Anda di halaman 1dari 4

SYAIR BIDASARI

A. MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1

Dengarkan tuan suatu riwayat


Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya
mahu dikenali sebagai fakir(穷和尚) sebagai tanda merendah diri(谦虚). Tujuan hikayat(历史
故事) supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi
bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum
dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit(招手-吸引) kedatangan para
pedagang(商人) dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3

Hairan orang empunya temasya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Kegagahan(威武) dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan.


Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan(困难). Namun, tiada sesiapa yang tahu
sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya(相反).
Rangkap 4

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh(闯入) alam


perkahwinan(婚姻). Selang beberapa bulan, permaisuri(皇后) pun hamil(怀孕).

Rangkap 5

Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan(考
验) malapetaka(灾难) datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa
negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam
syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara(混乱)
dan kemusnahan(灭亡).

Rangkap 7

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat
negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda
duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8

Baginda pun sedang dihadap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam(休息) di singgahsana sambil menerima


menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan
peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara
cemas apa pula yang berlaku.

B. TEMA
Tema syair ini ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara.

C. PERSOALAN
(a) Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
(b) Tanggungjawab seorang pemimpin.
(c) Kasih sayang terhadap anggota keluarga.
(d) Keadilan dan kesaksamaan.
(e) Jangka hayat dan soal kematian di tangan Tuhan.
(f) Musibah(和谐) yang tidak boleh diramal(预测).

D. BENTUK
(a) Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas.
(b) Terdiri daripada lapan rangkap.
(c) Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.
(d) Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.
(e) Bilangan katanya antara tiga hingga lima patah perkataan.
(f) Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
(g) Rima akhir syair ini ialah aaaa kecuali rima akhir rangkap ketiga syair ialah aaba.
E. GAYA BAHASA
(a) Pemilihan kata atau diksi yang indah. Contohnya, Dengarlah tuan suatu riwayat.
(b) Repetisi. Contohnya, Beberapa bulan beberapa hari (rangkap 4, baris 3).
(c) Hiperbola. Contohnya, Datanglah menyambar suaranya bahana (rangkap 7, baris 1).
(d) Simile. Contohnya, Mendengar gempar seperti perang (rangkap 8, baris 2).
(e) Inversi. Contohnya, Dengarkan tuan suatu riwayat (rangkap 1, baris 1).
(f) Bahasa istana. Contohnya, baginda; bertitah; permaisuri; takhta.
(g) Kata arkaik. Contohnya, akas; ngadil; halifah; gurda.
(h) Asonansi. (perulangan bunyi vokal u) Contohnya, Baginda duduk bersuka-sukaan.
(i) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan s) Contohnya, Seri sultan raja bestar

F. NILAI
Nilai ketaatan(忠心)
Rakyat Kembayat taat kepada sultan pemerintah.

Nilai tanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.

Nilai keprihatin(关心) seorang pemimpin


Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.

Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.

G. PENGAJARAN
(a) Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat
dengan amanah.
(b) Kita perlulah bijaksana semasa merangka, menyusun, dan membuat segala perancangan
tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan sempurna.
(c) Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap anggota keluarga untuk
mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.
(d) Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian
organisasi.
(e) Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa
membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang.
(f) Kita haruslah bersedia pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman musuh
atau malapetaka yang tidak dijangka.

Anda mungkin juga menyukai