Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SEMPENA KEMERDEKAAN KALI KE-64

PERINGKAT SJK(T) LADANG DOVENBY TAHUN 2021

TEMA KEMERDEKAAN KALI KE-64: “MALAYSIA PRIHATIN”


ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM SJK(T) LADANG DOVENBY

1.0 Pendahuluan

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun sebagai tanda negara
bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan disambut secara besar-besaran
bertujuan untuk memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini,
negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-64. Manakala pada 16 September
pula adalah Hari Malaysia bersempena simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutan Malaysia.
Oleh itu, meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang agar sambutan
bulan kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini adalah satu usaha untuk memupuk semangat
patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

3.0 Objektif
3.1.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah
supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
3.1.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3.1.3 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan
kempen ini.

4.0 Anjuran

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kelab Guru, Panita Pendidikan Seni Visual dan Panitia Sejarah

5.0 Sasaran

Semua pelajar SJK(T) Ladang Dovenby

6.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan : 4 Minggu


Tarikh : Minggu 1 hingga 3 (16 Ogos 2021 hingga 3 September 2021)
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
25 Ogos 2021 (Rabu)
Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan
: Minggu 4 (6 September hingga 10 September 2021)
Penghakiman pertandingan
: 10 September 2021 (Jumaat)
Majlis penyampaian hadiah

Sasaran : Murid Tahun 1 hingga 6

1
7.0 Cadangan Aktiviti/Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan

1) Pertandingan mewarna – Tahap 1


2) Pertandingan ‘Doodle Art’ – Tahap 1 & 2
3) Pertandingan Kuiz – Tahap 2
4) Pertandingan mencipta T-shirt Merdeka – Tahun 6

Majlis Penyampaian Hadiah Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 (10 September 2021/Jumaat)

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bi Perkara Bil x harga seunit Jumlah


l (RM)
1. Peralatan
Kertas lukisan 1 set x RM20 RM20
Kertas A4 1 rim x RM 15.00 RM15
2. Hadiah
i. Pertandingan Mewarna Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3 &
(Melukis Doodle Art Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Pertama 1 x RM7 x 6 kelas RM42


Kedua 1 X RM5x 6 kelas RM30
Ketiga 1 X RM3 x 6 kelas RM18
ii. Pertandingan Kuiz (Tahap 2)

Pertama 1 x RM7 x 3 kelas RM21


Kedua 1 X RM5x 3 kelas RM15
Ketiga 1 X RM3 x 3 kelas RM9
iii. Pertandingan Membuat T- shirt (Tahun 6)
Pertama 1 x RM7 x 3 kelas RM21
Kedua 1 X RM5x 3 kelas RM15
Ketiga 1 X RM3 x 3 kelas RM9

JUMLAH KESELURUHAN RM215

9.0 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Pn. V. Rajambaal (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn. K. Lavanya (GK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Pn. N. Kalai Chelvi(GK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Cik R. Komathy(GK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn. P. Kalaivani
Penyelaras : En. B. Ravi

2
Jawatankuasa Pelaksana (Majlis Pelancaran & Penyampaian hadiah)
 Pengacara : En B. Ravi
 Bacaan doa : Pn. N. Umah
 AJK Siaraya / Google meet : En B. Ravi
 AJK Fotografi : En. S. Hari Rao
 AJK Hadiah/Sijil : Pn. S. Thaneswari
: Pn. V. Mohana
: Pn. K. Kalairane
: En. S. Sivakumaran
 AJK B. program /Laporan : Pn. P. Kalaivani
 AJK Pertandingan : Pn. N. Kalai Chelvi – Doodle Art T2
Cik R. Komathy - Mewarna T1
Pn. K. Lavanya – Mencipta T-shirt Tahun 6
En. S. Hari Rao – Kuiz T2
 Hakim Pertandingan : Pn. V. Rajambaal

10.0 Tentatif program

Jawatankuasa Pertandingan

- membuat hebahan dan memberi makluman tentang pertandingan (23/8 – 24/8)

- mengedar bahan pertandingan (23/8 – 24/8)

- memberi bimbingan dan motivasi (sepanjang pertandingan)

- mengutip hasil murid (3/9)

- membuat pemilihan bersama hakim (6/9 – 8/9)

- memberi senarai nama pemenang kepada jawatankuasa hadiah (9/9)

3
b. Majlis Penyampaian Hadiah

10 September 2021 (Jumaat)

Masa : Aktiviti
8.00 Pagi : Murid-murid berkumpul secara virtual
8.30 Pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
: Bacaan doa
: Ucapan penangguhan guru besar
: Majlis penyampaian hadiah
: Pameran Hasil kerja Murid
: Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu-lagu patriotik
10.00 Pagi : Kibaran bendera & bersurai

11.0 Penutup

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 di peringkat sekolah yang diadakan secara
ringkas walaupun secara dalam talian ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan
menghargai erti kemerdekaan meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19. Murid-murid akan
lebih bersyukur dan menghargai pengorbanan pejuang tanah air tercinta di samping bersyukur berada
di negara Malaysia yang aman makmur. Semoga aktiviti–aktiviti yang dijalankan dapat memupuk murid-
murid supaya berjiwa patriotik yang sayang serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………. …………………………………………

(EN RAVI A/L BALAN) (PN. V. RAJAMBAAL)


Penyelaras, Guru Besar,
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021, SJK(T) Ladang Dovenby
SJK(T) Ladang Dovenby

Anda mungkin juga menyukai