Anda di halaman 1dari 10

Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

Ekonomi Dinar

( Prof Umar Ibrahim Vadillo )

Ramai yang terkejut apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu menggunakan
dinar emas sebagai ganti kepada US dollar dalam pertukaran perdagangan luar negara. Ketika
lawatan ke Yaman pada 16 Julai 2002 beliau berkata : “ Kita mahu kembali kepada dinar emas
kerana emas sendiri ada nilai sedangkan wang kertas tiada nilai “

Ucapannya meninggalkan kesan samada berupa sokongan dan bangkangan. Marilah kita
melihat pekara ini dengan lebih mendalam penglibatan saya dalam pekara ini. Dinar dan dirham
sudah dicetak bertahun-tahun sejak World Islamic Mint mengeluarkan dinar yang pertama
tahun 1992.  Konsep World Islamic Mint ini adalah sebahagian dari idea yang lebih luas meliputi
World Islamic Trading Organization ( Pertubuhan Perdagangan Dunia Islam ), atas kesedaran
kita mahu menyediakan satu alternertif kepada sistem ekonomi masa kini yang juga
menggambarkan keislaman kita dan perubahan yang berlaku pada abad ke 20 dan fenomena
kepada apa yang dipanggil proses Islamisasi.

Selama 50 tahun yang lalu kita diketengahkan dengan proses Islamisasi dimana keseluruhan
sistem riba kapitalis barat diIslamkan. Proses ini berjalan seperti berikut : Bank – Bank Islam,
Insuran – Insuran Islam, Bursa – Bursa Saham Islam, Kad Debit – Kad debit Islam; dan saya
telah mengatakan satu hari nanti mereka akan mengislamkan kad kredit dan ini telah pun
berlaku.

Kita melihat seolah – seolah proses ini tidak akan berakhir sedangkan disegi keilmuannya
sangat jauh daripada apa yang Islam ketengahkan sebenarnya. Bukan sahaja ianya
merendahkan ilmu berkaitan ekonomi semasa bahkan tidak sampai kepada ilmu Islam pun.
Bagaimana proses ini boleh dijayakan dalam keilmuan Islam khusus dalam ilmu fiqah. Prosedur
yang digunakan untuk menghalalkan proses ini terbuka kepada kritikan – apa metodoloji yang
digunakan untuk menjayakan proses ini.

Matlamat kita ialah untuk menukar trend pemikiran dan perjalanan proses ini dengan melihat
pekara ini dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak cuba mengislamkan sistem, kita mahu
menyediakan yang kita punya. Kita mahu melihat pada Islam dan melihat apa model yang ada
dan sesungguhnya memang kita ada model dan ingin melihat bagaimana kita dapat
menegakkannya hari ini. Inilah idea disebalik Perdagangan Islam.

Satu pekara yang paling penting dan paling simbolik kepada isu – isu disebalik Perdagangan
Islam ialah persoalan matawang/currency. Dinar Islam sudah diketahui sebagai matawang
dalam Islam. Disebut dalam Al Quran dan menjadi sebahagian daripada sunnah masyarakat
Islam pertama dan menjadi sebahagian daripada umat Islam daripada pemulaan Islam
sehinggalah kejatuhan khalifah. Berakhirnya khalifah Islam , berakhirlah matawangnya ( Dinar ).
Jadi seterusnya kita berpindah kepada 23 atau bergantung kepada cara kita mengiranya, 36
matawang berbeza dengan negara – negara kecil ini wujud dengan setiap negara mempunyai
bendera masing – masing dengan lagu kebangsaan masing – masing mengikut kehendak
Winston Churchill dan rakan –rakannya, membahagi – bahagikan saki baki Empayar

1 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

Othmaniah.

Jadi sebenarnya kita telah diberikan dengan model yang bukannya datang dari  orang – orang
Islam. Ia diberikan kepada kita dengan undang – undangnya dan syarahan/ilmu akademiknya
sekali bagi merasionalkan proses tersebut. Akan tetapi jika kita melihat kepada aspek
shariahnya dengan pemikiran yang betul/asli kita merasakan bahawa shariah tidak perlu
kepada pembaharuan/reformasi, yang perlukan kepada pembaharuan/reformasi sebenarnya
ialah dunia. Tidak usahlah kita menyesuaikan shariah dengan ekonomi moden, apa yang harus
kita lakukan ialah menyesuaikan dunia dengan shariah. Apabila kita bercakap mengenai ilmu
ini, kita harus melihat dan bertanya “ Dimana dinar dan dirham ? “.

Dinar dan dirham pertama dewasa ini dicetak di Granada, selatan Sepanyol, oleh sekumpulan
orang Islam Eropah. Inilah sebahagian dari gambaran yang mana  kami berada dalam
situasi/keadaan yang pelik, kami terpaksa melihat dengan cara yang berbeza. Masyarakat
Islam Eropah terdiri dari orang-orang Britain, Sepanyol, Jerman, Itali dan sebahagian besar dari
pemeluk Islam yang ramai dalam tempoh 25 tahun lalui dan semakin  ramai dalam tempoh
akhir – akhir ini.

Apabila kami masuk Islam, kami tidak ada budaya atau cara yang kami hendak bergantung,
kami tidak boleh kembali kepada keluarga kami dan bertanya bagaimana hendak
melakukannya, jadi kami terpaksa melihat keadaan seperti pada permulaannya. Kami adalah
umat yang paling muda, dan kami tidak tahu jadi kami boleh bertanya soalan – soalan yang
cukup mudah “ Dimana matawang Islam, apa sudah terjadi ? “. Sebabnya kami sudah sampai
ketahap dimana kami sudah meninggalkan kapal yang sedang tenggelam, yang kita panggil
sebagai tamaddun barat dan kita melihat umat Islam sedang berebut – rebut untuk melompat
masuk kedalam kapal tersebut ! Kami bertanya “ Kemana kamu hendak pergi ? Tidakkah kamu
sedar khazanah yang berada dalam tangan kamu, sedangkan kamu cuba untuk meniru sesuatu
yang tidak berfungsi ? “.

Secara terus dengan latarbelakang kami, kami melihat situasi ini dari sudut yang berbeza. Kami
sampai kepada persoalan Islam tanpa prejudis, kami lebih terbuka. Seperti yang kita ketahui,
dinar tidak ada negara, diperbuat dari emas, sama sahaja samada di Morroko atau di Malaysia
atau di China. Seekor ayam ketika zaman Rasullulah s.a.w berharga 1 dirham, sekarang pun
kamu boleh dapati seekor ayam dengan 1 dirham di Kuala Lumpur. 1400 tahun kemudian
inflasi adalah sifar. Ada satu kajian oleh Professor Roy Jastram daripada Universiti Berkerly,
1976, “ Golden Constant “ mendapati harga emas dengan beberapa barang tertentu selama
400 tahun hingga 1976 adalah kuasa beli menggunakan emas sebagai matawang adalah
konstant walaupun ketika menghadapi peperangan atau krisis ekonomi, kuasa beli tetap sama.

Sistem ekonomi sekarang wujud bukan kerana adanya aktiviti keilmuan atau perdebatan
ataupun kerena pilihan politik majoriti  negara – negara di dunia. Ia berlaku kerana peristiwa –
peristiwa besar yang berlaku pada tahun 60 an dan awal 70 an, apabila Perjanjian Brettons
Woods gagal dan Amerika Syarikat menjadi bankrupt. Mereka mencetak terlalu banyak dollar
dan tidak mampu membayarnya.

Pada tahun 1968, General De Gaulle, Presiden Peranchis mengarahkan menteri kewangannya:

2 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

Perancis tidak bolek bertolak ansur lagi dengan Amerika Syarikat yang mengekspot inflasinya
ke Perancis dengan membanjiri mereka dengan dollar, memandu kereta besar, berperang tapi
dengan susah payah orang lain. Dia menyuruh supaya dikumpulkan semua dollar dalam
Perancis dan kembalikan kepada Amerika Syarikat dan ditukarkan kepada emas. Seperti yang
berlaku setiap kali panik/kekalutan , siapa pun tidak mahu menjadi yang terakhir dalam barisan,
dalam tempoh 2 bulan , 60% daripada simpanan emas di Fort Knox susut. Amerika Syarikat
terpaksa mengambil langkah mengharamkan penukaran dollar dengan emas untuk indidvidu
dan kemudian Bank Negara pun tidak boleh menukar dollar dengan emas. Tahun 1969 , De
Gaulle dikalahkan, dan George Pompidou berkuasa, bersama Willi Brandt, mereka
mengenengahkan idea Wang Eropah, ECU.

Usaha mula, yang dilakukan De Gaulle telah membawa krisis kepada dollar, membawa kepada
Nixon untuk membatalkan janji tukaran  35 dollar untuk satu auns sejak perang dunia kedua.
Jadi kita telah masuk kepada situasi dimana matawang terapung , mengikut nisbah antara
masing – masing , ini telah memberi kelebihan yang sangat besar kepada pihak yang memiliki
ekonomi yang sangat besar keatas yang kecil kerana mereka memberi kamu sekeping kertas 
dan kamu memberi mereka minyak, gas, galian dll. tetapi kamu tidak boleh kembali kepada
mereka dengan ringgit dan membeli sebotol coca – cola pun di New York.

Kamu tidak payah menjadi terlalu intelek untuk memahami prinsip dimana hanya sebuah
negara diberi hak keistimewaan (privilage) – De Gaulle menyebut sebagai kelebihan besar
Amerika Syarikat  untuk mencetak wang yang akan menjadi matawang dunia, ini adalah tidak
adil untuk negara lain. Seolah – olah apabila kita bermain monopoly tiba-tiba seorang pemain
berkata “ saya akan mencetak wang “, semua pemain lain akan berkata “ Nanti sekejap, Ini
adalah mustahil, sudah tentu kamu akan menang “.

Ketidakadilan ini disentuh oleh Dr. Mahathir, pemimpin Russia sekarang pun bercakap tentang
menggantikan dollar,disudut akademik, Prof. Robert Mundell pemenang Nobel Prize juga
bercakap tentang matawang berasaskan barang (komiditi) , Prof Duetch dari Jerman juga
menyentuh tentang bagaimana hendak menegakkan ekonomi berdasarkan system kewangan
yang betul. Sekarang kita tidak ada sistem kewangan,sekarang kita hanya ada huru-hara ( Prof
Robert Mundell ). Mangsa yang terdekat yang kita dapat lihat ialah Argentina, mengikat duitnya
dengan dollar tetapi masih tidak dapat menguruskan ekonominya dengan baik kerana
matawangnya tidak stabil.

Penggunaan emas; bermaksud duit akan akan ada definasi, sama seperti apa yang kita sebut
sebagai kilogram. Satu kilogram ialah satu kilogram. Bayangkan huru – hara yang berlaku jika
ada kilogram Malaysia dan kilogram Indonesia, kemudian kamu berdagang dengan China dan
mereka memiliki kilogram mereka yang tersendiri. Oleh itu kamu boleh melupakan perdagagan,
barang dagagan sudah tidak relevan lagi. Apa yang menjadi isu nilai tukaran asing ( exchange
rate ) antara kilogram yang berbeza. Kita telah membuka pintu kepada spekulasi pasaran untuk
mereka yang akan merompak dan memanipulasikan pasaran untuk kepentingan mereka.

Dunia menuntut satu matawang, Kamu boleh berkomunikasi dari Malaysia ke New York dalam
masa 15 saat tetapi kamu tidak boleh mempunyai 162 matawang. Ini tidak logik. Kita perlukan
satu matawang dan hari ini ialah dollar, mereka tidak mahu mengubahnya , tetapi dollar tidak

3 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

stabil. Ini adalah ketidakadilan dan tidak boleh diterima.

Ada satu bidang perbahasan yang sangat besar disegi akedemik untuk merasionalkan US
dollar, mereka sanggup mengatakan ini adalah berdasarkan pasaran bebas ( free market ),
mereka mencipta institusi seperti IMF bagi menghidupkan sistem mereka . Prof Robert Mundell
sangat kritikal keatas IMF yang wujudnya bermatlamat untuk menghilangkan fungsi matawang
berdasarkan emas dan perak.

IMF mewujudkan SDR ( Special drawings Right ) pada 1969, ketika kelemahan dollar mula –
mula didedahkan. Mereka mahu menyelesaikan apa yang mereka panggil sebagai masalah
kekurangan emas dengan mencipta ganti ( substitute ) kepada emas, SDR. Mula – mula
dipanggil sebagai kertas emas (gold paper), kerana disandarkan pada emas. Dalam tempoh
dua tahun sahaja sistem ini runtuh (1971), IMF mula membuat propaganda secara besar –
besaran untuk menjatuhkan emas dan menonjolkan dollar. Mereka menggalakkan negara –
negara mendapatkan bon Perbendaharan US ( treasury Bond ) dengan interest. Emas nampak
menjadi terlalu mahal untuk dipegang dan menjadi fahaman orthodox untuk memegang emas
sehinggalah kita sampai kepada situasi yang mana kita berada sekarang ini.

Kita boleh melihat ini dari sudut akedemik, sistem ekonomi ialah satu methodology/cara,
samada ilmu atau ideologi , berakar dari cara pemikiran tertentu. Saya mahu melewati pekara
tersebut (bypass), dan pergi terus kepada yang praktikal. Dinar bukan alat kewangan, ianya
satu barang (komiditi ). Sama seperti sekilo ubi kentang, bukannya janji pembayaran. Institusi
kewangan dan ekonomi yang timbul disekelilingnya melihat emas sebagai masalah. Kesemua
masalah boleh disimpulkan dengan mengatakan emas tidak mencukupi. Sebabnya emas tidak
membenarkan penambahan wang kerana emas tidak dapat dicetak. Emas tidak dapat
ditambah dengan penambahan credit (hutang) atau menambah bilangan wang. Bank Pusat
dalam krisis sebegini telah mengenepikan emas sebagai sampingan dan tidak relevan.

Mengikut rasional ini ,emas tidak baik untuk ekonomi. Persoalannya untuk ekonomi mana ?
Adakah hanya ini yang ada pada ekonomi ? Pada tahap 10 tahun kebelakangan ini menjadi
satu trend untuk bercakap tentang ekonomi sebenar dan ekonomi berdasarkan spekulasi.
Orang ramai mula memahami disamping bertambahnya GNP sesebuah negara setiap tahun,
duit masih tidak sampai kepada orang bawahan. Jurang antara yang miskin dan kaya semakin
meluas. Oleh itu mesti ada cara yang lain untuk mengukur ekonomi, bagamana pula keluaran
industri di USA menurun sedangkan GNPnya naik ? bagaimana kita mengukur pertumbuhan
ekonomi ? Jika saya menjual kamu saham Microsoft, 100, kamu jual saya balik 120, saya jual
pula 150, jual balik pada saya 180, 200…dan seterusnya kita berdua boleh menjadi kaya tetapi
sedikit pun kita tidak memberi input kepada perkhidmatan atau produk bagi kebajikan
masyarakat.

Kita pisahkan antara pertumbuhan (growth) berdasarkan perdagagan dan memberi


perkhidmatan. Inilah ekonomi sebenar berdasarkan masyarakat sebenar dengan perdagagan
sebenar dengan pasar sebenar dan matawang sebenar. Saiz antara ekonomi berdasarkan
spekulasi dan yang sebenarnya nisbah 1:100, dan saiznya bertambah besar kebelakangan ini.
Hujah saya ialah emas tidak membantu ekonomi spekulatif tetapi dimiliki ekonomi sebenar. Jika
kita hendak memahami bagaimana dinar dapat berfungsi kita mesti mengetahui sektor mana

4 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

dalam ekonomi yang dapat memberi manfaat dengan pengenalan dinar ini. Untuk
memahaminya dengan lebih mendalam kita mesti melihat lebih kehadapan dari hanya
matawang,iaitu ekonomi dinar nama lain bagi ekonomi sebenar.

Apabila Dr. Mahathir bercakap tentang Blok Dagangan Islam(Islamic Trading Bloc), disana ada
reaksi dari mereka yang mengelilinginya . Bank Negara datang padanya dan berbisik “ terlalu
mahal “. Memang saya pun akan berkata begitu tetapi apabila saya bertemunya baru – baru ini
saya mengatakan: “Mungkin untuk Bank Negara, Dinar adalah mahal tetapi untuk rakyat yang
miskin pekara yang paling mahal ialah US dollar .“ Di merenung saya dan tersenyum ,dia
memahami maksud saya.

Kita mesti mengetahui kenapa institusi kewangan menolak dinar dengan itu, kita akan
memahami dimana dan bagaimana emas boleh bergerak. Marilah kita kembali dan melihat
dimana dinar pernah wujud. Adalah mustahil untuk meletakkan dinar dalam sistem yang begitu
asing dengannya. Dinar akan hidup dalam suasana dengan institusi lama yang telah hilang.
Dinar berada seiiring dengan pasar terbuka, bukan supermarket, perbezaannya sangat besar.

Dinar Islam ialah berkaitan dengan perdagagan Islam. Biar saya terangkan semua bentuk asas
institusi-institusi ini kerana kita telah terlepas pandangnya. Semua elemen asas berkait rapat
dengan Pasar dalam perdagagan Islam. Rasullulah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah,
membina masjid dan pasar. Dia meletakkan peraturan kepada pasar Madinah, Pasar sama
seperti masjid tidak ada pemilikan peribadi, sadaqah untuk orang ramai. Dalam shariah pasar
adal sebahagian dari waqaf masyarakat.

Kita tidak boleh meletakkan syarat kepada pasar seperti jika seseorang datang ke masjid
dimana kita akan akan bertanya “ Adakah kamu menjadi ahli ? Sudahkah kamu membayar
yuran ? Atau bolehkah seseorang datamg ke masjid dan mendirikan binaan dinding dan
mengatakan “ Inilah tempat solat saya “ Pasar mengikut prinsip yang sama dengan masjid.
Umar Al Khattab tidak membenarkan jug diletakkan sebagai tanda bagi mendapatkan tempat
dalam pasar. Seorang peniaga yang mendirikan khemah dimusnahkan dan dibakar oleh
Saidina Umar Al Khattab dan peniaga itu dihambat keluar dari pasar. Ini kerana Pasar adalah
terbuka untuk semua, ini mesti dipertahankan dan untuk mempertahankan golongan miskin.

Kita dapati perbezaan yang sangat besar antara pasar terbuka ini, Pasar Islam dan
supermarket seperti Tesco atau Carefour. Satu tidak dimiliki oleh siapa pun dan terbuka untuk
semua sedangkan satu lagi dimiliki oleh satu syarikat atau seseorang dan hanya mereka sahaja
yang menetapkan apa yang patut memasuki premis mereka. Supermarket hanya boleh wujud
dengan ketiadaan pasar Islam, begitu juga sebaliknya jika ada pasar Islam ,supermarket mesti
tiada. Hanya inilah persaigan dalam perniagaan sedangkan engan supermarket persaingan
berakhir.

