Anda di halaman 1dari 4

Implikasi terhadap perkembangan sistem pendidikan Malaysia

UNESCO merupakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa - Bangsa


Bersatu / United Nations yang melaksanakan 5 program utama. Antaranya adalah
pendidikan. Terdapat 4 tonggak pendidikan menurut UNESCO yang perlu dikuasai oleh
pelajar-pelajar. Antaranya, belajar untuk menguasai ilmu (learning to know), belajar untuk
menguasai ilmu kemahiran (learning to do), belajar untuk menjadi insan berguna (learning to
be) dan belajar untuk harmoni dan kerjasama (learning to live together).
Kesemua perkara ini memberi kesan terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Salah
satunya bertujuan untuk mengembangkan potensi setiap individu. Fokus terhadap
pembelajaran, kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir setiap individu dapat digilap melalui
peranan guru sebagai penyampai ilmu dan juga sebagai penilai. Selain itu, sistem
pendidikan negara juga cenderung untuk meningkatkan kreativiti individu. Oleh itu, selaras
dengan tonggak pendidikan UNESCO agar individu dapat belajar untuk menguasai ilmu dan
menguasai ilmu kemahiran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan
pentaksiran psikometrik pelbagai kecerdasan sebagai salah satu instrumen pentaksiran (dari
empat jenis pentaksiran) dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (Berita Harian, 16
Jun 2019).

Senaraikan 3 implikasi PPPM 2013 - 2025 terhadap perkembangan sistem pendidikan


di Malaysia.
Melalui aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),
kerajaan berhasrat agar murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta
ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Ini bertepatan dengan kehendak
UNESCO agar murid belajar untuk menjadi insan berguna.

1. Setiap murid tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang mendapat
akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai
prestasi masing-masing. Mencapai kemenjadian murid dan setiap sekolah
merupakan sekolah berkualiti. Murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi serta berupaya bersaing dengan rakan sebaya
dari negara lain.
2. Guru akan menikmati laluan kerjaya yang lebih baik serta proses penilaian yang
telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi yang relevan ganjaran
berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik serta didedahkan dengan
budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional.
3. Pemimpin sekolah pula ialah golongan ini akan mendapat akses yang lebih besar
terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa serta amalan terbaik daripada
rakan sejawatan mereka di Malaysia. Mendapat sokongan dan sumber yang mereka
perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan selain menikmati persekitaran
bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi serta diberi kuasa melalui
pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi
HAK KEPADA PENDIDIKAN
Malah, setiap individu tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara
semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir apabila melibatkan
pendidikan. Hak ini telah dijamin dalam perlembagaan persekutuan. Dengan wujudnya
kepelbagaian budaya, agama dan tingkah laku setiap kaum etnik melalui medium
pendidikan, memberi peluang kepada individu untuk meneroka sekaligus belajar untuk hidup
secara harmoni dan bekerjasama seperti hasrat UNESCO.
Dari segi hak asasi, Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
(CRC) pada 17 Februari 1995 yang antara lain menggariskan mengenai hak pendidikan bagi
kanak-kanak. Hak kanak-kanak dibahagikan kepada empat kategori, iaitu hak kepada
kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan. Dalam hal ini, ibu bapa dan
penjagalah yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk mempertahankan hak
kanak-kanak, termasuk memberikan pendidikan kepada mereka.
Pada tahun 2002, pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mewajibkan
pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia.

Senaraikan 3 implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan sistem


pendidikan di Malaysia.

1. Peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada.


2. Kurikulum diselaraskan. Perubahan struktur pendidikan negara dengan
memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah
3. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuh. Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran
wajib bagi sekolah yang tidak menggunakan bahasa Melau sebagai bahasa
pengantar. Perlu wajib lulus dalam peperiksaan.
4. Pendidikan khas menjadi tumpuan. Khas Integrasi, Khas bermasalah perdengaran
dan khas bermasalah penglihatan.
5. Pembangunan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk
mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

DASAR PENDIDIKAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) yang dimaktubkan pada 1957 juga adalah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang jelas menyatakan bahawa pendidikan
di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh.Implikasi lain adalah kerajaan menyasarkan untuk menghasilkan sistem
pendidikan yang cekap, bertaraf dunia dari segi kualiti sebagaimana yang tercatat dalam
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Kerajaan juga perlu sediakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang cekap. Bantuan
Kerajaan pendidikan rendah dan menengah adalah percuma untuk kanak-kanak
warganegara di Malaysia dengan purata pembiayaan RM8,900 setahun untuk setiap murid
di seluruh negara. Murid juga mendapat pinjaman buku teks diberikan kepada setiap pelajar,
tanpa mengira latar belakang keluarga manakala, beberapa jenis yuran seperti pendaftaran,
peperiksaan dan apa-apa bayaran tambahan yang lain sudah dimansuhkan. Bantuan dalam
pelbagai bentuk, seperti Rancangan Makanan Tambahan, Biasiswa Kecil Persekutuan dan
Bantuan Awal Persekolahan. Bantuan juga diberikan dalam bentuk bantuan makanan,
sukan, pendidikan khas, biasiswa dan elaun, perjalanan dan pengangkutan, kelas dewasa
Orang Asli dan baucar buku.
PdPr memperkasakan TV Pendidikan dan dijadikan suatu sumber pembelajaran kerana ia
sangat membantu anak-anak yang terpaksa berada di rumah. Bahan pembelajaran
daripadanya akan membantu supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam persekolahan.

Senaraikan 3 implikasi Program Transfomasi Sekolah 2025 (TS25) terhadap


perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.
1. Kepimpinan sekolah menjadi mantap. Persekitaran sekolah termasuk infrastruktur.
2. Guru mendapat sokongan meningkatkan keupayaan untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran yang menarik. Mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-
21. Mencapai kemenjadian murid.
3. Ibu bapa adalah rakan kongsi sebenar dengan sekolah bagi meningkatkan
pembelajaran anak-anak. Sokongan yang padu melalui PIBG. mempunyai akses
penuh terhadap prestasi anak mereka dalam peperiksaan kebangsaan dan
pentaksiran berasaskan sekolah. Ibu bapa akan mempunyai lebih peluang untuk
memberikan input kepada strategi penambahbaikan sekolah anak mereka kerana
mereka mempunyai hak untuk tahu sepenuhnya tentang misi sekolah, prestasi terkini
serta program penambahbaikan tahunan

Pada pendapat anda, sejauh manakah guru dapat merealisasikan Konsep Program
TS25 yang tertera dalam petikan di atas.

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.


Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten beraspirasi tinggi
Komitemn komuniti yang padu

TS25 adalah satu usaha yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang unggul dengan
mengadakan guru yang mempunyai kebolehan mengaplikasi konsep danmengamalkan
pedagogi pdpc yang baik di dalam sekolah. Di samping itu, tujuan kedua
Pro
4K dan 1N merujuk kepada komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis dan nilai.Komunikasi di
sini dimaksudkan adalah pengajaran guru tersebut hendaklah aktif danwujudnya komunikasi
dua hala antara guru dan murid ataupun antara murid dan murid.Pengajaran yang
memerlukan murid melakukan pembentangan sesuatu projek akanlebih menarik dan
berkesan kerana murid terlibat sepenuhnya dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

Kolaborasi iaitu pengajaran yang memerlukan murid membuat perbincangan dalam


kumpulan mereka. Contohnya, guru mewujudkan satu situasi atau permasalahan yang perlu
diselesaikan oleh murid dalam kumpulanmereka. Setelah perbincangan berlaku, murid
dikehendaki menjelaskan solusi yang mereka hasilkan kepada rakan-rakan yang lain.
Kolaborasi ini secara tidak langsung memerlukan murid menyuarakan pendapat mereka
mengikut kreativiti masing-masing. Disamping itu, mereka boleh mengkritik secara kritis
idea-idea yang dilontarkan olehrakan-rakan mereka. Oleh itu, pengajaran seperti ini lebih
menarik dan berkesan kerana murid-murid merupakan penggerak utama dalam pengajaran
dan pembelajaran tersebut.

Cons

Cabaran pertama, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Untuk


meningkatkan kemenjadian murid di sekolah tiga aspek telah diberikan penekanan iaitu dari
segi pentaksiran murid, pedagogi digunakan dalam bilik darjah dan dokumen standard
(DSKP). Penilaian sekolah dalam TS25 bukan hanya mementingkan kepada ujian dan
peperiksaan seperti UPSR semata-sematanya malah murid dinilai berdasarkan kepada
pentaksiran berasaskan sekolah iaitu mengandungi pentaksiran pusat (seperti UPSR),
pentaksiran bilik darjah (tahap kemahiran dan kefahaman murid terhadap mata pelajaran
akan dinilai oleh guru semasa pdpc), pentaksiran aktiviti jasmani sukan dankokurikulum
(PAJSK) dan psikometrik. (Amin Bin Senin., n.a.).

Kedua, memantapkan pihak pentadbir sekolah yang mempunyai ciri kepimpinan yang
berkualiti dan berwawasan di setiap sekolah. Guru besar dan pengetua memainkan peranan
penting dalam sekolah mereka bukan sekadar mentadbirkan sekolah malah mereka
merupakan pemimpin instruksional iaitu memberikan tumpuan untuk meningkatkan kualiti di
sekolah.

Ketiga adalah meningkatkan kompetensi dan aspirasi guru. menbangunkan laluan kerjaya
baharu yang menarik seperti mengelakkan penempatan guru adalah mengikut opsyen guru,
waktu kerja yang seimbang, dan mengurangkan masa guru di selain daripada bilik darjah.

Cabaran yang terakhir adalah penglibatkan komitmen komuniti yang padu.Penglibatan


komitmen komuniti dapat meningkatkan pembelajaran murid di luaran sekolah dan
kerjasama sekolah dengan komuniti secara sukarela amat diperlukan untuk menyediakan
pellbagai perkhidmatan dan membawa manfaat kepada sekolah setempat. Penglibatan
murid dalm pertubuhan dan aktivit komuniti mendapat murid mempelajaran pelbagai
kemahiran yang lembut (soft skill) dan dapat menjalinkan hubungan yang baik serta
menjalinkan persahabatan antara komuniti tersebut.

Pendekatan pengajaran 4K 1 N

Pembelajaran berasaskan projek – Kefahaman melalui reka bentuk KmR, set induksi,
perbincangan dalam kumpulan (koperatif), inkuiri tanya soalan pada projek sendiri

Pembelajaran berasaskan aktiviti round table, jigsaw dll

Pembelajaran penyelesaian masalah – guru beri situasi, murid berbincang menyelesaikan


masalah.

Pembelajaran berasaskan inkuiri – bina pengetahuan sendiri melalui penyiasatan dan


penerokaan. Penerangan guru, Dalam kumpulan berbincang tentang sesuatu topik dan
teroka melalui internet, senaraikan, bentang hasil dapatan.

Anda mungkin juga menyukai