Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut
(kurang dari satu meter dalam).

Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi
tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang
sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dan lebih bermutu.

Perlaksanaan

Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang
hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.

Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan
tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.

Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat
diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah
disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang.
Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.

Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat
cahaya matahari yang maksima.

Kepentingan Kekacang Tutup Bumi

Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan
selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:

 Mengawal hakisan
 Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
 Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:

 Centrosema pubescens
 Pueraria phaseoloides
 Calopogonium mucunoides/caeruleum

Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di
Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah
seperti berikut:

 Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
 Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
 Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
 Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-

Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6

 Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
 Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang
sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
 Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:

Umur Kekacang Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)


Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) 112
2 bulan 112
6 bulan 112
8 bulan 112
12 bulan 112

Teknik Penanaman Kelapa Sawit

Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam.
Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-

1. Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan
dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan
atas diasingkan.
2. Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
3. Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam
lubang yang telah disediakan.
4. Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah
supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
5. Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
6. Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.

Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.

Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar.
Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:

Jarak Jumlah Pokok


Meter (Kaki) Hektar (Ekar)
8.5 (28) 160 (65)
8.7 (29) 148 (60)
9.0 (30) 136 5)

P/S : Sulam semula pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan
selepas menanam.

Tanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan
dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam. Kebiasaanya ramai pekebun yang
menggunakan tanaman pisang sebagai tanaman selingan.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:

 Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.


 
 Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.

 Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.