Anda di halaman 1dari 2

Pantun Budi

Maksud
Rangkap 1
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

Rangkap 2
Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi.

Rangkap 3
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

Rangkap 4
Sudah menjadi lumrah dalam hidup, kekayaan lebih diutamakan
daripada budi bahasa.

Rangkap 5
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

Rangkap 6
Orang yang berbudi akan dipandang mulia, martabat bangsa dinilai dari
segi bahasa dan tutur kata.

Rangkap 7
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan
orang yang sama tarafnya.

Tema dan Persoalan


Tema
Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa.
.
Persoalan
(a) Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
(b) Sikap mementingkan kekayaan menyebabkan seseorang lupa akan
budi bahasa.
(c) Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur
kata.
(d) Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang
dituturkannya.
(e) Budi bahasa lebih penting daripada kekayaan yang dimiliki.
(f) Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam
kalangan orang yang bijaksana.
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada lima hingga sebelas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


(a) Imej alam. Contohnya, air; laut; tanjung; saga; bunga melati; bunga
seroja; kali; bunga cina; batu; daun; emas; anak beruk; dan pantai.
(b) Peribahasa. Contohnya, Bagai cincin dengan permata.
(c) Personifikasi. Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari.
(d) Repetisi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat.
(e) Responsi. Contohnya, Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
(f) Asonansi. Contohnya, Hina manusia tidak berbudi (perulangan
vokal i).
(g) Aliterasi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat (perulangan
konsonan d).
(h) Rima akhirnya sama, iaitu abab.

Nilai
(a) Budi bahasa. (c) Rendah diri.
(b) Mengenang jasa. (d) Kebijaksanaan.
.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada
kita.
(c) Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan.
(d) Kita haruslah sentiasa merendah diri agar tidak dipandang rendah
oleh masyarakat.
(e) Kita haruslah menjadi orang yang bijaksana agar dapat membantu
untuk membangunkan bangsa dan negara.