Anda di halaman 1dari 1

ENAKMEN 9 TAHUN 2002

ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN


BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH
YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH

WARAN GELEDAH

Seksyen 46. Hakim boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa


menggeledah untuk mencari keterangan mengenai kesalahan.

Jika seseorang Hakim, atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu,
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa benda yang ke atas, dengan atau berkenaan
dengannya suatu kesalahan telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi
menjalankan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat,
dia boleh, melalui waran, memberi kuasa orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk memasuki,
dengan apa-apa bantuan yang dikehendaki, dan menggeledah tempat itu untuk mencari apa-apa
keterangan atau benda itu dan, jika apa-apa jua yang dicari itu dijumpai, untuk menyitanya dan
membawanya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim lain untuk diperlakukan
mengikut undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai