Anda di halaman 1dari 5

PIAGAM  

Lembaga Pengawas

Kami Lembaga Pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH dengan penuh iltizam berjanji akan
bekerja dengan usaha tenaga kami untuk:

  memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang.


  membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan
cemerlang dan berkesan.
  memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan.
  memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin.
  menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah.

IKRAR

Bahawasanya kami pengawas-pengawas SK MARIAN CONVENT IPOH berikrar akan


menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:

  Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara


  Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab
  Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
  Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
  Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

PERATURAN AM PENGAWAS

1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada
murid-
    murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,
dedikasi dan berani menjalankan tugas.
2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan      
    jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas
dengan 
    baik.
3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan 
    setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.
4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan
mereka 
    mesti mematuhi arahan pengawas.
5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan
am 
    pengawas.
6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak
sekolah 
    dari semasa ke semasa.
7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.
8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid
lain 
    termasuk ke acara/majlis rasmi.
9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini 
    sepanjang masa.

PERANAN SEORANG PENGAWAS

1. Mengawal disiplin murid.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan
pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau
maklumat kepada rakan-rakan murid.
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan (murid lain).
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada
Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk
mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka
yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat murid  yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal
daripada masa yang ditetapkan.
19. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

A. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1. Mengawal disiplin pelajar.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-
rakan pelajar.
4. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
5. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
6. Memimpin rakan-rakan pelajar.
7. Mencegah kes jenayah di sekolah.
8. Menghormati guru.
9. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
10. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi.
11. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
12. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah
dan disiplin.
13. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga
Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
14. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap
mereka.
15. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
16. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
17. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa
yang ditetapkan.
18. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel
dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat

B. BESAR TUGASPENGAWAS & KETUA KELAS


1. Bertindak sebagai PENDEDAH
2. Bertindak sebagai PEMBIMBING
3. Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
4. Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
5. Bertindak sebagai PERANCANG
6. Bertindak sebagai ROLE MODEL

C. Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar
2. Di Kantin
3. Perhimpunan Sekolah
4. Di kelas
5. Di Koperasi
6. Majlis Perasmian/Perayaan

D. Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1. Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan atau di belakang kawasan
sekolah.
Masa
Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah
Panggil namanya
Tegur dengan cara yang baik
Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh awal sikit ke sekolah
Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja
Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan

2. Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:


Kesalahan Lewat ke sekolah
Tidak memakai topi keledar
Seluar saiz tidak menepati ukuran
Tidak memakai lencana-perempuan
Tidak memakai tali leher
Rambut panjang
Tidak memakai stoking
Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun dengan teratur

3. Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah


Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu
Meja makan lelaki /perempuan
Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Beritahu secara baik
Sekiranya pelajar degil juga –perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.
Catat dalam buku laporan

4. Perincian Tugas Pengawas SekolahProsedur Bertugar Di Dewan/ Majlis Rasmi sekolah


Berada dalam kedudukan masing
Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising
Beri isyarat jangan bising
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.
Catat dalam buku laporan

Anda mungkin juga menyukai