Anda di halaman 1dari 60

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

IPGK DARULAMAN

PENGUJIAN DAN
PENILAIAN DALAM
KAUNSELING
PBK3123
JUMIAH HJ. MUSTAPA
IPGKDA
OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:


⚫ Menjelaskan konsep pengujian dan
penilaian dalam bimbingan dan kaunseling.
⚫ Menghuraikan kepentingan kesahan dan
keboleh percayaan sesuatu alat ukuran.
⚫ Mentadbir alat-alat ukuran psikologi dan
menginterpretasikan data.
⚫ Menilai isu-isu silang budaya dan etika
dalam penggunaan ujian psikologi.
Tajuk-tajuk
⚫ Pengenalan kepada pengujian dan
penilaian
⚫ Asas statistik
⚫ Kesahan alat ukuran
⚫ Kebolehpercayaan alat ukuran
⚫ Ujian personaliti
⚫ Ujian minat dan nilai kerjaya
⚫ Ujian pencapaian dan ujian kecerdasan
⚫ Isu-isu dan etika dalam penggunaan
ujian-ujian psikologi
Penilaian

⚫ Peperiksaan – 50%
⚫ Kerja Kursus – 50%
Pengenalan Kepada Pengujian
dan Penilaian
Tujuan mengukur ciri-ciri psikologikal individu:

• Mengukur ciri-ciri personaliti, minat, nilai,


kebolehan, pencapaian, kemahiran, sikap
dan konsep kendiri.

• Mendapatkan deskripsi yang tepat tentang


diri atau kumpulan individu.
• Membantu membuat keputusan yang lebih
tepat dan praktikal; menjelaskan konstruks
psikologi serta mencadangkan hipotesis
untuk kajian lanjutan.

• Memahami dengan lebih mendalam tentang


keadaan semula jadi serta julat perbezaan
individu.

⚫ teknik yang biasa digunakan untuk


mengukur ciri-ciri psikologikal ialah
dengan menggunakan teknik psikometrik
atau ujian psikologi.
DEFINISI UJIAN PSIKOLOGI

⚫ Ujian psikologi adalah satu prosedur


yang sistematik untuk memerhati
tingkah laku manusia dan
menerangkannya dengan bantuan skala
numerikal atau sistem kategori

Cronbach (1979:26)
DEFINISI LAIN

⚫ Ujian psikologi adalah pengukuran sampel


tingkah laku yang objektif dan standard
Anastasi (1988; 1976)

⚫ Ujian psikologi adalah satu prosedur


sistematik untuk mengukur sesuatu sampel
tingkah laku
Brown (1976)
(samb. definisi)
⚫ Ujian Psikologi adalah alat pengukuran.

⚫ Pengukuran ialah pemerihalan data menggunakan


sistem nombor.

⚫ Rumusannya: Pengukuran didefinisikan sebagai


pemberian nombor-nombor kepada objek atau
peristiwa berdasarkan kepada beberapa peraturan.

⚫ Ada prosedur dan peraturan khusus untuk


memberikan nilai numerikal kepada pencapaian
individu.
MENGAPA MENGGUNAKAN UJIAN
PSIKOLOGI?

⚫ Ujian menggunakan prosedur standard, jadi


kurang dipengaruhi oleh faktor bias atau
berat sebelah

⚫ Terdapat kaedah untuk menentukan


keberkesanan ujian psikologi

⚫ Ujian psikologi dibuktikan lebih sah dan


berguna berbanding kaedah lain
Zunker (1981):

Ujian digunakan oleh kaunselor untuk


mendapatkan data-data diri klien yang
lebih jelas.
⚫ Aspek yang diukur ialah minat, nilai,
personaliti, dan pencapaian individu
Bremmer dan Shostrom (1982):

Ujian membantu kaunselor mengkaji dan


mendiagnosis ciri-ciri serta
masalah-masalah personaliti dengan
tujuan untuk memberi klien maklumat
penting berkaitan dirinya.
Shertzer dan Stone (1971:235):

