Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, guru besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
"Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Perkara ini akan dapat
mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih
bersih.

Selain itu, kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual
kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit banyak akan
membantu menampung perbelanjaan kita seharian.

Hadirin sekalian,

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-
barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar
semula bahan-bahan yang telah kita gunakan supaya dapat dikitar semula menjadi bahan
yang lebih berfaedah.

Sekian, terima kasih.