Ibn Khaldun dalam perpekstif sejarah menyebutkan , tempoh kemajuan akan diikuti dengan
tempoh kemunduran, jika kamu hendak mengetahui sejauh mana keadaan masa kamu,
pergilah ke pasar. Jika pasar terbuka untuk semua orang, inilah masa kemajuan tetapi jika
pasar hanya dimiliki oleh keluarga tertentu sahaja, ketahuilah ini adalah masa kemunduran.
Maksudnya jika saiz pasar tidak berkembang, dan pemiliknya berkata ini hanya untuk kami.

5 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

Lihat keadaan,jika hanya satu masjid sahaja di Kuala Lumpur, tempatnya akan penuh, orang
ramai tidak boleh masuk untuk solat. Satu kumpulan elit sahaja akan masuk, dan orang yang
tidak dapat masuk akan menyuruh kumpulan elit ini bersolat untuk mereka. Jadi inilah yang
akan berlaku pada perdagagan.

Bagaimana hanya sekumpulan kecil sahaja diberi hak keistimewaan untuk menjadi peruncit ?
Di Britain , 5 kumpulan supermarket terbesar menguasai 60% peruncitan,sementara di
Switzerland satu kumpulan menguasai 51%, di German serupa, ada tiga atau empat sahaja.
Jika kamu membiarkan mereka berada disini, kedai – kedai kecil akan hilang dan akan
memberi jalan pada pasaraya-pasaraya besar ini. Inilah trend semulajadi. Inilah yang disebut
oleh Margaret Thacher sebagai menghapus perniagaan yang tidak competetif , sudah tentu
monopoli adalah lebih competetif kerana tidak ada keadilan lansung.

Karekteristik yang paling penting dalam pasar yang terbuka ialah perdagagan,maksudnya kita
mesti ada karavan (rombongan dagagan), saya bukan bermaksud unta di padang pasir.
Karavan boleh jadi kapal terbang, trak atau kapal laut. Yang pentingnya mereka ada tempat
yang hendak dituju.Kamu tidak boleh ada karavan dengan tiada pasar yang hendak dituju.
Mereka tidak boleh pergi ke Tesco, dan terpaksa dibiarkan ditepi jalan – inilah yang telah kita
lakukan kepada peniaga – peniaga kita. Kita membuang mereka di jalanraya – jalanraya, ke
Pasar malam, khazanah masyarakat di dibuang dijalan sedangkan Banker – banker berada di
istana. Kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan saidina Umar Al Khattab katakan;
Peniaga – peniaga adalah tetamunya, orang ramai meletakkan mereka di istana, pengamal riba
dibuang ke jalanan dan hambat keluar dari bandar.

Allah s.w.t menyebut :

‫ﻭَﺃَﺡَﻝَّ اﻠﻞَّﻩُ اﻞْﺏَﻱْﻉَ ﻭَﺡَﺭَّﻡَ اﻠﺮِّﺏَﺍ‬


padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Al Baqaroh : 275

Kita telah melakukan yang bertentangan, kita menghalang perdagagan dan menghalalkan riba.
Khususnya ahli ilmuan mereka kena memecahkan kebekuan, memecahkan penjara ekonomi
dan mula berfikir semula secara menyeluruh dan inilah tujuan seminar ini.

Karavan (rombongan dagangan) dan perdagangan yang sebenar hanya boleh wujud semula
apabila institusi pasar dibawa balik, jika tidak, kita ada hanya pengedaran monopoli (
monopolistic distribution ) . Tesco menguasai pengedaran seterusnya pengeluaran. Sekarang
anda telah melihat brand Tesco pada pampers, berus gigi dan barangan lain semuanya Tesco.
Ini bukan perdagangan. Sudah tidak menjadi soal lagi kepada apa yang dipanggil oleh World
Trade Organization – WTO  Pertubuhan Perdagangan Dunia sebagai perdagangan kerana
mengikut pandangan kita,ini bukan perdagangan, ini ialah World Monopolistic Distribution
Organization ( Pertubuhan Pengedaran Monopoli Dunia ). Untuk menghidupkan perdagangan
pasar harus hidup.

Semasa Necmetin Erbakan menjadi Perdana Menteri Turki buat seketika,kita sedang

6 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

menyediakan model Pasar Islam di Turki, saya berharap dapat melakukannya disini dengan
secepat mungkin. Kita membuat projek “ 25 Pasar Terbuka Eropah “, yang boleh menjadi
rangkaian pengedaran terbuka terbesar di Eropah, yang membenarkan pengeluar mengedar
barangan mereka dari mana sahaja di dunia, menjual secara terus kepada pengguna di
Switzerland tanpa orang tengah kecuali yang mereka lantik sendiri. Apa yang berlaku sekarang
ialah penurunan tariff, syarat yang mudah dan kekangan yang dilonggarkan WTO tidak
membantu perdagangan bahkan ia menolong pengedaran secara monopoli. Bolehkah melihat
perbezaannya? Selama peruncitan dikuasai golongan sedikit, susah untuk kita bercakap
mengenai perdagangan yang sebenar. Kamu hanya menggalakkan mereka bergerak dengan
lebih pantas dan dengan lebih efektif dan mengembangkan lagi rangkaian pengedaran
monopoli mereka. Ini bukan perdagangan, untuk menghidupkan perdagangan ,pasar harus
dikembalikan.

Jika pergi Sainsbury, Britain hari ini, kamu akan dapati orange dari Israel disana. Tidak penting
lagi samada orange dari Morocco lebih sedap dan murah kerana pemilik  kedai sainsbury
adalah orang Yahudi, dia membuat keputusan mengikut kehendaknya. Tidak pembukaan pada
pasar tersebut, inilah disebut sebagai pengedaran. Perdagangan membawa maksud semua
orang diberi hak, inilah ideanya yang asal. Rasulullah s.a.w bersabda 9/10 dari rezeki datang
dari perdagangan. Jika kita membenarkan perdagangan ditutup, bermakna kita telah
menyerahkan harta kita 9/10 dan 1/10 bakinya kepada pengamal riba. Kita berada didalam
kedudukan yang mana kita sendiri mengikat diri kita, dengan wawasan 2020 kita berkedudukan
untuk menjadi negara industri sedangkan kita telah mengimpot sekali sebahagian dari
penyakitnya tanpa membuat penilaian. Ada aspek teknoloji dan industri yang boleh kita
manfaatkan tetapi suatu penapisan dan penilaian harus dibuat, supaya tidak berulang
penyakitnya yang sama disana dibawa kemari, salah satu elemen yang sangat penting ialah
persoalan pasar. Aspek yang penting kepada perdagangan Islam ialah Pasar terbuka, ada lagi
yang mesti disentuh tentang permasalahan ini, tetapi inilah asasnya.

Dalam menyentuh soal Perdagangan Islam, salah satu elemennya ialah tentang matawang itu
sendiri. Dinar dan juga E- Dinar versi elektronik. Jadi kita ada dinar dalam poket dan dinar
dalam elektronik sebagai medium pembayaran, sebagai alternertif kepada sistem Bank dalam
tempoh 300 tahun ini. Ini bukan Bank kerana kita tidak mencampur-adukkan antara matawang
dan kredit (hutang). Kita memisahkan keduanya. Kita lebih baik dari sistem Bank kerana
transaksi menggunakan e- Dinar hanyalah dengan kos maksima 0.50 cents US . Anda boleh
memindahkan 100 juta dollar dalam emas dari KL ke New York hanya dengan 0.50 cents US
sahaja. Ini hanya memakan masa 3 saat, bukan tiga hari dan bukan 3 bulan. Kita bukan sahaja
alternertif kepada sistem Bank tetapi kita lebih baik, kita bukan sebahagian dari sistem mereka.
Kita berdasarkan dinar dan dirham, bukan matawang kertas, ini adalah manfaat atas manfaat.

Bentuk kedua yang kita dapat lihat dengan idea pasar ini ialah e-market yang boleh
diintregasikan dalam e-dinar. Disana ada lagi elemen yang penting iaitu aspek pelaburan. Bila
kita melihat pada emas hari ini, orang akan bertanya “ Apa yang nak kami lakukan dengan
emas ? Kami hanya menyimpan dalam peti dan tidak ada tempat lain jadi ia keluar dari
ekonomi , tidak ada formula perlaburan.itulah masalahnya”.

Sebenarnya kunci kepada pelaburan dimasa lalu ialah qirad atau mudaraba. Saya hendak

7 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

menyuruh kamu supaya melupakan semua, apa yang kamu dengar tentang mudaraba dari
Bank – Bank Islam. Mereka telah mengambil dari aqad ini, menukar bentuknya supaya dapat
disesuaikan dengan sistem Bank. Aqad atau kontrak baru ini sudah tidak dikenali lagi,
sedangkan qirad yang sebenar bermaksud yang lain. Kita akan lihat pada kecantikannya dan
manfaatnya tetapi ianya bukan sebahagian dari perbankan.

Sebahagian dari syarat utama qirad:Tidak ada jaminan tetap, wang yang dilaburkan tidak ada
jaminan, peniaga tidak perlu memberi jaminan tetap, tidak ada pemilikan (ekuiti), tidak diikat
dengan tempoh masa tertentu  oleh yang demikian semua syarat – syarat utama Bank tidak
ada sejak dari awal lagi.

Malangnya, Bank-bank Islam dan ulamak moden telah mengIslamkan kesemuanya sehingga
kontrak asal qirad telah hilang. Mereka telah menjadi gila-gila dalam mengIslamkan
kesemuanya seperti yang mereka melihat Islam hanya sebagai alat pemasaran ( marketing
tools ). Mereka mendefinasikan pelaburan Islam sebagai pelaburan saham yang tidak ada
alkohol dan babi,secara automatiknya NASDAQ diIslamkan, kerana ia hanya melibatkan saham
teknoloji jadi ianya halal. Kesannya kita melihat sejumlah 120 billion US dollar dilaburkan
dengan saham bernilai 90% yang dikatakan Islamik dalam denominasi US Dollar. 90% dalam
NASDAQ dan Bursa saham dibarat. Wang yang sangat diperlukan untuk pembangunan
dilaburkan semula kepada mereka (US) dan proses ini dipanggil Islamik. Ini tidak masuk akal
tetapi inilah yang berlaku sekarang atas nama Islam.

Kontrak qirad yang sebenar menterbalikkan proses ini, qirad ialah untuk
perdagangan/perniagaan sebenar, formula pelaburan untuk perniagaan. Kita ada pelabur dan
peniaga. Peniaga tidak ada jaminan keuntungan tetap, tidak ada tawaran ekiuti/pemilikan dan
tidak ada tempoh tertentu yang tetap, jadi bagaimana kita menilai dan melihat kualiti yang ada
pada orang yang berniaga. Mereka dinilai berdasarkan reputasi dan pencapaian yang
lalu.Disana ada aspek bermasyarakat yang perlu dilihat, penglibatan mereka dalam
masyarakat,dalam jama’ah, dalam kumpulannya. Jika dia sudah dimaklumi dan dipercayai,
segalanya akan nampak jelas dan berpihak kepadanya.  Jika kepercayaan sudah tidak ada
pada individu tersebut sudah disukar diterima. Rujukan dari masyarakat adalah aspek yang
sangat penting dalam qirad. Rasullullah s.a.w ialah agen/wakil,dimana Khadijah meletakkan
pelaburannya kepada baginda atas dasar kepercayaan orang ramai kerana gelaran Al – amin
yang diberikan masyarakat kepada baginda. Penilaian dalam masyarakat sangat berguna.
Pedagang dan peniaga sangat penting kepada masyarakat kita.

Mengapa saya perlu tahu apa yang berlaku kepada NASDAQ kelmarin ? Kamu dilontarkan
dalam TV tentang apa yang berlaku di Bursa Saham New York ? Siapa peduli ? Ramai
dikalangan kita tidak memiliki saham disana, kita tidak akan memiliki saham disana. Bagaimana
dengan orang-orang kampung ? Kenapa kita didedahkan dengan nombor-nombor magik ini
seperti agama baru, yakni harga saham-saham NASDAQ dan NYSE.

Sedangkan kepada masyarakat kita yang relevan tentang perniagaan, ialah kehidupan peniaga
– peniaga itu sendiri. Mereka adalah permata dan harta yang wujud dalam masyarakat kita
tetapi kita memandang mereka dan mereka berada dalam kegelapan. Sebahagian dari qirad

8 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

ialah mendedahkan individu – individu kepada pencapaian cemerlang mereka supaya


pencapaian sebagai track record menjadi sebahagian dari profail peniaga tersebut.

Ini mudah dicapai, seorang peniaga mungkin telah melakukan 20 kontrak qirad, pulangan yang
pertama 20%, kedua 15%, seterusnya 25% dll. Cara ini , mudah untuk melihat pencapaian
yang lalu dan menggalakkan orang ramai melabur dengan mereka. Jadi dengan pelbagaian
pelaburan dan perniagaan, kita akan ada sistem dimana wang tidak akan lagi pergi ke New
York tetapi dilaburkan dalam masyarakat kita, dalam sektor ekonomi yang dipanggil sebagai
perdagangan dan inilah yang hendak kita aktifkan.

Kita akan menyebutnya sebagai Mekanisme Teras dalam Blok Perdagangan Islam ( Core
Mechanism of an Islamic Trading Bloc ). Ini adalah langkah minima yang mesti dilakukan bagi
memastikan perkembangan ekonomi dinar. Ini akan menghidupkan ekonomi baru, kekayaan
baru dengan perkembangan keupayaan dinar. Kita akan menjayakan sistem ini selari dengan
ekonomi spekulatif tanpa perlu bersaing dengannya. Seperti kata Dr. Mahathir, biarkan kedua –
dua sistem ini bergerak secara serentak dan orang ramai diberi pilihan. Kita tidak mahu
menjadikan dinar sebagai undang – undang. Kita mahu memberikan perkhidmatan, e-dinar
sebagaimana Visa dan Mastercard dibentangkan kepada kita, kerana kedua-duanya wujud
bukan kerana desakan politik pun. Kita kena ingat, dulu jika seorang mahu mengeluarkan duit
ke luar negara, mereka mesti menggunakan kad kredit. Ini membenarkan mereka melewati
halangan regulasi setempat dan mereka sudah menjadi matawang. Mastercard dalam
publisitinya sudah menggelarkan mereka sebagai matawang dunia.

Kita akan jadikan e-dinar dan dinar Islam iaitu matawang saidina Umar ibn al khattab sebagai
matawang dunia dan memperkenalkannya sebagai satu servis/perkhidmatan dan
mengembangkannya. Yang paling penting ialah menghidupkan semula bahagian bawah dalam
masyarakat yang sangat memerlukan, ekonomi sebenar peniaga – peniaga. Sebab itu saya
berkata kepada Dr. Mahathir “ Barang yang paling mahal kepada orang yang miskin ialah US
Dollar “. Adanya dinar ialah untuk menolong mereka, perdagangan Islam untuk menolong
mereka. Apa yang kita mahu lakukan ialah untuk mengindustrikan pasar – pasar malam,
memberi sesuatu kepada mereka yang tidak ada, menolong mereka untuk mengembang,
memberi tempat yang selesa untuk berniaga dengan fasiliti yang bersesuaian sesuai dengan
perniagaan kecil hari ini, moden , tempat simpanan, stor simpanan sejuk beku, fax dan servis
perkhidmatan sekretarial. Yang paling penting tempat untuk mereka berhubung dengan
pedagang dari luar negara kerana dapat menjana imiginasi baru dalam bentuk perdagangan
yang baru.

Kita akan melahirkan usahawan baru, dengan mengembangkan lagi pertumbuhan perniagaan
mereka. Mereka akan menjadi penting kepada kita dan kita akan mula menilai harta
berdasarkan perkhidmatan keatas kebajikan mereka tanpa perlu seperti yang kita lakukan
sekarang iaitu kita cuma menambahkan nilai pada kertas untuk servis kewangan tertentu.

Kepada mereka yang menjadi pengajar, alim atau akedemik, kamu ada tanggunjawab. Kita
tidak boleh terus menggunakan terminologi palsu mereka, sistem mereka, logika mereka dan
berpura – pura semuanya OK. Tidak, semuanya tidak OK. Sistem mereka tidak berfungsi.
Adakah cara lain untuk kita berfikir tentang masalah ini ? Sudah tentu ada ! Siapa yang berkata

9 / 10
Ekonomi Dinar

Written by System Administrator


Wednesday, 22 April 2009 15:50 - Last Updated Wednesday, 22 April 2009 16:06

hanya cara pemikiran MR. FRIEDMAN sahaja yang boleh membawa kepada kekayaan dan
kemakmuran ? Sudah tentu ada cara yang lain ! dan kita terutamanya umat Islam , adalah
hanya satu umat dari manusia yang memiliki bahan mentah dan manusia yang teramai dengan 
latar belakang tradisi dan agama yang benar yang dapat membawa penyelesaian keatas dunia
yang sangat memerlukan jawapan.

Ini bermakna umat Islam akan kembali memimpin dunia, inilah yang Allah s.w.t hendak kita
lakukan, kuffar tidak boleh melakukannya, mereka tidak mendapat izin untuk melakukannya.
Mereka tidak ada alat dan kefahaman. Kita ada keduanya, sebab itu kita kena bentangkan
kepada mereka. Ingat, tarikan pada Dinar dan E-Dinar bukan hanya untuk orang Islam sahaja,
buat masa sekarang lebih ramai pengunaannya dikalangan orang bukan Islam. Kesedaran
tentang kegoyahan US dollar lebih disedari dikalangan orang bukan Islam. Orang Islam-lah
yang paling lambat menyedari tentang betapa susahnya kita disebabkan kedudukan US dollar
sekarang.

Inilah sebahagian dari drama dimana Islam telah dihijack 100 tahun dahulu oleh golongon
moden seperti Abduh dan Afghani dan kemudian diikuti oleh Ikhwan Muslimin dan Jamiati
Islami yang meletakkan Islam dalam situasi yang tergantung. Isu – isu moral  menjadi faktor
dominan, sedangkan pekara – pekara politik dan  ekonomi menjadi sekular ( dipisahkan dari
Islam ). Kemudian dengan satu lipatan sahaja, pada akhir abad ke 20 idea Islamisasi lahir, yang
sebenarnya ialah sekular yang tersembunyi, tetapi lebih teruk. Sekular secara terbuka jelas,
mengatakan ini faham sekular tetapi program Islamisasi mengatakan ini adalah Islam dan ini
adalah lebih merbahaya.

10 / 10

Anda mungkin juga menyukai