Anda di halaman 1dari 9

”CLOSE & OPEN METHOD”: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

TINGKATAN 4 VOLTA DALAM MENENTUKAN SUDUT DIANTARA GARIS


DENGAN SATAH DAN SATAH DENGAN SATAH.

Oleh:

MOHD NAZAN BIN KAMARUL ZAMAN


SMK. KOTA KLIAS
BEAUFORT

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan kepada 16 orang murid Tingkatan 4 Volta (4V) di


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias, Sabah. Sekolah ini mempunyai dua
kelas Tingkatan 4 iaitu satu kelas Sains dan satu kelas Sastera. Tingkatan 4V
adalah kelas Sains. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap
pencapaian murid dalam mengenalpasti dan menamakan sudut diantara garis
dengan satah dan satah dengan satah. Keduanya, mengenalpasti bentuk
kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui
bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Daripada rekod keputusan peperiksaan semester dan ujian bulanan kelas


tingkatan 5 Dalton dan 5 Volta tahun lepas, didapati bahawa tahap penguasaan
murid untuk bab “Lines and Planes in 3 Dimension” masih lagi ditahap yang
lemah. Semasa memeriksa kertas ujian excel 1, saya dapati bahawa pelajar
masih lemah dalam konsep menentukan atau menamakan sudut diantara garis
dengan satah dan satah dengan satah. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh
murid dalam menamakan sudut. Masalah yang sama berlaku kepada pelajar
tingkatan 4 Volta 2010.

Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan


beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah
cukup untuk pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila
mendapati rata rata pelajar saya masih belum dapat menguasainya.Ini terbukti
daripada keputusan peperiksaan excel yang baru saja berlalu. Mereka tidak
dapat menjawab solan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar,
matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan mengelirukan
(Noor Azlan, 2005). Perkara yang sama juga berlaku kepada murid tinggkatan 4V
tahun ini, Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini . Tajuk
ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Daripada tinjauan awal, jelas bahawa hampir keseluruhan murid 4V


kurang menguasai dalam mengenalpasti sudut untuk “Lines and Planes in 3
Dimension”. Situasi ini menyebabkan murid sukar untuk menjawab soalan kertas
satu dan mengira sudut bagi kertas dua untuk soalan SPM.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah penguasaan


mengenalpasti sudut dalam kalangan murid Tingkatan 4V. Oleh itu melalui
penguasaan ini adalah diharapkan murid dapat meningkatkan penguasaan yang
lebih baik dalam pembelajaran matematik Tingkatan 5. Ia juga diharapkan dapat
membantu guru matematik dalam pengajaran pembelajaran bagi tajuk-tajuk
yang seterusnya dengan lebih berkesan. Kajian ini diharapkan dapat membantu
sekolah-sekolah yang menghadapi masalah yang sama.

5.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Tingkatan 4V


dalam mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan
satah.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai obejktif berikut:

i. Untuk mengenalpasti mengapa 16 orang murid tingkatan 4V tidak dapat


menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah
dan satah dengan satah.
ii. Untuk memastikan 16 orang murid tingkatan 4V dapat menguasai
kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah
dengan satah.
iii. Untuk menilai sejauh manakah program intervensi dapat membantu 16
orang murid tingkatan 4V menguasai kemahiran mengenalpasti sudut
diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.

7.0 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan yang berikut:

i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan 16 orang murid tingkatan 4V


tidak dapat menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis
dengan satah dan satah dengan satah. ?
ii. Bagaimana program intervensi dapat membantu 16 orang murid tingkatan
4V belajar menguasai kemahiran mengenalpasti diantara garis dengan
satah dan satah dengan satah ?
iii. Sejauh manakah program intervensi (Close and Open method) membantu
16 orang murid tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran mengenalpasti
sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.?

8.0 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Teknik penggumpulan data
adalah seperti berikut:
i. temu bual kepada guru-guru dan murid-murid
ii. pemerhatian kepada murid-murid
iii. soal selidik kepada murid-murid dan
iv. analisis dokumen murid.
Mereflek
Melihat Tinjauan
kekuatan Awal
&
kelemaha
Mengump
n Isu: Pelajar
ul data Tingkatan
awal 4V belum
menguasai
kemahiran
asas
belajaran
lambat

Memerha
ti
Batasan:
Mengumpu GELUNG 1 Pelajar
l& yang
menganlisi autistik
s data dan
dylexic
tidak
termasuk
dalam
Merancan
Bertinda sampel
g
k kajian
Melaksana
Tujuan,
kan
Obj.,Soala
modul-
modul n
C&O
Metodologi

9.0 TINJAUAN LITERATUR

Kurikulum matematik di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan


yang signifikan, bermula dari era Matematik tradisional, era Matematik Moden
(awal tahun 1970an), seterusnya era Matematik Bersepadu (awal tahun 1980an)
hasil daripada reformasi kurikulum berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. (Noor Azlan, 1993; 2005). Pada tahun 2000, kurikulum Teknologi
Komunikasi & Maklumat (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
seperti pengunaan komputer, internet, kalkulator saintifik dan kalkulator grafik.
Pada tahun 2003, sekali lagi berlaku perubahan yang lebih besar iaitu
pelaksanaan PPSMI.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, satu model yang sedang
mendapat perhatian dan tumpuan kajian para penyelidik dan pakar pendidikan
matematik dan sains ialah model yang berasaskan 'faham binaan'
(Constructivism) (Mohd Nor 1995). Menurut model ini pengetahuan
seseorang adalah sesuatu yang dibina sendiri oleh individu tersebut
berdasarkan pengalamannya yang unik. Konsep matematik tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba lengkap
atau sempurna. Pelajar perlu membina suatu konsep itu atas hasil usaha
mereka sendiri dan tidak boleh, malah tidak mungkin guru membina suatu
konsep tertentu untuk pelajarnya. Peranan utama guru ialah menyediakan
suasana pembelajaran yang sesuai untuk membolehkan pelajar berpeluang
secara aktif membina konsep matematik yang hendak diajarnya ( Ellerton &
Clements, 1993; Von Glasersfeld, et. al. 1992; Nik Azis , 1996; Mohd Nor, 1995;
Ibrahim , 1994).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan
pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat
teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu: “Inovasi
Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan” 127 Teorem Pembinaan. Cara
yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum
matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang
konkrit.Teorem Tatatanda. Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus
mengikut perkembangan kognitif
murid tersebut.

Teorem Kontras dan Variasi. Konsep yang diterangkan kepada murid


harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep
matematik tersebut. Teorem Perhubungan . Setiap konsep, prinsip dan
kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan
kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya
bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak
mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi
kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

10.0 METODOLOGI KAJIAN


Kumpulan sasaran : 16 orang murid kelas 4Volta
Tempoh Kajian :4 minggu ( 4 sesi)

Cadangan Tindakan

Kajian yang akan dibuat adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif,


bertujuan untuk menentukan murid Tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran
mengenalpasti dan menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah
dengan satah..
Aktiviti Pertama (Sesi 1 )

Murid akan mengikuti program C&O (powerpoint ) yang telah


direkabentuk dan module bagi membantu mereka untuk menguasai
mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. Murid
4V akan diberikan Lembaran Kerja A

Aktiviti Kedua (Sesi kedua- )

Penggunaan model yang telah disediakan, murid diminta menggunakan


kaedah C&O method. Lampiran 2.

Aktiviti Ketiga (sesi Ketiga)

Sesi ketiga tanpa menggunakan model hanya dengan lakaran murid


diminta menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.
RUJUKAN

Agnes Voo Tun Chuan, 2005 Ringkasan jurnal: penguasaaan sifir darab dalam
matematik tahap dua (online)
(http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760026/1/, 27 Feb. 2009)

Asiah Abu Samah (1982) Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di


Malaysia Sejak Zaman Penjajah, Paperpresented in National Mathematics
Symposium, UKM, 12-14 Aug. 1982.

Ibrahim bin Md Noh. (1995). Kurikulum matematik tahun 2000 dari pemikiran
mekanis ke pemikiran kreatif. Paper presented at Seminar Kebangsaan
Kurikulum: Kurikulum Untuk Tahun 2000 dan Selepasnya, 11 – 13
December, 1995, Bayu Beach Resort, Port Dickson.

Noor Azlan Ahmad Zanzali (1996) History of Mathematics Education. Coping with
the Demands of Education Change. Paper presented at International
Conference on Education and Change. UNISA, September 1995.

LAMPIRAN

Lampiran 3
BORANG SOAL SELIDIK
Soal selidik mengenai respond an cara-cara yang digunakan oleh pelajar menguasai sifir
3-12. Tujuan soal selidik ini adalah untuk meninjau bagaimana pelajar menguasai sifir 3-
12.

1. Jantina

1.1. Lelaki

1.2. Perempuan

2. Keturunan

2.1. Bumiputera

2.2. Bukan Bumiputera

3. Sekolah Asal

3.1. Sekolah rendah kebangsaan

3.2. Sekolah rendah jenis kebangsaan

Bahagian A : Amalan Pembelajaran Pelajar


Jawapan
Sangat tidak setuju - 1 Kurang Setuju - 2 bersetuju -3 sangat
setuju - 4

Bil Pernyataan 1 2 3 4

1. Saya suka matapelajaran matematik

2. Matapelajaran ini sangat sukar bagi Saya

3. Saya tahu menamakan sudut diantara garis dengan satah

4. Saya tahu menamakan sudut diantara satah dengan satah

5. Saya tahu soalan dari bab ini ada dikertas 1 dan kertas 2 soalan
SPM

6. Saya mempunyai cara/kaedah untuk menamakan sudut

7. Saya memerlukan cara/kaedah tertentu untuk menamakan sudut

8. Saya selalu mendapat keputusan yang rendah dalam matapelajaran


Matematik

9. Saya sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan

10 Saya hanya faham semasa guru mengajar, tetapi kemudian lupa


.
Bahagian B : Amalan Pengajaran guru
Jawapan Ya atau Tidak

Bil Pernyataan Ya Tidak

1. Adakah suara guru jelas ketika mengajar?

2. Adakah guru menggalakkan murid mengemukakan soalan?

3. Adakah guru tegas dalam melaksanakan proses pengajaran?

4. Adakah guru member tunjuk ajar untuk membetulkan soalan?

5. Adakah teknik pengajaran guru anda mudah/dapat difahami?

6. Adakah anda berseronok belajar matematik?

7. Adakah latihan yang diberikan oleh guru mencukupi?

8. Adakah guru memberikan penerangan yang jelas?

9. Adakah guru memberi peluang pelajar untuk berbincang dalam


kumpulan?