Anda di halaman 1dari 4

SK LKTP JENGKA 9,

26400 BANDAR JENGKA,


PAHANG DARUL MAKMUR.

LAPORAN MINIT MESYUARAT


PANITIA PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2011

1
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2011
SK LKTP JENGKA 9,26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH : 18 Januari 2011


MASA : 10.15 pagi
HARI : Rabu
TEMPAT : Bilik Gerakan
PENASIHAT : Puan Maisarah Bt.Ismail
PENGERUSI : Cik Norhazwani Bt.Khamis

KEHADIRAN:
1. Pn.Hjh.Rahimah Bt.Ontong
2. Pn.Wan Saripah Bt.Tun Hassan

TIDAK HADIR DENGAN IZIN


3.En.Ruslan B. Basharuddin (GPK-Koku)- Taklimat GPK Koku di Maran

AGENDA:
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Rancangan Mengajar
3.0 Stor Sukan dan Alatan Sukan
4.0 Etika Pakaian Guru dan Murid
5.0 Rancangan Aktiviti Panitia Tahun 2011
6.0 Hal- hal lain.

BIL AGENDA/PERKARA TINDAKAN

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Cik Norhazwani selaku pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan
terima kasih kepada semua guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK) serta Puan Maisarah atas kehadiran Cik Norhazwani
dalam mesyuarat panitia yang pertama 2011.
1.2 Cik Norhazwani juga turut mengumumkan pelantikan Puan Maisarah
Bt.Ismail sebagai setiusaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang baru.

2.0 Rancangan Mengajar


2.1 Sukatan Rancangan Pengajaran Tahunan boleh diambil daripada Pengerusi.
Sukatan yang akan digunakan adalah yang terkini dan diselaraskan bagi Semua
semua tahap 1 dan 2.
2.2 Penulisan Rancangan Mengajar Harian mengikut format yang betul. Perkara-perkara
seperti unit, tajuk, objektif, kemahiran dan bahan bantu mengajar mestilah ditulis.
2.3 Cik Hazwani mencadangkan untuk berbincang berkenaan format penulisan
Rancangan Mengajar Harian yang betul dengan semua guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

2
3.0 Stor Sukan dan Alatan Sukan
3.1 Pengerusi memaklumkan kunci Stor Sukan dipegang oleh En.Wahyu Hidayad.
3.2 Semua guru yang menggunakan alatan sukan diminta menyusun semula
alatan yang telah diambil dengan kemas. Semua
3.3 Pengawasan semua murid adalah dibawah tanggungjawab guru yang
menyelia masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4.0 Etika Pakaian Guru dan Murid


4.1 Cik Hazwani menyatakan kepada semua guru berkenaan arahan
yang dikeluarkan oleh Perkeliling berkenaan etika pemakaian pakaian sukan.
Beliau mencadangkan agar pemakaian guru bersesuaian dengan aktiviti
yang akan dijalankan.
4.2 Cadangan dipersetujui oleh semua yang hadir
Semua
4.3 Puan Rahimah mencadangkan murid- murid dikehendaki memakai pakaian
yang sesuai ketika masa Pendidikan Jasmani dengan memakai pakaian rumah
sukan masing-masing atau pakaian yang sesuai sahaja.
4.4 Pengerusi mencadangkan agar jika terdapat penggubalan jadual waktu dalam masa
yang terdekat,beliau akan mencadangkan PJK tidak akan dijalankan sejurus selepas
Perhimpunan Mingguan pada hari Isnin kerana murid-murid kesuntukan masa untuk
menyalin pakaian sukan.

5.0 Rancangan Aktiviti Panitia Tahun 2011

5.1 Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali


dalam setahun dan tarikh mesyuarat yang seterusnya akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa.
5.2 Puan Rahimah mencadangkan agar panitia menyemak baki peruntukan untuk
Semua matapelajaran PJK pada tahun 2010 untuk perancangan pembelian alat-alat
bantu mengajar. Beliau juga mencadangkan beberapa aktiviti tahunan seperti:
a) Perlawanan sukaneka antara rumah sukan
b) Kuiz Kesihatan antara kelas
c) Aktiviti senam aerobik
d) Gotong-royong mengemaskan Stor Sukan

6.0 Hal- hal lain.

6.1 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru melengkapkan –


-biodata
-jadual waktu
-Sukatan pelajaran Semua
-Huraian sukatan pelajaran
-Rancangan Tahunan
-Alat bantu mengajar

Perkara diatas perlu dilengkapkan dan dihantar kepada KP sebagai salinan fail panitia.

3
6.2 Pencerapan buku nota/latihan pelajar

6.2.1 Semua guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


memastikan semua pelajar ada buku nota.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................... ....................................................
(Pn.Maisarah Bt.Ismail) (Cik Norhazwani Bt.Khamis)
Setiausaha Panitia PJK KP Panitia PJK

Disahkan oleh,

...................................................
(Pn.Hjh.Ranjani Bt.Abd Karim)
GB SKJ9

Anda mungkin juga menyukai