BAB16PIRAMIDPENDUDUK

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 10

BAB 16.

PIRAMID PENDUDUK

16.1 Piramid Penduduk

1.Piramid penduduk ialah susunan secara berlapis penduduk sesebuah negara atau kawasan
menurut kumpulan umur tertentu dan dibahagi kepada jantina.

2.Bentuk piramid penduduk dibahagi kepada kumpulan bayi, kanakkanak, orang dewasa, dan orang
tua.

3.Bentuk piramid penduduk menurut umur dan jantina menggambarkan aspek kependudukan
sesebuah negara.

4.Bentuk piramid penduduk dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tahap pembangunan, sejarah
kependudukan, dan dasar kerajaan.

BENTUK PIRAMID PENDUDUK

Piramid Penduduk Progresif

Rajah 16.1 Piramid progresif

1. Tapak yang lebar

(a) Tapak yang lebar menggambarkan bilangan dan peratus penduduk kumpulan umur muda adalah
ramai.

(b) Penduduk muda yang ramai menunjukkan kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian
semakin menurun menyebabkan pertumbuhan penduduk juga tinggi. Keadaan ini disebabkan
perkahwinan ketika usia muda yang meningkatkan kadar fertiliti dan peningkatan kemudahan
kesihatan.

(c) Negara yang mengalami piramid progresif biasanya terdiri daripada negara yang mundur dan
sedang membangun.

(d) Negara-negara ini akan mengalami kekurangan kemudahan asas seperti kemudahan pendidikan
yang menyebabkan masalah buta huruf.

2. Puncak yang tajam

(a) Puncak yang tajam menunjukkan jangka hayat penduduk sesebuah negara adalah rendah.

b) Kadar kematian golongan tua adalah tinggi menunjukkan bilangan penduduk yang mencapai umur
tua adalah rendah iaitu 70 tahun ke atas.

(c) Kadar kematian golongan tua adalah tinggi disebabkan kekurangan kemudahan kesihatan dan
penjagaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak hingga
menyebabkan kematian.
3. Dinding piramid yang cekung atau komposisi umur

(a) Bentuk piramid yang cekung menunjukkan komposisi yang tidak seimbang.

(b) Piramid progresif menunjukkan bilangan kanak-kanak atau golongan muda adalah lebih ramai
berbanding golongan dewasa dan tua.

(c) Golongan muda yang ramai berbanding golongan dewasa yang aktif dalam ekonomi
menyebabkan nisbah tanggungan adalah tinggi.

4. Nisbah jantina

(a) Nisbah jantina antara lelaki dan perempuan adalah hamper seimbang. Terdapat sedikit sahaja
perbezaan antara golongan lelaki dan perempuan.

(b) Sesetengah negara menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih ramai dan jangka hayat golongan
perempuan adalah lebih tinggi bergantung kepada tahap kesihatan, amalan pemakanan dan gaya
hidup yang diamalkan oleh penduduk.

5. Tahap pembangunan

(a) Kadar kelahiran dan kematian yang tinggi, nisbah tanggungan yang tinggi dan jangka hayat
penduduk yang rendah menunjukkan tahap pembangunan sesebuah negara masih rendah.

Piramid Penduduk Mantap

Rajah 16.2 Piramid mantap

1. Tapak yang masih lebar

(a) Tapak piramid yang lebar menunjukkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian semakin
menurun atau rendah. Keadaan ini menunjukkan bilangan golongan muda adalah ramai.

(b) Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian bayi yang rendah menunjukan tahap penjagaaan
kesihatan dan amalan pemakanan yang semakin baik.

(c) Pada peringkat ini, terdapat usaha mengawal kadar kelahiran walaupun masih kurang berkesan.
Taraf pendidikan dan kesihatan penduduk semakin meningkat.

2. Puncak yang tidak tajam

(a) Puncak yang tidak begitu tajam menunjukkan jangka hayat semakin meningkat dan bilangan
golongan tua melebihi 65 tahun ke atas semakin bertambah.

(b) Jangka hayat yang semakin meningkat menunjukkan taraf kesihatan penduduk yang semakin
baik.

3. Dinding piramid yang hampir lurus atau komposisi umur

(a) Bentuk dinding yang hampir lurus menunjukkan komposisi umur golongan muda, golongan
dewasa dan golongan tua adalah lebih seimbang.

(b) Komposisi yang hampir seimbang ini menunjukkan taraf kesihatan dan taraf pendidikan yang
tinggi serta amalan pemakanan yang baik.
4. Tahap pembangunan

(a) Kadar kelahiran yang sederhana, kadar kematian yang rendah menunjukkan tahap pembangunan
sosial yang semakin meningkat iaitu taraf kesihatan penduduk yang baik dan taraf pendidikan. Taraf
pendidikan yang sempurna mampu melahirkan penduduk yang berilmu dan berkemahiran.

(b) Tahap pembangunan ekonomi dalam negara semakin meningkat menunjukkan negara menuju
sebuah negara yang maju. Ekonomi negara berkembang kepada ekonomi sekunder dan tertier serta
taraf hidup penduduk yang tinggi.

Piramid Regresif (Peralihan) dan Piramid Perantaraan

Rajah 16.3 Piramid regresif (peralihan) Rajah 16.4 Piramid perantaraan

1. Tapak piramid yang sempit

(a) Kedua-dua bentuk piramid ini mempunyai banyak persamaan yang ketara. Kadar kelahiran dan
kadar kematian adalah rendah. Keadaan ini menggambarkan negara yang sudah maju seperti
Amerika Syarikat, Britain, Sweden, Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lain. Perbezaan yang terdapat
antara keduadua bentuk piramid ini ialah dari segi saiz tapak walaupun kedua-keduanya adalah
sempit.

b) Bagi negara-negara maju yang lebih liberal seperti Perancis, Sweden dan Denmark mempunyai
tapak piramid yang sempit. Tapak yang sempit ini menunjukkan negara-negara ini cenderung
mempunyai keluarga yang kecil.

(e) Keadaan ini disebabkan perkahwinan pada usia yang lewat, taraf pendidikan yang tinggi, dasar
kerajaan yang longgar berkaitan pengguguran anak dan pemandulan, amalan perancangan keluarga
yang berjaya dan taraf hidup yang tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadi pertumbuhan
penduduk negatif di negara-negara terbabit.

(d) Bagi negara maju yang lebih konservatif seperti Amerika Syarikat dan Britain tapak piramid lebih
lebar walaupun masih sempit. Kedaaan ini disebabkan terdapat ramai penduduk yang masih
menginginkan keluarga yang ramai walaupun perancangan keluarga diamalkan.

2. Komposisi umur

(a) Dinding piramid yang cembung menunjukkan bilangan penduduk dewasa adalah ramai.

(b) Bilangan penduduk dewasa yang ramai menunjukkan kadar kematian orang dewasa adalah
rendah disebabkan teknologi perubatan yang maju menyebabkan taraf kesihatan yang tinggi,
amalan pemakanan yang baik dan seimbang serta pengetahuan yang tinggi tentang penjagaan
kesihatan.
3. Puncak yang lebar

(a) Puncak yang lebar menunjukkan jangka hayat penduduk adalah tinggi.

(b) Jangka hayat yang tinggi menunjukkan penduduk tua yang ramai dan terdapat penduduk yang
berumur 80 tahun ke atas.

(c) Jangka hayat yang tinggi menunjukkan teknologi perubatan yang tinggi dan berupaya mengawal
penyakit merbahaya. kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan
yang seimbang.

4. Tahap pembangunan

(a) Kadar kelahiran dan kematian yang rendah, jangka hayat yang tinggi menunjukkan tahap
pembangunan masyarakat dan ekonomi yang tinggi.

(b) Penduduk mempunyai tahap pendidikan dan kadar celik IT yang tinggi, berkerjaya, dan taraf
hidup yang tinggi.

(c) Sektor ekonomi bergantung kepada ekonomi moden dan bersifat global seperti peringkat
kuartener dan kuiner serta pendapatan negara adalah tinggi.

Kajian Kes: Negara Malaysia

1. Merujuk kepada piramid penduduk Malaysia pada 2000 dan 2010 berdasarkan laporan banci
penduduk pada 2010.

2 .Tapak yang semakin mengecil

(a) Tapak yang semakin mengecil menunjukkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang semakin
menurun dan purata petumbuhan penduduk yang semakin rendah.

(b) Kadar kelahiran kasar menurun daripada 18.5 bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2009
kepada 17.2 bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2010.

(c) Keadaan ini disebabkan perkahwinan pada usia yang lewat peningkatan taraf hidup dan amalan
perancangan keluarga yang semakin berjaya.

3. Komposisi umur

a) Bentuk piramid yang semakin cembung menunjukkan bilangan penduduk muda semakin menurun
dan bilangan penduduk tua yang semakin meningkat.

(b) Penduduk yang berumur bawah 15 tahun ke bawah menurun daripada 33.3 peratus pada tahun
2000 kepada 27.6 peratus pada tahun 2010 manakala penduduk yang berumur 65 tahun ke atas
meningkat daripada 3.9 peratus pada tahun 2000 kepada 5.1 peratus pada tahun 2010.

(c ) Keadaan ini disebabkan peningkatan teknologi perubatan, meningkatan pengetahuan tentang


penjagaan kesihatan dan malan pemakanan yang baik dan seimbang.

Rajah 16.5 Perbezaan piramid penduduk Malaysia pada 2000 dan 2010 Sumber; Laporan Banci
Penduduk 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia
4. Nisbah jantina

(a) Nisbah jantina adalah hampir seimbang tetapi bilangan lelaki masih lagi melebihi bilangan wanita.

(b) Pada tahun 2010, bilangan penduduk lelaki ialah 51.5 peratus berbanding 48.5 peratus penduduk
wanita.

5. Puncak yang semakin lebar

(a) Puncak yang semakin lebar menunjukkan jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat.

(b) Jangka hayat hayat penduduk Malaysia telah meningkat daripada 72.2 pada tahun 2000 kepada
74.09 pada tahun 2010 dan kepada 74.72 pada tahun 2013.

(c) Keadaan ini disebabkan peningkatan dalam kemudahan perubatan yang semakin meningkat,
pendapatan penduduk yang semakin bertambah, amalan pemakanan yang seimbang dan
peningkatan dalam penjagaan kesihatan.

16.2 Model Peralihan Demografi

1. Model peralihan demografi merupakan peringkat perubahan kependudukan yang dialami oleh
sesebuah negara.

Rajah 16.6 Model peralihan demografi

2. Peringkat-peringkat peralihan demografi dipengaruhi oleh proses pembangunan dan kemajuan


sesebuah negara.

3. Komponen dalam peringkat dalam peralihan demografi ialah kadar kelahiran, kadar kematian, dan
pertumbuhan penduduk.

PERINGKAT PERALIHAN DEMOGRAFI

Peringkat Pertama

1. Pada peringkat pertama, kadar kelahiran dan kematian adalah tinggi yang menyebabkan kadar
pertumbuhan penduduk adalah rendah.

2. Kadar kelahiran yang tinggi disebabkan oleh ketiadaan amalan perancangan keluarga, keperluan
kepada tenaga buruh keluarga dalam sektor pertanian, perkahwinan pada usia yang muda dan
kekangan adat dan status quo masyarakat.
3. Kadar kematian yang tinggi disebabkan kekurangan teknologi perubatan dan kemudahan
kesihatan menyebabkan taraf kesihatan penduduk adalah rendah dan senang diancam wabak
penyakit, masalah peperangan, dan ancaman kebuluran.

