Anda di halaman 1dari 2

1

PORTFOLIO

Konsep dan Definisi:


• satu koleksi hasil kerja pelajar
• melalui sesuatu tempoh masa
• yang bertujuan jelas & spesifik
• Bagi menggambarkan perkembangan,
daya usaha & tabiat minda sipenyedia ( pelajar ).

Ia perlu :
• melibatkan pelajar2 dalam pemilihan kandungannya.
• mengandungi :-
(i) garispanduan bagi pemilihan isi kandungannya
(ii) kriteria untuk penaksiran
(iii)bukti2 tentang renungan kendiri pelajar ( self-reflection )

Penggunaan/ Kelebihan Portfolio:

Membolehkan pelajar :
• mengesan dan mengikuti perkembangan/kemajuan mereka sendiri bagi satu tempoh
yang telah ditetapkan.

• mengolah dan mengenal kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri dan berusaha
meningkat ke aras yang mereka rasa boleh dipertingkatkan lagi. (formatif & diagnostik).

Membolehkan guru:

• mengintegrasikan proses pengajaran & penilaian

• memperkembangkan & mengukuhkan penilaian kendiri & kem. refleksi dikalangan


pelajar2 – melahirkan “independent learners”.

• Mewujudkan perasaan kepunyaan ( ownership ) pada pelajar2 tentang pembelajaran &


penilaian mereka.

• main peranan sebagai pendorong atau fasilitator dalam membantu pelajar berkenaan
meningkatkan aspek kognitif dan sahsiah mereka.

Penggredan Portfolio.

• Terdapat 2 aspek portfolio yg perlu dinilai.


(a) setiap hasil kerja yg dimasukkan dalam portfolio. Ini adalah formatif & dibuat secara
analitik
DAN
(b) keseluruhan portfolio berkenaan. Ini adalah sumatif & dibuat secara holistik/analitik.
2

Bagi cara analitik guru perlu menyediakan berbagai jenis kriteria yang hendak digunakan
berdasarkan jenis tugasan yang akan diberikan kepada pelajar.

Langkah-langkah penyediaan portfolio

1. Tentukan tujuan mengadakan penaksiran portfolio

2. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi perhatian

3. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya

4. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip

5. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dalam portfolio, masa dan tempoh bagi
sesuatu aktiviti itu dijalankan

6. Pastikan pelajar terlibat sama dalam penyediaan sistem ini.

7. Perjelaskan kaedah penggredan yang akan digunakan untuk menaksir tugasan


portfolio pelajar.

8. Penjelasan tentang penyediaan portfolio.


• kepada semua guru, ibubapa, penjaga tentang penyediaan portfolio.
Ini akan memudahkan kerjasama rapat yang akan dibina selanjutnya.

9. Tetapkan tarikh untuk pelajar menerangkan keputusan atau pencapaian mereka


dalam tugasan portfolio mereka.

10. Sediakan satu ruang yang mencukupi untuk menyimpan portfolio pelajar.

Disediakan oleh: Liew Cheong Chaing


Pensyarah Kursus Pentaksiran Pembelajaran
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak.