Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN SAINS SOSIAL

Nama Pelajar Noorain Maisarah Binti Zainal

Angka Giliran 2021162344162

No Kad Pengenalan 020913-10-1542

Kumpulan/Unit RBT 1

Kod & Nama Kursus PSVK3193 Pengenalan Asas Pendidikan Seni Visual

Nama Pensyarah Tuan Hj. Mohd Huzaifah Bin Abdul Rahman

Tarikh Hantar 30 Julai 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Ain Tarikh:

Markah:

0
BIODATA PELAJAR

Nama : Noorain Maisarah Binti Zainal

Angka Giliran : 2021162344162

Program : PISMP 2021

Kelas : RBT1

No. Telefon : 019-8045415

Email : 556-8-noorain@epembelajaran.edu.my

1
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada


pensyarah subjek PSVK3193, Tuan Hj. Mohd Huzaifah kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam proses perlaksanaan kerja kursus ini.

Terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN

Pengenalan ………4

Latar Belakang Penggiat Seni Halis Tanah Air ………5

Pemilihan Karya Seni Halus ………6

Analisis Karya Seni Halus ………7

Penutup ………9

Rujukan .…….10

3
PENGENALAN

Sejarah Seni Visual negara kita bermula pada tahun 1920-an dengan
penubuhan Penang Impressionist Society. Ahlinya adalah isteri-isteri golongan
ekspatriat. Puan Lim Cheng Kung sebagai penaja dan Abdullah Ariff sebagai guru
seni lukis. Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan pelukis yang dikenali sebagai
12 pelukis perintis di Pulau Pinang, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun
Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat air mereka.

Pada tahun 1950-an, muncul pula pelukis seperti Chuah Thean Teng dan
Khalil Ibrahim yang menggunakan subjek tempatan sebagai tema dalam karya catan
mereka. Penubuhan Wednesday Art Group melahirkan para pelukis yang
menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya mereka bertemakan subjek yang
mencerminkan warisan sosiobudaya masyarakat Malaysia.

Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah.


Kepulangan pelukis-pelukis seperti Jolly Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah
menampilkan catan gaya ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak hasil
pengaruh gaya seni barat. Perkembangan seni visual semakin rancak dengan
penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia.
Penubuhan Institusi seperti institusi Teknologi MARA dan institusi seni swasta
menawarkan pelbagai kursus seni menyemarakkan lagi bidang seni visual di negara
kita.

Dalam tugasan kali ini, saya ditugaskan untuk memberikan penilaian


tentang pengaruh kepelbagaian budaya dalam karya Seni Halus di Malaysia.
Seterusnya, analisis konsep tema dan pemilihan subjek dalam penghasilan karya
yang saya pilih. Saya memilih pengkarya seni tanah air iaitu Syed Ahmad Jamil dan
karyanya ‘Gunung Ledah Tanjung Kupang’ 1978.

4
Latar Belakang Penggiat Seni Halus Tanah Air

Syed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar


Maharani Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah
dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di
Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939, Ngee Heng English School, 1940, Bukit
Zahra English School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949. Pada
tanggal 31 Julai 2011 Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggalkan
dunia pada usia 82 tahun.

Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut


beliau telah melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun
1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea
School of Art, London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of
Education, London University. Semasa di Chelsea School of Art, beliau memenangi
beberapa hadiah dalam pertandingan dalam seni lukis.

Kebolehan yang merentasi pelbagai disiplin yang dimiliki menjadikan


beliau sebagai sumber idea dan dalam menjana perkembangan seni lukis tanahair.
Ilmu kesarjanaan dalam seni lukis serta falsafah dan estetika Melayu yang dipegang,
menjadikan beliau tempat rujukan kepada pelajar, ahli akademik, dan pengiat seni
lukis di Malaysia. Di kalangan pelukis tanahair, Syed Ahmad Jamal telah dianggap
sebagai pelopor seni lukis abstrak yang bernada nusantara bermula pada tahun-
tahun 1960 an dan 1970 an.

5
Pemilihan Karya Seni Halus

Nama pelukis : Syed Ahmad Jamal


Tajuk : Gunung Ledang Tanjung Kupang
Tahun : 1978
Bahan : cat akrilik
Ukuran : 213cm x 203cm
Sumber : Koleksi Balai Seni Lukisan Negara

6
Analisis Karya Seni Halus – ‘Gunung Ledang Tanjung Kupang’, 1978

Menurut Noor Afifah Azizan (2016), karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk
“Gunung Ledang” pada tahun 1978 menunjukkan seni rupa itu amat pentingkan
imbangan. Sebagai contoh, rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi dengan
suatu rupa bentuk yang tiada bercorak. Syed Ahmad Jamal seorang pelukis yang
mementingkan kesesuaian dalam pemilihan warna berdasarkan sifat semula jadi
bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya. Dalam seni rupa melayu
yang menyaksikan ketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh corak-corak
tumbuhan dan motif geometri seperti karya “gunung ledang”. Syed Ahmad Jamal
merupakan pelapor aliran ekspressionisme. Beliau menggemari aliran ini kerana
aliran ini memberikan kelangsungan dalam berkarya dan membenarkan pemikiran
diterjemahkan secara langsung menjadi bahan seni. Dalam karya “gunung ledang”
ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari
aspek warna, ruang, dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal.

