Anda di halaman 1dari 7

Pemulihan Tulisan

Definisi
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam
bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Peranan Tulisan
Dengan adanya kemahiran menulis ini, ianya mendirikan asas yang kukuh
supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan
dengan baik, pantas dan cekap. Selain itu juga, kanak-kanak akan mahir menyusun
huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam
kelompok masyarakat. Ianya juga menunjukkan perkembangan kanak-kanak
tersebut melalui kemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan
pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Secara tidak langsung juga menyediakan, menyemai, mengasah serta
mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak
masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian
daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Sekaligus menghasilkan bentuk-
bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa
yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri
kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Peringkat-Peringkat Perkembangan Menulis

Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang
diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat
contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran
mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-
kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat
pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
 Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.
 Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
 Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke
bawah dan lain-lain.
 Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah
faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa .
Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-
murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis
murid-murid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa
garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk
huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada
lembaran bergaris kecil / sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-
murid akan dapat :
 Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
 Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
 Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di
peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang
diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
 Membina ayat.
 Mengarang cerita.
 Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
 Menulis surat kiriman.
 Lain-lain yang berkaitan.

Pemulihan Tulisan Di Kalangan Kanak-Kanak

Saringan dan Diognisis


Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.
Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat
kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa
beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.
Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat
saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan
melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan.
Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang
tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin
tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang
dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.
Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis
mudah digunakan oleh guru bilik darjah.
a) Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat
berikut:
 Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana
kerumitan mengeja.
 Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh
murid.
b) Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal
semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat
tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.
c) Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang
sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga
minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.

d) Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-


perkara berikut:
 Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
 Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan
ujian yang menghadkan masa.
 Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah
perkataan dibahagi dengan masa).
e) Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.
 Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang
masanya dihadkan.
 Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan
masa.
 Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.
 Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar,
atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini
biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan
Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan
kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari
kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid
Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan
dengannya. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres
Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting
Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'.  Walau bagaimanapun, skel-skel ini
hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan
kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.
Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan
dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis
kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis
ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak
mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua. 
Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid.
Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for
Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan
penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan
bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. 
Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf
didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan
t.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling
menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering
berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o
seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh
kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah
dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan
kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah
menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

Masalah Penulisan Di Kalangan Kanak-Kanak Pemulihan


Kanak-kanak yang dirangkumi sebagai kanak-kanak pemulihan mempunyai
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka termasuklah menulis
dimana perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Selain itu juga
bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong dan tiada keseragaman jarak di antara
huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan.
Bentuk-bentuk huruf yang ditulis kadanng-kadang tidak jelas,tepat, betul dan
ada juga yang mengalami masalah seperti Menulis tanpa mengikut garisan-garisan
yang ditentukan, serta mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. Ada di
kalangan kanak-kanak juga mengalami masalah pembalikan huruf atau perkataan di
mana huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Antara
masalah penulisan lain yang lazim di kalangan kanak-kanak pemulihan seperti:
 Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
 Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
 Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
 Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
 Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
 Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
 Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Kaedah Pengajaran Pemulihan Penulisan dan Penilaiannya


Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah
berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan
perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal
menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan
sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah
susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti
pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid
masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan
pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau
krayon adalah seperti berikut:
 Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.
Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang
mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang
bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan
sahaja.
 Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus
dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
 Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu
jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan
senang dan selesa.
 Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan
mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
 Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari
telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di
kedudukan yang betul.

Latihan Sebelum Menulis


Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan
menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang
menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan
jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan,
garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan
harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk
yang harus dibuat oleh murid.

Cara-Cara Mengatasi Masalah Penulisan


Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam
peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta
contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap
keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah
model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru
menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti
dan betul. 
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan
oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan
bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi
menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk
menggunakan getah pemadam.

Anda mungkin juga menyukai