Anda di halaman 1dari 2

Daripada : uwaisalmateen09@yahoo.

com

Kepada: aidilrizqi_0195@gmail.com

Subjek : keistimewaan permainan tradisional

Buat saudara aidil,

Saya disini baik-baik sahaja. Terima kasih kerana mengirimkan emel kepada saya.
tujuan saya mengirimkan emel ini adalah untuk membalas pertanyaan awak berkaitan
permainan tradisional di Malaysia.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi zaman


dahulu yakni daripada nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Permainan tradisional boleh
dimainkan secara individidu mahupun berkumpulan. Antara contoh permainan tradisional
adalah congkak, batu seremban dan konda-kondi.

Terdapat banyak keistimewaan permainan tradisional. Antaranya, ia dapat mengisi masa


lapang peserta dengan perkara yang menyeronokkan dan berfaedah. pada era ini, remaja-
remaja banyak menghabiskan masa mereka melepak dan bermain gajet. Hal ini boleh
mendatangkan impak negatif kepada remaja. oleh itu, jika mereka mengisi masa lapang mereka
bermain permainan tradisional, ia dapat mengelakkan gejala negative kepada remaja.
contohnya, mengisi masa lapang mereka dengan bermain congkak. Jelaslah bahawa permainan
tradisional dapat mengisi masal lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.

Selain itu, permainan tradisional juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Hal
ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional banyak dimainkan dalam kumpulan.
Contohnya, permainan batu seremban.sehubungan dengan itu, peserta lebih banyak
menghabiskan waktu bersama kerana kerap berjumpa. Secara tidak langsung, hubungan
mereka akan jadi lebih erat seperti isi dengan kuku. Tegasnya, permainan tradisional dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesame peserta.

Namun begitu, permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh kalangan masyarakat.


Antara faktor senario ini berlaku adalah generasi muda tidak atau jarang-jarang didedahkan
dengan keistimewaan dan kelebihan permainan tradisional. Hal ini menyebabkan mereka tidak
mengenali budaya sendiri lantas tidak berminat untuk mengambil tahu tentang permainan
tradisional ini. Mereka lebih terpengaruh dengan pelbagai permainan yang moden dan relevan
pada masa kini. Contohnya, permainan komputer, permainan video dan sebagainya.

Bagi menggulung segala yang diperkatakan, permainan tradisional membawa banyak


manfaat kepada kita. oleh yang demikian, kita mestilah menjaga warisan ini agar ia tidak
dipinggirkan oleh generasi kini supaya generasi akan datang masih mengenali permainan
tradisional.

Anda mungkin juga menyukai