Nur Nazira Musa dan Harozila Ramli (2014) menganalisis Catan Gunung
Ledang Tanjung Kupang adalah satu karya yang mempunyai hubungan dengan
mitos dan lagenda kesusasteraan Melayu. Catan ini adalah proses bentuk-bentuk
tumpal yang menjadi kekuatan atau identiti beliau dalam catan-catan seterusnya
yang dihasilkan. Menurut Syed Ahmad Jamal catan ini mempunyai satu kisah yang
melibatkan diri beliau dan menjadikan ia sebagai lambang dan kisah yang
digabungkan antara tragedi terhempasnya kapal terbang MAS di Tanjung Kupang
dan sastera Melayu iaitu “Gunung Ledang”. Peristiwa malang ini terjadi di Tanjung
Kupang pada tahun 1978, telah meragut kesemua nyawa penumpang kapal terbang
MAS termasuk sahabat karib Syed Ahmad Jamal iaitu Datuk Ali Haji Ahmad, Menteri
Pertanian Malaysia ketika itu.

Hajat untuk mendarat di Kuala Lumpur tersasar ke Tanjung Kupang dan


tragedi ini mengemparkan negara. Sebagai seorang pelukis, beliau peka dan secara
peribadi terkesan dengan kematian sahabatnya, beliau menyatakan perasaannya
dalam bentuk karya. Pemandangan landskap dengan bentuk gunung adalah sesuatu
yang menjadi kegemaran beliau dalam berkarya, setiap yang dihasilkan lebih bersifat
flora dan fauna dan kerana itu beliau sangat suka melukis sesuatu yang sangat
dekat dalam jiwa beliau.

7
Setiap tajuk yang diberikan untuk karya tentunya mempunyai isu atau
tema cerita, dan objek yang dipilih mempunyai tujuan atau maksud yang tersendiri.
Pengulangan dan bentuk-bentuk yang sama daripada alam tidak bermaksud
mendukung satu makna sahaja tetapi boleh mendukung pelbagai makna
berdasarkan keperluan komposisi. Kepelbagaian komposisi membawa makna yang
berbeza dan ia sesuatu yang telah dikaji oleh Syed Ahmad Jamal sebelum
meletakkan imej-imej tertentu dalam karya.

Contohnya, simbol-simbol yang terdapat di alam Melayu adalah pucuk


rebung, awan larat yang sinonim sebagai simbol warisan tamadun ini diolah dan
diabstrakkan. Dua garisan berwarna emas dan perak yang menjadi simbol
permintaan Puteri Gunung Ledang yang meminta jambatan emas dan perak yang
harus dibina daripada Melaka ke Gunung Ledang. Inovasi ke atas seni dan tradisi
digabungkan penggunaan bahasa visual beliau semakin kompleks dan membuka
luas kemungkinan penyataan lain yang menjadi teras sebuah karya. Karya ini
mengimbas kembali memori bermakna dalam diri pelukis kerana dua konteks
digabungkan iaitu dalam konteks kemanusiaan, alam dan sejarah.

8
Penutup

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, setiap karya atau lukisan


yang dihasilkan mempunyai nilai atau ceritanya tersendiri. Dalam penghasilan
sebuah karya terkadung nilai emosi dan pengalaman pengkarya sendiri.
Penggunaan gabungan warna dapat menimbulkan emosi dan tenaga dua elemen itu
untuk dipertahankan serta dapat dirasai secara langsung. Budaya dalam sesebuah
masyarakat juga memberi impak dalam penghasilan karya. Lagenda atau kisah-
kisah dongeng dalam sebuah masyarakat membantu mendatangkan ilham kepada
pengkarya. Oleh itu, setiap karya membawa maksud yang mendalam bukan sahaja
terhadap pengkarya malah merujuk pada budaya yang dipersekitarannya.

9
Rujukan

Tenas Effendy. (2005). Ungkapan tradisional Melayu Riau. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muliyadi Mahamood. (2007). Modern Malaysia Art: From the Pioneering Era to the
pluralist era. Utusan Publications.

Azizan, N. A. (2016, March 31). Apresiasi Seni. noorafifahazizan.


https://noorafifahazizan.blogspot.com/2016/03/apresiasi-seni.html

Musa, N. N., & Ramli, H. (2014). Identiti Melayu dalam Catan Syed Ahmad Jamal.
Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 2(ISSN 2289–4640 (103–109)), 2–3.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/download/2233/1556/

10

Anda mungkin juga menyukai