⚫ Memberikan maklumat yang tepat dan


konsisten tentang kebolehan, sikap, minat dan
ciri-ciri personal setiap individu untuk
membantu mereka mempertingkat
pengetahuan dan kefahaman diri
masing-masing.
Goldman (1971):

Ujian dibahagikan kepada dua kumpulan:


⚫ Menggunakan ujian untuk mendapatkan
maklumat sebelum sesi kaunseling.
⚫ Menimbulkan minat dan motivasi individu
terhadap sesuatu bidang pekerjaan atau
akademik yang menjadi matlamat mereka.
Rumusannya, kegunaan ujian
psikologikal dibahagi kepada dua tujuan
utama:

⚫ Deskriptif
⚫ Membuat keputusan
Ujian untuk tujuan deskriptif (keperihalan)

⚫ Memberi maklumat dan keterangan yang


lengkap tentang diri individu.
⚫ Ujian digunakan untuk mengenal pasti dan
mengesan kekuatan dan kelemahan diri
atau potensi diri individu.
Ujian untuk tujuan membuat keputusan
⚫ Pemilihan
⚫ Penempatan
⚫ Penilaian
⚫ Pangkatan
⚫ Diagnosis
⚫ Kemahiran
Pemilihan
⚫ Calon-calon untuk mengisi sesuatu bidang
pekerjaan atau pendidikan yang lebih
sesuai dengan individu tersebut.
⚫ Ujian psikologi yang boleh digunakan ialah
minat kerjaya, personaliti, nilai pekerjaan,
dan kecerdasan.
Penempatan
⚫ Proses menempatkan pekerja dan pelajar ke
bidang kerjaya atau bidang akademik tertentu
sebahagian besarnya boleh dibantu dan
dipermudah dengan penggunaan ujian-ujian
psikologi.
⚫ Penggunaan ujian psikologi khususnya minat
kerjaya dan personaliti dapat memudahkan
proses menempatkan pelajar ke bidang
pengkhususan tertentu misalnya Sains Tulen,
Sains Teknikal, Sains Sosial, Perakaunan
dan Pengajian Islam.
Penilaian
⚫ Ujian psikologi juga boleh digunakan untuk
menilai kesan sesuatu program, modul,
rawatan atau prosedur.
⚫ Untuk tujuan tersebut, satu kajian yang
bersifat eksperimental perlu dilakukan.
⚫ Penilaian dibuat berdasarkan perbandingan
skor pra dan skor ujian pasca yang diperoleh
kumpulan eksperimen.
Pangkatan
⚫ Dalam kehidupan seharian, individu kadang-kadang
terpaksa membuat pangkatan untuk tujuan-tujuan
tertentu misalnya membuat pangkatan untuk tujuan
hari penyampaian hadiah di sekolah atau mengenal
pasti individu yang akan mendapat kenaikan gaji
cemerlang, biasa atau bersyarat.
⚫ Untuk tujuan ini, skor yang diperoleh daripada
pelbagai ujian dan tugasan atau borang-borang
tertentu disatukan dan dijumlahkan. Pangkatan
biasanya dibuat berasaskan kepada skor tertinggi,
kedua, ketiga dan seterusnya.
Diagnosis
⚫ Ahli psikiataris dan ahli psikologi klinikal
menggunakan ujian Multiphasic Personality
Inventory (MMPI) dan California
Pscyhological Inventory (CPI) mengesan
masalah neurosis tahap tinggi atau psikosis.
⚫ Tidak berkaitan dengan kaunselor kerana
individu yang normal sahaja dibantu oleh
kaunselor.
Kemahiran
⚫ Ujian boleh menentukan tahap kemahiran
individu dalam sesuatu bidang kemahiran.

⚫ Misalnya, Test of English as a Foreign


Language (TOEFL) dan Malaysian University
English Test (MUET).
Ujian Psikologi untuk Mengenal Pasti Potensi
Individu
⚫ Sharp dan Marva (dalam Amir Awang 1983) menyatakan masalah
pemilihan kerjaya merupakan kategori masalah paling besar yang
sering dikemukakan oleh para remaja. Tiga sebab utama
kesukaran ini;
⚫ Masalah tidak boleh membuat keputusan kerana mempunyai
minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak
mempunyai minat langsung terhadap apa-apa kerjaya.
⚫ Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan iaitu remaja
tidak dapat mengagak dengan baik akan minatnya, kebolehannya
dan personalitinya. Pilihan yang dibuat kerap kali tidak setimpal
dengan peribadinya.
⚫ Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau
kerjaya yang akhirnya menimbulkan malasah identiti.
Apakah hubungan antara ujian dengan
individu?

⚫ Rajah 1- Individu A yang mempunyai


maklumat data diri yang jelas yang diperoleh
daripada ujian-ujian minat, nilai,personaliti dan
pencapaian akan mempunyai arah dan
matlamat yang jelas juga.
⚫ Individu A akan tahu bidang akademik atau
kerjaya mana harus diterokai selaras dengan
potensi yang ada pada dirinya. Individu
tentunya akan lebih bermotivasi dan gembira
dengan pilihannya.
⚫ Individu B dan C yang tidak mengambil ujian juga
mempunyai data diri tetapi kerana pengumpulan data
ini tidak disandarkan kepada kaedah yang sistematik
data yang diperoleh tentang potensi diri adalah kabur
dan tidak jelas.
⚫ Dalam kes yang ekstrim, terdapat juga individu yang
ragu-ragu dan tidak pasti tentang dirinya. Mereka ini
mempunyai matlamat tetapi umumnya adalah kabur
atau dalam kes-kes yang tertentu tiada matlamat
langsung.
⚫ Mereka ini biasanya kurang bermotivasi atau boleh
jadi tiada motivasi langsung untuk mencapai
matlamat hidup.
Ujian sebagai alat motivasi
Ujian sebagai Alat Mengenal Pasti
Masalah Klien
⚫ Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh
digunakan untuk mendiagnosis dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh klien.

⚫ Antara alat ukuran yang biasa digunakan ialah Minnesota


Multiphasic Personality Inventory (MMPI) dan Mooney
Problem Check List (MPCL).

⚫ Alat ukuran MMPI sangat popular di Amerika Syarikat dan


digunakan khususnya untuk mendiagnosis masalah dan
kecelaruan personaliti.

⚫ Namun begitu penggunaannya secara praktikal di


Malaysia adalah sangat terhad. Hal ini adalah kerana
penggunaan alat ukuran ini memerlukan pengetahuan
yang mendalam, latihan mencukupi dan pengalaman luas
serta mendalam.
⚫ Alat ukuran MPCL popular di Malaysia kerana mudah
ditadbirkan dan tidak memerlukan pengetahuan yang
mendalam untuk membolehkan seseorang kaunselor
menggunakannya.
⚫ Alat ukuran MPCL selalu digunakan untuk mengenal
pasti masalah klien sebelum sesuatu sesi kaunseling
dijalankan.
⚫ Alat ukuran ini terdiri daripada tiga borang iaitu;
• untuk pelajar junior (MPCL Borang J),
• untuk pelajar sekolah tinggi (MPCL Borang H)
• untuk pelajar Kolej (MPCL Borang C).

• Alat ukuran MPCL Borang J mengandungi 220 item,


• borang H dan C pula adalah 330 item.
• Ketiga-tiga borang MPCL ini mengukur 11 kategori
masalah yang sering dialami oleh individu.
APA YANG DIUKUR?
⚫ Ujian hanya mengukur ciri-ciri individu.
⚫ Penggunaan istilah ‘ciri-ciri’ menjelaskan bahawa kita
hanya dapat mengukur tingkah laku yang boleh
diperhatikan.
⚫ Oleh itu, kita hanya boleh mengukur sebahagian
personaliti individu.
⚫ Kita telah memperkatakan ciri-ciri seperti kecerdasan,
kebimbangan, ekstroversi dan kebolehan matematik.
⚫ Kesemua ini secara relatifnya adalah
perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kualiti
intrinsik individu, mempunyai makna yang luas,
merumuskan pelbagai tingkah laku dan gerak balas
yang dilakukan individu dalam pelbagai situasi.
⚫ Ciri-ciri ini tidak dapat diukur dan
ditentukan secara langsung.
⚫ Oleh itu, perlukan satu kaedah untuk
mengenal pasti kategori tingkah laku
atau gerak balas yang boleh diukur dan
dikaji.
⚫ Pendekatan yang biasa digunakan ialah
Teori Tret dan Faktor, dan Teori
Tipologi.
ASAS TEORI

1. Teori Tret dan Faktor

⚫ Tret ialah sekumpulan tingkah laku yang berkecenderungan


berlaku bersama-sama.
⚫ Contohnya, sekumpulan responden yang besar untuk
menjawab sejumlah besar item, kemudian analisis data
secara statistik untuk menentukan item yang mana akan
berkelompok bersama-sama.
⚫ Tret adalah struktur psikik dan neurologikal yang tidak
mudah luntur yang terletak di suatu tempat dalam otak atau
sistem saraf. Oleh itu, ada alat boleh dibentuk untuk
mengukur kualiti intrinsik tersebut.
⚫ Tret mestilah stabil mengikut masa dan situasi untuk lebih
berguna.
⚫ Rumusannya, tret adalah kategori-kategori untuk
memerihalkan secara teratur dan tersusun tingkah laku
indiviu.
⚫ Contoh ujian ialah IPS, 16PF, EPPS
2. Teori Tipologi

⚫ Lebih berguna menerangkan ciri-ciri kognitif daripada


ciri-ciri personaliti.

⚫ Teori ini mengandaikan bahawa manusia akan


terkelompok ke dalam satu kelompok yang jelas,
berbeza secara kualitatif dan bebas.

⚫ Ini berbeza dengan teori tret.

⚫ Tipologi mengkelaskan sebahagian manusia sebagai


ekstrovert dan yang lain sebagai introvert. (sebahagian
pandai dan yang lain bodoh, dll).

⚫ Contoh ujian ialah JEPI, IPW, VPI dan SDS


JENIS-JENIS UJIAN PSIKOLOGI

⚫ Dua kategori utama ujian psikologi iaitu ujian


pencapaian maksimum dan pencapaian tipikal.
⚫ Perbezaan antara kedua-dua ujian ini adalah dari segi
kegunaan ujian atau pengukuran.
⚫ Dalam ujian pencapaian maksimum, kita lebih berminat
untuk mendapatkan kemungkinan pencapaian yang
terbaik yang boleh diperoleh seseorang individu.
Contohnya, ujian pencapaian, ujian kebolehan dan
ujian bakat.
⚫ Dalam ujian pencapaian tipikal kita lebih
mementingkan pencapaian yang biasa dan tidak
kepada skor tertinggi. Contoh biasa ujian pencapaian
tipikal ialah ujian minat, ujian personaliti, ujian nilai dan
ujian sikap.
⚫ Ujian pencapaian pula selalu dilakukan di sekolah oleh
guru-guru yang mengajar mata pelajaran itu sendiri
menyediakan soalan-soalan ujian.

⚫ Contoh-contoh ujian pencapaian yang piawai


termasuklah Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM).

⚫ Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah ujian untuk


melihat pencapaian individu dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Matematik Tambahan, Rampaian Sains, Fizik, Kimia,
Biologi, Sejarah, Geografi, Lukisan, Sastera, Agama,
Kertas Am, Ekonomi dan sebagainya.
JENIS-JENIS UJIAN PSIKOLOGI

⚫ Ujian Pencapaian Maksima vs Ujian Pencapaian


Tipikal
⚫ Ujian Rujukan Norma vs Ujian Rujukan Kriteria
⚫ Berdasarkan Kegunaan Ujian
* Ujian Personaliti
* Ujian Minat
* Ujian Nilai
* Ujian Pencapaian
* Ujian Kecerdasan
* Ujian Sikap
* Ujian Konsep Kendiri
Ujian Personaliti
⚫ Ujian personaliti ialah alat untuk menentukan sejauh
mana seseorang itu mempunyai tret-tret atau lain-lain
ciri dengan mengukur sejauh mana samanya gerak
balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan
yang mempunyai tret-tret atau ciri-ciri berkenaan
(Shertzer & Linden 1979).

⚫ Contoh ujian personaliti ialah Inventori Personaliti


Sidek (IPS), Inventori Personaliti Warna (IPW),
Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI),
California Psychological Inventory (CPI), Sixteen
Personality Factors Questionnaire (16PF), dan
Tennesse Self-Concept Scale (TSCS).
Ujian Minat
⚫ Merupakan alat pengukuran untuk menentukan
minat individu tentang sesuatu aktiviti dalam
pekerjaan-pekerjan yang khusus berdasarkan
persekitaran kerja.
(Nowak 1986).

⚫ Contoh ujian minat ialah Inventori Minat


Kerjaya Sidek (IMKS), Self-Directed Search
(SDS), Vocational Preference Inventory (VPI),
Minnesota Vocational Interest Inventory (MVII),
Strong-Campbell Interest Inventory (SCII), dan
Kuder Preference Records-Vocational (KPRV).
Ujian Nilai Pekerjaan
⚫ Ujian nilai pekerjaan merupakan alat yang
digunakan untuk mengukur pelbagai nilai
pekerjaan secara positif, negatif atau neutral
berdasarkan keutamaan masing-masing
(Nowak 1986)

⚫ Contoh ujian nilai ialah Inventori Nilai


Pekerjaan Sidek (INPS), Super's Work Values
Inventory (WVI), Minnesota Importance
Questionnaire (MIQ), dan Hammond's
Occupational Attitude Rating Scales (OARS).
Ujian Pencapaian

⚫ Ujian pencapaian merupakan alat khas


yang digunakan untuk mengukur
pencapaian individu dalam mata pelajaran
tertentu.
(Nowak 1986)

⚫ Umumnya, terdapat dua jenis ujian


pencapaian iaitu pencapaian bilik darjah
dan pencapaian piawai.
⚫ Contoh ujian pencapaian adalah Matematik,
Kimia, Biologi, Fizik, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi.
PENGUKURAN
⚫ Ujian psikologikal adalah alat pengukuran.
⚫ Apakah yang dimaksudkan dengan
pengukuran?
⚫ Menurut Guilford (1954), pengukuran adalah
deskripsi data dalam bentuk nombor.
⚫ Secara lebih terperinci, pengukuran boleh
didefinisikan sebagai pemberian
nombor-nombor kepada objek atau peristiwa
atau tingkah laku berdasarkan
peraturan-peraturan tertentu.
⚫ Oleh yang demikian, pengukuran apa-apa
sahaja ciri melibatkan penggunaan prosedur
dan peraturan-peraturan tertentu.
Nominal
⚫ Skala pengukuran jenis ini paling mudah dikenali dan
dari segi hierarki, ia berada di peringkat yang paling
rendah.
⚫ Nominal bererti memberi nama dan kerana itu apabila
individu menggunakan skala ini, ia sebenarnya hanya
memberi nama kepada sesuatu pemboleh ubah.
⚫ Misalnya, pen, pensil, pemadam, buku, pembaris,
lelaki, dan perempuan (jantina); hitam, putih, merah dan
biru (warna); durian, langsat dan rambutan (buah); Melayu,
Cina dan India (bangsa); bandar, pinggir bandar dan luar
bandar (tempat tinggal); aliran sains dan aliran sastera
(aliran persekolahan); bujang, berkahwin, janda, duda (taraf
perkahwinan), dan lain-lain lagi.
Skala Pengukuran
⚫ Dalam memahami ketepatan pengukuran
psikologikal, kita mestilah memahani sifat-
sifat skala pengukuran yang digunakan.
⚫ Bergantung pada andaian-andaian
matematik dan logik yang dibuat, umumnya
terdapat beberapa jenis skala yang wujud.
⚫ Antara skala pengukuran yang ada ialah
skala pengukuran nominal, ordinal, sela,
dan nisbah.
⚫ Skala ini tersusun dalam bentuk hierarki
daripada skala yang paling rendah (skala
nominal) kepada skala yang lebih tinggi dan
kompleks (skala nisbah).
Ordinal
⚫ Dari segi hierarki, skala ordinal lebih tinggi berbanding
skala norminal.
⚫ Skala ordinal memeringkatkan individu kepada
beberapa dimensi.
⚫ Skala likert adalah skala pengukuran jenis ordinal
yang biasanya mempunyai tiga, lima atau tujuh mata.
Skala ordinal mempunyai order atau susunan.
Misalnya:
⚫ Tinggi (T), Sederhana (S), Rendah (R) (skala likert 3-mata)
⚫ Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Setuju
(TS), SangatTidak Setuju (STS) (skala likert 5-mata)
⚫ Sangat Sangat Baik (SSB), Sangat Baik (SB), Baik (B), Tidak
Pasti (TP),Tidak Baik (TB), SangatTidak Baik (STB), Sangat
SangatTidak Baik (SSTB) skala (likert 7-mata) ' ldak Baik
(STB),
Sela
⚫ Dari segi hierarki, skala sela adalah lebih
tinggi berbanding skala ordinal.
⚫ Skala sela biasanya melibatkan
angka-angka atau sistem nombor.
⚫ Sela antara nombor adalah sama iaitu
satu. Misalnya, beza antara 1 dengan
2,3,4,5 dan seterusnya ialah 1.
⚫ Markah yang diperoleh daripada ujian
atau peperiksaan misalnya 60, 70, 80, 85,
87, 92 dan sebagainya adalah contoh
skala pengukuran jenis sela.
⚫ Contoh lain bagi skala pengukuran jenis
sela ialah ukuran berat dan tinggi.
Nisbah
⚫ Ini adalah jenis skala pengukuran yang
paling tinggi dari segi hierarki.
⚫ Skala pengukuran ini juga menggunakan
sistem nombor, namun skala ini mempunyai
nilai 0 yang bererti.
⚫ Misalnya, untuk mengukur suhu kita
menggunakan "Kelvin atau "Celcius iaitu
suhu 0 Celcius bermaksud air adalah beku.
⚫ Pengukuran tekanan juga adalah contoh lain
penggunaan skala pengukuran nisbah di
mana tekanan 0 adalah wujud yang
bermaksud tiada tekanan.
(Samb. Nisbah)

⚫ Dalam bidang psikologi dan bidang sains sosial yang lain,


para penyelidik selalunya menggunakan skala pengukuran
jenis norminal, ordinal dan sela.

⚫ Skala jenis nisbah lebih kerap digunakan dalam kajian sains


tulen dan kurang digunakan dalam bidang sains sosial. Ini
adalah disebabkan pemboleh ubah dalam bidang psikologi,
misalnya personaliti dan kecerdasan sangat sukar
didefinisikan menggunakan skala nisbah.

Misalnya amat mustahil untuk mendefinisikan personaliti


CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI

1) Pengukuran Psikologi adalah Deskriptif

⚫ Keputusan ujian menjelaskan aras


pencapaian individu berkaitan sesuatu set
tugas di bawah set keadaan-keadaan yang
tertentu.
⚫ Oleh itu, markah ujian hanya memerihalkan
pencapaian, bukan mentafsir atau menilai.
⚫ Markah darjah kecerdasan (DK) 110 hanya
menjelaskan pencapaian individu dalam
sesuatu ujian yang ditadbirkan dan untuk
menginterpretasi markah yang diperoleh
memerlukan maklumat tambahan.
2) Pengukuran Psikologi adalah Relatif

⚫ Markah ujian biasaya ditafsirkan dengan


membuat perbandingan markah yang
diperoleh dengan markah orang lain dan
bukan ditafsirkan secara mutlak.
⚫ Amat jarang sesuatu pengukuran khususnya
yang berkaitan dengan pengukuran psikologi
itu bersifat mutlak.
⚫ Dalam mentafsir sesuatu keputusan ujian,
pentafsiran yang cuba melihat perbezaan
antara individu adalah lebih menarik dan
bermakna.
⚫ Markah seseorang itu hanya akan bermakna
apabila markah yang diperoleh itu
dibandingkan dengan markah orang lain.
3) Pengukuran Psikologi adalah Secara
Tidak Langsung

⚫ Pengukuran psikologi tidak boleh dilakukan


secara langsung kerana sifat-sifat tret yang
abstrak dan hanya boleh diukur secara tidak
langsung.
⚫ Misalnya apabila seseorang itu meminati
kerjaya sebagai saintis, secara tidak
langsung menggambarkan individu
berkenaan adalah berpersonaliti investigatif.
⚫ Begitu juga apabila seseorang itu meminati
kerjaya sebagai akauntan, secara tidak
langsung individu berkenaan adalah
berpersonaliti conventional.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN 
⚫ Kesahan 
⚫ Kebolehpercayaan 
⚫ Keobjektifan 
⚫ Kebolehtadbiran 
⚫ Kebolehtafsiran 
⚫ Kesahan merujuk kepada takat sesuatu
ujian dapat memenuhi tujuannya. ia
terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi,
kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan
kesahan serentak.
⚫ Kesahan isi merujuk kepada keupayaan
ujian menguji apa yang sepatutnya diuji.
Contohnya, ujian kebolehan berbahasa
perlu mengandungi soalan tentang bacaan
petikan dan soalan kefahaman petikan itu.
⚫ Kesahan ramalan merujuk kepada takat
ujian meramal kebolehan seseorang calon
menjalankan sesuatu tugas dalam situasi
yang lain ataupun pada masa hadapan.
⚫ Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin
dapat meramal sejauh mana murid dapat
membuat karangan dalam sesebuah bengkel.
⚫ Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu
dapat membuat karangan yang baik semasa
bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan
ujian penulisan adalah tinggi.
⚫ Kesahan gagasan merujuk kepada takat
sesuatu trait hipotetikal dibayangkan
dalam pencapaian ujian.
⚫ Contohnya, markah seseorang mungkin
dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan
menaakul, dan sebagainya.
⚫ Kesahan serentak bertujuan menentukan
tahap seseorang murid.
⚫ Kebolehpercayaan merujuk kepada
ketekalan sesuatu ujian.
⚫ Contohnya, jika seseorang calon
mendapat markah sebanyak 80 peratus
dalam suatu ujian pada hari pertama dan
mendapat markah yang sama atau hampir
sama tiga hari kemudian atau selepas
seminggu, maka ujian itu dikatakan
mempunyai sifat kebolehpercayaan.
⚫ Keobjektifan merujuk kepada takat yang
mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir
memeberikan markah yang sama kepada skrip
jawapan yang sama.
⚫ Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi
bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding
ujian subjektif dan pemarkahan tidak
dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan
emosi pemeriksa.
⚫ Sekiranya prosedur objektif digunakan,
kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.
⚫ Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir
oleh guru yang terhad latihan mereka.
⚫ Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa
yang diperuntukkan haruslah mencukupi.
⚫ Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu
masa yang ditetapkan, maka kesahan dan
kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas.
Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan.
⚫ Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa
berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih
diutamakan guru untuk menanda. 
Tamat

Anda mungkin juga menyukai