Anda di halaman 1dari 5

Pembuk Diminta semua hadirin mengambil tempat masing-masing sementara menantikan para tetamu jemputan dan

a majlis penceramah tiba. Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai.

Majlis juga memohon kepada semua agar berdiri ketika saya mengumumkan ketibaan perasmi dan tetamu kehormat.

Mohon juga kepadda semua agar mematikan telefon bimbit atau menetapkan dalam mod senyap agar tidak mengganggu
perjalanan majlis pada pagi ini.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan dif-dif jemputan yang diraikan.

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka dan tidak lupa juga kepada hadirin-hadirat yang diutamakan
sekalian

Yang Berhormat Dato P.Kamalanathan selaku Timbalan Menteri Pendidikan 1, merangkap ahli parlimen Hulu
Selangor.

Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Bin Mydin, selaku Pengarah Urusan Mydin Mohamed
Holdings Berhad.

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Izal Jamaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow Cosmetic (M) Sdn
Bhd.

Yang Berusaha Encik Mohd Yusri Bin Ishak selaku pengurus Aiman Tino

Yang Berusaha saudara Mohammad Aiman Bin Yusri atau dikenali sebagai Aiman Tino

Yang Berusaha Encik Safirruddin Bin Saud, Tuan Pengetua SMK Ampang Pecah

Yang Berusaha Encik Tuan Haji Abd Rahiman Bin Yusof, Guru Besar SK Ampang Pecah

Barisan penolong kanan, barisan guru-guru kanan mata pelajaran, kaunselor-kaunselor, dan seterusnya para
pelajar SMK Ampang Pecah yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Wbt, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam sehati sejiwa.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Dengan penuh takzimnya, majlis menjemput…………………………………………………….. bagi mengepalai bacaan


doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Aamin, aamiin ya Rabbal A’Lamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada …………………………………….
Di atas kesudiannya membaca doa tersebut.

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
kita dipertemukan di dalam majlis yang serba indah dan moga diberkati ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
peghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua hadirin bagi bersama-sama menjayakan majlis Sweet Aiman
Junior

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis Sweet Aiman Junior adalah hasil kerjasama antara Woder Glow dan penyanyi
remaja masa kini, Aiman Tino. Produk baju uniform sekolah ini adalah baju produk ketiga selepas kosmetik dan baju
kurta sempena Ramadhan dan aidilfitri yang lalu. Unfiorm sekolah Sweet Aiman Junior ini juga bekerjasama dengan
Mydin Mohamed Holdings Berhad dan dipasarkan di rangkaian pasaraya Mdin terpilih di seluruh negara iaitu di;

Pasar Raya Besar Mydin MiTC, Ayer Keroh, Melaka.


Pasar Raya Besar Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pasar Raya Besar Mydin Kubang Kerian, Kelantan.

Pasar Raya Besar Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor.

Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak.

Pasar Raya Besar Mydin Gong Badak, Terengganu.

Emporium Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bukan keris tanpa ulunya,

Bukan majlis tanpa ucapannya,

Sebagai pemula majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Izal Jamaludin
selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow Cosmetic (M) Sdn Bhd. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohd Izal Jamaludin diatas ucapannya
sebentar tadi.

Budak kampung  pergi ke Pekan,

Tersesat jalan tertanya-tanya,

Jasa dan bakti tuan curahkan,

Semoga mendapat limpah rahmat-Nya.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan 1 Dato P.Kamalanathan A/L P. Panchanatan
Bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato P.Kamalanathan diatas ucapannya sebentar
tadi.

Banyak duri perkara duri,

Tidak sama duri mengkuang,

Banyak budi perkara budi,

Tidak sama budimu seorang,

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian,

Tanpa membuang masa lagi, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis perasmian Sweet Aiman Junior. Dengan
itu, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berhormat Dato P. Kamalanthan diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’
Mohd Izal Jamaludin, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Bin Mydin dan saudara Aiman Tino
bagi merasmikan program Sweet Aiman Junior.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato P.Kamalanathan diatas kesudiannya merasmikan program
Sweet Aiman Junior.

Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada para pelajar oleh Dato P. Kamalanathan diiringi oleh Yang
Berbahagia Dato’ Mohd Izal Jamaludin dan saudara Aiman Tino kepada para pelajar sekalian.

Merdu bertingkah alunan suara,

Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,

Serendah hati kemaafan dipinta,


Demikian tadi sempurnalah sudah majlis kita pada petang ini. Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kesilapan, terkasar bahasa dan kekurangan daripada diri saya sendiri. Sesungguhnya saya hanyalah hamba kepada yang
Maha Sempurna. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai