Anda di halaman 1dari 9

Sekolah Kebangsaan Tampin,

73000, Tampin, Negeri Sembilan.

KERTAS KERJA

Bengkel Terapi Seni Visual : Pualaman dan Stensilan

TEMPAT :

Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),

Sekolah Kebangsaan Tampin,

73000, Tampin, Negeri Sembilan.

TARIKH :

12 April 2011

ANJURAN :

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),

Sekolah Kebangsaan Tampin,

73000, Tampin, Negeri Sembilan.


1. PENGENALAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan daripada pihak pentadbiran
Sekolah kebangsaan Tampin, 73000, Tampin, Negeri Sembilan bagi mengadakan
program Bengkel Terapi Seni Visual : Pualaman dan Stensilan. Program ini dianjurkan
oleh Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) Sekolah kebangsaan Tampin.

2. OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas mengekspresikan idea dan


keperluan dalaman mereka melalui aktiviti Pendidikan Seni Visual.

2. Membantu mengawal emosi dan tingkah laku murid Pendidikan Khas supaya
mereka lebih tenang.

3. Melatih penggunaan motor halus dan motor kasar murid-murid Pendidikan Khas
dalam penghasilan karya Seni.

4. Mencungkil bakat-bakat seni yang terpendam dalam diri murid-murid Pendidikan


Khas.
3. BUTIRAN PROGRAM

3.1 NAMA PROGRAM

Bengkel Terapi Seni Visual : Pualaman dan Stensilan

3.2 TARIKH

12 April 2011

3.3 TEMPAT

Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Tampin.

3.4 KUMPULAN SASARAN

30 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

3.5 ANJURAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Tampin.


3.6 AHLI JAWATANKUASA DAN JUSTIFIKASI TUGAS

Jawatankuasa Induk

PENAUNG
Puan Azizah binti Abdul Manan
( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tampin )

PENASIHAT
Puan Norlia binti Burhan
( Penyelaras PPKI Sekolah Kebangsaan Tampin)

Jawatankuasa Pelaksana

PENGERUSI
Cik Atiqah Rashidah binti Abu Samah

NAIB PENGERUSI
Encik Hishamuddin bin Siran

SETIAUSAHA
Cik Nur Aidilla binti Hassan

BENDAHARI
Puan Sharliza binti Abu Nawas

URUSETIA PERALATAN
Encik Sharizan bin Ab. Khalid
Cik Noraziah binti Ramli
Cik Azizah binti Mahmud

URUSETIA DOKUMENTASI
Cik Norhaida binti Ishak
Puan Fadzilawati binti Sulaiman

URUSETIA KAWALAN DISIPLIN


Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tampin
JUSTIFIKASI TUGAS
Skop Tugas Ahli Jawatankuasa :

JAWATAN TUGAS

Penasihat Program - Menasihat jawatankuasa supaya aktiviti-


aktiviti program berjalan dengan lancar.
- Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas
ahli jawatankuasa.

Pengerusi Program - Ketua pengurusan program.


- Mempengerusikan mesyuarat.
- Meneliti catatan minit mesyuarat dan
memastikan segala keputusan yang
diputuskan.
- Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa
program.
- Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat semasa ke semasa.

Naib Pengerusi Program - Membantu pengerusi dalam


menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
- Mempengerusikan mesyuarat semasa
ketiadaan pengerusi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Penasihat dari semasa
ke semasa.

- Menyediakan kertas kerja program.


Setiausaha - Menguruskan hal-hal surat menyurat.
- Mencatat dan menandatangani minit
mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
- Mencatat kehadiran ahli semasa
mesyuarat diadakan.
- Menyimpan dokumen yang berkaitan
dengan program.
- Menyediakan laporan akhir program.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Penasihat dari semasa
ke semasa
Bendahari - Bertanggungjawab berkenaan semua
hal kewangan program.
- Membuat dan menyimpan kira-kira
berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
- Menyediakan Penyata Kira-Kira
program dan menandatanganinya.
- Melaporkan kedudukan kewangan
sekiranya diminta di dalam mesyuarat.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke
semasa

Urusetia Peralatan - Menyediakan dan menguruskan peralatan


untuk kegunaan sepanjang program

Urusetia Dokumentasi - Merakam video dan mengambil gambar


sepanjang program berlangsung
- Menjalankan kerja-kerja menyunting video
dan mempersembahkan hasil akhir

Urusetia Kawalan Disiplin - Mengawal disiplin murid sepanjang program


berlangsung
3.7 TENTATIF PROGRAM

12.45 tengah hari Semua murid dan guru berkumpul di kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

12.50 tengah hari Demonstrasi teknik Pualaman dan Stensilan

1.10 petang Murid bergerak menuju stesen masing-masing.

1.15 petang Murid mula menjalankan aktiviti terapi dengan bimbingan guru.

1.45 petang Murid bergerak untuk menukar stesen.

2.15 petang Guru mengumpulkan hasil kerja murid.

2.30 petang Murid bersurai.


4. ANGGARAN BELANJAWAN

4.1 Bahan & Alatan

BIL BAHAN / ALATAN KUANTITI / JUMLAH CATATAN

1 Oil pastel (1 kotak x 36 btg) 2 kotak

2 Kertas Lukisan (165 gsm) 4 blok

3 Cat Minyak (tin kecil)

- Hijau 1 tin

- Putih 1 tin

- Merah 1 tin

- Hitam 1 tin

- Biru 1 tin

- Kuning 1 tin

- Pink 1 tin

4 Loyang segi empat besar 2 unit

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya bengkel Terapi Seni Visual seperti ini dapat

meningkatkan lagi kemahiran Seni Visual murid-murid Pendidikan Khas. Semoga program ini

juga dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk membesar menjadi individu yang

multikemahiran sesuai dengan arus peredaran masa selari dengan Falsafah Pendidikan Khas.
Disediakan oleh :

.......................................................................

(NUR AIDILLA BINTI HASSAN)

Setiausaha,

Program Bengkel Terapi Seni Visual : Pualaman dan Stensilan,

Sekolah Kebangsaan Tampin,

73000, Tampin, Negeri Sembilan.

Disemak oleh :

.................................................................

(PUAN NORLIA BINTI BURHAN)

Penasihat,

Program Bengkel Terapi Seni Visual : Pualaman dan Stensilan,

Sekolah Kebangsaan Tampin,

73000, Tampin, Negeri Sembilan.

Diluluskan oleh :

.................................................................

(PUAN AZIZAH BINTI ABDUL MANAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Tampin,

73000, Tampin, Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai