Anda di halaman 1dari 22

PELAJARAN 07

VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Sebutkan gambar, eja dan baca.

ka cang sa rang
kacang sarang

pa rang kum bang


parang kumbang

pi sang kam bing


pisang kambing

mu sang gun ting


musang gunting

ba wang bin tang


bawang bintang
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Baca dan jawab.


PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Ladang Pak Alang.

Pak Alang pergi ke ladang.


Ladang Pak Alang tepi padang.
Pak Alang bawa parang panjang.
Di ladang Pak Alang ada belalang dan kumbang.
Pak Alang tanam kacang panjang, pokok pisang, pokok
bacang, dan pokok pinang.
Atas pokok pinang ada sarang burung helang.
Pak Alang juga bela kambing dan musang.
Kambing dan musang Pak Alang tinggal dalam satu kandang.

1. Pak Alang pergi ke mana?


2. Pak Alang bawa apa?
3. Atas pokok pinang ada apa?
Sebutkan gambar, eja dan baca.

bua ya pe ria
buaya peria

pia la ra dio
piala radio
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

tua la pe riuk
tuala periuk

kua li du rian
kuali durian

jua ra mu ti ara
juara mutiara

Baca dan jawab.


PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Juara Tangkap Buaya.


Satria pergi ke kuala.
Dia bawa kereta Proton Tiara.
Dia hendak tangkap buaya puaka.
Dia juara tangkap buaya dan ada piala.
Satria bawa bekal periuk, kuali, sayur peria, durian, radio,
dan tuala.
Dia dapat tangkap buaya di muara.
Waktu pulang Satria jumpa Mutiara.
Dia jerit hingga tiada suara.

1. Satria hendak tangkap apa?


2. Satria dapat tangkap buaya di mana?
3. Waktu pulang Satria jumpa apa?
Sebutkan gambar, eja dan baca.
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

lauk buah

daun kuih

sauh jual

paip duit

laut air

Baca dan jawab.


PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Mak Kiah Penjual Kuih.

Mak Kiah kerja di warong Cik Siah.


Dia jual lauk, kuah, kuih, dan buah.
Lepas kerja dia cari daun pisang.
Dia cuci daun pisang guna air paip.
Dia guna sabun cap sauh.
Mak Kiah buat kuih inti.
Dia jual kuih inti tepi laut.
Dia gembira kerana dapat duit.
Tiba-tiba muka Mak Kiah kena ruam.
Cik Siah tuam muka Mak Kiah guna air suam.

1. Mak Kiah kerja di mana?


2. Ma Kiah buat kuih apa?
3. Kenapa Mak Kiah gembira?
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Sebutkan gambar, eja dan baca.

a ngin te li nga
angin telinga

bu nga pe la ngi
bunga pelangi

su ngai pe nye ngat


sungai penyengat

le ngan me na ngis
lengan menangis

pe wa ngi Si nga pu ra
pewangi Singapura
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Baca dan jawab.

Fatimah Sakit Telinga.

Fatimah sakit telinga lalu menangis.


PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Telinga Fatimah kena penyengat.


Ibu bawa dia ke kebun bunga.
Fatimah guna baju lengan panjang.
Kebun bunga tepi sungai.
Dari kebun bunga nampak pelangi.
Di sana ada bunga Kenanga dari Singapura.
Bunga Kenanga gugur di tiup angin.
Ibu kutip bunga Kenanga buat pewangi.

1. Kenapa Fatimah menangis?


2. Ke mana ibu bawa Fatimah?
3. Mengapa bunga Kenanga gugur?

Sebutkan gambar, eja dan baca.

gu lai
lai
gulai

pe tai si dai
petai sidai
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

se rai pan tai


serai pantai

tu pai am pai
tupai ampai

mi sai tem bi kai


misai tembikai
Baca dan jawab.
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Berkelah Di Pantai.

Ah Moi dan Kim Sai berkelah di pantai.


Kim Sai suami Ah Moi.
Kim Sai ada misai dan janggut berjuntai.
Mereka bawa buah lai, buah tembikai, sambal petai dan
ikan gulai masak serai.
Kim Sai mandi tepi pantai.
Dia takut ampai-ampai.
Ah Moi sidai baju atas ampai.
Datang tupai makan sambal petai.
Ah Moi ketawa mengilai-ngilai.

1. Kim Sai suami siapa?


2. Di mana Kim Sai mandi?
3. Di mana Ah Moi sidai baju?
Sebutkan gambar, eja dan baca.

su rau
pau
surau

pu lau ker bau


pulau kerbau
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

li mau ba ngau
limau bangau

ku rau ba kau
kurau bakau

pi sau ha ri mau
pisau harimau
Baca dan jawab.
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Kerbau Balau Pak Malau.

Pak Malau baru pulang dari Pulau Harimau.


Pulau Harimau jauh dari rantau.
Pak Malau bawa pulang kuih pau, buah limau, ikan kurau,
burung bangau, dan kerbau balau.
Kerbau balau suka merayau-rayau.
Kerbau balau makan daun tembakau.
Kerbau balau kena halau.
Pak Malau ambil pisau lalu sembelih kerbau balau belakang
surau.

1. Pak Malau baru pulang dari mana?


2. Kerbau balau suka makan daun apa?
3. Di mana Pak Malau sembelih kerbau balau?
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Sebutkan gambar, eja dan baca.

pe nyu su nyi
penyu sunyi

nyo nya bu nyi


nyonya bunyi

nya nyi nya la


nyanyi nyala

mi nyak ba nyak
minyak banyak

mo nyet nya man


monyet nyaman
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Baca dan jawab.

Nyonya Pergi ke Pantai.

Nyonya tidak boleh tidur nyenyak.


Nyonya makan angin di pantai.
Suasana di pantai sangat sunyi.
Udara di pantai sangat nyaman.
Nyonya jalan sambal nyanyi-nyanyi.
Dia nampak penyu bertelur.
Di sana banyak nyamuk.
Bunyi nyamuk sangat kuat.
Nyonya halau nyamuk.
Dia nyalakan api guna minyak.
Datang monyet curi botol minyak.
Monyet kena lanyak.

1. Nyonya pergi ke mana?


2. Nyonya halau apa?
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

3. Monyet curi apa?


Sebutkan gambar, eja dan baca.

sya wal syur ga


syawal syurga

sya rak syai tan


syarak syaitan

syi rik sya ra han


syirik syarahan

sya bas me syua rat


syabas mesyuarat
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

syu kur ma sya ra kat


syukur masyarakat
Baca dan jawab.

Nasihat Ustaz Syarif.

Ustaz Syarif seorang pegawai syarak.


Dia baru balik dari mesyuarat.
Dia beri syarahan kepada masyarakat.
Pesan Ustaz Syarif “Jangan ikut perangai syaitan. Elak
perbuatan syirik. Taat pada Tuhan, nanti dapat masuk
syurga”.
Syabas pada Ustaz Syarif.
Syukur pada Tuhan.

1. Ustaz Syarif seorang pegawai apa?


2. Ustaz Syarif baru balik dari mana?
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

3. Ustaz Syarif beri syarahan kepada siapa?

Sebutkan gambar, eja dan baca.

kha tam
khas
khatam

Kha lid
khat
Khalid

kha bar khut bah


khabar khutbah

kha mis kha la yak


khamis khalayak
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

kha tib ber khid mat


khatib berkhidmat
Baca dan jawab.

Encik Khalid Guru Bahasa.

Encik khalid berkhidmat sebagai guru.


Dia guru khas Bahasa Malaysia.
Dia pandai menulis khat.
Pada hari Khamis, dia baca surat khabar.
Ada berita khatib kena langar waktu pulang dari majlis
khatam.
Khatib tidak dapat baca khutbah.
Encik Khalid ganti khatib baca khutbah.
PELAJARAN 07
VOKAL/KONSONAN BERGANDING

Encik Khalid biasa beri syarahan di khalayak ramai.

1. Encik Khalid berkhidmat sebagai apa?


2. Dia guru apa?
3. Encik Khalid ganti khatib baca apa?

Anda mungkin juga menyukai