4. Negara-negara yang terdapat dalam peringkat pertama ini ialah negara mundur seperti Somalia,
Kenya dan Euthophia.

Peringkat kedua

1. Pada peringkat ini, kadar kelahiran masih lagi tinggi dan kadar kematian menurun secara
mendadak dan pertumbuhan penduduk semakin meningkat.

2. Kadar kelahiran yang tinggi disebabkan peningkatan dalam kemudahan perubatan dan teknologi
perubatan, amalan perancangan keluarga yang masih rendah, sumber makanan, yang semakin
meningkat dan taraf sosioekonomi penduduk yang makin meningkat serta keperluan kepada tenaga
buruh keluarga masih lagi tinggi.

3. Kadar kematian menurun dengan cepat disebabkan oleh peningkatan kemudahan kesihatan dan
perubatan moden yang menyebabkan kematian semasa bersalin menurun dengan cepat dan
kawalan penyakit berjangkit yang semakin berkesan serta bertambahan dalam pengeluaran
makanan.

4. Negara-negara yang berada dalam peringkat kedua ialah negara-negara membangun seperti
Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lainnya.

Peringkat ketiga

1. Pada peringkat ketiga, kadar kelahiran menurun secara mendadak dan kematian terus menurun
menyebabkan pertumbuhan penduduk menurun. Pertumbuhan penduduk mungkin menurun
sehingga menjadi pertumbuhan yang stabil atau ke paras pertumbuhan penduduk sifar.

2. Kadar kelahiran yang menurun dengan cepat disebabkan program perancangan keluarga yang
berjaya, perkahwinan lewat disebabkan taraf pendidikan yang tinggi dan penduduk yang berkerjaya.
Penduduk mementingkan status masyarakat dan peningkatan taraf hidup.

3. Kadar kematian yang terus menurun disebabkan peningkatan kemudahan kesihatan moden yang
berjaya meningkatkan jangka hayat penduduk, kejayaan mengawal penyakit berjangkit melalui
penemuan ubat dan vaksin, peningkatan pengeluaran makanan kerana penggunaan teknologi
moden dan peningkatan pengetahuan penduduk tentang penjagaan kesihatan serta peningkatan
taraf hidup.

4. Kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun dan stabil menggambarkan sesebuah
negara yang semakin maju dan membangun.

5. Negara yang berada pada peringkat ketiga ini ialah negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat
dan negara-negara Eropah.

KAITAN PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN TAHAP PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA

Peringkat Pertama: Masyarakat Pertanian

1. Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang tinggi pada peringkat ini menggambarkan
tahap pembangunan sosioekonomi negara adalah rendah.
2. Sesebuah negara yang berada di peringkat pertama adalah terdiri daripada negara-negara yang
mundur.

3. Sektor ekonomi bergantung kepada sektor pertanian dan berintensifkan buruh. Tahap teknologi
masih lagi rendah dan bergantung kepada teknologi tradisional. Sesebuah negara pada tahap ini
mengalami masalah kekurangan teknologi, tenaga mahir, dan modal.

4. Teknologi yang rendah menyebabkan penerokaan sumber alam adalah terhad dan pengeluaran
sumber makanan adalah rendah.

5. Pembangunan sosial adalah rendah yang digambarkan ng menunjukkan jangka hayat rendah,
tahap pendidikan yang rendah menyebabkan kadar huruf yang tinggi. Kadar kemiskinan yang tinggi
dan mas sosial yang tinggi seperti jenayah dan penyakit berjangkit.

Peringkat kedua: Peringkat Awal Perindustrian

1. Pada peringkat ini, kadar kelahiran masih lagi tinggi dan kadar kematian menurun secara
mendadak serta pertumbuhan penduduk semakin meningkat.

2. Keadaan ini menggambarkan keadaan di negara-negara sedan membangun pada bahagian awal
dan pertenganan peringkat in dan pada bahagian akhir peringkat ini menggambarkan negara negara
perindustrian baharu seperti Korea Selatan dan Taiwan

3. Sumber ekonomi negara telah berubah dan bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian
kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan.

