Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat


sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya ingin menyampaikan
syarahan yang bertajuk "Membaca Amalan Mulia".

Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Melalui bacaan dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan. Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mewujudkan sikap ini. Ibu bap seharusnya menjadikan amalan ini
sebagai kegiatan harian mereka. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka
sering membaca secara tidak langsung minat mereka turut terpahat.

Hadirin yang budiman,

Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung
di dalamnya. Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi yang mulia
berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam bacaan tersebut. Selain
itu,membaca juga dapat mengisi masa lapang tanpa menghabiskan masa dengan
sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Oleh itu,d i sini saya ingin menyeru kepada semua. Jadikan membaca ini satu
amalan seharian. Melalui bacaan dapat menambah dan memperluaskan ilmu
pengetahuan yang sedia ada. Sekian dahulu syarahan saya dan saya akhiri dengan
lafaz terima kasih.