Anda di halaman 1dari 2

SOALAN KUIZ PUTERI ISLAM

1. Bagaimanakah cara hidup masyarakat Mekah sebelum Nabi Muhammad


menjadi rasul?

a. Bersatu padu dan aman damai


b. Berpuak-puak dan berpecah belah
c. Bertolak-ansur
d. Bermuafakat

2. Apakah kepercayaan masyarakat mekah ketika itu?

a. Menyembah Allah
b. Menyembah matahari
c. Menyembah berhala
d. Menyembah dewa

3. Berikut adalah cara hidup masyarakat mekah, kecuali…

a. Minum arak
b. Berjudi
c. Menilik nasib
d. Bergotong-royong

4. Nabi Muhammad seorang yang….

a. Amanah
b. Suka berbohong
c. Panas baran
d. Pengecut

5. Bukti nabi Muhammad seorang yang amanah ialah…

a. Diberikan kepercayaan menguruskan rumah Khadijah


b. Diberikan kepercayaan menguruskan perniagaan Khadijah
c. Diberikan kepercayaan menguruskan pejabat Khadijah
d. Siberikan kepercayaan menguruskan pasar Khadijah

6. Apakah peristiwa yang menyebabkan perbalahan antara Qabilah pada zaman


jahiliyyah?
a. Perebutan untuk menjadi ketua qabilah
b. Perebutan untuk memindahkan hajarul aswad
c. Perebutan untuk meletak hajarul aswad
d. Perebutan untuk membina masjid

7. Nabi Muhammad membantu Halimatus Saadiah mengembala kambing


sewaktu….

a. Baginda kanak-kanak
b. Baginda bayi
c. Baginda telah dewasa
d. Baginda menjadi rasul

8. Apakah gelaran bagi Nabi Muhammad sebelum diangkat menjadi rasul?

a. As-Siddiq
b. Al-Farouk
c. Al-Ain
d. Al-Amin

9. Kita hendaklah meneladani akhlak Nabi Muhammad supaya…


a. Hidup kita bahagia dan dikasihi Allah
b. Disisihkan masyarakat dan dimurkai Allah
c. Dimarahi ibu bapa
d. Hidup sedih dan tidak tenteram

10. Berapakah umur Nabi Muhammad ketika dilantik menjadi Rasul?

a. 45 tahun
b. 40 tahun
c. 63 tahun
d. 25 tahun

JAWAPAN

1. B 2. C 3. D 4. A 5. B 6. C 7. A 8. D 9. A 10. B