4. Peningkatan tahap teknologi daripada teknologi tradisional kepada teknologi moden dan modal
dalam negara semakin meningkat.

5. Sumber ekonomi telah berkembang dan pembangunan sumber alam telah meningkat akibat
peningkatan teknologi.

6. Pendapatan per kapita negara semakin meningkat, peluang pekerjaan yang semakin bertambah
menyebabkan pendapatan taraf hidup penduduk semakin meningkat

7. Tahap pembangunan sosial juga akan meningkat seperti peningkatan kemudahan pendidikan,
peningkatan kemudahan kesihatan yang akan meningkatkan jangka hayat dan pembandaran juga
semakin berkembang.

Peringkat ketiga: Peringkat Perindustrian

1. Pada peringkat ketiga, kadar kelahiran dan kematian yang menurun dan pertumbuhan penduduk
menjadi stabil atau ke paras pertumbuhan penduduk sifar. Keadaan tersebut menggambarkan
sebuah negara yang maju.

2. Penduduk berada pada peringkat optimum dan peringkat ini menggambarkan negara-negara yang
maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Perancis, Sweden dan lain-lain.

3. Pembangunan ekonomi negara-negara berkenaan pada peringkat ini berkembang dengan pesat
dan pendapatan negara bergantung kepada sektor perindustrian dan sektor perkhidmatan.
4. Sumber alam akan dijana dengan berkesan kerana kemajuan teknologi dan pendapatan per kapita
negara adalah tinggi.

5. Pembangunan sosial adalah tinggi kerana kemajuan teknologi kesihatan yang meyebabkan jangka
hayat penduduk adalah tinggi, kemajuan sistem pendidikan menyebabkan kadar buta huruf adalah
sifar dan kadar celik ICT adalah tinggi.

6. Masyarakat pada peringkat ini berpendapatan tinggi, bermaklumat dan taraf hidup penduduk
adalah tinggi.

7. Kadar pembandaran adalah tinggi dan masyarakat tinggal kawasan bandar

Rumusan Bab 16

Piramid penduduk digunakan untuk membuat rumusan dan analisis tentang ciri-ciri demografi di
sesebuah kawasan atau negara

Paksi menegak pada piramid penduduk menunjukkan kumpulan umur. Manakala paksi mendatar
menunjukkan bilangan atau peratusan lelaki dan perempuan,

Bentuk piramid penduduk dibahagikan kepada kumpulan bayi, kanak kanak, dewasa dan orang tua

Piramid penduduk dibahagikan kepada piramid bentuk progresif, piramid bentuk mantap, piramid
bentuk regresif dan piramid bentuk perantaraan.

Model peralihan demografi merupakan peringkat perubahan kependudukan yang dialami oleh
sesebuah negara.

Peringkat-peringkat peralihan demografi dibahagikan kepada peringkat pertama peringkat kedua,


dan peringkat ketiga.

Setiap peringkat peralihan demografi dikaitkan dengan pertumbuhan dan tahap pembangunan di
negara tersebut.

Peringkat pertama melibatkan masyarakat pertanian, peringkat kedua melibatkan peringkat awal
perindustrian dan peringkat ketiga melibatkan perindustrian.
Praktis Pengukuhan STPM 16

Soalan Struktur

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan model peralihan demografi? [3]

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

(b) Jelaskan dua ciri peralihan demografi peringkat pertama. [6]

i.................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

ii................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

(c) Jelaskan kesan penuaan penduduk terhadap sosioekonomi di Malaysia. [6]

i.................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

ii................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

iii...............................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................
Soalan Esei

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan piramid penduduk? [5]

(b) Rajah di bawah menunjukkan bilangan penduduk mengikut jantina dan kumpulan umur di
Malaysia pada 2000 dan 2010.

Huraikan ciri-ciri kependudukan di Malaysia sebagaimana yang terdapat di dalam rajah di atas. [10]

(c) Cadangkan langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup
penduduk. [10]

Anda mungkin juga menyukai