yang sering menjadi buah mulut masyarakat. Hampir setiap hari berita pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran sungai, udara dan domestik banyak disiarkan pada dada-dada akhbar. Hal ini
telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan situasi yang dihadapi ini. Menurut Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia isu pencemaran alam sekitar ini semakin serius
sehingga mampu mengancam kesihatan manusia. Pada zaman dahulu, rakyat negara kita dapat
menghirup udara yang bersih, air yang jernih dan menikmati suasana yang menghijau. Kini,
pencemaran alam sekitar semakin menjadi-jadi disebabkan sikap manusia sendiri. Tuntasnya, kita
perlulah berusaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sebelum hal ini menjadi lebih serius
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang harus kita
lakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini?
Bagi memetik wasitah nirmala yang pertama, usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi
pencemaran alam sekitar ialah kerajaan memperkenalkan kempen pemeliharaan alam sekitar
kepada masyarakat. Hal ini kerana, kerajaan merupakan tunjang utama pemerintahan dan tulang
belakang negara. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengadakan kempen mengitar semula sampah.
Hal ini dapat mendidik masyarakat tentang amalan kitar semula yang dapat mengurangkan
pencemaran domestik.Sampah dan sisa pepejal juga dapat dikurangkan melalui pendekatan
tersebut.Kerajaan juga perlu menyediakan tong kitar semula demi memelihara alam sekitar. Oleh
itu, kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mengatasi pencemaran alam
sekitar daripada menjadi lebih serius dan kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab perlulah
menjalankan tugas kita untuk melindungi alam sekitar dengan sebaiknya.
Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar perlulah bermula darpada pihak ibu bapa. Hal ini
demikian kerana mereka merupakan individu yang terdekat dengan anak-anak mereka dan
bertanggungjawab untuk mendidik mereka agar lebih menyayangi, menghargai dan mengambil
peduli terhadap alam sekitar. Mereka juga seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-
anak kerana bapa borek anak rintik. Kesannya anak-anak akan dapat mengikut jejak langkah mereka.
Contohnya, ibu bapa perlulah menasihati anak-anak supaya tidak membuang sampah sesuka hati
kerana ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Mereka juga perlu menasihati anak-anak
tentang bahaya membakar sampah kepada alam sekitar kerana boleh menjadi salah satu punca
pencemaran udara. Dengan cara ini, anak-anak akan mendengar nasihat dan mencontohi sikap baik
ibu bapa sekaligus lebih menyayangi alam sekitar. Jelaslah bahawa berbudi kepada alam dan bumi
harus bermula daripada diri sendiri.
Selain daripada pihak kerajaan, pihak swasta juga harus menunjukkan keprihatinan mereka
terhadap alam sekitar. Mereka boleh menaja aktiviti yang bertemakan alam sekitar seperti
pertandingan mewarna atau membuat poster yang dapat menarik minat golongan-golongan muda.
Mereka juga boleh membantu kerajaan mempromosikan program pelestarian alam sekitar.
Contohnya, mereka boleh menarik minat masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti pameran dan
pertunjukan berkaitan alam sekitar. Dengan ini, masyarakat akan lebih terdedah kepada
kepentingan menjaga alam sekitar sekaligus berusaha untuk melindunginya. Jelaslah bahawa kita
sebagai penduduk bumi wajarlah memikul tanggungjawab kepada alam dengan baik demi
kesejahteraan dan keseimbangan alam.
Di samping itu, pihak sekolah juga haruslah berusaha dengan gigih untuk mengatasi pencemaran
alam sekitar. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah merupakan tempat di mana pelajar dating
untuk menimba ilmu pengetahuan dan mereka mungkin lebih banyak meluangkan masa di sekolah
berbanding di rumah. Sekolah ibarat rumah kedua bagi pelajar. Oleh itu, pihak sekolah perlulah
mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran diri murid mengenai
pencemaran alam sekitar. Pihak sekolah boleh menjemput pakat daripada Jabatan Alam Sekitar
untuk memberi pencerahan kepada pelajar dan mereka juga akan dapat mempelajari cara
memulihara alam dan usaha berterusan yang dapat dilakukan untuk melindungi alam. Penceramah
boleh menunjukkan slaid dan gambar tentang kesan pencemaran alam kepada pelajar. Hal ini akan
dapat menimbulkan rasa keinsafan dalam diri mereka untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
Dalam dunia yang semakin maju ini, pendedahan media massa tentunya mampu membantu untuk
menyebarkan berita tentang alam sekitar yang makin tenat ini. Contohnya, dengan memaparkan
iklan di televisyen dan internet, masyarakat akan dapat mengetahui tentang pencemaran alam
sekitar yang semakin hari semakin serius. Surat khabar juga pelu menyiarkan berita berkaitan
dengan pencemaran alam .Oleh yang demikian, media massa termasuklah media elektronik dan
media cetak haruslah memberi maklumat sebanyak mungkin tentang isu-isu pencemaran alam sama
ada puncanya mahupun akibatnya dan cara mengatasinya agar dapat memberi pendedahan kepada
masyarakat. Penyiaran rancangan atau dokumentari tentang pencemaran alam sekitar juga haruslah
dilakukan. Contohnya, rancangan tersebut boleh mendidik masyarakat untuk menanam pokok dan
mengurangkan pembuangan sampah. Tuntasnya, menjaga alam sekitar sekaligus dapat
mengurangkan pencemaran alam demi keseimbangan ekologi dan memulihara flora dan fauna.
Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulakan bahawa
terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Semua
penduduk bumi harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kita perlu berusaha untuk
mengurangkan masalah yang menjurus kepada pencemaran alam. Contohnya, kita boleh
mengurangkan pemanduan agar asap dapat dikurangkan dan sebaliknya, kita boleh mempraktikkan
amalan berkongsi kenderaan untuk menjaga alam sekitar. Kita juga perlu belajar untuk menjimatkan
penggunaan sumber alam dan sentiasa menyedari bahawa alam sekitar yang musnah memerlukan
kerja penambahbaikan yang panjang. Dengan ini, kita akan menjadi lebih berwaspada terhadap alam
sekitar. Sudah terang lagi bersuluh, sesuatu yang positif haruslah kita amalkan manakala yang
negatif pula haruslah kita hindari. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk melestarikan kembali alam sekitar kita. Usahlah kita menyesal nanti kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.