Anda di halaman 1dari 10

Mode Data Bukak Mode Gratis

9+ 35
Poto saka postingane Amin Terry ing kajian amalan hizib sholawat dan syariat hakikat tarekat Makrifat tauhid

Amin Terry ▶ kajian amalan hizib sholawat dan syariat hakikat tarekat Makrifat tauhid
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

LATAIF LATAIF QOLBI RUH dan SIRR


LATAIF- LATAIF..QOLBI..RUH dan SIRR..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua
berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat
senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui
siapa, hanya mencari dan mengharap redho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan
aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat
semua.... Insha Allah....
LATAIF adalah kata jama' bagi Latifah yang bererti kehalusan. Allah adalah bersifat Al-Latif iaitu Yang Maha Halus dan Dia
telah mengurniakan Kehalusan-Nya kepada sekalian Nur Muhammadiyah. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan
manusia dengan mengurniakannya sepuluh Lataif yang halus. Ianya boleh disifatkan sebagai anggota dalaman Ruhani
bagi manusia atau panca indera bagi Ruhani. Ianya diibaratkan sebagai juzuk-juzuk bagi diri Ruhani sepertimana Otak,
Jantung, Limpa, Hati, Paru-paru dan anggota dalaman bagi jasad tubuh badan Jasmani manusia.
Konsep seperti ini juga terdapat dalam sistem kepercayaan sesetengah kaum seperti Hindu dan Cina namun dalam
perkembangan Tasawwuf Islam, segala ilmu pengetahuan adalah bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah, manakala
penghasilan Ma’rifat mereka adalah menerusi Muraqabah dan Musyahadah. Seterusnya para Masyaikh/Mursyid
memperkembangkan ilmu tersebut menerusi pengamatan mereka yang dalam serta tahap kerohanian yang tinggi.
Mungkin ada yang mendakwa mereka mengambilnya dari falsafah Yunani atau pun Hindu atau Cina, namun tiada bukti
yang jelas tentang hal tersebut cuma dakwaan yang meleset. Para Masyaikh Naqshabandiyah memperolehi pengetahuan
tentang Lataif adalah menerusi pengkajian mereka yang mendalam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits serta As-Sunnah dan
mengamalkan Syari’at dengan teguh dan mewarisi ilmu pengetahuan dari guru-guru mereka dengan pertalian sanad yang
kukuh menerusi Silsilah yang benar.
Perkembangan Tariqat dalam diri seseorang itu secara umumnya melibatkan kesedaran dalam turutan yang tertentu pada
Latifah-Latifah yang menjadi pusat perhentian dalam pemerhatian perjalanan Ruhani dan ianya terdapat dalam diri setiap
manusia, amnya bagi sekalian umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.
Setiap Latifah itu dikaitkan dengan Nabi-Nabi yang tertentu atau warna-warna yang tertentu atau anggota tubuh badan
yang tertentu atau alam-alam yang tertentu atau ma’rifat-ma’rifat yang tertentu dan ianya berbeza di antara satu Tariqat
dengan Tariqat yang lain. Perbezaan ini menunjukkan betapa luasnya Ilmu Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tugas Para Masyaikh adalah untuk menghidupkan kesemua Latifah-Latifah tersebut pada diri si murid agar Latifah-
Latifah nya dapat sentiasa berzikir kehadhirat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Menghidupkan kesemua Latifah-Latifah ini
dengan Zikirullah adalah merupakan kegiatan wajib bagi sekalian para Sufi.
Setelah melalui proses ini, seseorang Salik itu dikatakan sebagai telah mencapai tingkat kesempurnaan Insan dan
menjadi manusia yang sempurna. Seseorang yang menjalani Tariqat Tasawwuf adalah wajib menyucikan kesemua Latif-
Latifnya dengan ilmu dan zikir kerana kesemua Latifah adalah bersifat Nur dan sesuatu yang bersifat Nur hanya boleh
disucikan dengan sesuatu yang bersifat Nur juga.
Ilmu Syari’at, Ilmu Tariqat, Ilmu Ma’rifat dan Ilmu Haqiqat juga adalah bersifat Nur kerana ianya bersumberkan dari Al-
Quran dan As-Sunnah dan kedua-duanya bersifat Nur. Zikir juga akan menghasilkan Nur, justeru gabungan ilmu dan zikir
dalam diri seseorang itu lah yang akan menyucikan dan menghidupkan kesemua Lataif dalam dirinya.
Para Masyaikh dari Silsilah yang berbeza telah menyelami Lautan Ilmu Kekuasaan Allah di dalam Bahrul Qudrah dan telah
meneroka tentang rahsia Lataif ini. Meskipun pengetahuan mereka tentang Lataif adalah berbeza namun ianya merujuk
kepada maksud yang satu iaitu kembali kepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Guruku yang mulia Mursyid Kammil Mukammil Syeikh Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin r.a yang dikenal dengan nama
Abah Anom telah mengurniakanku dengan kesemua Sepuluh Latifah dan beliau menyatakan kepadaku bahawa lima dari
Latifah tersebut adalah dari Alam Amar manakala lima Latifah lagi adalah dari Alam Khalaq. Alam Amar dan Alam Khalaq
adalah alam yang berada dalam lingkungan Daerah Imkan.
Tarekat Qodiriyah wa Naqsyabandiyah adalah nama sebuah tarekat yang merupakan penggabungan dari Tarekat
Qodiriyah dengan Tarekat Naqsyabandiyah yang dilakukan oleh Syaikh Achmad Khotib Al-Syambasi atau biasa disebut
juga dengan nama Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar al-Sambasi al-Jawi. Ia adalah ulama besar dari Indonesia yang
diangkat menjadi imam Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah. Ia tinggal sampai akhir hayatnya di Makkah. Ia wafat
pada tahun 1878.
Beliau sebagai seorang guru mursyid yang Kamil Mukammil, Syaikh Achmad Khotib Al-Syambasi sebenarnya memiliki
authority untuk membuat modifikasi tersendiri bagi tarekat yang dipimpinnya. Kerana dalam tradisi Tarekat Qodiriyah
memang ada kebebasan untuk itu bagi yang telah mempunyai derajat mursyid.
Selanjutnya garis salsilahnya berlanjut melalui Syaikh Abdul Karim Tanara Nawawi Al-Bantani yang berasal dari Banten
dan juga mengikuti jejak gurunya menjadi imam Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah.
Selanjutnya jalur salsilahnya ini berlanjut ke Khalifah Syekh Ahmad Khatib yang berada di Cirebon, yaitu Syekh Thalhah, ia
mengembangkan tarekat ini secara mandiri. Kemursyidan yang dirintis oleh Syekh Thalhah ini kemudian dilanjutkan oleh
khalifahnya yang terpenting. Ia adalah Abdullah Mubarak ibn Nur Muhammad. Dia kemudian mendirikan pusat
penyebaran tarekat ini di wilayah Tasikmalaya (Suryalaya). Sebagai basisnya di dirikanlah Pondok Pesantren Suryalaya.
Dan belakangan nama beliau sangat terkenal dengan panggilan Abah Sepuh.
Kepemimpinan tarekat yang berada di Suryalaya ini, setelah meninggalnya Abah Sepuh digantikan oleh Abah Anom. Ia
adalah putra Abah Sepuh (Abdullah Mubarak), yang bernama A. Shahibul Wafa Tajul Arifin. Beliau memimpim pesantren
dan tarekat ini sampai akhir hayatnya. Di bawah kepemimpinan Abah Anom ini Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah di
kemursyidan Suryalaya berkembang sangat pesat. Dengan menggunakan metode riyadlah dalam tarekat ini, Abah Anom
meletakkan ajaran Sepuluh Latifah Insan sebagai dasarnya.
Insyaallah...Sekiranya diizinkan aku akan tulis satu artikal khusus tentang pemimpin Mursyidul Tariqat Qadiriyah wa
Naqshabandiyah iaitu A. Shahibul Wafa Tajul Arifin yang lebih dikenal dengan nama Abah Anom.
Jadi untuk memahami Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini, amat penting untuk kita memahami tentang Sepuluh
Latifah Insan. Semoga Allah memberikan kita Taufiq dan Hidayah. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..
SEPULUH LATIFAH INSAN.
KETAHUILAH bahawa di sisi Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih
dan sekalian para pengikutnya telah tsabit bahawa pada setiap insan terhimpun Sepuluh Latifah.
Begitulah juga seperti yang telah dikatakan oleh guruku Hadhrat Khwajah Khawajahgan Maulana Khan Muhammad Sahib
Mudda Zilluhul ‘Ali kepadaku bahawa lima Latifah adalah dari Alam Amar dan lima Latifah lagi adalah dari Alam Khalaq.
Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alam yang berada dalam lingkungan Daerah Imkan.
LIMA LATIFAH ALAM AMAR.
1.) QALB
2.) RUH.
3.) SIRR
4.) KHAFI
5.) AKHFA.
LIMA LATIFAH ALAM KHALAQ.
1.) NAFS
2.) ANGIN
3.) API
4.) AIR
5.) TANAH.
Rohaniah setiap insan telah diciptakan dengan bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya berasal dari
Alam Amar. Santapan Rohaniah adalah cahaya Nur Allah yang dapat diperolehi dari Alam Amar menerusi Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana kedudukannya di Alam Kerohanian adalah
seumpama Matahari di dalam sistem cakrawala.
Ada dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
diibaratkan sebagai cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai suatu sumber keberkatan yang sempurna lagi terpilih.
Kesemua Para Nabi dan Rasul menerima limpahan keberkatan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Sewaktu Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan rupa bentuk jasmani bagi insan, dikurniakannya juga lima Lataif Alam
Amar di beberapa kedudukan pada badan manusia dan mengurniakannya takluk keasyikan.
Adapun bagi ALAM AMAR, kedudukan LATIFAH QALB itu terletak pada tetek kiri pada anggaran dua jari di bawah puting
dan cenderung sedikit ke arah ketiak. Kedudukan LATIFAH RUH adalah di bawah tetek kanan pada anggaran dua jari di
bawah puting.
Kedudukan LATIFAH SIRR adalah pada tetek kiri pada anggaran dua jari ke arah dada. Kedudukan LATIFAH KHAFI adalah
pada tetek kanan pada anggaran dua jari ke arah dada dan kedudukan LATIFAH AKHFA adalah pada tengah-tengah dada.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan takluk keasyikan pada LATAIF ALAM AMAR ini di tubuh badan manusia.
Takluk ALAM AMAR ini akan mencapai peningkatan Ruhani setelah disucikan sehinggalah kita dapat mengenali diri kita
dan asal usul kita yang merupakan cahaya Nur yang tersembunyi dalam tubuh jasmani yang gelap dan zulmat ini.
Adapun bagi ALAM KHALAQ, kedudukan LATIFAH NAFS itu adalah di antara kedua-dua kening yang mewakili otak dan
akal manusia. Ia juga merujuk kepada nafsu seseorang. Seterusnya adalah LARIFAH QALIBIYAH yang terdiri dari empat
anasir iaitu TANAH, AIR, API dan ANGIN.
Ia ada pada seluruh bahagian tubuh badan jasmani manusia. Sepertimana ALAM AMAR, ALAM KHALAQ juga perlu
disucikan kerana dengan menyucikannya akan membawa seseorang itu kepada peningkatan Ruhaniah, pengenalan diri
dan asal-usul hakikat kejadian diri.
Rohaniah Para Masyaikh adalah suci dan sentiasa hidup di sisi Allah sepertimana hidupnya Para Syuhada di sisi Allah
kerana mereka kesemuanya berjuang di Jalan Allah demi menegakkan Kalimah Allah setinggi-tingginya. Mereka adalah
orang yang berjaya mencapai hakikat kehidupan yang kekal di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
1.) LATIFAH QALB.
TITIK kedudukannya pada tubuh badan jasmani adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kiri dan cenderung sedikit
ke arah ketiak. LATIFAH QALB juga disebut LATIFAH ADAMI adalah dari takluk ALAM MALAKUT yakni Alam Para Malaikat
dan ianya merupakan pusat ‘Arash Mu’alla Allah Ta’ala di dalam diri Insan.
LATIFAH QALB adalah suatu pusat perhentian di ALAM AMAR. Sifat yang dikurniakan Allah dengan LATIFAH QALB ialah
pendengaran dan ianya merupakan Tajalli Sifat Allah As-Sami’ iaitu Yang Maha Mendengar.
Mendengar merupakan suatu sifat utama Para Malaikat kerana mereka dijadikan oleh Allah Ta’ala untuk mendengar
segala perintahNya dan taat. Seseorang Salik perlu menggunakan sifat pendengarannya untuk mendengar seruan Agama
Islam dan mengamalkan Syari’at Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum memiliki sifat Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengar dalam ertikata yang sebenar yang
mana apabila mereka mendengar sebarang perintah dari Allah Ta’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mereka
akan terus mentaatinya.
Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam dan merupakan tingkatan langit pertama di atas ‘Arash.
Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Qalb Hadhrat
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan terlimpah kepada sekelian orang yang beriman.
Cahayanya adalah dari langit yang pertama dan warna Nurnya adalah kekuningan. Seseorang Salik yang telah sempurna
penyucian LATIFAH QALB nya menerusi Tasfiyatul Qalb maka akan terhasillah padanya Kashful Qulub yakni pandangan
mata hatinya celik dan memperolehi Basirah serta Kashaf iaitu melihat perkara-perkara yang Ghaib menerusi mata hati.
2.) LATIFAH RUH.
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kanan. LATIFAH RUH juga disebut
sebagai LATIFAH IBRAHIM adalah bertakluk dengan ALAM JABARUT yakni Alam Para Ruh atau dikenali juga sebagai
Alam Arwah.
Sepertimana LATIFAH QALB, LATIFAH RUH ini juga merupakan suatu pusat perhentian di ALAM AMAR. Sifat yang
dikurniakan dengan LATIFAH RUH ialah melihat dan ianya juga merupakan Tajalli dari Sifat Allah Al-Basir Yang Maha
Melihat dan As- Syahid Yang Maha Menyaksi. Melihat dan menyaksikan adalah sifat-sifat yang Allah Ta’ala kurniakan
kepada Ruh ketika berada di Alam Amar.
Seluruh Para Ruh bersaksi bahawa Allah Ta’ala adalah Rabb, Tuhan Yang Maha Pemelihara. Melihat, memerhati dan
menyaksi adalah suatu sifat utama bagi Ruh. Sifat ini ada pada diri zahir iaitu melihat dengan kedua biji mata zahir dan
sifat ini juga ada pada diri batin iaitu menerusi pandangan mata hati iaitu Basirah.
Seseorang Salik perlu melihat tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala dan memerhatikan perjalanan Tariqatnya agar sentiasa
selari dengan petunjuk Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, banyak mengucapkan Selawat dan membaca Al-
Quran.
Alam Jabarut adalah wilayah Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam. Latifah Ruh merupakan
tingkatan langit kedua di atas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi
Nuh ‘Alaihimassalam terlimpah pada Latifah Ruh Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Cahayanya adalah dari langit yang kedua dan warnanya adalah kemerahan. Seseorang Salik yang telah sempurna
penyucian LATIFAH RUH nya akan terhasillah KASHFUL QUBUR yakni terbukanya pandangan ghaib tentang alam
kehidupan sesudah mati di dalam kubur. Dia juga akan dapat berhubungan dengan Ruh-Ruh Para Masyaikh yang telah
meninggal dunia dan mengambil limpahan keruhanian dari mereka dengan menziarahi maqam-maqam yang menjadi
tempat pengkebumian mereka.
3.) LATIFAH SIRR.
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tetek kiri dengan anggaran dua jari ke arah tengah dada. LATIFAH
SIRR juga disebut sebATIFAH MUSAWI adalah dari taklukan ALAM LAHUT yakni Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala
dan merupakan suatu pusat perhentian di ALAM AMAR.
Sifat yang Allah Ta’ala kurniakan dengan LATIFAH SIRR adalah menyentuh. Latifah Sirr adalah suatu alam di mana
tersimpannya segala rahsia-rahsia tentang Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan seharusnya menjadi rahsia bagi
seseorang Salik.
LATIFAH SIRR merupakan tahap di mana seseorang Salik itu akan mengalami perbualan dengan Hadhrat Zat Yang Maha
Suci di dalam hatinya di mana dia akan berinteraksi dengan limpahan cahaya dari Hadhrat Zat dan akan mendengar
suara-suara Ketuhanan di dalam dirinya.
