Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan

Bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya
ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Wacana Penulisan yang
dihormati, Encik Suhaimi Bin Ibrahim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
telah membuka ruang untuk saya menjayakan tugasan berkenaan.

Selain itu, saya juga mahu mengucapkan perhargaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka sememangnya telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang
tidak terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Seterusnya, saya turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih banyak-banyak


kepada rakan-rakan saya khususnya seunit dengan saya kerana banyak memberi pendapat
dan peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa sepanjang tugasan kerja khusus ini
disiapkan. Mereka juga telah membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya
utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus saya ini. Terima kasih.
Pendahuluan

Saya berserta semua pelajar ambilan Jun 2020, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Sultan Mizan telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus bagi subjek Wacana Penulisan ini,
iaitu satu tugasan individu dan satu tugasan berkumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat
ahli dalam setiap kumpulan.

Tugasan individu tersebut merupakan tugasan menulis esei yang saya memberinya
tajuk “Langkah-langkah untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profession
Pilihan”, manakala tugasan secara berkumpulan pula merupakan tugasan utnuk mendapatkan
pelbagai sumber maklumat dan melaksanakan pembentangan Powerpoint secara kreatif
berdasarkan tajuk-tajuk dalam kursus dengan memastikan maklumat yang diperoleh
menunjukkan kemahiran membuat rujukan, aplikasi penggunaan bahasa laras akademik yang
gramatis tanpa berlaku plagiat sebagai tugasan secara berkumpulan.