visual ini ialah pembalikan huruf atau nombor
dan ketidakbolehan menulis simbol mengikut turutan yang betul.

Disgrafia

Disgrafia ialah kesukaran memegang sesuatu khususnya alat tulis. Masalah


disgrafia ini boleh dikesan dengan keburukan tulisan yang dibuat.

Diskalkulia

Diskalkulia ialah kesukaran untuk menjawab soalan berasaskan matematik. Kanak-


kanak diskalkulia mengalami masalah di dalam pengiraan arimetik, dan operasi
asas.

Disleksia Ortografik

Disleksia Ortografik ialah kesukaran untuk mengenal Huruf-huruf. Kanak-kanak


disleksia ortografik sering bermasalah di dalam tulisan cina, jepun dan arab yang
mempunyai banyak huruf dan pelbagai simbol.

Anda mungkin juga menyukai