Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
3. Mengamalkan nilai-nilai etika agama yang baik dalam kehidupan (PLO3, A3)
1
Sumber Utama Ajaran Islam
1.Al-Quran
Al-Quran ialah kalam (kata-kata suci) Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasulullah
s.a.w.(Nabi Muhammad) secara tawatur (pewujudan, kelihatan dalam mimpi). Proses
penurunan wahyu (petunjuk atau ajaran Allah s.w.t) ini kepada Rasullah s.a.w. berlaku
secara beransur-ansur dan berterusan serta mengambil masa kira-kira 23 tahun.
Rasulullah s.a.w. menghafal setiap ayat (wahyu) yang diturunkan. Baginda juga
melantik beberapa orang sahabat untuk mencatatkan ayat-ayat ini di atas kulit binatang,
batu dan sebagainya. Pada setiap bulan Ramadan ,Rasulullah s.a.w. menyemak dan
memantapkan segala catatan sahabat-sahabatnya agar isi kandungan al-Quran ini
tetap terpelihara tanpa sebarang kecacatan.
1) Banyak memberi contoh teladan yang baik (khasnya paara nabi dan rasul)
6) Memberi nasihat
2.Hadith
2
Menurut Mustafa Hj.Daud (1995), terdapat beberapa perkara penting yang ditekankan
oleh hadis, antaranya:
a) Allah s.w.t akan memelihara diri, keluarga,masyarakat dunia dan pasangan agama
umat Islam jika mereka beriman, bertaqwa, beramal salih, melaksanakan segala
suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya
b) Allah s.w.t sentiasa memberi hidayah, taufik, inayah dan Ma’unah kepada sesiapa
yang sentiasa beribadat kepada-nya
c) Umat islam mestilah sentiasa bersyukur ketika menerima nikmat dan bersabar ketika
diuji dangan kesusahan.
e) Hanya kepada Allah s.w.t. sahaja tempat seseorang itu memohon doa dan kepada-
Nya sahaja pertolongan yang dipinta. 1
Aspek-aspek ajaran Islam merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak. Perhubungan antara
ketiga-tiga aspek ini adalah seperti berikut:
Akhlak Islam memenuhi matlamat kedatangan Islam kepada umat manusia iaitu:
1 Title Pendidikan moral : teori etika dan amalan moral Author Abdul Rahman Md. Aroff. Publisher:Penerbit
Universiti Putra Malaysia,Pub date:1999
3
Islam dan Akhlak
a. Definisi akhlak
b. Matlamat akhlak
Matlamat akhlak ialah membentuk manusia yang sempurna perbuatan di semua tempat
lagi bersih
i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia
manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan
manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk
lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia
dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja.
iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh
Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia.
4
iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral
bersifat relatif, subjektif dan sementara.
Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan
kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia
dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.
a) Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt
ialah :
5
walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan
kemarahan manusia.
5) Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.
2) Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa.
Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan
tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri,
berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah
uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
6
5) Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu
isteri-isteri itu dengan baik."
Akhlak
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam
menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya
seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman
dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli
syurga.2
Akidah
Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan
atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad
nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah
3
akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.
Kesan akidah
Akidah islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai
keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah laku
percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau seebuah masyarakat.
2 https://sites.google.com/site/khazalii/4udi2052akhlakdalamislam
3 http://risalahilahi.blogspot.com/2009/06/definisi-akidah.html
7
Definisi ibadah
Ibadah secara bahasa (etimologi) bererti merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan
menurut syara’ (terminologi), ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan
maksudnya satu.
Keutamaan Ibadah
Ibadah di dalam syariat Islam merupakan tujuan akhir yang dicintai dan diridhai-Nya.
Karenanyalah Allah menciptakan manusia, mengutus para Rasul dan menurunkan
Kitab- Kitab sucinya. Orang yang melaksanakannya dipuji dan yang enggan
melaksanakannya dicela.4
4 http://almanhaj.or.id/content/2267/slash/0/pengertian-ibadah-dalam-islam/
8
2. ETIKA DALAM KONFUSIANISME
Ajaran falsafah ini diasaskan oleh Khung Fu Zi yang dilahirkan pada tahun 551 SM.
Seorang yang bijak sejak masih kecil dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru
ketika berumur 32 tahun, Khung Fu Zi banyak menulis buku-buku moral, sejarah,
kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Ia meninggal
dunia pada tahun 479 SM.
9
dan disunting oleh pengikut-pengikut Konfusius yang mengumpulkan segala kata-kata
dan pemikiran Konfusius . 5
Wu
Chang
Etik
a
Wu
Lun Ba De
Li
ma Sifat Kekekalan (Wu Chang) iaitu lima sifat murni manusia atau etika manusia yang
terdiri daripada: 6
2. Yi - bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan
berpatutan dalam melaksanakan sesuatu tindakan .
3. Li – yang membawa maksud kesusilaan dan kesopanan, iaitu cara berucap, pakaian
semasa upacara pengebumian dan peraturan semasa hidangan makanan.
5. Xin - bermaksud kebolehpercayaan , iaitu kita harus berpegang kepada janji dan
menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan . 3
5 http://en.wikipedia.org/wiki/Confucius
6 http://id.wikipedia.org/wiki/Agama_Khonghucu
10
Lima Hubungan Sosial (Wu Lun) yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat
, iaitu :
a. Hubungan antara bapa dengan anak - iaitu bapa harus berhati baik terhadap
anak dan anak harus bertanggungjawab terhadap orang tua .
b. Hubungan antara raja dengan pegawai - iaitu raja harus berperikemanusiaan
dan pengawai harus menunjukkan taat setia .
c. .Hubungan antara suami dengan isteri - iaitu hubungan mesra harus dijalin
antara suami dan isteri seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus
patuh kepada suami .
d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik) - iaitu
saudara tua harus bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh
dan hormat .
e. Hubungan antara sahabat – iaitu hubungan sesama kawan harus berasaskan
kejujuran .
11
Delapan Kebajikan (Ba De) atau lapan nilai murni yang mewujudkan perwatakan yang
baik , keluarga yang bahagia dan negara yang adil serta masyarakat seluruh dunia
yang aman dan damai.
i . Xiao - bermaksud menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua . Anak
harus bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua .
ii. Ti - Merujuk kepada kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adik-beradik.
Mengikut Konfusianisme , hubungan yang baik antara adik-beradik harus dijalin untuk
mengelakkan konflik .
iii, Zhong - Boleh ditakrifkan sebagai taat setia contohnya seseorang rakyat haruslah
menunjukkan taat setia kepada negara , komuniti , pekerjaan masing-masing .
iv. Xin - bermaksud kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah . Sebagai manusia
yang bermoral kita haruslah berpegang kepada janji kita dan tidak boleh menipu orang
lain . Mengikut Konfusius , Konsep Xin harus ditekankan untuk mengelakkan penipuan
dan penyelewengan . 3
v. Li - Yang meliputi nilai bersopan santun , berbudi bahasa , kelakuan , upacara amal
dan istiadat bermaksud kita harus bersopan terhadap orang lain , mematuhi segala
undang-undang dan peraturan .
vi . Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul dan adil atau bermoral
dan berpatutan dalam melaksanakan sesuatu tindakan .
Vii. Lian - membawa maksud kejujuran dan ketulusan , iaitu melakukan sesuatu dengan
jujur dan tidak bersifat tamak .
Viii . Chi - bersifat mengenal malu . Seseorang yang mengenal malu , tidak akan
melakukan sesuatu perbuatan yang melanggari norma hidup .
12
3. ETIKA DAN MORAL MENURUT AGAMA KRISTIAN
PENDAHULUAN
Agama Kristian ataupun Masihiyyah adalah merupakan salah satu daripada agama
yang tergolong dalam agama Samawi yang diturunkan dari langit di mana ciri-cirinya
adalah mempunyai rasul dan kitab. Agama Kristian merupakan rentetan dari agama
Yahudi di mana penganut agama Kristian adalah disuruh untuk mematuhi apa yang ada
daam kitab Taurah iaitu Perjanjian Lama dalam Bible.
Berasal dari ajaran yang dibawa oleh Jesus iaitu anak Tuhan yang dilahirkan dari roh
tuhan yang menjelma dalam rahim Mary. Jesus diperintahkan untuk mengikut ajaran
Yahudi dan diturunkan kepadanya Injil iaitu Perjanjian Baru. Jesus dilahirkan untuk
membebaskan manusia dari menanggung dosa yang dibuat oleh Adam kerana
memakan buah larangan di mana dosa tersebut diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi. Jesus disalibkan adalah untuk membebaskan manusia dari belenggu dosa
tersebut.
Konsep Tuhan
13
Setiap agama mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan kerana ia merupakan perkara
asas di dalam sesebuah ajaran. Penganut agama Kristian percaya kepada konsep
Triniti iaitu percaya kepada percantuman tiga dalam satu; tuhan Bapa, tuhan Anak
(Jesus) dan Roh Suci. Mereka mempercayai dan meyakini bahawa al-Masih itu anak
Tuhan yang dilahirkan ke dunia dengan menyerupai anak Adam. Di dalam kitab Injil
Yahya (10:30) ada menyebut "Aku dengan bapaku satu jiwa", maka melalui kenyataan
ini menyebabkan golongan Kristian mempertuhankan Jesus. Mereka mempercayai
bahawa Jesus adalah manusia yang sempuna sebagaimana juga dia adalah Tuhan
yang sempurna. Ini membawa erti Jesus memiliki dua sifat iaitu sifat ketuhanan dan
juga sifat kemanusiaan (Abu Zahrah: 1966,100).
Adam dan Hawa telah memakan buah larangan sehingga menyebabkan setiap
manusia yang dilahirkan terpaksa menanggung dosa tersebut. Setiap anak yang
dikandung dan dilahirkan itu adalah dalam keadaan berdosa. Mengikut kepercayaan
orang-orang Kristian, Jesus diutuskan bagi menebus dosa manusia yang diwarisi turun
temurun. Oleh yang demikian Jesus telah disalibkan untuk melepaskan manusia dari
menanggung dosa yang terpaksa diwarisi oleh mereka. Jesus akan diwakilkan oleh
Tuhan untuk menghisab manusia pada hari kiamat (Lubis: 1974,99).
SALIB
Menurut penganut Kristian, Jesus mati disalib kerana hendak menebus dosa manusia.
Oleh kerana Tuhan sangat kasih kepada manusia maka Tuhan telah mengutuskan
anaknya iaitu Jesus bagi membebaskan manusia dari menanggung dosa yang
dilakukan oleh Adam dan Hawa. Jesus dengan rela disalib dan kemudian dikebumikan.
Selepas tiga hari, Jesus telah bangkit dan kemudian diangkat ke atas langit.
KESUCIAN SALIB
Pengikut Kristian mendakwa bahawa salib adalah suatu yang suci dan sesiapa yang
membawa salib menunjukkan beliau merupakan seorang pengikut Jesus. Di dalam Injil
Luke (9:23) ada menyebut bahawa Jesus telah berkata kepada para pengikutnya:
"Sekiranya seseorang di antara kamu mengikut di belakangku, maka hendaklah dia
mengingkari nafsunya (mematikan segala sifat keji di dalam jiwa) dan membawa salib
bersamanya setiap hari lalu mengikutku".
Mengikut kepercayaan orang-orang Kristian juga pemakaian salib ini sebagai lambang
kesanggupan untuk menderita dalam menegakkan keyakinan walaupun hingga disalib.
Di samping itu juga Jesus sendiri menurut keyakinan mereka mati disalib bagi menebus
dosa semua manusia (Hakim: 1979,103).
14
BAPTIST
Upacara pembabtisan ini merupakan suatu perkara yang mesti dilakukan oleh semua
penganut Kristian. Ia adalah satu upacara mandian yang dilakukan di gereja dengan
bertujuan untuk membersihkan seseorang daripada dosa. Di samping itu juga, upacara
ini merupakan pengumumam yang menunjukkan pengakuan seseorang secara terang
terangan mengenai keimanan dan ketaatan mereka terhadap tuhan bapa, anak dan roh
suci sebagai tuhan sebenar mereka dan tempat penyembahan mereka. Biasanya
pembaptisan ini dilakukan semasa kecil supaya kehidupan seseorang sentiasa di dalam
kesucian dan jauh daripada dosa.(Abu Ahmadi: 1991,201)
Apa yang dimaksudkan dengan pengakuan dosa ialah seseorang membuat pengakuan
secara terang-terangan terhadap segala dosa yang dilakukan terhadap tuhan yang
disaksikan oleh paderi. Upacara ini dilakukan berulang kali semasa hidup. Dia mestilah
benar-benar bertaubat di atas dosa yang dilakukannya serta memutuskan untuk tidak
mengulangi perbuatan itu lagi secara jujur. Ini akan menggugurkan dan membersihkan
segala dosa dan kesalahannya. Seterusnya paderi akan memohon keampunan kepada
tuhan bagi pihak orang tersebut.(Abu Ahmadi: 1991,204)
Oleh yang demikian Santapan Terakhir ini diraikan bagi memperingati apa yang
dilakukan oleh Jesus pada malam sebelum dia meninggal dunia dan supaya makanan
ini menjadi makanan rohani (Ahmad Shalaby: 1978,116).
Bagi setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang dianggap tepat dan
benar. Di dalam agam Kristian, sumber ajaran utama bagi penganutnya ialah:
Kitab Taurah ini yang bererti perjanjian antara Tuhan dengan Bani Israel di zaman dulu,
iaitu kitab suci bangsa Yahudi. Orang Kristian adalah diperintahkan untuk mengikut
syariat(ajaran) yang disampaikan kepadaNabi Musa.
15
2. Kitab Injil (New Testament)
Kitab Injil Zaman Baru adalah di antara kitab suci bagi agama Kristian. Berdasarkan
pandangan orang Kristian, Perjanjian Baru itu tersembunyi di dalam Perjanjian Lama
dan bersifat memberi penjelasan ke atas Perjanjian Lama.
Perjanjian Baru ini telah merombak sebahagian besar ajaran-ajaran dan hukum yang
terdapat di dalam Perjanjian Lama dan ini ditafsirkan sebagai pelinciran hukum-hukum
terhadap Perjanjian Lama.(H.O.K. Rahmat: 1979,487)
Kitab Injil yang paling masyhur di kalangan para penganut agama Kristian ialah:
Kitab ini ditulis oleh Matthew, salah seorang murid Jesus yang dua belas. Ke semua
mereka ini dinamakan sebagai utusan oleh orang Kristian. Ketika mana Jesus disalib
dan pergi menemui tuhan, Matthew telah merantau sambil menyebarkan agama
Kristian ke beberapa buah negara.
Kitab Injil Matthew ini telah ditulis di dalam bahasa Ibri kerana beliau menulisnya untuk
disebarkan kepada golongan Yahudi. Akan tetapi kitab yang asli telah hilang.
Walaubagaimanapun, naskhah tertua yang ditemui ditulis di dalam bahasa Yunani
dikatakan adalah terjemahan daripada Injil Matthew.
Beliau meninggal dunia pada tahun 70 Masehi di negara Habsyah, selepas lebih kurang
23 tahun berdakwah dalam menyebarkan agama Kristian (Abu Zahrah: 1966,42).
Ahli sejarah mengatakan bahawa namanya yang sebenar ialah John dan Mark ialah
gelaran baginya. Beliau berasal daripada keturunan Yahudi di mana ketika pengutusan
Jesus, keluarganya masih berada di Palestin. Beliau merupakan salah seorang yang
mula sekali menyahut seruan Jesus dan juga adalah di antara tujuh puluh orang yang
terpilih diturunkan kepada mereka 'Roh Suci' selepas daripada Jesus diangkat ke langit.
Beliau menyebarkan agama Kristian ke Utara Afrika, Mesir, Rom dan Antakia. Kitab Injil
ini ditulis di dalam bahasa Yunani dan pada tahun 62 Masehi beliau telah dibunuh
setelah dipenjara dan disiksa oleh golongan penyembah berhala (Abu Zahrah:
1966,46).
Luke adalah seorang doktor yang merupakan salah seorang anak murid Paul. Apa yang
nyata sekali beliau bukanlah murid Jesus. Kitab ini ditulis di dalam bahasa Yunani.
Beliau merupakan murid Paul yang setia di mana sentiasa bersama gurunya di dalam
misi penyebaran agama Kristian.
16
d. Injil John/Yahya (100 M)
Kjjab ini telah ditulis oleh Yahya, iaitu salah seorang daripada murid Paul. Dia menulis
kitab Injilnya di penghujung abad pertama (awal abad ke-II). Kitab ini secara terang-
terangan menjelaskan tentang ketuhanan Jesus (Agus Hakim: 1979,93).
Keempat-empat kitab Injil ini diiktiraf oleh semua gereja-gereja. Ia dihimpun dan
dibukukan pada perantaraan tahun 60M-120M. Kitab ini menceritakan permulaan
lahirnya Kristian, perkara-perkara yang berkaitan dengan utusan, nasihat -nasihat Nabi
Isa sehinggalah kepada hukuman salib. Apa yang jelas di sini, kitab tersebut bukanlah
kitab yang diturunkan kepada Jesus, akan tetapi ianya merupakan kitab-kitab yang
dikarang oleh para pengikutnya.
EPISTLES (Risalah-risalah)
INJIL BARNABA
Kitab Injil ini (Abu Zahrah: 1966,57) merupakan di antara kitab Injil yang dibatalkan
serta tidak diakui oleh gereja-gereja Kristian. Barnaba adalah di antara dua belas
sahabat dan merupakan murid kepada Jesus. Beliau juga merupakan bapa saudara
Mark. Pihak gereja telah mengutuskan Barnaba dan Paul untuk menyebarkan agama
Kristian ke Cyprus. Naskah yang pertama dijumpai di perpustakaan Pope Sixtus V di
Rom. Walaubagaimanapun isi kandungan kitab Injil Barnaba ini berbeza dari Injil yang
empat tersebut dalam beberapa perkara:
b. Semasa berlakunya korban Nabi Ibrahim, yang disembelih itu adalah Ismail dan
bukannya Ishak.
17
d. Yang disalib bukan al-Masih tetapi Yahuza yang diserupakan suara dan wajahnya
dengan al-masih.
e. Menggalakkan berkhatan.
f. Isa (Jesus) adalah nabi dan rasul, tidak lebih daripada itu.
Asas utama bagi etika dan moral di dalam agama Kristian ialah kitab Bible khususnya
Kitab Perjanjian Baru (The New Testament) dan juga Epistles (Risalah Rasul). Di dalam
kitab Bible ada disebut bahawa etika dan moral penganut agama Kristian adalah
berpandukan kepada peribadi Jesus.
Di dalam ajaran Kristian, konsep etika dan moral ditekankan kepada penganutnya.
Sebagaimana yang terdapat di dalam Injil Mark( 12:31) ada menyebut tentang kasih
sayang (love); "Thou shalt love thy neighbour and thyself', ajaran ini mengajak manusia
melakukan kebaikan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.
The Ten Commandments dikenali sebagai Deacalogue, iaitu perkataan Greek yang
bermaksud sepuluh perkataan. ia adalah suatu panduan peraturan yang berupa arahan
Tuhan kepada Nabi Musa di dalam kitab Peijanjian Lama. Manakala di dalam kitab
Perjanjian Baru pula kesemua commandment tersebut digabungkan sebagai satu
pengarahan kasih sayang (love).
18
Di dalam ajaran Kristian juga terdapat larangan menyembah patung-patung dan berhala
kerana ia tidak dapat diserupakan dengannya.
4. Menghormati Sabbath.
Di dalam Kitab Bible ada menerangkan tentang Sabbath, iaitu sebagai memperingati
kerehatan Tuhan selepas Penciptaan alam dan juga pembebasan Bani Israel dari
Mesir. Pada hari tersebut dilarang menyalakan api, membajak, menuai dan memasak.
Ia diamalkan oleh orang Kristian pada hari ketujuh setiap minggu.
Orang-orang Kristian diwajibkan untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan
menghormati mereka.
Kitab Bible ada menyatakan tentang larangan membunuh dan menegaskan tentang
keamanan.
Selain daripada itu ajar an Kristian juga melarang penganutnya daripada melakukan
perzinaan.
8. Larangan mencuri.
Di dalam sepuluh hukum yang terakhir ini, orang-orang Kristian dilarang daripada
berkeinginan terhadap harta orang lain ataupun isteri jiran tetangga.
19
Terdapat juga beberapa ajaran-ajaran lain yang berhubung tentang nilai moral dan etika
yang tidak disebutkan di dalam Ten Commandments. Di antaranya ialah:
Terdapat ayat-ayat berkenaan perkara ini yang disebut di dalam Injil Matthew, pasal 5
ay at 39-41.
Maksud ayat yang disebutkan di atas ialah janganlah ada di antara penganut agama
Kristian yang membantah setiap kemungkaran yang terjadi ke atas dirinya kerana itu
semuanya akan melawan dengan kehendak Tuhan.
andainya ada orang yang mendakwa ke atas seseorang itu dan memaksanya, dia
mestilah tunduk pada paksaan itu serta menyerahkan haknya dan menambahnya lagi.
(Llbis: 1974,445)
KEBIARAAN (Monastrisme)
Kehidupan yang paling tinggi adalah menjadi sebagai rahib di biara. Seseorang rahib
mestilah hidup dalam keadaan kemiskinan, terlalu beijimat dan penyiksaan jasmani
dengan berlapar, dahaga dan pakaian yang kasar kerana untuk menuruti jejak langjkah
Al-Masih yanng hidup dalam keadaan zuhud, dan menanggung segala penderitaan.
Di antara ciri-ciri yang ada bagi rahib ini ialah tidak berkahwin. Di dalam kitab Injil
Matthew (9: 11-13) mengandungi riwayat kata-kata Al-Masih:
KESIMPULAN
20
Secara dasarnya sistem etika dalam agama Kristian berdasarkan ajaran-ajaran yang
terkandung dalam kitab Bible yang terdiri dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Konsep etikanya berteraskan perasaan kasih sayang sesama manusia yang dijelaskan
sebagai The Ten Commandments yang perlu dipatuhi oleh setiap orang Kristian.
PENDAHULUAN
Agama Hindu merupakan salah satu daripada lima agama yang terbesar di dunia pada
masa ini. Ianya dianuti oleh sebahagian besar penduduk di benua India dan di merata
tempat di benua Asia. Kalau kita singkap kembali sejarah, kita akan dapati sebelum
kedatangan Islam, agama Hindu merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian
besar penduduk di kepulauan Melayu khususnya Tanah Melayu. Ini dapat dilihat
daripada kesan peninggalan sejarah seperti candi di Merbuk di negeri Kedah serta di
tempat lain.
Agama Hindu merupakan salah satu agama yang tertua di dunia yang berkembang di
mana ianya di bawa oleh kaum Aryan juga dikenali dengan kaum Indo Eropah) yang
berasal dari Asia Tengah. Agama ini telah terus berkembang dari satu generasi ke satu
generasi dan telah membentuk satu sistem adat dan undang-undang yang
mempengaruhi sebahagian besar penduduk India seperti pembentukan sistem kasta
dalam masyarakat.
Agama Hindu dikenal juga dengan agama Veda dan agama Brahman.
Perkataan Hindu ialah sebutan pelat perkataan Sindhu, yang diambil daripada nama
sebuah tempat iaitu Sungai Sindhu. Oleh yang demikian, agama Hindu bererti
kepercayaan penduduk-penduduk seluruh India. Agama Hindu dikatakan sebagai
21
Sanata-dharma, yang bermakna agama yang abadi (tiada permulaan dan tiada
kesudahan). Tarikh sebenar kemunculan agama ini tidak diketahui.
Agama ini menitikberatkan ajaran bahawa perlunya kepada hidup yang berbudi pekerti
sebagai satu syarat untuk memiliki kesedaran rohani. Hidup yang benar adalah perlu
dalam mendekati agama. Oleh yang demikian, kelakuan semasa hidup sangatlah
penting bagi penganut agama Hindu. (N.M. Idaikkadar: 1979, 1)
KONSEP KETUHANAN
Di dalam persoalan ketuhanan, tidak terdapat suatu makna yang terperinci bagi konsep
tauheed (mengesakan tuhan) di kalangan penganut Hindu. Namun begitu, setelah
mereka menerima dan berpegang pada mana-rnana tuhan, adalah terlalu sukar untuk
diubah kepercayaan dan pegangan tersebut untuk mereka menyembah tuhan-tuhan
yang lain pula
Menurut ajaran Hindu, bilangan tuhan mereka terlalu banyak. lni adalah kerana setiap
sesuatu yang dapat memberi manfaat ataupun mendatangkan mudharat seperti air, api,
sungai-sungai, gunung-ganang, udara dan lain-lain merupakan tuhan yang diharapkan
bagi menolong mereka ketika dilanda kesusahan. Mereka memuja dan menyeru tuhan-
tuhan itu untuk melindungi harta benda mereka dan juga memberkati keturunan mereka
semasa menentang musuh. Terdapat banyak lagi tuhan di mana orang Hindu akan
melaksanakan berbagai ibadat dan upacara bagi tujuan mendekatkan diri kepada
tuhan-tuhan tersebut. Mereka juga percaya bahawa di kalangan tuhan-tuhan itu ada
yang memerintah dan ada juga yang diperintah. Ketua dan yang memerintah itulah
yang menjadi Tuhan bagi segala Tuhan dan sebagai ketua dewa bagi segala dewa
(Ahmad Shalaby: 1970,35).
Pada kurun ke sembilan Sebelum Masihi, agama Hindu mula mengumpulkan tuhan-
tuhan di dalam satu tuhan sahaja (Triniti). Mereka mendakwa bahawa tuhan itulah yang
menjadikan alam daripada zatnya, dan Dialah juga yang memeliharanya sehingga
dibinasakan dan dikembalikan alam semula kepadanya. Mereka menamakan tuhan ini
22
dengan Brahman (Dia yang mewujudkan), Vishnu (Dia yang memelihara), dan Siva
(Dia yang membinasa) (Ahmad Shalaby: 1970,37).
Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Upanishad, pada masa permulaan tiada
sesuatupun di dalam alam ini, semuanya mati. Apa yang ada adalah nyawa, yang ada
ialah Brahman. Brahman ialah suatu kekuatan ketuhanan yang neutral dan juga suatu
kekuatan tenaga yang suci. Ia juga dimaksudkan dengan nyawa alam Semesta dan zat
ketuhanan sejagat.
Brahman adalah nyawa yang mencakupi semua alam nyata ini. Semua yang wujud ini
berasal dari Brahman dan akan kembali padanya. Manusia datang dari Brahman,
bernafas di dalam Brahman dan akan lenyap ke arah Brahman. Mengikut Upanishad
juga, jiwa adalah Atman (nafas). Atman itu adalah Brahman yang masuk ke dalam diri
manusia. Itulah ajaran yang diajarkan oleh Upanishad yang mana Tuhan adalah
segala-galanya dan segala-galanya adalah tuhan. (O. K. Rahmat: 1984,167)
a. Kitab Veda
Penganut agama Hindu berpegang kepada isi kandungan kitab Veda yang menjadi
panduan di dalam kehidupan mereka. Kitab yang mengandungi perundangan, adat
istiadat dan kepercayaan-kepercayaan tertentu ini, tidak dapat dipastikan dengan jelas
siapakah pengarangnya dan bilakah waktu kemunculannya. Ini telah menimbulkan
beberapa perbezaan pendapat di kalangan ahli pengkaji berkenaan hal tersebut.
Menurut pandangan penyelidik-penyelidik Barat serta sarjana-sarjana Agama Hindu,
kitab ini dicipta oleh generasi yang terdiri daripada golongan penyair, ketua-ketua
agama dan pendita-pendita tasauf. Ianya pula lahir dalam beberapa abad, sebelum
abad ke dua puluh S.M.
23
Perkataan Veda membawa maksud mengerti secara suci. Kitab ini banyak
membicarakan mengenai dewa-dewa. Selain itu kitab ini menjelaskan tentang
penciptaan alam semesta. Secara umumnya kitab Veda boleh dibahagikan kepada
empat bahagian utama:
1. Rigveda
Rigveda merupakan antara kitab yang paling penting dan masyhur. Ianya mengandungi
1028 buah nyanyian suci agama untuk dinyanyikan oleh penganut agama Hindu di
hadapan tuhan-tuhan. (Drs. Sukardji et al:1973, 68)
2. Samaveda
la berupa not-not muzik dan nyanyian-nyanyian pemujaan yang digunakan di kuil ketika
sedang menjalankan upacara sembahyang dan pembacaan doa. (Ahmad
Shalaby:1970, 30).
3. Atharveda
4. Yajurveda
Kandungan Yajurveda berupa rumusan tentang korban mantera suci yang dilafazkan
ketika upacara korban. (Sukardji et al: 1973, 70).
Di dalam menjelaskan konsep etika dan moral agama Hindu, kita perlu memahami
perkara-perkara pokok dalam ajaran agama Hindu. Ini adalah disebabkan konsep etika
dan moral dalam agama Hindu tersimpul dalam ajaran-ajaran agama Hindu.
Di dalam agama Hindu terdapat berbagai ajaran yang perlu diikuti dan ditaati oleh
setiap panganut agama Hindu. Di antara ajaran-ajaran yang menjadi kepercayaan
utama di dalam agama Hindu ialah:
24
Menurut kepercayaaan penganut agama Hindu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh
manusia di dalam kehidupannya di atas muka bumi ini akan menerima pembalasan
samada yang baik ataupun jahat. Undang-undang balasan ini ataupun apa yang
dikenali sebagai hukum Karma menyebabkan seseorang itu menerima hukuman di atas
perbuatan yang dilakukan. Menurut hukum ini, setiap perbuatan yang baik itu akan
dibalas dengan kebaikan manakala perbuatan yang jahat itu pula akan dibalas dengan
keburukan.
Balasan yang akan diterima oleh seseorang itu berlaku semasa kelahiran semulanya di
daiam kehidupan yang lain. Ini bermaksud roh yang telah keluar daripada tubuh
seseorang itu akan kembali semula ke alam dunia di dalam tubuh yang lain. Sekiranya
seseorang itu semasa hidupnya di dalam kehidupan yang lalu penuh dengan perlakuan
yang jahat, maka dia akan dilahirkan semula dalam keadaan scngsara. Sebaliknya
mereka yang berbuat baik akan dilahirkan semula dalam suasana yang menyenangkan.
Proses pengulangan kelahiran ini disebabkan oleh dua perkara, pertama roh yang
keluar daripada tubuh badan itu masih lagi mempunyai keinginan hawa nafsu terhadap
kebcndaan yang belum lagi dilaksanakan. Keduanya, roh itu keluar daripada badan
dalam keadaan banyak hutang dengan benda bernyawa yang mesti ditunaikan. (Ahmad
Shalaby: 1970,53)
♦ Hukum Samsara
Ilmu falsafah Sangkya pula mengajar manusia agar mengakui bahawa terdapat dua
bahagian yang kekal abadi iaitu purusha (jiwa) dan prakerti (benda, jasmani).
Penyatuan antara purusha dan prakerti itulah yang menyebabkan hidup seseorang di
dalam kehidupan ini menderita dan sengsara. Jalan bagi menghapuskan penderitaan
ini ialah dengan memisahkan purusha daripada prakerti. Pemisahan antara kedua-dua
bahagian ini hanya akan dapat dicapai sekiranya manusia itu insaf bahawa purusha
dan prakerti itu adalah merupakan dua bahagian yang amat berlainan. (Abu Ahmadi:
1991,112).
25
♦ Moksha
Bagi membebaskan diri daripada penderitaan yang akan datang iaitu lingkaran
kehidupan semula dan perpindahan roh yang berpanjangan, seseorang itu mestilah
berjuang bersungguh-sungguh. Perjuangan bersungguh-sungguh inilah yang dikenali
sebagai moksha.
♦ Yoga
Yoga merupakan suatu kaedah atau cara yang membolehkan seseorang itu mencapai
keselamatan dalam kehidupan di dunia ini. Pada dasarnya ia adalah suatu sistem
penguasaan tubuh dan fikiran bertujuan membebaskan diri daripada hidup dalam
khayalan dan seturusnya bagi mencapai matlamat untuk bersatu dengan tuhan.
Menurut ajaran Hindu terdapat pclbagai bentuk Yoga. Yoga yang paling sederhana
mengandungi perbuatan-perbuatan tertentu untuk memantapkan dan memusatkan
pemikiran serta perhatian bagi menghasilkan ketenangan rohani. Bentuk Yoga yang
lebih kuat ialah dengan menguasai pemurnian semua fungsi tubuh manusia yang
kadang-kadang menyakitkan diri dan perlu juga mengasingkan diri daripada
masyarakat di hutan-hutan yang berada jauh dari kehidupan manusia.
Yoga juga mengajar manusia tentang kepercayaan terhadap tuhan sebagai suatu cara
bagi memperolehi cahaya kebenaran dan kebebasan (H.O.K. Rahmat: 1984,173).
Apabila seseorang penganut agama Hindu itu beijaya menghapuskan segala keinginan
dan hawa nafsunya serta dapat menguasai dirinya dan juga dapat memutuskan dirinya
dari berhubung dan terikat dengan kehidupan dunia, maka dia telah selamat daripada
kelahiran semula dan seterusnya rohnya akan bersatu dengan Brahman.
Shalaby: 1970,58).
26
Lembu merupakan binatang suci bagi penganut agama Hindu. Binatang ini dipuja dan
disembah oleh mereka. Malah di dalam ajaran Hindu, orang Hindu diharamkan
daripada memakan daging lembu. Menurut kepercayaan mereka, dosa membunuh
lembu adalah sama dengan dosa membunuh seorang Brahmin. Memakan daging
lembu adalah dianggap lebih kejam daripada memakan daging manusia. Mengikut
ajaran Hindu, pemeliharaan lembu adalah difardhukan(diwajibkan) ke atas penganutnya
dan mereka mcnganggapnya sebagai satu hadiah kepada alam. Orang-orang Hindu
percaya bahawa lembu adalah ibu kepada manusia dan binatang (Ahmad Shalaby:
1970,20).
