Anda di halaman 1dari 4

Mencari niche yang menguntungkan –

Lima perkara penting yang anda perlu


amati.

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang
mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan.
Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran
yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada
atau sedikit.

Untuk menari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan


yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah.
Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut
mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –
masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari
niche yang menguntungkan..
Elakkan memilih niche yang anda rasa anda
suka tetapi ia sudah ternyata tidak
menguntungkan.

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka.
Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa
dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran
logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda
bersungguh – sungguh mempromosika sesuatu yang tidak mempunyai potensi
pasaran yang luas.

Jangan terperangkap dengan pemikiran anda


yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai
pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan
niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya
mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda
terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.
Sentiasa lakukan kajian keyword.

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta
berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan
kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian
yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik
bertan – tan pasir yanga ada.

Pilih produk berdasarkan kajian keyword


anda.

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang
menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengna
segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut. Setkan kempen
promosi selama sebulan. Jika dalam masa sebulan ini, anda boleh memperoleh
keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang
hangat.
Sentiasa pelbagaikan niche yang ada.

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah
perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi
niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk
membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas.
Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche
yang ada.

Anda mungkin juga menyukai