Anda di halaman 1dari 6

www.sibermerdeka.com.

my
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
untuk menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan nberingat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak duga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia


aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Tema

Ketabahan dan kegigihan seorang insan dalam menghadapi dugaan


hidup.

Maksud

Sajak Maksud
Dalam kebun diriku Dalam diri penyajak, dia telah membuat
aku tanam saujana rancangan pelbagai perancangan yang akan
untuk memerdekakan warga susahku dilakukan bagi menyelesaikan segala
untuk menentang senja dan malam. masalah dan cabaran.

Dalam parlimen diriku Dalam pemikiran penyajak, dia


aku bahas isu onak dan enak mencuba memikirkan cara untuk
untukku merdekakan warga fikirku mengatasi masalahnya agar dirinya
mengelak hidup dikotak-katikkan. tidak mudah diperkotak-katikkan oleh
orang lain.

Dalam laut diriku Dalam kehidupan penyajak, dia sering


ombak gelora menampar pantai aman berhadapan dengan pelbagai dugaan
untuk menguji amal dan iman. yang menguji amalan baik dan
keimanannya.

Dalam gergasi diriku Penyajak yang berasakan dirinya hebat


terpedaya jua oleh permainan si kancil sering tertewas oleh perkara-perkara
namun sempat sedar dan beringat lagi. kecil dan remeh. Namun begitu,
penyajak cepat tersedar seterusnya
mengambil langkah berjaga-jaga agar
tidak tertewas lagi.
Dalam pentas diriku Penyajak menyediakan diri agar mampu
aku berlatih menangkis angin menangkis segala halangan dan
aku berlatih memunggah awan rintangan. Beliau berubah ke arah
menghayati skrip demi skrip kebaikan walaupun dia tidak
yang tak duga klimaksnya. mengetahui apa-apa yang bakal
ditempuhnya pada hari-hari yang
mendatang.

Dalam dewan diriku Penyajak yang semakin berusia menjadi


aku tak cemas lagi lebih matang. Beliau tidak mudah cemas
oleh kata yang mengekang dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-
aku tak lemas lagi kata orang terhadap dirinya. Penyajak
oleh kata yang menyerang. tidak lagi tewas dalam berhujah dan
berbahas.

Apabila sibermerdeka sampai Penyajak sering melakukan muhasabah


ke rumah cabaranku diri dalam mencari erti kehidupan agar
aku panggil diriku bermesyuarah dia tidak mudah tewas dalam
menyokong, berkecuali atau menentang perjuangannya. Beliau perlu
aku ambil keputusan memastikan bahawa dia tidak tersalah
waktu itu aku kenal batas diri pilih kerana tidak mahu mengulangi
untuk tidak mengulangi kekalahan. kesilapan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di Kini penyajak telah tua. Setiap peristiwa
pangkalan usia dalam hidup penyajak berlalu dengan
aku turun darinya menghadapi hidup amat pantas. Oleh itu, penyajak
nyata menasihati pembaca agar tidak mensia-
peristiwa datang peristiwa pergi siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
bagai siang memanggil malam mendekati Tuhan.
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
PERSOALAN NILAI PENGAJARAN PERISTIWA
Keinsafan untuk Keinsafan. Kita perlulah Contohnya, penyajak
membaiki sisa-sisa berinsaf untuk insaf dan tidak akan
hidup. membaiki sisa- mengulangi kesilapan
sisa hidup. yang telah
dilakukannya dan
seterusnya
mengambil langkah
berjaga-jaga agar
tidak terpedaya lagi.

Berfikiran yang Rasional Kita hendaklah Contohnya, penyajak


rasional. mempunyai berfikiran rasional
fikiran yang apabila menasihati
rasional. pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup
sebaliknya pembaca
wajar mendekati
Tuhan.

Kegigihan untuk Kegigihan Kita patutlah Contohnya, penyajak


mengatasi masalah. bersifat gigih bersifat gigih untuk
untuk menyelesaikan
mengatasi pelbagai masalah dan
masalah. dugaan yang
dihadapinya agar
tidak mudah
dipermain-mainkan
oleh orang lain.
Berdikari tanpa Berdikari Kita haruslah Contohnya, penyajak
bergantung kepada berdikari supaya bertindak sendiri
orang lain. tidak dengan mencuba
bergantung memikirkan cara
kepada orang untuk menghadapi
lain. dugaan hidupnya
tanpa bergantung
kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai