Anda di halaman 1dari 1

Gambar dibawah menunjukkan langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut.

cuci tangan dengan


air sabun

Langkah – langkah
pencegahan
penyakit tangan,
kaki dan mulut
Tutup mulut dan hidung
semasa bersin atau
batuk

membuat pemeriksaan
kesihatan
tidak berkongsi
barangan peribadi

Contoh ulasan :

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah penyakit yang selalu menyerang kanak-kanak.
Oleh itu, terdapat pelbagai langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Antaranya, kita mestilah mencuci tangan dengan air sabun sehingga bersih. Hal
ini kerana kita menyentuh pelbagai objek atau benda menggunakan tangan.

Selain itu, kita sepatutnya tidak berkongsi barangan peribadi dengan pesakit
tangan, kaki dan mulut. Sebagai contoh, elakkan berkongsi peralatan makanan dan
minuman.

Di samping itu, kita hendaklah menutup mulut dan hidung semasa bersin atau
batuk. Sebagai contoh, kita digalakkan untuk menggunakan tuala kecil atau penutup
mulut.

Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan kebersihan diri dengan baik supaya


penyakit tangan, kaki dan mulut ini dapat dihindari.

Anda mungkin juga menyukai