Anda di halaman 1dari 2

JATI DIRI MURID BERMULA DI RUMAH

Pembentukan jati diri seseorang insan bermula mulai ia dilahirkan di muka bumi. Sikap,
kelakuan, adat dan kepercayaan seseorang bermula dari rumahnya. Hal ini kerana, anak-
anak mempelajari segalanya daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa merupakan dua insan
yang membentuk jati diri dalam kalangan anak mereka.

Pada dasarnya, anak boleh dibaratkan bagai tanah liat tanpa bentuk. Ibu dan ayah
yang akan membentuk jati dirinya dengan mengajarkan bahasa, adat, budaya dan
agama. Ibu dan ayah yang mendidik anak mereka supaya menjadi manusia yang utuh
jati dirinya.

Di samping itu, keperihatinan ahli keluarga di rumah dalam pembetukan jati diri
murid juga amat penting. Contohnya, jika murid itu dibesarkan dalam kalangan ahli
keluarga yang saling menyayangi, bersopan santun berdisiplin, maka secara tidak
langsung mempengaruhi jati diri murid tersebut.

Sebaliknya, bayangkan jika murid itu dibesarkan dalam suasana keluarga yang
porak peranda. Pembentukan jati dirinya terpengaruh akan situasi keluarganya. Dia
membesar dengan sikap negative keran tiada didikan yang mengutakan pembentukan
jati diri murid itu.

Pada masa yang sama, jati diri murid yang cemerlang terbentuk dengan didikan
yang terpuji. Anak murid yang mendapat didikan yang teratur dari rumah sentiasa
menonjolkan sikap yang boleh dicontohi. Murid ini sering dijadikan teladan oleh guru
kepada murid-murid lain.

Selain itu, murid yang mempunyai jati diri yang baik mempunyai identiti yang unik.
Mereka terbeza daripada murid lain dengan menunjukkan sahsiah dan nilai yang terpuji.
Murid-murid ini sentiasa menjaga nama baik mereka dan keluarga. Oleh itu,
pembentukan jati diri mereka semakin lama semakin kukuh.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa jati diri murid terbentuk dari rumah. Sekolah pula
merupakan tempat memperkukuh jati diri yang sedia tersemai dalam diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai