Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Komunikasi visual adalah seni di dalam komunikasi yang bertujuan memberitahu, mendidik, mempengaruhi,
memujuk dan memberi pengalaman visual kepada audien. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan jenis dan terdapat
di sekeliling kita seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain. Terdapat dua elemen penting dalam komunikasi
visual iaitu grafik dan multimedia.
KOMUNIKASI VISUAL
GRAFIK MULTIMEDIA
1.1 Imej/Gambar
Imej atau gambar adalah gambaran objek sama ada objek alam seperti figura, pokok, gunung dan lain-lain dan
objek buatan manusia seperti kereta, bangunan, kerusi dan lain-lain. Dalam reka bentuk komunikasi visual
imej/gambar terbahagi kepada tiga bentuk visual iaitu:
1. Visual realistik – visual dalam bentuk yang nyata dan asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan
2. Visual analogik – visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebanyakannya dilukis dalam
bentuk rajah dan simbol.
3. Visual Organizational – visual rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat, graf, peta dan
sebagainya.
Visual Realistik Visual Analogik Visual Organizational
1.2 Tipografi
Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekaan grafik
menggunakan huruf atau muka taip untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang sempurna,
penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan sempurna dan berkesan. Terdapat dua jenis muka taip iaitu:
1. Muka taip peraga – sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakan untuk tajuk utama, judul, logo dan
apa saja peraga atau iklan.
2. Muka taip teks – sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan misalnya dalam reka letak sebuah akhbar,
majalah, risalah dan sebagainya.
3.1 Media konvensional – Adalah media yang menjadi kebiasaan kepada pengkarya dan digunakan sejak dahulu
secara tradisi. Dalam bidang komunikasi visual media konvensional adalah seperti cat, berus dan peralatan
teknikal. Pada kebiasaannya pereka terkongkong dengan media yang ada dan permukaan tertentu. Penggunaan
media konvensional ini dilakukan oleh pelukis-pelukis iklan, poster, kain rentang, bidai pengadang cahaya matahari
(kedai), billboard dan sebagainya.
3.2 Media cetak – Adalah media yang menggunakan peralatan atau plat cetakan untuk menghasilkan grafik dalam
jumlah yang banyak.Media ini paling popular diguna dalam komunikasi visual. Pengiklanan akan menggunakan
media ini untuk mengiklankan barangan dan maklumat. Media ini lebih mudah dan murah. Pereka bentuk hanya
perlu berkemahiran dalam bidang grafik terutamanya dari segi reka letak, menyusun huruf dan meletakkan imej
yang sesuai.Contoh media cerak adalah seperti litografi, fotografi, saring sutera dan offset. Pada masa kini
multimedia memainkan peranan penting dalam kerja-kerja reka bentuk grafik dan dicetak menggunakan elemen
multimedia iaitu pencetak elektronik.
3.3 Media elektronik – Adalah media yang menggunakan peralatan elektronik untuk menyalurkan persembahan
grafik dalam bentuk yang dinamik dan inovasi menggunakan aplikasi perisian komputer grafik. Media elektronik
dapat menghasilkan audio (bunyi) dan animasi (pergerakan) Contoh media elektronik adalah seperti billboard
elektronik, internet, televisyen, wayang gambar, LCD projector, CD ROM dan persembahan multimedia
(komputer).
4. GRAFIK
Grafik adalah unsur utama dalam komunikasi visual.Grafik berasal dari perkataan Greek “Graphikos” bermaksud
boleh melukis dan mewarna. Grafik umumnya bermaksud proses komuniksi visual yang menggabungkan teks dan
ilustrasi yang membentuk bidang-bidang grafik iaitu logo, grafik, risalah, poster, kulit buku dan lain-lain untuk
tujuan komunikasi dengan audien. Grafik juga adalah gambaran visual yang meringkaskan maklumat dan idea
seperti kombinasi lukisan, perkataan, symbol dan gambar dalam satu hasil karya. Pada hari ini reka bentuk grafik
diperluaskan lagi dengan penggunaan komputer dan aplikasi perisian grafik.
1. Reka Bentuk korperat – Adalah keperluan bidang korperat yang menunjukkan identiti sesebuah syarikat, seperti
kepala surat, logo, kad perniagaan, tanda nama, invois, resit, kotak pembungkus, pakaian kakitangan, risalah
syarikat dan lain-lain. Semua keperluan tersebut melambangkan perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan
oleh syarikat tertentu. Semua identiti syarikat ini distandadkan atau dipiawaikan bagi menunjukkan kedudukan dan
imej syarikat.
2. Reka Bentuk papan Peraga / Papan Iklan(Billboard) – Adalah poster besar yang terdapat di tepi atau di
persimpangan jalan. Terdapat tiga jenis papan peraga iaitu iklan persinggahan, iklan persimpangan dan rerambu
jalan. Iklan persinggahan adalah iklan yang diletakkan di luar badan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Iklan
persimpangan adalah iklan yang diperagakan di tempat strategik, iaitu di kawasan orang ramai lalu-lalang. Iklan ini
diperaga atau dipersembahkan dalam pelbagai gaya dan bentuk. Rerambu jalan yang menunjukkan maklumat dan
arah jalan.
3. Reka Bentuk Pembungkusan – Pembungkusan adalah bekas yang dibentuk bertujuan untuk melindungi dan
memelihara kualiti sesuatu barangan di dalamnya semasa dihantar, disimpan dan dipemerkan. Pembungkusan
yang direka bentuk hendaklah sesuai dengan ciri-ciri barangan yang dilindungi supaya kualiti barangan tersebut
terpelihara.
4. Reka Bentuk Penerbitan Umum – Reka bentuk penerbitan umum adalah reka bentuk penerbitan seperti buku,
majalah, surat khabar, laporan dan pelbagai bentuk penerbitan umum.
5. Reka Bentuk Digital – Adalah reka bentuk yang menggunakan teknologi paparan elektronik dalam penghasilan,
seperti laman web, animasi, video dan multimedia.
6. Reka Bentuk Papan Tanda – Adalah reka bentuk tanda arah bangunan, seperti tanda lif, tangga dan tandas atau
tanda jalan seperti di jalan raya seperti jambatan, jalan bengkang-bengkok, perhentian bas dll.
7. Logo – Logo adalah gambaran atau gubahan ringkas yang mempunyai makna tertentu dan digunakan untuk
mewakili sesuatu pertubuhan, kelab, kedai, bank dan lain-lain. Punca idea logo lazimnya berdasarkan benda di
alam sekitar seperti flora, fauna, manusia, benda buatan manusia, huruf, angka, rupa bentuk geometrid an
sebagainya. Ciri-ciri logo yang baik mestilah:
a) Rupa mudah dan ringkas
b) Bersesuaian dengan tema
c) Melambangkan identity syarikat atau organisasi tertentu
d) Olahan yang menarik dan kemas
e) Dapat menyampaikan mesej tertentu
Terdapat tiga jenis logo iaitu:
a)Logo Huruf – menggunakan huruf atau muka taip untuk menghasilkan logo
b)Logo Representasi – Logo yang diolah berdasarkan objek benda di persekitaran
c)Logo Simbol – Logo yang menggunakan imej untuk menerang atau memaklumkan fungsi
sesebuah organisasi.
8. Maskot –Maskot adalah objek haiwan dalam bentuk pakaian yang dijadikan lambang sesuatu acara rasmi dan
sering digunakan dalam acara sukan dan rancangan televisyen kanak-kanak. Haiwan yang dipilih adalah haiwan
yang menjadi lambang sesuatu tempat. Maskot digayakan dalam bentuk sesuatu perlakuan yang ada kaitan
dengan aktiviti sesuatu acara,contohnya dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia 2006, maskot singa beraksi
dengan bola sepak . Maskot mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu:
a)Digunakan untuk acara tertentu dan bukan pakaian harian
b)Mempunyai identiti sesuatu tempat
c)Hasil seni yang bukan untuk tujuan komersial atau untuk mendapat keuntungan
d)Keaslian (rupa yang ditetapkan mempunyai ciri-ciri dan identiti tertentu)
9. Tipografi – Tipografi adalah seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip. Ia penting kerana kebanyakan
rekaan grafik menggunakan muka taip. Contohnya poster, ilustrasi, risalah, iklan, papan tanda dan lain-lain.
Pemilihan dan penyusunan muka taip penting supaya rekaan grafik kelihatan harmoni dan mempunyai kesan visual
yang ditetapkan.
Terdapat empat jenis muka taip:
a)Muka Taip serif – Muka taip yang mempunyai serif iaitu bahagian melengkung pada bahagian
atas dan bawah huruf. Dikenali juga sebagai muka taip klasik. Sesuai digunakan untuk majalah dan risalah.
b)Muka Taip Sans Serif – Muka taip yang tidak mempunyai serif. Corak hurufnya seragam,
hurufnya tegak dan melintang. Muka taip jenis ini mudah dibaca dan sesuai digunakan untuk teks, poster, iklan dan
papan tanda.
c) Muka Taip Kursif – Muka taip berbentuk tulisan tangan yang kelihatan halus dan beransur-
ansur manjadi tebal. Sesuai untuk kad ucapan dan kad jemputan.
d).Muka Taip Dekoratif – Muka taip yang mempunyai hiasan dan gaya. Sesuai digunakan untuk
kad ucapan, kad jemputan dan cenderamata.
10.Poster – Poster adalah reka bentuk grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, gambar atau foto, rekaletak dan
gubahan warna untuk menyampaikan maklumat secara cepat,mudah difahami dan spontan. Poster digunakan
sebagai elemen komunikasi visual untuk tujuan perhubungan dan pengiklanan.
11.Ilustrasi – Ilustrasi adalah gambaran visual yang jelas dan sempurna dalam bentuk lukisan, foto, rajah, simbol
dan lain-lain yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, idea dan tema sesuatu perkara kepada audien. Ilustrasi
dibahagikan kepada lima jenis iaitu:
a).Ilustrasi fesyen – ilustrasi yang menggambarkan pakaian semasa dan memperlihatkan
kehalusan dan ketelitian pereka fesyen dalam rekaan.
b).Ilustrasi Alam – Ilustrasi yang menggambarkan lukisan dan catan semulajadi seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.
c).Ilustrasi Perubatan – Ilustrasi yang menggambarkan anatomi manusia seperti jantung, mata,
otak dan sebagainya untuk meningkatkan kefahaman dalam ilmu perubatan.
d).Ilustrasi Teknikal – Ilustrasi yang menggambarkan komponen keseluruhan reka bentuk
sesuatu benda dalam industri pembuatan seperti kereta, peralatan elektrik dan lain-lain. Ilustrasi kereta contohnya
akan diperlihatkan keseluruhan komponen kereta termasuklah bahagian dalam yang tidak dapat dilihat seperti
bahagian enjin dan sistem brek.
e).Ilustrasi Perindustrian – ilustrasi yang menggambarkan persembahan rekaan sesuatu produk
untuk tujuan promosi atau persembahan kepada pelanggan.
Reka Bentuk korperat Reka Bentuk papan Peraga / Papan Iklan Reka Bentuk Pembungkusan
Reka Bentuk Penerbitan Umum Reka Bentuk Digital Reka Bentuk Papan Tanda
Logo Maskot Poster Ilustrasi fesyen
Ilustrasi Perindustrian
5. MULTIMEDIA
Multimedia adalah teknologi persembahan komputer yang menyatukan pelbagai media seperti teks, ilustrasi,
gambar, audio, video dan animasi yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk
membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, merekacipta dan berkomunikasi. Komponen multimedia terdiri
daripada komputer, pengimbas, pencetak, kamera digital, pembesar suara dan pemain cakera padat.
6. ANIMASI
Animasi adalah satu siri grafik pegun (tidak bergerak) yang dipaparkan dengan menggunakan beberapa bingkai
gambar secara berterusan yang akan membentuk satu ilusi pergerakan. Animasi merangkumi satu ruang yang luas
iaitu daripada satu pergerakan yang mudah seperti titik-titik yang berkelip sehingga pergerakan yang komplek
seperti pergerakan air dan angin.
Semakin banyak bingkai gambar bagi sesuatu pergerakan akan menghasilkan satu kesan pergerakan yang lebih
licin. Sebaliknya gambar akan tersangkut-sangkut jika bingkai gambar dikurangkan.
Ilustrasi setiap bingkai animasi dihasilkan secara manual atau juga boleh dihasilkan sepenuhnya menggunakan
perisian grafik animasi. Antara perisian grafik animasi ialah Microsoft Power Point, 3D Studio Max, Micromedia
Flash dan MAYA.
7. LAMAN WEB
Laman web adalah dokumen dan informasi elektronik yang dipaparkan di jaringan web yang mengandungi
grafik, audio video dan teks. Jaringan laman web dapat dilayari oleh setiap pengguna di seluruh dunia dikenali
sebagai Word wide web (www). Setiap laman web yang bertalian dengan jaringan ini dikenali sebagai web site
atau tapak web. Setiap laman web mempunyai titik permulaan yang dikenali sebagai hompage yang seakan-akan
kulit buku yang menyenaraikan isi kandungan dan maklumat yang terdapat dalam homepage tersebut. Laman web
dibangunkan dan dikawal oleh seorang webmaster (blogger).