Anda di halaman 1dari 3

Menulis Objektif Pengajaran

Dr. Lee Lay Wah

Objektif pengajaran menerangkan hasil pengajaran yang diingini serta kriteria


penilaian hasil pengajaran tersebut.  Objektif pengajaran ditulis berasaskan tingkah
laku yang boleh dilihat sebab tingkah laku yang boleh dilihat sahaja yang boleh
dinilai atau diukur. Penulisan objektif pengajaran biasanya merujuk kepada hasil
analisis tugasan ataupun analisis isi kandungan sesuatu topik yang hendak diajar.   

Objektif pengajaran terdiri daripada empat komponen iaitu:

1. Isi kandungan yang hendak diajarkan.


2. Tingkah laku yang menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.

3. Keadaan atau situasi di mana murid akan melaksanakan tingkah


laku tersebut.

4. Kriteria yang ditetapkan untuk membuat keputusan bahawa objektif telah


dicapai.

Contoh objektif pengajaran:

 Diberi satu gambar dengan lima abjad tersembunyi,  murid dapat


membulatkan abjad yang disebut oleh guru dengan betul setiap kali ditanya.
 Apabila ditunjuk  sesuatu abjad, murid dapat menyebut nama abjad tersebut
dengan 90 peratus ketepatan.

 Apabila ditunjuk sesuatu abjad, murid dapat membunyikan abjad tersebut


tanpa sebarang kesilapan.

Taksonomi Bloom domain kognitif boiasanya digunakan untuk


membimbing penulisan objektif pengajaran. Taksonomi ini menghuraikan hirarki
kemahiran intelek. Beberapa contoh tingkah laku yang menunjukkan tahap
kemahiran intelek tertentu dalam Taksonomi Bloom ditunjuk di bawah:

 Pengetahuan: melabel, menama, memadan, mengulang


 Kefahaman : menyatakan, memberi contoh,  menerangkan, merumus
 Aplikasi : mengguna, menyelesai, mendemonstrasi, membina

 Analisis : membanding, mengasing, membeza, menyenarai

 Síntesis: menghasil, merekabentuk, menggabung, membangun

 Penilaian : memilih, meramal, menginterpretasi, menilai

Akhir kata, pastikan objektif pengajaran anda mewakili pembelajaran yang


berguna untuk murid berkeperluan khas dan ada kaitan dengan generalisasi,
sukatan pelajaran ataupun tujuan IEP (individualised education program).

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN

MENENTUKAN TAHAP KRITERIA

Merujuk kepada tahap prestasi pembelajaran yang memenuhi keperkuan objektif


pengajaran.
Bersifat pertimbangan profesional.

Merupakan “cut-off points” pembelajaran.

Selaras dengan Hasil pembelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN

Abtar (1993) menyenaraikan lima komponen penting dalam penulisan hasil


pembelajaran. Ringkasnya ABCDS.

A = Audience

B = Behaviour

C = Content

D = Degree of Achievement

S = Situation
KATEGORI
KEMAHIRAN BERFIKIR

PEMIKIRAN KRITIS

Mencirikan Banding beza

Kategori

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Menilai

Memeriksa andaian

Menentukan kebolehpercayaan sumber

Membuat ramalan

Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

PEMIKIRAN KREATIF

Menjana idea Membuat inferens

Membuat analogi

Membuat metafora

Mengitlak

Membuat gambaran mental

Mereka cipta