ALAM LAHUT adalah wilayah Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam yang telah dapat berkata-kata dengan Allah dan telah
mendengar suara-Nya. ALAM LAHUT merupakan tingkatan langit yang ketiga di atas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahan
keberkatan dari Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam terlimpah pada LATIFAH SIRR Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Cahayanya adalah dari langit yang ketiga dan warna Nur nya adalah keputihan.
Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf-Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih seseorang Salik
akan mengalami Jazbah pada tahap ini iaitu penarikan dan penyatuan dengan Cahaya Allah Ta’ala. Apabila dia
mengalami Jazbah untuk menuju kepada Rahmat Allah maka dia digelar Majzub. Dan menurut beliau, ini merupakan
tahap Sukr yakni Ruhaniah seseorang itu akan mabuk dalam melihat kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ini adalah bacaan zikir dan Khotaman Tarekat Qodiriyah Wa Naqsyabandiyah Cermin Hati Purwakarta setelah di Talqin /
diikhwankan oleh Guru Talqin Thoriqoh, yang biasa dizikirkan setelah sholat Fardhu dan Khotamannya, yang aku tulis
dalam bahasa latinnya.
BACAAN SETELAH SHOLAT FARDHU (sehari-hari).
1.) Illa hadhorotin nabiyyil musthofaa Muhammadin shollallahu alaihi wassalam. Wa alaa aalihii wa ash-haabihi wa
azwaajihii wa dzurriyyaatihii Wa liman dakhola fii baitihil kiroomi ajma'iin. syaiun lilahilahum. al faatihah 1x.
2.) Astaghfirullahhal Ghfurror Rahiim. 3x.
3.) Allahuma sholi alaa Muhamadin wa alaa aalihii washohbihii wasalim. 3x.
4.) Ilaahii anta maqshudii waridhooka Mathlubi athinii mahabbataka wa marifataka.
5.) Dzikir Jahar(dgn suara) :
LAA ILAHA ILLALLAH. 3x. Lanjut 165x.
6.) Sayyidunaa Muhammadur Rasulullahi shollallahu wa sallam.
7.) Bismillahirrahmaannirrahim..
Allahuma sholli alaa sayyidina Muhammadin sholatan tunjinaa bihaa min jami'il ahwali wal aafaati. Wa taqdhilanaa bihaa
jamii'il haajaati. Wa tuthohhiruunaa bihaa min jamii'is sayyiaati. Wa tarfa'unaa bihaa 'indaka 'alad darojaat. Wa
tuballighunaa bihaa aqshol ghooyaat, min jami'il khoirooti fil hayaati wa ba'dal mamaat. Innalladziina yubaa yi'uunaka
innamaa yubaa yi'uunallaha yadullahi fauqo aidihim faman nakatsa fainnamaa yankutsu alaa nafsihii wa man aufa bimaa
aahada alaihullahu fasayutiihi ajron azhiimaa. al faatihah 1x.
TAMBAH DOA-DOA :
Asallahu ayyaj'ala bainakum wa bainal ladziina 'aadaitun minhum mawaddah. Wallahu Qodirun wallahu Ghofuururrahiim.
Rabbi innii dzalamtu nafsii, faghfirlii dzambii, Laa Ilaaha Illaa Anta Subhaanaka Innii Kuntu Minadh Dzhaalimin.
DOA KETENTERAMAN HATI :
Allaahumma shahhan shahhan shahhan wahan bahhan, haa miim, laa yunsharuun. Waja'alnaa mim baini aidiihim saddaw
wamin khalfihim saddan fa aghsyai naahum fahum laa yubshiruun. Kaaf Haa Yaa 'Aiin Shod, Haa Miim, 'Aiin Siin Qaaf, laa
yushadda 'uuna' 'anhaa walaa yunzifuun, yaa rabbu, yaa raabu yaa rabbu laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil
'azhiim. Bismillaahisy Syaafii, Bismilaahil Kaafii, Bismilaahil Ma'aafii, Bismillaahil ladzii laa yadlurru ma'asmihii syaiun fil
ardli walaa fis samaa-i wa huwas-samii'ul 'aliim.
AGAR DIMUDAHKAN DAN DISEMPURNAKAN HAJAT.
Rabbi yassir lana, Wa laa tu'assir 'alainnaa, Allaahu Rabbi tammim lanaa bil khairi a'maalanaa.
8.) Ilaa hadhorotin Nabiyyil Mushthofaa Muhammadin sholallahu alaihi wasallam. Wa 'alaa aalihii wa ash-haabihii wa
azwaajihii wa dzurriyyaatihii wa ahli baitihii ajma'iin. Syaiun lilahilahum. al fatihah 1x.
9.) Tsuma ila arwahi jami'i alhi silsilatil Qoodriyyah wan Naqsyabandiyah khusushon ilaa hadhoroti Sulthoonil Auliyaa
Ghoutsil A'zhomi Qutubil 'Aalimiinas Sayyidina Syekh 'Abdul Qodir Jaelani Qoddasallahu sirrohu. Wa Sayyidina Syekh Abil
Qosim Junaidil Baghdaadi. Wa Sayyidina Syekh Ahmad Khotib Syambas Ibnu Abdul Ghofar. Wa Sayyidina Syekh Tholhah
Kalisapu Cirebon. Wa Sayyidina Syekh 'Abdul Karim Banten. Wa hadhoroti syaikhina almukarom Syekh 'Abdillah Mubaarok
bin Nuur Muhammad. Wa hadhoroti Syaikhi Ahmad Shoohibul Wafaa Taajul 'Arifiin(Abah Anom). Wa ushuulihim wafuruu
'ihim wa ahli silsilatihim wal aakhidziina 'anhum. Syaiun lilaahi lahum. al fatihah 1x.
10.) Tsumma ilaa arwaahi aabaainaa wa ummahaatinaa, wa likaffatil muslimiina wal muslimaati, wal mu'miniina wal
mu'minaati, al-ahyaa' Iminhum wal amwaat. Syaiun lilaahi lahum. al fatihah 1x.
11.) Astaghfirullah Robbi min kulli dzanbin wa atuubu ilaiih. 3x.
12.) Allaahumma sholli alaa sayyidinaa Muhammadin wa alaa aali Sayyidinaa Muhammadin. 3x.
13.) Illaahii anta maqshuudii waridhooka mathluubii a'thinii mahabbataka wa ma'rifataka. Laa Ilaha Illallah.
14.) Dzikir Khofi (dzikir dalam hati, sambil menempelkan Lidah pada Langit-langit) :
ALLAHU, ALLAHU, ALLAHU... (kontinyu selama 30 Menit)
BACAAN KHATAMAN.
(SEMINGGU 2 KALI SELASA DAN JUMAAT)
TAWASSUL :
1.) Illa hadhorotin Nabiyil Mustofa Muhamadin sholallahu alaihi wasalam. Wa ala alihi wa asbihi wa azwajihii wa
dzuriyatihi wa liman dakhola fi baitihi kiromi ajmain. Syaiun lilahi lahum. al fatihah 1x.
2.) Tsuma ila arwahi abaa ihii wa umahaatihi wa ikhwaanihii minal ambiyaai wal mursaliin. Wa ilal malaa ikatil
muqorrobiina wal karuubiyyina wasy syuhadaa'i wash shoolihiina wa aali kullin wa ash-haabi kullin wa ilaa ruuhi abiinaa
Aadama wa umminaa Hawaa-a. Wamaa tanaasala bainahumaa ilaa yaumuddiin. Syaiun lilahi lahum. al fatihah 1x.
3.) Tsuma ila arwahi saadaatinaa wa mawaaliinaa wa-immatinaa Abi Bakarin wa 'Umaro wa Utsmaana wa 'Aliyyi wa ilaa
baqiyyatish shohaabati wal qoroobati wattaabi wattaabi'iina wa taabi'it taabi'iina lahum bi-ihsaanin ilaa yaumiddin. Syaiun
lilahi lahum. al fatihah 1x.
4.) Tsuma ila arwahi a-immatil mujtahidiina wa muqolidiihim fiddin. Wal 'ulamaa-ir raasyidiin. Wal qurroo-il mukhlishiin wa
ahlit tafsiiri wal muhadditsiin wa saairis saadaatish shuufiyyatil muhaqqiqiin. Wa ilaa arwaahi kulli walliyyin wawaliyyatin
wa muslimin wa muslimatin min masyaariqil ardhi ilaa maghooribihaa wa min yamiinihaa ilaa syimaa lihaa. Syaiun lilahi
lahum. al fatihah 1x.
