Anda di halaman 1dari 2

Soalan tutorial Tajuk 1:

a) Merujuk kepada Model TPACK. Huraikan bagaimanakah anda boleh


mengaplikasikan model tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah

Model TPACK adalah integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan


kandungan dalam pengajaran yang akan menghasilkan PdP yang lebih efektif
dan mencapai hasil pembelajaran. Bagi mengaplikasikan TPACK dalam
pengajaran dan pembelajaran, saya perlu terlebih dahulu mengetahui dan
menguasai kandungan pelajaran atau topik yang akan diajarkan kepada
murid. Berdasarkan pengetahuan tentang kandungan pelajaran tersebut,
saya perlu merancang dan memilih strategi atau kaedah pengajaran yang
sesuai berdasarkan pengetahuan saya tentang pedagogi pengajaran.
Pedagogi pengajaran adalah sangat penting bagi memastikan kandungan
pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Selain itu, saya juga
perlu menggunakan pengetahuan teknologi untuk memilih alat teknologi
bersesuaian dengan strategi yang telah dirancang untuk menyampaikan
kandungan pembelajaran.

Contohnya, sebelum mengajar topik puasa, saya perlu menguasai dan


memahami sepenuhnya segala kandungan dalam topik tersebut. Kemudian,
saya perlu memikirkan dan merancang strategi atau kaedah pengajaran yang
bersesuaian bagi menyampaikan kandungan topik tersebut. Seterusnya, saya
perlu memilih teknologi yang sesuai dengan kaedah dah pengajaran yang
telah dirancang. Contohnya seperti penggunaan projektor LCD, slaid Power
Point dan sebagainya bagi menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan
strategi pengajaran yang telah dirancang.

Kesimpulannya, penggunaan model TPACK iaitu pengetahuan tentang


kandungan pelajaran, pengetahuan tentang pedagogi pengajaran serta
pengetahuan teknologi adalah sangat penting dan perlu diaplikasikan dalam
PdP. Perkara ini dapat memastikan objektif dan matlamat pembelajaran
tercapai, guru dapat mengajar dengan lebih sistematik dan murid dapat
menguasai topik yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai