Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengerusi Majlis Hari Kecemerlangan PrasekolahTahun

2019

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Amirul Yadi Bin


Saidin, Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah Daerah Kulim
Bandar Baharu dan para jemputan.
..............................................................................................

Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu


Negaraku.
……………………………………………………………………………

Hadirin dipersilakan duduk


……………………………………………………………………………

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim...
Yang Berusaha
Encik Amirul Yadi Bin Saidin
Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah
Daerah Kulim Bandar Baharu

Yang Berusaha
Encik Mohd Faizal bin Ahmad
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja

1
Yang Dihormati Barisan Penolong Kanan
Guru Guru
Para ibubapa
Penerima –penerima sijil
Tuan-tuan dan puan-puan
Serta hadirin yang dihormati sekalian..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t & SALAM SEJAHTERA


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah
SWT kerana dengan limpah rahmat dan Izinnya, dapat kita
bersama-sama pada pagi yang penuh bermakna ini untuk
menjayakan Hari Kecemerlangan Prasekolah bagi sesi 2019.

Terlebih dahulu majlis mengalu-alukan kehadiran dan


mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha
Encik Amirul Yadi bin Saidin
Penyelia Pengurusan Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu
kerana sudi hadir ke majlis pada pagi ini .
Semoga kehadiran Tuan -tuan akan memeriahkan lagi majlis pada
pagi ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan dan
para ibubapa yang hadir. Sesungguhnya kehadiran semua pada
hari ini dapat menyuntik semangat anak-anak untuk mencapai
kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Si kecil ceria petah bicara


Akalnya cerdas ucap selamat,
doa dibaca pembuka acara
Semoga majlis dilimpahi rahmat

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian


Bagi memohon majlis ini diberkati dan diRahmati Allah, marilah
sama- sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nadzir Bin Yusak
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
............................................................................................................
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
............................................................................................................
Hadirin Sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Untuk itu tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan


menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha,
Encik Mohd Faizal bin Ahmad Guru Besar SK Seri Lindungan Raja
untuk menyampaikan ucapan alu- aluan..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

............................................................................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang cukup
bermakna itu tadi

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Encik Amirulyadi bin Saidin
Penyelia pengurusan Rendah
Daerah Kulim Bandar Baharu untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Hari Kecemerlangan Prasekolah bagi sesi
2019
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

............................................................................................................

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan perasmian


itu tadi.

Para hadirin sekelian,


Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan persembahan pembuka
tirai tarian Bollywood daripada murid Pra Nilam
Majlis mempersilakan.
Para hadirin sekalian,
Begitulah persembahan yang cukup menarik
.

Menginjak kita ke majlis Penyampaian sijil prasekolah.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd
Faizal bin Ahmad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Lindungan Raja untuk mengiringi Encik Amirul Yadi bin Saidin,
Penyelia Pengurusan Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu bagi
acara tersebut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dimulakan dengan Pra Kristal

Pra Nilam

Rujuk lampiran.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diminta Encik Mohd


Faizal bin Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Encik Amirul
Yadi bin Saidin. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Faizal
bin Ahmad ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja
dan Encik Amirul Yadi bin Saidin Penyelia Pengurusan Rendah
Daerah Kulim Bandar Baharu atas kesudian menyempurnakan
majlis penyampaian sijil sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan.

Hadirin sekelian

Majlis diteruskan dengan persembahan jemputan daripada murid –


murid tahun 4 dipersilakan
Begitulah tadi persembahan jemputan daripada murid Tahun 4
Amanah dibawah bimbingan Puan Ku Nurul Nabilah bt Che Ku
Pengimrang.

Seterusmya persembahan sajak dan koir sahabat daripada murid


Pra Nilam.

Demikianlah tadi persembahan hebat daripada murid Pra Nilam di


bawah bimbingan Puan Noraini Che Pa dan Puan Salmi Jemain.

Persembahan terakhir kita diteruskan dengan dengan Tarian Lagu


Temberang dan Nyanyian lagu Hutang daripada murid pra Kristal.

Majlis mempersilakan.

Demikianlah tadi persembahan hebat daripada murid Pra Nilam di


bawah bimbingan Puan Salawati Abd Majid dan Puan Zuhairatun
Ahmad .

............................................................................................................

Hadirin sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa


syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada kami
warga sekolah Seri Lindungan Raja buat semua atas kesudian
hadir dan menjayakan majlis kita pada hari ini.

Mangkuk jorong pinggan jorong


Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan dibawa masuk ke hati

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Maka dengan ini selesailah majlis hari kecemerlangan Prasekolah


sesi 2019

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH


dan yang tidak baik itu adalah kekurangan dan kelemahan kami
sendiri.
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa kami mengacarakan
majlis ini, saya akhiri dengan wabillahitaufiq walhidayah...
wassalmualaikum wbt.

Tetamu jemputan diminta ke kantin untuk sedikit jamuan yang


disediakan.

Anda mungkin juga menyukai