5.) Tsuma ila arwahi ahlis silsilatil Qoodiriyyah wan Naqsyabandiyyah wal jamii'I ahli thuruuqi khususon ilaa hadoroti
Sulthoonil Auliyaa-i Ghoutsil Adzomi Qutubil 'Aaliminas Sayyidis Syekh 'Abdul Qodir Jailani Qoddasallahu sirrohuma, wa
Sayyidis Syekh Abil Qosim Junaidil bagdaadiyi, wa Sayyidis Syekh Ma'ruufil Karkhi, wa Sayyidis Syekh Sirris Saqothiyyi, wa
Sayyidis Syekh Habiibil 'Ajamiyyi, wa Sayidis Syekh Hasanil Bashri, wa Sayyadisy Syekh Ja'farish Shodiqi, wa Sayyidis
Syekh Yusuful Hamdaaniyyi, wa Sayidis Syekh Abi Yaziidil Busthoomiyyi, wa Sayyidis Syekh Syah Bahaauddiin
Naqsyabandiyyi, wa hadhoroti Imaam Robbaanii wa hadhoroti Syekh Al Mukarrom Syekh 'Abdilah Mubaarok bin Nuur
Muhammad, wa hadhoroti Syekh Ahmad Shohibul Wafaa Taajul 'Arifiin, wa usulihim wafuru ihim, wa ahli silsilatihim, wal
aakhidziina 'anhum. Syaiun lilahi lahum. al fatihah 1x.
6.) Tsuma ila arwahi waalidiikum wa masyaayikhinaa wa masyaayikhikum wa amwaatiinaa wa amwaatikum waliman
ahsana ilainaa waliman lahuu haqqun 'alainaa waliman aushoonaa wastaushoonaa wa qolladanaa 'indaka bidu'aa-il
khoiri. Syaiun lilahi lahum. al fatihah 1x.
7.) Tsuma ila arwahi jami'i'll mu'minina wal mu'minaati wal muslimim wal muslimat. al ahya 'iminhum wal amwat mim
masyaariqil ardhi ilaa maghooribihaa wa miy yamiinihaa ilaa syimaalihaa wa min qoofin wiw-waladi aadama ilaa yaumil
qiyyaamati. Syaiun lilahi lahum. al fatihah 1x.
8.) Allahuma sholli alaa Sayidina Muhammadin Nabiyyil umiyi wa alaa aalihi waashohbihii wa sallim. 33x.
9.) Alam Nashrah 33x. Ditambah Surat al Ikhlas 500x.
10.) Illa hadhorotisy Syaikh Ahmad Baaqir. al fatihah 1x.
11.) Allahuma sholi alaa Sayidina Muhammadin Nabiyyil umiyi wa alaa aalihi waashohbihii wa sallim. 3x.
12.) Allahumma Yaa Qoodhiyal Haajaat. 33x.
13.) Allahumma Yaa Kaafiyal Muhimmaat. 33x.
14.) Allahumma Yaa Daafi'al Baliyyaat. 33x.
15.) Allahumma Yaa Roofi'ad Darojaat. 33x.
16.) Allahumma Yaa Syaafiyal Amroodh. 33x.
17.) Allahumma Yaa Mujibad Da'waat. 33x.
18.) Allahumma Yaa Arhamar Rahimiin. 33x.
19.) Ilaa hadhoroti Imam Khowaajikaan. al fatihah 1x.
20.) Allahuma sholi alaa Sayidina Muhammadin Nabiyyil Umiyi wa alaa aalihi waashohbihii wa sallim. 33x.
21.) Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahil 'Aliyyil 'Azhiim. 33x.
22.) Allahuma sholi alaa sayidina Muhammadin Nabiyyil Umiyi wa alaa aalihi waashohbihii wa sallim. 33x.
23.) Ilaa hadhoroti Imam Robbaanii. al fatihah 1x.
24.) Al Falaq. 1x.
25.) Astaghfirullahal 'Azhiim Alladzii Laa Ilaaha Ilaa Huwal Hayuul Qoyyuumu Wa Atuubu Ilaihi. 33x.
26.) Surah Al Ikhlas. 3x.
27.) Ilaa hadhoroti Syadinaa Muzhohhir. al fatihah 1x.
28.) Allahuma sholli alaa Sayidina Muhammadin Nabiyyil Umiyi wa alaa aalihi waashohbihii wa sallim. 33x.
29.) Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil. 100x.
30.) Allahuma sholli alaa Sayyidina Muhammadinin Nabiyil Ummiyyi wa alaa aalihii wa shohbihii wa sallim. 100x.
31.) Ilaa hadhorotisy Syekh Abdul Qodir Jailaani. al fatihah 1x.
32.) Allahumma sholli alaa Sayyidinaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa alaa aalihii wa shohbihii wa sallim. 100x.
33.) Nimal Maulaa Wa Niman Nashir. 100x.
34.) Allahumma sholli alaa Sayyidinaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa alaa aalihii wa sallim. 100x.
35.) Ilaa hadhoroti Syaikina Al Mukarrom. al fatihah 1x.
36.) Allahumma sholli alaa Syyidinaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa alaa aalihii wa shohbihii wa salim. 100x.
37.) Yaa Khoofiyal Luthfi Adriknii Biluthfikal Khofii. 500x.
38.) Allahumma sholli alaa Sayyidinaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa alaa aalihii wa shohbihii wa salim. 100x.
39.) Ilaa hadhoroti Imam Khowaajah an Naqsyabandi. al fatihah 1x.
40.) Allahumma sholli alaa Sayyidinaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa alaa aalihi wa shohbihii wa salim. 100x.
41.) Laa Illaa Anta Subhaanaka Innii Kuntu Minash Dzhoolimiin. 500x.
42.) Allahumma sholli alaa sayyidinaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa alaa aalihii wa shohbihii wa sallim. 100x.
43.) Ilaa hadhoroti Sayyidinaa Mashuum. al fatihah 1x.
44.) Illaahii anta maqshuudii waridhooka mathluubii (3x). A'thinii mahabbataka wa ma 'rifataka.
45.) Yaa Lathiif. 16641x.
46.) DOA :
Bismilahirahmanirahim.
Yaa Lathiif (3x). Yaa maw-wasi'a luthuhuu ahlas samaawaati wal ardhi nas-aluka bikhofiyyi luthfikal khofiyyi antukhfiyanaa
fii khofiyyi khofiyyi luthfikal khofiyyi. Innaka qulta waqoulukal haqqu. Allahu Lathiifun bi'ibaadihii yarzuqu mayyasyaa-u
wahuwal Qowiyyul 'Aziiz. Allahumma innaa nas-aluka yaa Qowiyyu Yaa 'Aziizu Yaa Mu'iinu. Biquwwatika Yaa Matiinu
antakuuna lanaa 'aunan wa mu'iinan fi'lil khoirooti wa antadfa'a annaa kulla syarrin wa niqmatin wa mihnatin
qodistahqoinaahaa min ghoflatinaa wadzunuubinaa fa-innaka antal Ghofuurur Rahiim. Wa qod qulta wa qoulukal haqqu
waya'fuu 'ankatsiir. Allahumma bihaqqi man lathofta bihii wawajjahtahuu 'indaka waja'altal luthfal khofiyya taabi'an lahuu
haitsu tawajjaha nas-aluka antuwajjihanaa 'indaka wa antukhfiyanaa biluthfika innaka 'alaa kulli syai-in qodiir. Wa
shollallahu 'alaa Sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihii wa shohbihii wa sallam. Wal Hamdulillaahi Robbil 'Aalamiin. al
fatihah 1x.
BERSAMBUNG.....
SEKIAN DULU...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan di ambil. Kekuatan yang tak bisa ditandingi adalah
kekuatan daripada Allah swt Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tak berkenan dihati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Hamin
Tehupelasury dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH....

By Hamin Tehupelasury
Poto saka postingane Amin Terry ing kajian amalan hizib sholawat dan syariat hakikat tarekat Makrifat tauhid · 1 jam kepungkur · Facebook
for Android ·

Ndeleng Layar Kebak · Pilihan Liyane

Seneng Komentar Andumake

Ggs
Waktunya sholat
1

1 jam Seneng Mangsuli Liyane

Djuanda Andex
Aamiin alhamdulillah 1

1 jam Seneng Mangsuli Liyane

Tulis komentar... Posting

Anda mungkin juga menyukai