Anda di halaman 1dari 42

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kertas kerja ini membincangkan, Van Linschotten, seorang sarjana


Belanda yang banyak menulis tentang hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad
ke-18 telah berkata, “Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum
namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa
timur”. Beliau juga berpendapat bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa
Melayu di Kepulauan Melayu, dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak
tahu akan bahasa Perancis di Belanda pada zaman itu. Hal ini dapat dilihat
bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang agung dan masyhur di
persada dunia sejak zaman dahulu lagi.

Bahasa Melayu telah dituturkan oleh orang-orang Melayu. Bahasa ini


ditutur daripada satu generasi ke generasi yang lain. Sesuatu bahasa
mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan kawasan penuturnya
menetap dan berada. Ada juga bahasa yang tersebar bukan kerana migrasi
penuturnya, tetapi kerana penjajahan yang dilakukan ke kawasan-kawasan lain.
Bahasa Inggeris, Perancis dan Belanda merupakan ikon kepada kolonialisme
dan menyebarkan pengaruh bahasa mereka ke serata tempat atas dorongan
untuk meluaskan wilayah pemerintahan.

Penyebaran bahasa berlaku disebabkan beberapa faktor penarik dan


penolak. Faktor penarik merujuk kepada tempat yang hendak didatangi oleh
mana-mana individu. Manakala, faktor penolak pula disebabkan oleh mereka
ingin lari dari tempat tinggal yang tidak selesa dan tidak selamat serta terdedah
kepada ancaman malapetaka.

1
1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian berdasarkan tajuk yang diberikan ialah membuat kajian


perpustakaan dan mengumpul maklumat. Tujuan kajian ini dilakukan adalah
untuk meniliti dan mendalami bidang-bidang huraian asal usul bahasa Melayu
mengikut peringkat dan perkembangannya.

Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk membuat analisis dan
menjelaskan secara bergambar. Setiap maklumat yang diperoleh, hendaklah
disertakan dengan gambar, rajah atau jadual yang berkenaan dengan maklumat
yang diperoleh.

Kajian ini juga dijalankan adalah untuk menghasilkan esei dan


pembentangan kertas kerja. Hal ini demikian kerana setiap maklumat yang
diperoleh, akan dipersembahkan dalam bentuk penulisan dan pembentangan
kepada orang lain.

2
1.3 Kaedah Kajian

Semasa proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kaedah kaijan


yang diguna pakai bagi menghasilkan kaijan yang optimum dan menepati
spesifikasi dikehendaki. Kaedah kajian yang menjadi tunjang kepada tugasan ini
ialah kajian perpustakaan. Perpustakaan merupakan pusat pencarian maklumat
dan gedung ilmu bagi setiap manusia, terutamanya golongan pelajar. Di sini
juga, sesuatu maklumat boleh didapati dan diperoleh melalui buku, ensiklopedia,
jurnal, laporan kajian, dan tesis.

Sepanjang tugasan ini dalam tempoh pembikinan, perpustakaan yang


menjadi pusat rujukan saya ialah Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam dan
Perpustakaan Negara Malaysia. Saya juga menjadikan Pusat Sumber Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh sebagai pusat carian maklumat tugasan
ini.

Berdasarkan perpustakaan dan pusat sumber yang dikunjungi, banyak


maklumat penting yang saya peroleh untuk tugasan ini. Kebanyakan maklumat
yang diperoleh, didapati daripada buku-buku rujukan, Kamus Dewan dan
majalah-majalah terbitan berkala. Lantaran itu, setiap maklumat yang diperoleh
telah dikenal pasti serta dianalisis kesesuaiannya untuk dijadikan bahan
penulisan.

Sumber-sumber kajian yang diperoleh akan diletakkan di bahagian


bibliografi yang terletak pada tajuk kelima kerja ursus ini. Sumber-sumber ini
ditulis dengan menggunakan format APA yang telah ditetapkan oleh pihak
Bahagian Pendidikan Guru.

3
1.4 Batas Kajian

Sewaktu menyiapkan tugasan ini, terdapat batas-batas kajian yang harus


dipatuhi agar pelajar tidak membuat tajuk tugasan di luar batasan kajian. Batas
kajian tugasan ini memfokuskan kepada asal usul bahasa Melayu. Para pelajar
juga dikehendaki mengenal pasti susur galur bahasa Melayu daripada pelbagai
sumber dan rumpun keluarga bahasa utama.

Dalam hal ini juga, pelajar juga diminta untuk membuat kajian secara
menyeluruh mengenai perkembangan bahasa Melayu bermula daripada bahasa
Melayu kuno hingga bahasa Melayu moden. Kajian ini juga menjurus kepada
fungsi dan ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Tugasan ini juga melibatkan kajian kepada alat-alat artikulasi serta


daerah-daerahnya. Dalam bahagian ini, para pelajar dikehendaki untuk
mengenal pasti daerah-daerah artikulasi yang terdapat pada diri manusia
dengan melabelkannya dengan betul.

4
1.5 Rumusan

Justifikasinya, daripada kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa


bahasa sangat penting kepada manusia untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Melalui kajian ini juga, kita dapat lihat bahawa bahasa merupakan medium
utama dalam penyampaian dan pendokumenan sesuatu maklumat. Emosi juga
dapat dinyatakan melalui bahasa itu sendiri kerana sifat bahasa itu sendiri yang
unik. Hubungan sosial dalam kalangan masyarakat turut dapat dieratkan melalui
bahasa yang dituturkan oleh ahli-ahlinya.

Jelaslah di sini bahawa bahasa amat penting dalam kehidupan


masyarakat di dunia ini. Tanpa bahasa, sesebuah masyarakat itu boleh dianggap
sebagai sebuah masyarakat yang mundur dan tidak bertamadun. Oleh hal yang
demikian, kajian terhadap bahasa sedikit banyak memberikan input kepada para
pelajar.

5
2.0 PENGENALAN

2.1 Definisi Bahasa

Dalam bidang kajian bahasa, frasa bahasa telah didefinisikan dalam


pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya.
Dalam hal ini, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan
konsep dan takrifan bahasa yang hampir sama. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, bahasa ialah satu sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa
juga mencakupi dialek, loghat, adat dan adab sesuatu bangsa. Lambang-
lambang yang diujarkan oleh manusia mempunyai makna-makna yang tertentu
berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya.

Bloch dan Trager (1942) telah mentakrifkan bahasa sebagai sistem


lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.
Proses komunikasi ini berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Noam
Chomsky (1957), seorang ahli linguistik moden berkata bahawa, setiap penutur
dan pendengar mempunyai dua perkara penting, iaitu kecekapan bahasa dan
pengucapan bahasa. Beliau juga merumuskan bahawa proses ini sentiasa
bertukar ganti antara penutur dengan pendengar yang berkomunikasi sesama
mereka.

Dari segi pragmatik, para ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa


merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada
berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Dalam kamus yang lain, antaranya
The American Heritage Science Dictionary, bahasa merupakan satu sistem objek
atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berturutan serta boleh
digabungkan dengan pelbagai cara dengan syarat mematuhi peraturan tertentu,
terutamanya untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan memberikan arahan.
Oxford University Press (Language Software), pula mentakrifkan bahasa sebagai

6
salah satu cara untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik
tertentu. Takrifan ini sangat menepati teori yang dilakukan oleh Ferdinand
Mongin de Saussure (1959), seorang ahli linguistik Swizerland dan juga bapa
linguistik moden abad ke-20. Teori tersebut mengatakan melalui bahasa,
manusia boleh diklasifikasikan kepada etnik-etnik mengikut bahasa yang ditutur
oleh mereka. Dalam naskhah yang lain juga seperti Etymology Dictionary,
bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dituturkan melalui penggunaan
bunyi-bunyi atau tanda-tanda yang konvensional.

Dalam penetapan konsep dan takrif bahasa yang lebih jitu, telah
menimbulkan pelbagai pendapat daripada ahli-ahli linguistik dan ahli-ahli bahasa
yang lain. R. A Hall (1964) berpendapat bahawa bahasa merupakan institusi
yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sam lain
yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan
dan pendengaran. Dalam kajian seterusnya mengenai konsep dan takrifan
bahasa yang dominan, Edward Sapir (1921) menyimpulkan bahasa sebagai satu
medium perhubungan serta selalu digunakan oleh manusia dan merupakan
kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea, perasaan dan keinginan
melalui bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan. Dari segi bidang sosial pula,
Michael Halliday (1973) mengatakan bahasa ialah satu turutan kemungkinan dan
pilihan tingkah laku yang bersesuain denga individu sebagai manusia yang
bersosialisasi.

7
2.1 Definisi Melayu

Pada masa ini, asal usul bahasa Melayu masih lagi kabur. Pengkajian
yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih
diperlukan. Walau bagaimanapun, pengkajian terhadap asal usul bahasa ini
amat sukar dan rumit. Hal ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah
Melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui.

Dari segi pandangan akademik, konsep ‘Melayu’ merupakan konsep yang


meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada
keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. Banyak pendapat yang
diutarakan oleh para sarjana tentang konsep ‘Melayu’.

Penggunaan istilah ‘Melayu’ pada peringkat awal ini hanya dapat dikesan
sekitar tahun 100 – 150 masihi. Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, telah
menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya, Geographike Sintaxis.
Manakala, G. E Gerini menganggap istilah ‘Melayu’ berasal daripada kata
Sanskrit, iaitu malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada sebuah
kawasan di utara pantai Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan.
Sebaliknya pula bagi Roland Bradell, menganggap tempat yang dimaksudkan
ialah di Tanjung Penyabung. Sehubungan dengan itu, dari segi etimologi,
perkataan ‘Melayu’ itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit malaya
yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi.

Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai


yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana,
terletaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa
adanya Kerajaan Srivijaya. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa
perkataan ‘Melayu’ berasal daripada nama sungai di Jambi iaitu Sungai Melayu.

8
Menurut catatan seorang rahib Buddha yang bernama I’tsing, dalam
perjalanannya dari Canton ke India beliau telah singgah di Bhoga. Beliau
kemudiannya telah dihantar Raja Bhoga ke negeri Mo-lo-yu yang pada masa itu
disebut sebagai Sribhoga. Berdasarkan catatan ini, didapati bahawa I’tsing telah
mengubah nama Mo-lo-yu kepada Bhoga dan Sribhoga. Dipercayai ketika itu
bahawa Sribhoga ialah Palembang, ibu negeri Srivijaya dan Bhoga sebagai
tanah jajahan takluk Srivijaya, termasuklah Mo-lo-yu. Beradasarkan takrifan
‘Melayu’ di atas, jelas kelihatan bahawa pada peringkat awal, istilah ‘Melayu’
hanya digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukannya
merujuk kepada sesuatu bangsa atau bahasa.

Selain itu, istilah ‘Melayu’ untuk merujuk nama bangsa atau bahasa wujud
setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai
sebuah kerajaan agung. Berdasarkan teks-teks yang ada hubungannya dengan
Melaka klasik, istilah ‘Melayu’ merujuk keturunan yang ‘berbangsa’dan ‘berasal’
sahaja. Hal ini bererti istilah ‘Melayu’ hanya merujuk keturunan raja-raja Melayu
di Sumatera.

Bermula pada abad ke-17, penggunaan istilah ‘Melayu’ yang merujuk


bangsa semakin meluas. Pada ketika itu, Melayu merangkumi suku bangsa
serumpun di Nusantara. Pada abad ke-17, seorang pengkaji bernama Colin telah
mengusulkan bahawa suku bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu.
Hal ini berdasarkan kesamaan bahasa yang dituturkan, kesamaan warna kulit,
kesamaan bentuk badan, kesamaan bentuk pakaian, kesamaan adat resam dan
kesamaan upacara yang dijalankan. Kesemuanya bersumberkan bangsa
Melayu.

Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar
(1985), menyatakan bahawa istilah ‘Melayu’ yang lebih umum adalah merujuk
kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami
Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa buah

9
kawasan berhampiran. Bahasa suku bangsa ini diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahsa Indonesia di negara
Indonesia.

Pada 1972, UNESCO telah memberikan pengertian tentang konsep


‘Melayu’. Istilah ‘Melayu’ digunakan untuk merujuk suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar. Pada
masa yang sama juga, UNESCO telah melancarkan The Oceanic Culture Study
Project yang meliputi kawasan Austronesia yang lain. Dengan demikian,
UNESCO telah membahagikan kawasan Austronesia kepada kawasan
Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia
Timur).

Di Malaysia, pengertian ‘Melayu’ mempunyai implikasi keagamaan yang


dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu
ditakrifkan sebagai orang yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup dan
budaya Melayu, fasih berbahasa Melayu dan lahir di Tanah Melayu sebelum
merdeka. Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri
tersebut boleh mejadikan ahli kepada suku bangsa Melayu.

10
Gambar 2.1 Daerah-daerah penutur asli bahasa Melayu
2.3 Asal Usul Bahasa Melayu

2.3.1 Bahasa-bahasa Austronesia

Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Orang Melayu


dikatakan berasal daripada induk Austronesia. Dipercayai juga induk Austronesia
ini menuturkan bahasa Austronesia. Oleh hal yang demikian, bahasa
Austronesia merupakan induk kepada bahasa Melayu. Keluarga bahasa ini
sangat besar dan luas penyebarannya di dunia, iaitu dari Taiwan dan Hawaii, di
hujung utara hingga ke New Zealand, di hujung selatan dan dari Madagascar
jauh di barat hingga ke Pulau Easter di hujung timur. Pembahagian sesuatu
bahasa kepada keluarga bahasa tertentu adalah dengan melihat ciri-ciri
persamaan dan perbezaan yang terdapat pada bahasa tersebut.
Gambar 2.2 Kawasan penyebaran orang Austronesia

Penutur awal bahasa Austroensia proto atau purba dikatakan berasal dari
wilayah yang disebut China sekarang ini. Sekitar 4000 tahun yang lalu, penutur
bahasa ini telah berhijrah dari selatan China ke pulau Taiwan dan seterusnya

11
menyeberangi sempadan Filipina, Tanah Melayu dan Indonesia. Kemudian
bergerak ke Madagascar berdekatan benua Afrika dan ke seluruh Lautan Pasifik.
Tegasnya di sini, taburan geografi bagi bahasa ini meliputi Asia Tenggara
Maritim, Oceania, Madagascar dan Taiwan.

Oleh sebab bahasa ini merupakan kumpulan bahasa yang besar dan
mempunyai rangkaian subkeluarga yang banyak, para sejarawan telah
mengelompokkan dan menjelaskan cabang bahasa ini kepada beberapa bentuk.
Mereka telah menetapkan bahawa bahasa Austronesia mempunyai empat
kelompok asas iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara,
bahasa-bahasa Polinesia, bahasa-bahasa Melanesia dan bahasa-bahasa
Mikronesia.

Rumpun Austronesia

Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga


Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia

Rajah 2.1 Rumpun bahasa Austronesia

Ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun


bahasa Austronesia kepada dua keluarga uatama, iaitu keluarga Taiwanik dan
keluarga Melayu-Polinesia. Keluarga bahasa Melayu-Polinesia dibahagikan
kepada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat, Melayu-Polinesia Tengah dan
Melayu-Polinesia Timur.

12
Rumpun Austronesia

Keluarga Taiwanik Keluarga Melayu-


Polinesia

Keluarga Keluarga Keluarga


Melayu- Melayu- Melayu-
Polinesia Polinesia Polinesia
Barat Tengah Timur

Rajah 2.2 Rumpun bahasa Austronesia

2.3.2 Keluarga Bahasa Austronesia

Ada ahli bahasa mengatakan bahasa Austronesia berasal daripada


rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Austroasia dan kedua-duanya
menjadi keluarga kepada rumpun bahasa yang lebih besar, iaitu rumpun Austris.
Mereka berpendapat bahasa semua bahasa yang terdapat di selatan China
berkeluarga dengan bahasa Austronesia, Austroasia, Hmong-Mien dan Tai-Kdai.

Rumpun Austris

Rumpun Rumpun Rumpun Rumpun


Austronesia Austroasia Hmong-Mien Tai-Kdai

13
Rajah 2.3 Rumpun bahasa Austris

Penutur keempat-empat rumpun bahasa ini dikatakan tersebar di wilayah


China di bahagian selatan antara tahun 2000 – 1000 tahun Sebelum Masihi.
Ketika itu, suku bangsa Han merupakan penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan
menyerbu ke wilayah selatan. Oleh itu, hal ini telah memberi impak penyebaran
bahasa-bahasa Austris ke kawasan-kawasan lain.

14
2.3.3 Bahasa Melayu – Polinesia

Bahasa Melayu – Polinesia merupakan subkeluarga rumpun bahasa


Austronesia yang dituturkan oleh kira-kira 351 juta orang penutur. Penutur
bahasa ini tersebar luas di negara-negara Kepulauan Asia Tenggara dan Lautan
Pasifik. Bahasa Melayu – Polinesia mempunyai ciri penting yang boleh difahami
para ahli bahasa.

Antara ciri penting bahasa ini ialah perkataan-perkataannya terdiri


daripada gabungan dan cantuman suku kata. Walau bagaimanapun, terdapat
juga keluarga bahasa ini yang memiliki gugus-gugus konsonan dan merupakan
pengaruh daripada bahasa-bahasa lain seperti Arab, Sanskrit dan Indo –
Eropah. Selain itu, bahasa ini juga bayak menggunakan bentuk-bentuk ulangan,
sama ada pengulangan sebahagian atau keseluruhan.

Para ahli bahasa telah membahagikan bahasa Melayu – Polinesia kepada


dua subkeluarga sahaja, iaitu Melayu-Polinesia Barat dan Melayu-Polinesia
Timur. Kategori ini dibahagikan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar,
iaitu hubungan kekeluargaan bahasa yang rapat dan berdekatan serta hubungan
yang jauh.

15
Rumpun Austronesia

Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga


Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia

Sumatera Jawa Kalimantan Bali-Sasak Filipina

Acheh Batak Lampung Nias Melayu Minang

Rajah 2.4 Keluarga bahasa Nusantara

Ada ahli bahasa yang menggolongkan bahasa Melayu dalam subkeluarga


Sumatera bersama-sama dengan bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung
dan Nias.

16
2.4 Perkembangan Bahasa

2.4.1 Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara


antara abad ke-7 sehingga ke-13, iaitu pad zaman peralihan Hindu – Islam. Pada
ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah Srivijaya. Sewaktu pemerintahan
kerajaan Srivijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa
pengantar kerajaan ini. Hal ini terbukti dengan jumpanya empat buah batu
bersurat atau prasasti yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Empat buah batu
bersurat yang merupakan bukti bertulis tentang bahasa Melayu kuno ialah batu
bersurat di Kedukan Bukit, Palembang, batu bersurat di Talang Tuwo,
Palembang, batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka dan batu bersurat di
Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi.

Gambar 2.3 Batu Bersurat Talang Tuwo

17
Gambar 2.4 Batu Bersurat Karang Brahi (rubbing)

Gambar 2.5 Batu Bersurat Kota Kapur

18
Gambar 2.6 Batu Bersurat Kedukan Bukit

Berdasarkan batu-batu bersurat yang dijumpai, para pengkaji dapat


mengenal pasti beberapa ciri bahasa Melayu kuno yang digunakan pada masa
itu. Antara ciri tersebut ialah sistem tulisan dan kosa kata.

Dari segi tulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai


semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya ini menggunakan tulisan Palava,
khususnya Palava Kemudian. Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan
purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan Palava
Kemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi.

Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu
kuno ialah tulisan Kawi dan Nagiri. Perkataan Kawi berasal daripada bahasa
Sanskrit yang bermaksud penyair. Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis
pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai serta diukir pada batu. Tulisan

19
Nagiri pula digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli, yang dijumpai di Jawa
Tengah. Tulisan Nagiri ini berasal dari utara India.

Gambar 2.7 Aksara Palava Kemudian

Gambar 2.8 Aksara Kawi

20
Manakala, dari segi kosa kata, terdapat kira-kira 283 patah perkataan
daripada baris teks yang tertera di atas batu-batu itu, termasuk Batu Bersurat
Gandasuli. Berdasarkan 283 patah perkataan ini, dikatakan 55.5 peratus
merupakan kosa kata bahasa Melayu atau bahasa Austronesia, manakala
selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Pada zaman itu,
bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu kuno kerana bahasa
Melayu ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsep-
konsep baharu. Konsep-konsep baharu ini dibawa oleh kebudayaan asing dan
hal ini menyebabkan bahasa Melayu kuno perlu meminjam bahasa masyarakat
yang membawa konsep tersebut.

21
2.4.2 Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik mempunyai fungsi yang penting semasa zamannya


kerana selain menjadi lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan dalam
pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi, bahasa Melayu klasik juga
menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Setelah Islam bertapak di Alam Melayu,
bahasa Melayu klasik telah digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam, sama
ada secara lisan mahupun tulisan. Istana telah dijadikan pusat perkembangan
ilmu-ilmu Islam. Masyarakat pada zaman ini telah mengenal huruf kerana
masyarakat Melayu pada zaman itu telah mampu merakamkan bahasa mereka
dalam bentuk tulisan.

Bahan bukti yang paling penting ialah dua pucuk surat Sultan Ternete
kepada Raja Portugal. Surat baginda ini merupakan teks tertulis di atas yang
paling tua dijumpai. Kedua-dua pucuk surat ini menggunakan tulisan Jawi. Surat
yang bertarikh 1512 dan 1522 ini telah dikirimkan oleh Sultan Abu Hayat kepada
John III. Kedua-dua pucuk surat ini dianggap sebagai naskhah surat emas
kerana bahasa yang digunakan amat halus, beradab, bersopan santun, dan
disusun dengan teratur daripada semua segi seperti pemilihan kata, letak kepala
surat, puji-pujian pembuka surat dan sebagainya.

Surat-surat lain yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan


tulisan Jawi ialah surat-surat antara raja-raja Melayu dengan Sir Thomas
Stamford Raffles. Pada ketika itu, Raffles menjadi Leftenan Gabenor di Jawa
(1811 – 1816) dan di Bangkahulu (1818 – 1824).

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, sebuah karya agung telah


dihasilkan, iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Walaupun tarikh yang
tercatat menunjukkan bahawa teks ini dihasilkan pada 1612 masihi, iaitu pada
zaman kerajaan Johor, tetapi kisah yang terkandung dalam Sejarah Melayu ini

22
menunjukkan bahawa teks ini terhasil di Melaka sewaktu pemerintahan Sultan
Mahmud Shah (1488 – 1511).

23
2.4.3 Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Menurut ahli-
ahli bahasa dan sejarah, bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa
Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno
yang juga berasal daripada bahasa Melayu purba. Abdullah Munsyi dikatakan
sebagai pelopor kepada bermulanya zaman bahasa Melayu moden. Dalam
hikayatnya, Hikayat Abdullah, yang dihasilkan pada tahun 1849 menyatakan
kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari
bahasa sendiri, tetapi terkejar-kejar untuk belajar bahasa Inggeris.

Gambar 2.9 Lembaran Hikayat Abdullah

Di Malaysia, perancangan dan perkembangan bahasa Melayu moden


dapat dibahagikan kepada dua tahap, iaitu bahasa Melayu moden pramerdeka
dan bahasa Melayu pascamerdeka.

24
Perkembangan bahasa Melayu moden pramerdeka pada peringkat awal
dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah Munsyi
bin Abdul Kadir, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd Said dan Za’ba. Usaha-
usaha untuk memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan hanya bermula
pada tahun 1888, iaitu apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (PBmPB). Beberapa pertubuhan lain seperti Persaudaraan
Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Pejabat Karang Mengarang dan Angkatan
Sasterawan ’50 (ASAS 50), turut menyumbang usaha dan tenaga untuk
memajukan bahasa Melayu.

Pergerakan organisasi bahasa yang paling penting pada dekad 1950-an


ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga. Kongres ini telah
berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956.
rumusan akhir yang diterima oleh kongres ini ialah tentang penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Pelbagai usaha dijalankan bagi memajukan dan mengembangkan bahasa


Melayu selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan masyarakat
penuturnya. Hal ini dilakukan menerusi perancangan bahasa. Perancangan
bahasa ialah usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf
yang lebih maju. Umumnya, perancangan bahasa dilakukan di peringkat negara
oleh badan-badan tertentu. Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
memainkan peranannya sebagai institusi perancangan bahasa.

Cadangan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dijadikan badan


umum telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 Ogos 1959. ASAS 50 telah
menghantar memorandum mengenai Rang Undang-undang Dewan Bahasa dan
Pustaka kepada kerajaan pada 15 April 1969, kerana insaf bahawa masalah
bahasa dan kesusasteraan kebangsaan di negara Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka ialah masalah yang amat penting.

25
2.5 Ciri-ciri Bahasa

Pada zahirnya, bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu


sama lain, terutamanya dari segi bunyi dan bentuk. Namun demikian, Lyons
(1988)mengatakan bahawa pada hakikatnya bahasa-bahasa ini memiliki sifat
dan ciri sepunya yang dikongsi bersama.

Ciri-ciri bahasa yang pertama ialah bahasa sebagai satu sistem. Bahasa
sebagai satu sistem ialah bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk
diujarkan atau dituliskan. Dalam bahasa, terdapat unit dan unsur yang
dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya. Bahasa
sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan
perkataan dengan perkataan lain dalam ayat ialah secara teratur. Semua bahasa
mempunyai sistem, bunyi dan lambang. Namun begitu, sistem setiap bahasa
mempunnyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa
dengan bahasa yang lain. Jika ada beberapa perkataan yang tertinggal dalam
sesuatu ayat, ayat tersebut akan dikatakan janggal dan tergantung dari segi
binaan ayat dan maksud. Hal ini bermakna bahasa itu bersistem dan apabila
bertutur, secara tidak langsung kita juga mematuhi sistem bahasa tersebut serta
menyusun struktur yang betul. Oleh itu, daripada ciri ini lahirlah ilmu morfologi
dan sintaksis dalam bahasa-bahasa di dunia.

Ciri bahasa yang seterusnya ialah bahasa bersifat dinamis. Menurut


Kamus Dewan edisi ketiga, dinamis ditakrifkan sebagai bertenaga dan
berkekuatan serta mampu membuatkan penyesuaian serta menerbitkan
pembaharuan dan kemajuan. Sifat bahasa sedemikian akan terus berkekalan
sekiranya penutur-penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang
lain. Selain itu, ciri bahasa ini dapat dilihat melalui pengolahan semula beberapa
frasa Melayu dengan frasa Inggeris. Misalnya, penggunaan frasa bajet dalam
pembentangan perbelanjaan negara pada setiap tahun. Frasa bajet merupakan
perkataan pinjaman bahasa Inggeris, budget yang bermaksud belanjawan.

26
Penggunaan ini bermula pada pembentangan Rancangan Belanjawan Negara
2002, yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada ketika itu.
Selain perkataan bajet, perkataan bestari juga hasil daripada pengolahan semula
dari segi ejaan dan sebutannya. Pada asalnya, perkataan bestari dieja sebagai
bistari. Oleh sebab perkembangan dalam struktur bahasa, para ahli bahasa
tanah air telah menukarnya dengan bestari, hasil pinjaman perkataan Inggeris,
best, yang bermaksud terbaik.

Selain itu, bahasa juga bersifat sejagat dan luas penggunaannya. Setiap
bahasa boleh dituturkan oleh mana-mana manusia di dunia selagi individu itu
masih mampu berbahasa dan berkomunikasi. Tiada satu bahasa pun di dunia ini
melarang seseorang itu daripada bertutur dalam bahasa asing. Sedasawarsa ini,
ramai manusia sudah mampu bertutur lebih daripada satu bahasa. Hal ini
demikian kerana kebebasan untuk bertutur dalam bahasa asing tiada had
batasannya. Malahan, senario ini dikatakan menjadi satu kelebihan dan
keistimewaan kepada seseorang itu. Alibinya, usaha Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa
Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri telah berjaya melahirkan pemidato-
pemidato bangsa asing yang mampu berbahasa Melayu dengan fasih dan baik.
Malahan mereka juga sudah mampu bersyair dan berpantun persis orang
Melayu asli di dalam negara ini serta mempelajari bahasa Melayu di institut
pengajian tinggi di negara mereka.

Bahasa juga dikatakan sebagai medium komunikasi antara satu sama


lain. Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana sememangnya melalui bahasa
sahajalah, manusia atau binatang itu berkomunikasi antara satu sama lain. Jika
diimbas kembali ke zaman awal manusia dahulu, mereka juga berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Pada ketika itu, komunikasi
mereka hanya difahami dalam kelompok mereka sahaja. Sebagai contoh,
manusia zaman Paleolitik berkomunikasi dengan bahasa mereka sendiri. Namun
begitu, selepas melalui revolusi masa dan manusia, manusia sudah mampu

27
berkomunikasi dalam bahasa yang juga difahami manusia yang lain. Waima
orang bisu sekalipun, mereka mampu berkomuniksai antara satu sama lain
dengan menggunakan bahasa isyarat. Penggunaan bahasa sebagai wacana
komunikasi perlu menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri
daripada penutur, pendengar, latar belakang komunikasi atau perbualan topik
pembicaraan dan tujuan komunikasi.

Ciri seterusnya ialah bahasa itu bersifat arbitrari. Bahasa tidak semestinya
terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-
benda yang dimaksudkan. Oleh sebab bahasa itu bersifat arbitrari, bahasa-
bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berbeza bagi merujuk kepada satu
perkara yang sama. Alibinya, apabila ada pasangan hendak melafazkan kata
cinta kepada kekasihnya, mereka akan menyebut aku cinta padamu untuk
melahirkan rasa cinta terhadap pasangannya. Sebaliknya, dalam bahasa
Inggeris, mereka menyebut I love You, dalam bahasa Tagalog, disebut mahal
kita, bahasa Korea diucapkan sebagai sarang hae yo dan dalam bahasa Hindi
pula, dilafazkan sebagai mere pyar hai tum. Hal ini menjelaskan bahawa simbol
dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya atau bebas serta tiada
perkaitan antara satu bunyi yang lain dengan simbol secara pegun dan tetap
bagi bahasa-bahasa di dunia. Ironinya, manusia berbeza latar belakang budaya
dan adat menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol
yang sama.

28
2.6 Fungsi-fungsi Bahasa

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Bahasa Malaysia (1982) mengatakan


bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang Melayu.
Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan harian dan bahasa ibunda di
Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu bukanlah bahasa luar yang didatangkan.
Bahasa Melayu yang diujarkan oleh sebahagian rakyat Malaysia mempunyai
peranan dan fungsi yang pelbagai, iaitu sebagai bahasa rasmi, bahasa
kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Fungsi bahasa yang pertama ialah bahasa rasmi. Bahasa rasmi ialah
bahasa yang digunakan untuk urusan-urusan rasmi negara. Walau bahasa
Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun, bahasa Inggeris masih
digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957 hingga 1969. selepas
tahun 1969, barulah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi. Bahasa
Melayu digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan
pentadbiran, perundangan, pendidikan, perdagangan dan perusahaan. Umunya,
antara fungsi bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran ialah
sebagai bahasa lisan para kakitangan kerajaan pada semua peringkat
pentadbiran semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. Bahasa Melayu juga
dijadikan sebagai bahasa media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam
dan antara jabatan kerajaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam semua
rekod kerajaan dan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. Akhir sekali,
bahasa Melayu turut digunakan sebagai media untuk menulis undang-undang
dan peraturan negara.

Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan. Dalam


Perkara 152, Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu. Peruntukan Perkara 152 ini tidak boleh dipinda oleh
Parlimen kerana kata putus terletak pada tangan Majlis Raja-raja Melayu. Hal ini
dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

29
Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah
meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan. Contohnya, definisi orang
Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam
peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu
sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan
atas nama kebebasan bersuara. Dalam pentakrifan konseptual, bahasa
kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam
kalangan warganegara. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
amat tepat sekali kerana dari segi peratusan penduduk, bangsa Melayu
merupakan bangsa yang paling ramai berbanding kaum-kaum lain. Terdahulu,
bahasa Melayu merupakan lingua franca sejak zaman-berzaman lagi. Bahasa
Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan tungga di Malaysia dapat
melambangkan identiti kebangsaan.

Selain itu, bahasa Melayu juga bertindak sebagai bahasa perpaduan.


Garvin dan Mathiot (1968) telah memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku,
iaitu fungsi penyatuan, fungsi pengasingan dan fungsi prestij. Fungsi penyatuan
ialah bahasa Melayu yang bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-
penutur yang menuturkan pelbagai dialek bahasa yang sama. Manakala, fungsi
pengasingan ialah bahasa Melayu baku yang berindak sebagai variasi bahasa
yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama atau dapat
melambangkan identiti kebangsaan. Kemudian, fungsi prestij pula dapat
menyemikan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat
megah terhadap negara. Ketiga-tiga fungsi ini dapat menyatukan penduduk dan
memberikan satu identiti bagi masyarakat di Malaysia. Peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan disalurkan dalam dasar pelajaran kebangsaan.

Fungsi yang seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Bahasa Melayu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantar untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Melalui

30
Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada tahun 1981 bahasa Melayu telah
digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan, iaitu
dari darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam. Sebagai bahasa ilmu,
bahasa Melayu mampu mengungkapkan ilmu-ilmu yang tinggi seperti
memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, teknologi, ekonomi,
perundangan, teknologi maklumat, perubatan dan bidang-bidang yang lain.
Sudah terang lagikan bersuluh. Bahasa Melayu dilihat menerusi pelbagai laras
yang ditulis dalam bahasa ibunda yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu.
Setiap larasnya mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang
berkenaan. Dewasa ini, terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam
bahasa Melayu untuk kegunaan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi. Oleh
hal yang demikian, bahasa Melayu juga mampu menjadi bahasa ilmu.

31
2.7 Rumusan

Kesimpulan daripada kaijan yang telah dilakukan ialah bahasa Melayu


merupakan salah satu cabang daripada rumpun keluarga Austronesia. Melalui
kajian ini juga, dapat dikenal pasti bahawa perkembangan bahasa Melayu
melalui tiga peringkat perkembangan iaitu peringkat bahasa Melayu kuno,
bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.

Selain itu, bahasa Melayu mempunyai banyak ciri yang belum lagi
diketahui orang ramai. Sifatnya, bentuk dan pengolahan perkataan sedikit
banyak memberikan input kepada pengkaji bahasa. Bahasa Melayu juga
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bahasa ibunda ini telah bertindak sebagai
bahasa ilmu, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa kebangsaan.

Dalam bab yang seterusnya, kita akan menumpukan perhatian terhadap


bidang fonologi dan fonetik. Dalam bidang ini, barulah dapat diketahui sistem
bunyi, alat-alat artikulasi manusia dan daerah-daerahnya.

32
3.0 ANALISIS SISTEM BUNYI

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk


menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,
seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentangnya.

Gambar 3.1 Alat sebutan

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Jadual 3.1 Bahagian-bahagian alat sebutan

33
3.1 Alat-alat Artikulasi

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah-


daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan. Lidah telah dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah,
daun lidah, depan lidah, belakang lidah dan akar lidah. Pembahagian ini
membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Hujung
lidah ialah bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. Daun lidah pula bahagian
lidah yang bertemu dengan gusi sama ada gusi atas mahupun gusi bawah.
Depan lidah pula ialah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
atau bahagian lidah selepas daun lidah. Belakang lidah ialah bahagian yang
paling belakang dan akar lidah pula ialah bahagian lidah yang terdekat dengan
anak tekak dan berfungsi sebagai mengubah keluasan rongga tekak.

Alat artikulasi yang seterusnya ialah anak tekak. Anak tekak terletak di
bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak
tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang
tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan
bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada
sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Anak tekak
juga boleh diturunkan dan dinaikkan.

Pita suara juga tergolong dalam kumpulan alat artikulasi. Pita suara
terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalm menghasilkan bunyi
bahasa. Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu
bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Apabila selaput suara
disempitkan tetapi tidak terlalu rapat, udara dari paru-paru yang keluar
melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara. Pita suara terdiri
daripda dua keping selaputyang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara
kedua-dua selaput itu dikenali sebagai glotis.

34
Gambar 3.2 Gambaran pita suara

Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi


bahasa. Rongga juga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan
udara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga
mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga mulut bermula dari ruang di
belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam. Sementara rongga
hidung pula bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.
Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada
keadaan, sama ada anak tekak dan lelangit lembit dinaikkan atau diturunkan.

Rongga hidung
Rongga
mulut
Rongga tekak/farinks

Gambar 3.3 Kedudukan rongga

35
3.2 Daerah Artikulasi

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan
dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa,


tetapi peranannya tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan
gigi bawah. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah
untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut.

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga
ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut
akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila
diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui
rongga hidung.

36
3.3 Penggolongan Bunyi Bahasa

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Bahasa


perhubungan manusia menggunakan bunyi-bunyi suara dan daripada bunyi-
bunyi itulah terbit lambang-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di
atas kertas atau dituliskan. Bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyi-
bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika


menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak
dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Bunyi-
bunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Cirinya terdiri daripada bersuara,
udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau
geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu.


Antaranya ialah keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan.
Seterusnya ialah bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau
belakang lidah. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa juga ditentukan oleh turun naik
lidah, sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan.
Keadaan lelangit lembut iaitu sama ada dinaikkan, dan udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut sahaja turut memberikan kesan terhadap
penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Akhir sekali ialah keadaan glotis atau kepingan
antara pita suara. Keadaan glotis yang dirapatkan dan semasa udara keluar dari
paru-paru pita suara bergetar turut membantu untuk menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa.

Selain bunyi-bunyi vokal, terdapat juga bunyi separuh vokal dan diftong.
Bunyi separuh vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal, tetapi tidak merupakan
vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat
artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan vokal, kemudian

37
dengan segera berubah kepada kedudukan vokal yang lain dan berlaku secara
geluncuran.

Diftong ialah turutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal
penuh dan selainnya ialah hasil daripada geluncuran. Penghasilan turutan vokal
ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak
kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal sahaja.
Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula-mula hendak
menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir
sebutan diftong.

38
4.0 Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga tugasan bahasa Melayu ini.


Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang
terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini walau apa-apa jua
keadaan.

Pada masa yang sama juga, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan
yang lain dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini, terutamanya
maklumat daripada buku. Kami terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari
pusat sumber institut, disebabkan kekurangan sumber rujukan yang berteraskan
buku. Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk
menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. Disebalik
kekurangan itu, rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat
tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini.

Selain itu, saya juga ada mengakses internet dan memuat turun
maklumat-maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya.
Semua maklumat yang diperoleh, telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk
dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas
kepada saya dan rakan yang lain.

Justifikasinya, perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan


tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah
pembimbing. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara
mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui
cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa
menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Oleh hal yang demikian,
kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agar
mereka dapat merasainya seperti yang saya rasai. Banyak perkara yang
dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan. Sekian, terima kasih.

39
5.0 Bibliografi

Buku-buku

Aitoon M. Chaiyanara, 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

Asmah Hj. Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1985.

Ismail Hussein, 1986. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994.

Nik Safiah Karim, 2005. Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005.

Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin, 2008. Teks STPM Bahasa Malaysia
Kertas 1 & 2, Shah Alam: Oxford Fajar, 2008.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 Untuk
PPISMP, Shah Alam: Oxford Fajar, 2008.

W.G. Shellabear, 1988. Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,
1988.

40
Laman Web

Asal Usul Bahasa Melayu, 2002. http://www.tutor.com.my. Akses pada 18


Ogos 2009.

Bunyi Bahasa Melayu, 2002. http://www.tutor.com.my. Akses pada 19 Ogos


2009.

Cikgu Za, 2005. Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu.
http://bmstpm.blogspot.com. Akses pada 25 Ogos 2009.

Mohd Fazli, 2006. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Konteks


Malaysia. http://ilzaf.multiply.com. Akses pada 24 Ogos 2009.

Prof. Abdullah Hassan, 2007. Pengenalan: Pengertian Bahasa Melayu Sebagai


Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia.
http://profabdullah1.wordpress.com. Akses pada 26 Ogos 2009.

41
6.0 Lampiran

Senarai gambar
Gambar 2.1 Daerah-daerah penutur asli bahasa Melayu.
Gambar 2.2 Kawasan penyebaran orang Austronesia.
Gambar 2.3 Batu Bersurat Talang Tuwo.
Gambar 2.4 Batu Bersurat Karang Brahi.
Gambar 2.5 Batu Bersurat Kota Kapur.
Gambar 2.6 Batu Bersurat Kedukan Bukit.
Gambar 2.7 Aksara Palava Kemudian.
Gambar 2.8 Aksara Kawi.
Gambar 2.9 Lembaran Hikayat Abdullah.
Gambar 3.1 Alat sebutan.
Gambar 3.2 Gambaran pita suara.
Gambar 3.3 Kedudukan rongga.

Senarai rajah
Rajah 2.1 Rumpun bahasa Austronesia.
Rajah 2.2 Rumpun bahasa Austronesia.
Rajah 2.3 Rumpun bahasa Austris.
Rajah 2.4 Keluarga bahasa Nusantara

Senarai jadual
Jadual 3.1 Bahagian-bahagian alat sebutan.

42