Anda di halaman 1dari 1

Pada era pra revolusi industri keempat, perhubungan antara manusia telah menjadi

tidak terbatas dan tiada hadnya. Seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi, masyarakat
di seluruh dunia kini menerima dan menyebarkan informasi dengan begitu pantas
menggunakan komunikasi massa. “Komunikasi massa ialah satu proses mencipta
perkongsian maklumat antara media massa dengan audien“ (Baran, 2012). Ia juga merupakan
sebuah komunikasi yang akan menyampaikan mesej atau informasi kepada sasaran yang
lebih meluas berbanding dengan jenis komunikasi yang lain. Media massa merupakan saluran
yang digunakan oleh masyarakat dalam komunikasi massa ini. “Media massa merupakan alat
perantara yang paling mudah dan menjimatkan kos untuk pengamal perhubungan awam
berkomunikasi dengan khalayak yang besar serta berselerakan di serata dunia” (Mohd Yahya
Mohamed Ariffin & Md. Sidin Ahmad Ishak, 2010). Media massa mempunyai dua jenis iaitu
media cetak dan media elektronik. “Media elektronik merangkumi televisyen, radio dan
internet manakala media cetak pula merangkumi akhbar, majalah, buku dan sebagainya”
(Sohana Abdul Hamid, 2016).

Komunikasi massa ialah satu proses mencipta perkongsian maklumat antara media
massa dengan audiens. (Baran, 2012) Pada era revolusi industri yang keempat sekarang,
medium perhubungan antara manusia tidak terbatas dari tiada hadnya seiring dengan
kemajuan teknologi komunikasi. Media massa merupakan alat perantara yang paling mudah
dan menjimatkan kos untuk pengamal perhubungan awam berkomunikasi dengan khalayak
yang ramai serta berselerakan di seantero dunia. (Mohd Yahya Mohamed Ariffin & Md.
Sidin Ahmad Ishak, 2010).

Kepentingan komunikasi pada ketua jabatan dapat mempermudahkan urusan segala


kerja-kerja yang terdapat di jabatan itu dengan menggunakan kaedah komunikasi yang
betul.Surat edaran, memo,arahan bertulis, notis, pengumuman rasmi atau tidak rasmi dapat
dihantar menggunakan teknologi yang mudah dan tidak merumitkan serta dengan lebih
cepat.Selain itu, pekerja dalam jabatan tersebut dapat melakukan perancangan lebih awal dan
dapat mengutamakan tugas yang penting terlebih dahulu berbanding tugas yang lain.Secara
tidak langsung,dapat melahirkan pekerja dan ketua tersebut bekerja dengan lebih efisen
seiring dengan visi dan misi jabatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai