Anda di halaman 1dari 6

Jenis-Jenis Hadith

Senarai Jenis-Jenis Hadith

Hadith Sahih (‫)صحيح‬

Definisi:

Hadith sahih adalah hadith yang tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya. Hadith
sahih adalah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu.

Hadith yang bersambung sanadnya, dengan diriwayatkan oleh perawi yang ‘adil (berintegriti
dan dipercayai) dan dabit (kekuatan hafazan dan tulisan) daripada perawi yang sepertinya,
sehingga ke penghujung sanad, tanpa keganjilan ( shaz) dan kecacatan (illah).

Hukumnya : Taraf hadith sahih adalah kuat dan wajib beramal dengannya.

Syarat-syarat hadith Sahih:

a)                Bersambung sanad

Dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al
Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu
sama ada dari segi masa atau tempat. 

b)                Perawi yang adil

Orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi
perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri - ciri berikut:
   Muslim
   Baligh
   Berakal
   Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan
dalam melakukan dosa kecil.
   Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang - orang
yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau
senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan.

c)         Perawi yang dhabit

Orang yang tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan
untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila - bila masa. Dhabit
terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit.
    Dhābit Sodri
Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu
untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya
sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa. 
 Dhābit Kitabi
Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang,
dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia
mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan
catatannya. 

d)                Tiada keganjilan (shaz)

Tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah.
Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan
dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan
tidak dikumpulkan

e)                Tiada kecacatan (illah)


Tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih
thiqah. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi
bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih
ramai, dan tidak dikumpulkan Sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah
hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung dalam sanadnya
seorang fasiq.

‫ كان النبي صلى هللا‬: ‫حدثنا مسدد حدثنا معتمر قال سمعت أبي قال سمعت أنس بن مالك رضي هللا عنه قال‬
‫عليه و سلم يقول ( اللهم إني أعوذ بك من العجز والكسل والجبن والهرم وأعوذ بك من فتنة المحيا‬
) ‫والممات وأعوذ بك من عذاب القبر‬

Telah menceritakan kepada kami oleh Musaddad, telah menceritakan kepada kami
Mu'tamir, dia berkata: Aku telah mendengar ayahku telah berkata; Aku mendengar Anas bin
Malik RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah, Aku memohon kepadaMu
perlindungan daripada kelemahan, kemalasan, pengecut dan terlalu tua. Dan Ya Allah, Aku
memohon kepadaMu perlindungan daripada fitnah (ujian) ketika hidup dan mati, dan Ya
Allah, Aku memohon kepadaMu perlindungan daripada azab kubur.
 
Hadith di atas memenuhi syarat hadith Sahih kerana:
1.     Sanadnya hingga kepada Rasulullah SAW
 
2.     Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir. Anas bin Malik merupakan salah
seorang sahabat Rasullah SAW, dan beliau mendengar sendiri drp Rasulullah SAW.
Sulaiman bin Tharkhan (ayah Mu'tamir) telah menyatakan dirinya menerima hadith dgn
cara mendengar dari Anas. Sementara Mu'tamir telah mendengar/menerima hadith ini dari
ayahnya. Begitu juga Musaddad, dia telah mendengar hadith ini drp Mu'tamir. Imam
Bukhari pula telah mendengar dari Musaddad.
 
3.    Terdapatnya sifat adil dan dbabit dalam para periwayat di dalam sanad, mulai dari
shahabat, yaitu Anas bin Malik ra hingga kepada orang yang mengeluarkan hadith, iaitu
Imam Bukhari 
a.  Anas bin Malik ra, beliau termasuk salah seorang shahabat Nabi
saw, dan semua shahabat dinilai adil. 
b.  Sulaiman bin Tharkhan (Ayah Mu’tamir), dia siqah abid (terpercaya
lagi ahli ibadah). 
c.  Mu’tamir, dia siqah 
d.  Musaddad bin Masruhad, dia siqah hafid. 
e.  Al-Bukhari –penulis kitab as-Shahih-, namanya adalah Muhammad
bin Isma’il al-Bukhari, dia dinilai sebagai jabal al-hifdzi (gunungnya
hafalan), dan amirul mu’minin fil hadith. 
 
4. Hadith ini tidak syadz (bertentangan dengan riwayat lain yang lebih kuat) 
 
5. Hadith ini tidak ada illah-nya 

Contoh:
‫ أخبرنا مالك عن ابن‬:‫ حدثنا عبد هللا بن يوسف فال‬:‫ما أخرجه البخاري في صحيحه قال‬
‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قرأ‬:‫شهاب عن محمد بن جبير ين مطعم عن أبيه قال‬
‫في المغرب بالطور‬.

Hadith ini adalah sahih kerana menepati kelima-lima syarat hadith sahih.

Hukum beramal dengan hadith sahih: Boleh beramal dan dijadikan hujah.

Antara kitab yang hanya menghimpunkan hadith sahih


a)                Sahih al-Bukhari
b)                Sahih Muslim

Tingkatan hadith sahih:

1)              Hadith yang disepakati kesahihannya oleh al-Bukhari dan


Muslim (muttafaq ‘alayh).
2)              Hadith yang disahihkan oleh al-Bukhari.
3)              Hadith yang disahihkan oleh Muslim.
4)              Hadith yang menepati syarat sahih al-Bukhari dan Muslim.
5)              Hadith yang menepati syarat sahih al-Bukhari.
6)              Hadith yang menepati syarat sahih Muslim.
7)              Hadith yang disahihkan oleh imam-imam hadith selain
mereka berdua, seperti Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban, dan lain-lain.
 

Hukumnya:

1)         Hadith tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila
terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg
dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya. 

2)    Wajib beramal dgn setiap Hadith sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim,
sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah. 

3)        Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya,


sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadith, iaitu
Qawaid At-Tahdis. 
4)   Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadith yg sahih jika diketahui tidak
terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada
pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-
Qur'an Atau Hadith yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu. 

5)      Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadith walaupun hanya terdapat
seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-
kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan). 

6)     Tidak semua Hadith yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadith yg
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg
mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah
dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana
Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai
Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat
bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa
berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda. 

Anda mungkin juga menyukai