Anda di halaman 1dari 1

MENIMBA ILMU DI MUZIUM DIRAJA

BANDAR MELAKA, 19 OGOS- Kelab Budaya SK Taman Kencana telah mengadakan


lawatan sambil belajar ke Muzium Diraja Kuala Lumpur. Kira-kira 40 orang ahli
Kelab Budaya dan empat orang guru pengiring turut serta dalam lawatan tersebut.

Tujuan lawatan itu dianjurkan adalah untuk menimba ilmu pengetahuan para
peserta tentang Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Semasa berada di muzium tersebut, para peserta berpeluang untuk


menyaksikan pameran tentang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Maklumat yang disajikan dalam pameran tersebut amat menarik dan
berguna. Antaranya termasuklah pakaian yang digunakan semasa istiadat Pertabalan
Yang di-Pertuan Agong.

Pakaian yang digunakan semasa istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong


sangat istimewa. Antara yang dipamerkan termasuklah Tengkolok Diraja, Keris
Pendek Diraja, Muskat dan Pending Diraja.

Lawatan tersebut sangat bermanfaat. Para peserta lawatan berasa gembira


kerana dapat melihat dan menambah pengetahuan tentang perkara yang berkaitan
dengan Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai