Anda di halaman 1dari 11

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEM LITERASI AL-QURAN


SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM j-QAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. TAJUK
Kem Literasi al-Quran Sekolah-Sekolah Program j-QAF, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

2. DISEDIAKAN OLEH
Unit j-QAF, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. TUJUAN
Kertas ini disediakan sebagai panduan pelaksanaan Kem Literasi
al-Quran Sekolah-Sekolah Program j-QAF.

4. LATAR BELAKANG
4.1 Program j-QAF diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2005.
Sebanyak 1221 sekolah rendah di seluruh negara telah
terlibat dalam program ini. Beberapa model telah
diperkenalkan dalam program j-QAF seperti Model
Pemulihan Jawi, Model Khatam alQuran, Model Tasmi’,
Model Peluasan Bahasa Arab dan Model Bestari Solat.
4.2 Khatam al-Quran merupakan salah satu daripada matlamat
utama Program j-QAF di mana semua murid Islam dapat
khatam al-Quran sebelum tamat persekolahan Tahun Enam.
Bagi mencapai hasrat tersebut, KPM perlu melaksanakan
beberapa usaha dan inisiatif untuk membolehkannya
direalisasikan.
KEM LITERASI AL-QURAN
j-QAF JAPIM 1 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
5. RASIONAL

5.1 Dapatan maklum balas yang diperolehi daripada 1221


sekolah program j-QAF kohort 2005 menunjukkan masih ramai
murid Tahun 2 masih berada di tahap buku Iqra’ 1 hingga 3.
Angka ini memberikan gambaran bahawa JAPIM sebagai
Jabatan yang menguruskan Program j-QAF dan kurikulum
Pendidikan Islam perlu bertindak proaktif untuk meningkatkan
pencapaian murid khususnya dalam menguasai asas-asas
bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra’.
5.2 Pelaksanaan Kem Literasi al-Quran adalah salah satu usaha
ke arah meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan
al-Quran. Ia perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah
keciciran penguasaan bacaan al-Quran. Mengikut sukatan
model Khatam al-Quran j-QAF semua murid Tahun 1, 6 bulan
kedua, sepatutnya telah membaca al-Quran.

6. OBJEKTIF

6.1 Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan Al-Quran


melalui P & P.
6.2 Membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran
Model Khatam al-Quran program j-QAF.
6.3 Meningkatkan penguasaan bacaan murid-murid yang tercicir
dalam bacaan al-Quran.
6.4 Memastikan semua murid program j-QAF dapat khatam
al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 2 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
7. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam di tahun 2 dan 3 sekolah program j-QAF yang


dikenalpasti tercicir menguasai buku Iqra’ 1 hingga 3.

8. TENAGA PEMBIMBING

8.1 Guru Pendidikan Islam


8.2 Guru Pendidikan Islam j-QAF
8.3 Guru KAFA
8.4 Murid turus (Tahun 5 dan 6)

9. KAEDAH PELAKSANAAN

Program Kem Literasi al-Quran dijalankan dalam tempoh 18 jam.


Pelaksanaan program ini menggunakan modul khas yang
disediakan oleh pihak JAPIM. Bagi memudahkan pelaksanaan
di sekolah, JAPIM menyediakan contoh jadual pelaksanaan seperti
di lampiran 1 dan 2. Walaubagaimanapun pihak sekolah boleh
menentukan waktu yang sesuai untuk melaksanakan kem tersebut.

10. STRATEGI PENGURUSAN

10.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Peringkat sekolah


Penasihat - Guru Besar
Pengerusi - Guru Penolong Kanan
Naib Pengerusi - Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha - Ketua Panitia Pendidikan Islam
Pen. Setiausaha - GPI j-QAF
AJK - Semua GPI
- Semua GPI j-QAF

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 3 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
10.2 Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi
memutuskan perkara berikut:
a. Memasukkan aktiviti ini dalam kalender sekolah;
b. Menyelaras jadual dan agihan tugas guru;
c. Menentukan guru dan murid turus yang akan terlibat;
d. Mengenalpasti murid yang mengikuti kem adalah di
kalangan murid yang masih membaca Iqrak 1 hingga 3;
e. Menentukan tempat untuk mengadakan program;
f. Dan taklimat/In House Training secara ringkas kaedah
Iqrak kepada tenaga pembimbing.
10.3 Program ini hendaklah dilaksanakan mulai Julai hingga
Oktober
10.4 Setiap kumpulan terdiri dari 10 orang murid.

11. STRATEGI PELAKSANAAN

11.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kem:


11.1.1 Semua murid menggunakan Modul Iqrak seperti
dilampiran 6.
11.1.2 Setiap murid membaca mengikut kaedah talaqqi
dan musyafahah.
11.1.3 Perbanyakkan Bahan bantu mengajar seperti kad
ayat atau bahan-bahan lain.
11.1.4 Proses P&P dilaksanakan oleh seorang guru
pembimbing dan dibantu oleh 2 orang murid turus
atau dikendalikan oleh 3 orang murid turus dalam
satu kumpulan di bawah seliaan guru.

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 4 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
11.1.5 Di akhir kem, guru hendaklah memastikan semua
murid yang terlibat hendaklah melepasi tahap Modul
Iqrak 4.
11.1.6 Mengadakan Mesuarat Post Mortem kekuatan dan
kelemahan serta cadangan untuk memperbaiki
kelemahan.
11.1.7 Semua rekod hendaklah dikemaskini dan disimpan
ke dalam fail khas program Kem Literasi al-Quran.
Mengisi dan menghantar laporan pelaksanaan
dengan mengisi borang seperti di lampiran 3 sekolah
ke PPD/PPG masing-masing sebelum 31 Oktober
2007. Borang di lampiran 4, PPD/PPG ke JPN sebelum
10 November 2007. Borang di lampiran 5, JPN ke
JAPIM sebelum 15 November 2007.

11. PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia


melalui program Kem Literasi al-Quran ini akan dapat membantu
murid-murid mengatasi masalah keciciran bacaan al-Quran.
Program ini juga sebagai langkah pengukuhan untuk memastikan
semua murid program j-QAF khatam al-Quran sebelum tamat
sekolah rendah.

Disediakan oleh

Unit j-QAF
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 5 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
Lampiran 1

CONTOH JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


KEM LITERASI AL-QURAN

Hari / 8.00 pg – 10.00 10.00 pg 12.00 12.00 ptg – 02.00


Masa pg tgh ptg

LDK 1 LDK 2
PERTAMA LDK 3

LDK 4 LDK 5 LDK 6


KEDUA

LDK 7 LDK 8 Penilaian


KETIGA
LDK

LDK : Buku Iqra mengikut tahap / bacaan masing-masing.


Sasaran : Melepasi buku Iqra 4

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 6 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
Lampiran 2

CONTOH JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


KEM LITERASI AL-QURAN

Hari / Masa 1.30 ptg – 3.30 ptg Hari / Masa 12.45 tgh – 2.45 ptg

HARI HARI
LDK 1 LDK 6
PERTAMA KEENAM

HARI HARI
LDK 2 LD 7
KEDUA KETUJUH

HARI HARI
LDK 3 LDK 8
KETIGA KELAPAN

HARI HARI LDK 9


LDK 4
KEEMPAT KESEMBILAN / Penilaian

HARI KELIMA LDK 5

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 7 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
Lampiran 3:

LAPORAN PELAKSANAAN KEM LITERASI AL-QURAN


(Diisi oleh sekolah)

Sekolah: ……………………………………………………..
Kod Sekolah:……………………………………………………..
Tel / Fax: ……………………………………………………..
Tarikh kem: ………………………………………………………
Bilangan peserta:….…………………………………………….
Laporan Pengesanan Sebelum Pelaksanaan Program:

Buku Iqra’ Iqra’ 1 Iqra’ 2 Iqra’ 3

Jumlah Murid

Laporan Pengesanan Selepas Pelaksanaan Program:

Tamat
Buku Iqra’ Iqra’ 1 Iqra’ 2 Iqra’ 3 Iqra’ 4 Iqra’ 5 Iqra’ 6
Iqra’
Jumlah
Murid

Kekuatan

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kelemahan

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Adalah diakui bahawa semua maklumat tersebut adalah betul dan benar.

Tandatangan Ketua Panitia Tandatangan Guru Besar

( ) ( )
Tarikh: ……………………………...
KEM LITERASI AL-QURAN
j-QAF JAPIM 8 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
Lampiran 4:

LAPORAN PELAKSANAAN KEM LITERASI AL-QURAN


(Diisi oleh PPD/PPG setelah mendapat laporan daripada sekolah)

PPD/ PPG: ……………………………………………………..


Tel / Fax: ……………………………………………………..
Bilangan peserta:….…………………………………………….

Laporan Pengesanan Sebelum Pelaksanaan Program:

Buku Iqra’ Iqra’ 1 Iqra’ 2 Iqra’ 3

Jumlah Murid

Laporan Pengesanan Selepas Pelaksanaan Program:

Tamat
Buku Iqra’ Iqra’ 1 Iqra’ 2 Iqra’ 3 Iqra’ 4 Iqra’ 5 Iqra’ 6
Iqra’
Jumlah Murid

Adalah diakui bahawa semua maklumat tersebut adalah betul dan benar.

Tandatangan Penyelia Pendidikan Islam Tandatangan PPD / PPG

( ) ( )

Tarikh: ……………………………...

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 9 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
Lampiran 5:

LAPORAN PELAKSANAAN KEM LITERASI AL-QURAN


(Diisi oleh JPN setelah mendapat laporan daripada PPD/PPG)

JPN: ………………………………………………………………
Tel / Fax: ……………………………………………………..
Bilangan peserta:….…………………………………………….

Laporan Pengesanan Sebelum Pelaksanaan Program:

Buku Iqra’ Iqra’ 1 Iqra’ 2 Iqra’ 3

Jumlah Murid

Laporan Pengesanan Selepas Pelaksanaan Program:

Tamat
Buku Iqra’ Iqra’ 1 Iqra’ 2 Iqra’ 3 Iqra’ 4 Iqra’ 5 Iqra’ 6
Iqra’
Jumlah Murid

Adalah diakui bahawa semua maklumat tersebut adalah betul dan benar.

Tandatangan Pegawai j-QAF Tandatangan Ketua Sektor, SPPIM

( ) ( )

Tarikh: ……………………………...

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 10 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral
LAMPIRAN 6:

MODUL INOVASI IQRA’

BUKU MUKASURAT BIL MS


BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12
BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 15
30
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH 68

CATATAN:

1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra’ yang
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra’ 4.
3. Peserta yang melepasi Iqra’ 4 hendaklah diteruskan pencapaian
sehingga Iqra’ 6
4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing
sebelum kem (muka surat semasa murid). Guru meneruskan
bimbingan mengikut modul yang disediakan.

KEM LITERASI AL-QURAN


j-QAF JAPIM 11 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral

Anda mungkin juga menyukai