Selain daripada lembu, ular juga dipandang suci menurut agama Hindu. Di selatan India
dan Benggala, pemujaan terhadap ular dilakukan oleh penganut agama Hindu. Raja
segala ular mempunyai seribu kepala yang dikenali sebagai Ananta. Mereka
mcngadakan upacara tertentu bagi menghormati dan memuja ular (Mohd. Rifai:1972,
89).
Sebagaimana yang telah diperjelaskan sebclum ini wujudnya konsep kesatuan antara
Tuhan dan semua benda hidup dalam agama Hindu, orang Hindu sangat menghormati
semua benda hidup. Mereka mengamalkan sikap lemah lembut, menyayangi dan tidak
berkeras terhadap setiap haiwan. Jadi secara amnya mereka merupakan golongan
pemakan sayur. Berdasar dari kepercayaan inilah yang menyebabkan mereka
menghormati dan memuja lembu dan ular (O. K. Rahmat: 1984,191).
Istilah Kasta yang digunakan dalam agama Hindu adalah berasal dari perkataan dalam
bahasa Sanskrit iaitu Varna yang bermaksud warna. Di negara India, ia merupakan
susunan masyarakat yang bertingkat-tingkat. Kepentingan sistem Kasta ini di dalam
ajaran Hindu, seorang Maha Guru dari India pernah berkata:
"Seorang Hindu, ialah dia yang lahir dalam suatu lingkungan Kasta dan yang menyebut
dirinya Hindu. Tidak akan bezanya,
kalau orang hanya percaya pada satu Tuhan atau pada sepuluh ataupun seratus dewa.
Syarat yang dapat menentukan Hindu atau di luar Hindu adalah pembahagian Kasta. "
(Sukardji: 1973,72)
Sebenarnya sistem Kasta lahir akibat daripada keadaan masyarakat Hindu yang
berbilang bangsa. Pada mulanya peraturan ini lahir berkaitan dengan bangsa; perkaitan
kasta dengan warna dan warna dengan bangsa. Di dalam kitab Mahabrata ada disebut
mengenai perbezaan-perbezaan tersebut. Golongan Brahmin itu putih, Ksyatria
kemerah-merahan, golongan Vaisya kekuning-kuningan dan orang-orang Sudra hitam.
27
Di samping itu juga ada juga pembahagian Kasta ini mengikut jenis jenis pekerjaan.
(N.M. Idaikkadar: 1979,19)
Setiap peringkat kasta mempunyai adat istiadat dan tradisi mereka yang tersendiri.
Kedudukan seseorang di dalam sesuatu kasta ditentukan oleh perbuatannya dalam
kehidupan yanng terdahulu. Penentuan kasta bagi seseorang dalam kehidupan yang
akan datang bergantung kepada kelakuannya pada kehidupannya masa kini. Sebagai
contoh, orang-orang daripada kasta bawahan hanya dapat menikmati hasil
pekerjaannya yang baik dalam kelahiran akan datang. Seorang Sudra yang berbuat
baik misalnya, akan mendapat ganjaran daripada kebaikan yang dilakukan sekarang
dengan dinaikkan tingkatan kastanya menjadi Vaisya dalam kehidupan berikutnya.
Biasanya setiap golongan di dalam kasta yang lebih tinggi tidak boleh bergaul dengan
'kasta yang lebih rendah daripadanya. Mereka dilarang untuk makan bersama anggota
kasta lain serta hanya dibenarkan berkahwin sesama anggota dalam kasta mereka
sahaja. Semua larangan dan ketentuan biasanya dipatuhi berdasarkan tradisi masing-
masing (O. K. Rahmat: 1984,209).
a. Peringkat pendidikan jasmani, akal dan rohani, iaitu peringkat kehidupan pelajar yang
berusaha menuntut ilmu.
c. Peringkat ketiga pula ialah di mana seseorang itu dan isterinya meninggalkan
kehidupan kekeluargaan dan bersama-sama bertugas berkhidmat kepada masyarakat
yang bukannya bermatlamat untuk kepentingan diri sendiri mahupun keluarga.
28
d. Peringkat terakhir ini ialah seseorang mestilah membersihkan diri daripada segala
yang berkaitan dengan keduniaan dan menyempurnakan keperluan rohaninya.
Bagi setiap peringkat ini mengandungi sejenis zuhud yang diwajibkan ke atas setiap
orang-orang Hindu. Zuhud ini menurut pandangan mereka ialah dengan cara berpuasa,
beijaga malam dan menyakitkan diri dengan melakukan ibadat yang banyak lagi bagi
mencapai matlamat mereka (Ahmad Shalaby: 1970,62).
2. Orang-orang Hindu tidak boleh menghina raja meskipun dia seorang bayi. Golongan
pemerintah Hindu pula mestilah bersikap lemah lembut kepada orang yang baik dan
bersikap keras kepada orang-orang yang jahat (Ahmad Shalaby: 1970,66).
3. Wanita yang kematian suami tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain. Mereka
hidup dalam kesedihan buat selama-lamanya. Mereka dihina dan berada di tempat
yang paling rendah (WAMY: 1989,534).
KESIMPULAN
Konsep etika dan moral yang terdapat dalam agama Hindu lebih mirip kepada konsep
pembalasan yang akan diterima oleh seseorang berdasarkan perlakuan beliau dalam
sesuatu kehidupan yang dikaitkan dengan Hukum Karma (berbuat baik akan dibalas
dengan kebaikan dan buat jahat akan dibalas dengan keburukan). Seseorang yang
ingin mendapat Nirvana dalam hidupnya (mencapai peringkat yang tertinggi dalam
hidupnya) iaitu bergabung dengan Brahman hendaklah membuang segala keinginan
kepada kebendaan dan juga menghapuskan hawa nafsunya. Melalui cara tersebut
seseorang itu akan mendapat kebahagiaan dalam hidupnya.
29
5. ETIKA DAN MORAL MENURUT AGAMA BUDDHA
PENDAHULUAN
Agama Buddha merupakan agama yang bermula di India selepas kemunculan agama
Brahman pada kurun kelima sebelum Masihi. Ia adalah di antara lima agama yang
terpenting dan terbesar di dunia. Dr.. Rahmat (1984) mengkelaskan agama Buddha
dalam agama-agama Indo-Iran (Aryan) iaitu agama yang dibawa oleh bangsa Aryan
iaitu satu kaum yang berasal dari Eropah.
Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama (560-480 S.M.), yang lebih dikenali
dengan gelaran Buddha yang bererti orang yang mendapat penerangan (Dr. ahmat:
1984, 232). Di samping itu juga, terdapat beberapa gelaran lain yang diberikan
kepadanya iaitu Sakyamuni (bermaksud nabi dari puak Sakya), Tathagata dan
Gautama. Beliau dilahirkan di Kapilavastu, yang terletak di utara India di dalam negara
Nepal. Buddha merupakan anak kepada Sodhdhona, iaitu seorang ketua kasta
Kastriya.
Apabila usia beliau menjangkau 19 tahun, beliau telah berkahwin dengan Yasodhara
dan kemudiannya beliau telah mengasingkan diri sambil merenung dan memikirkan
tentang masalah yang berlaku di dalam kehidupan manusia bermula dari saat
kelahiran, menempuh kesengsaraan dan kesakitan, kemudian menjadi tua dan
seterusnya meninggal dunia.
30
Buddha mcngambil langkah meninggalkan keluarganya, kekayaan dan kuasa untuk
mencari jawapan serta kebenaran. Keputusan yang diambil oleh Buddha itu dinamakan
"The Great Renunciation" (S. Tachibana: 1975, 13). Beliau mula mengikut satu
kumpulan yang berjalan dan merantau untuk mencari kebenaran. Cara hidupnya ketika
itu berubah menjadi seorang yang zuhud (mengambil dunia sekadar keperluan). Beliau
kemudiannya mengambil cara hidup pendita yang mengamalkan konsep mediusi
kerana beliau mcndapati wujudnya ketenangan pada pendita tersebut.
Buddha mendapat tunjuk ajar berkenaan dengan agama Hindu melalui beberapa orang
guru Brahman. Justeru itu, beliau mula menjalankan penyelidikan terhadap agama
Hindu. Setelah mendapati sistem Kasta tidak bcrapa sesuai dengan jiwanya, Budhha
menolak ajaran agama Hindu.
Buddha mula merantau scbagai peminta scdekah. Beliau mula menerangkan ajarannya
yang dikenali sebagai Dhama kepada orang ramai dengan memberi syarahan buat
pertama kalinya di bandar Benares. Syarahannya yang pertama ini menjadi asas dalam
ajaran Buddha. Pcnganut agama Buddha mcnganggapkan bahawa Gautamma Buddha
adalah anak tuhan, di mana beliau membebaskan manusia daripada kesengsaraan dan
penderitaan (Ahmad Shalaby: 1970, 151).
Pengikut ajaran Buddha berpecah kepada dua mazhab yang utama iaitu (WAMY: 1989,
110):
Di antara ciri-ciri mazhab ini ialah ianya lebih terbuka di mana ia mempunyai pengikut
yang lebih ramai. Mazhab ini melihat bahawa pandangan mazhab "Meiiovana" sangat
sempit.
Mazhab ini memelihara ajaran Buddha secara lebih terperinci dan mempertahankan
adat dan ikutan yang terdahulu. Kebanyakan daripada pengikutnya hidup dalam
kcadaan zuhud(mengambil sesuatu sekadar keperluan) dan golongan ini dikenali
sebagai Sami Sangha. Di antara sifat-sifat pengikut mazhab ini ialah:
31
2. Fakir serta tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang mereka pakai dan alat-alat
ibadat mereka. Mereka bergantung kepada rezeki yang disedekahkan kepada mereka.
Kitab agama Buddha merupakan kitab yang disandarkan kepada pengasasnya iaitu
Buddha, atau cerita-cerita tentang apa yang dilakukan oleh Buddha (amalan), yang
ditulis oleh sebahagian daripada pengikutnya. Oleh sebab dengan terbahaginya
pengikut Buddha kepada dua mazhab, ini membawa kepada perbezaan di dalam
tulisan kitab-kitab agama Buddha.
Kitab agama Buddha merupakan kitab yang disandarkan kepada pengasasnya iaitu
Buddha, atau cerita-cerita tentang apa yang dilakukan oleh Buddha (amalan), yang
ditulis oleh sebahagian daripada pengikutnya. Oleh sebab dengan terbahaginya
pengikut Buddha kepada dua mazhab, ini membawa kepada perbezaan di dalam
tulisan kitab-kitab agama Buddha.
Secara umumnya, kitab-kitab agama Buddha terbahagi kepada tiga bahagian (WAMY:
1989, 110):
i) Hukuman yang wajib dikenakan ke atas dosa-dosa yang dilakukan oleh pengikut
Buddha.
3. Kitab yang mengandungi falsafah ajaran Buddha dan asal usul ajarannya.
32
ETIKA DAN MORAL AGAMA BUDDHA
Kehidupan beretika menurut pandangan Buddha ialah asas yang perlu diikuti di dalam
memahami akan realiti segala sesuatu. Maka dalam memahami etika dan moral
menurut pandangan Buddha, seseorang itu perlu memahami akan ajaran-ajaran yang
diajar oleh Buddha kepada para pengikutnya.
AJARAN-AJARAN BUDDHA
Konsep Ketuhanan
Dalam membicarakan tentang konsep etika agama Buddha, kita perlu dahulu merujuk
kepada perkara asas dalam ajaran agama Buddha. Ajaran Buddha berpandukan
kepada empat kcbenaran mulia iaitu (Ahmad Shalaby: 1970, 171-172):
33
4. Magga: Jalan bagi menghilangkan kesengsaraan ialah dengan melalui Jalan Lapan
Yang Mulia.
JALAN BUDDHA
Di dalam mencari hakikat sebenar sesuatu perkara, seorang perlu mematuhi akan apa
yang dipanggil sebagai 'Jalan Buddha'. Jalan Buddha terbahagi kepada dua bahagian:
a. Jalan Pertengahan.
a) Jalan Pertengahan
Bagi mencapai tahap yang paling tinggi iaitu Nirvana, seseorang perlu melalui jalan
pertengahan iaitu jalan yang tidak terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak terlalu terikat
dengan kehidupan. Tonggak bagi jalan ini adalah pemerhatian dan amalan.
Keperibadian yang sebenar perlu disertai dengan pemikiran yang benar. Pemerhatian
dan amalan seseorang terikat dengan kewujudan yang sebenar. Dalam mencapai jalan
pertengahan ini seseorang itu perlu mengikuti Jalan Lapan Yang Mulia. (Sukardji et al:
1973, 106).
la merupakan jalan bagi mengatasi kesengsaraan. Lapan jalan ini menunjukkan moral
yang terkandung di dalam fahaman Buddhismc sepertimana berikut (Sukardji et al:
1973, 106):
Fikiran mestilah sentiasa ke arah melakukan perkara kebaikan serta menjauhi daripada
memikirkan perkara yang tidak baik.
Memiliki hasrat yang betul dengan membebaskan diri daripada sebarang keraguan.
34
d) Pertuturan yang benar
Kata-kata seseorang itu mestilah benar, baik, bebas daripada sebarang penipuan,
umpatan dan perkataan yang menyakiti orang lain.
Setiap langkah yang diambil mestilah tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan bukan
daripada kegembiraan diri sendiri.
Tindakan yang betul akan membawa kepada kehidupan yang betul. Setiap orang
mestilah menjalankan tugasnya sendiri yang akan membuatkan dirinya berguna dengan
tidak membahayakan ataupun mencedcrakan sebarang benda hidup yang lain.
Di samping mengikuti jalan pertengahan, seseorang itu perlu menjauhi jalan-jalan atau
perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu terikat dengan kehidupan dunia.
Buddha telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dijauhi oleh setiap penganut
ajaran Buddha. Beliau telah membahagikan pantang larang tersebut kepada dua
perkara(Sukardji et al: 1973, 109).
Di sana ada beberapa peraturan yang perlu bagi setiap penganut ajaran Buddha
menjauhi dan dilarang daripada melakukannya. Peraturan tersebut dikenali dengan lima
peraturan bagi semua orang seperti berikut:
35
iii) Larangan daripada melakukan kesalahan seksual.
Selain dari lima peraturan bagi semua orang, di sana ada lima peraturan lain yang
hanya dikhususkan bagi golongan sami dan bagi semua orang pada hari-hari suci dala
agama Buddha seperti berikut:
ii) Larangan daripada menari, mcnyanyi dan mencari hiburan yang melalaikan.
iii) Larangan daripada menggunakan jambangan bunga atau alat-alat solek dan apa-
apa perkara yang berbentuk perhiasan.
Sepuluh larangan ini perlu dijauhi oleh setiap penganut Buddha. Kcsemuanya kembali
kepada tiga asas:
iii) Kesamaran dan Kegagalan dalam mcngetahui sesuatu dengan cara yang betul.
JIWA/ROH (ANATMAN)
Mengikut kepercayaan Buddha, roh ataupun jiwa manusia sentiasa tunduk kepada
perubahan serta sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Malah tidak ada di sana suatu
roh yang kekal dan tetap (Anatman) di dalam jiwa manusia.
Ajaran Buddha menunjukkan bahawa kewujudan manusia ini terdiri daripada kesatuan
lima unsur atau ikatan (Khandhas) iaitu (Sukardji et al: 1973, 111):
36
1. Sifat-sifat semulajadi
2. Perasaan
3. Persepsi
4. Jasmani
5. Kesedaran
Kelima-lima unsur di dalam ikatan tersebut tidak akan kekal bersama seseorang buat
selama-lamanya, bahkan semua kewujudan mengandungi tanda-tanda iaitu anatman
(tiada roh), anitya (ketidak kekalan), dan Jukka (kesengsaraan).
KARMA (BALASAN)
Karma dalam agama Buddha membawa maksud scgala perbuatan manusia dan akibat
daripada perbuatan tersebut. Sesungguhnya kehidupan seseorang individu itu pada
satu masa yang tertentu adalah hasil daripada keadaannya ataupun perbuatannya
pada kehidupan yang lampau. Setiap kelahiran semula yang berlaku mengikut
perbuatan manusia, di mana perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan dan
perbuatan jahat akan dibalas dengan keburukan. Oleh yang demikian, seseorang yang
berbuat baik akan dilahirkan semula dalam keadaan yang bahagia dan menyenangkan
manakala sesiapa yang melakukan kejahatan akan dilahirkan kembali dalam keadaan
yang hina.
Konsep hukum Karma yang ada dalam ajaran Buddha adalah berbeza dengan konsep
yang ada dalam ajaran agama Hindu. Hukum Karma dalam agama Hindu berlaku
kepada seseorang berdasarkan kuasa tuhan yang menguasai kehidupan setiap benda
hidup. Di dalam agama Buddha, hukum Karma berlaku melalui satu hukum undang-
undang moral semulajadi dan bukan melalui sistem undang-undang kudus (devine) iaitu
setiap perbuatan manusia akan dibalas oleh kuasa alam yang mentadbir scmua benda
yang terdapat dalam alam ini. Oleh yang demikian, panganut Buddha mesti
menghormati setiap benda hidup(Ahmad Shalaby: 1970, 163).
PENJELMAAN
Penjelmaan merupakan satu perpindahan roh seseorang daripada satu keadaan atau
bentuk kepada satu keadaan yang lain berdasarkan kepada Karma seseorang. Jika
seseorang yang melakukan kejahatan dalam kehidupan sekarang, maka beliau akan
dijelmakan dalam bentuk yang lain dalam keadaan hina. Manakala bagi sesiapa yang
melakukan kebaikan, beliau akan dijelmakan dalam bentuk yang baik.
37
NIRVANA
Konsep ini sebenarnya dikongsi bersama oleh ajaran-ajaran yang berasal dari India
iaitu agama Hindu, Buddha dan Jaina. Konsep Nirvana merupakan konsep yang paling
tinggi sekali yang perlu dicapai oleh penganut agama-agama tersebut. Walaupun begitu
ada sedikit perbezaan antara agama-agama tersebut.
Agama Hindu menyatakan bahawa apabila seseorang itu telah mengakui bahawa
dirinya sebahagian daripada tuhan(Brahman) atau beliau mengakui hilangnya
keterikatan dengan kebendaan dan dunia, ini akan menyebabkan beliau bersatu
dengan tuhan iaitu dengan Brahman.
Konsep etika Buddha lebih menumpukan kepada pcrsoalan yang berkaitan dengan
cara atau kaedah yang membolehkan seseorang membebaskan dirinya daripada
kehidupan di mana kehidupan ini dianggap sebagai kesengsaraan. Kesengsaraan
dapat diakhiri dengan membuang segala keinginan dan keterikatan dengan kebendaan.
Buddha telah mengutarakan cara dan kaedah yang berteraskan kepada Empat
Kcbenaran Yang Mulia.
KESIMPULAN
38
Konsep etika agama Buddha terkandung dalam ajaran yang disampaikan oleh Buddha
kepada para pengikut yang berteraskan kepada Empat Kebenaran Yang Mulia. Ia
merupakan satu kaedah yang dianjurkan oleh Buddha bcrdasarkan pengamatan dan
kajian yang dilakukan olehnya terhadap kehidupan manusia yang penuh kesengsaraan
dan penderitaan. Seseorang perlulah mengatasinya dengan cara menghilangkan
segala keinginan hawa nafsunya dan keterikatan dengan dunia. Perbuatan yang buruk
dan jahat mengakibatkan seseorang dihukum oleh alam dengan lingkaran kelahiran
semula(hukum Karma). Apabila seseorang telah mencapai peringkat Nirvana, maka
bebaslah seseorang itu dari hukum Karma dan dapat mencapai peringkat yang tertinggi
dalam hidupnya.
Rujukan
39
15. Title Kursus tamadun Islam dan pendidikan moral : nilai-nilai moral dalam
pelbagai aspek, aprisiasi moral dan badan-badan dunia Author Ghazali
Darusalam Publisher:Utusan Pub.,Pub date:2001
16. http://dimas-sigit.blogspot.com/2011/12/ajaran-hindu-dharma-tentang-etika.html
17. http://dimas-sigit.blogspot.com/2011/12/ajaran-buddha-dharma-tentang-
etika.html
18. http://komunitisiambaru.blogspot.com/2012/08/ciri-ciri-istimewa-agama-
buddha.html
40