Anda di halaman 1dari 10

SK TAMAN MUDA

56100 AMPANG, KUALA LUMPUR.

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan Bil.2/2013

Tarikh :

Hari : Khamis

Masa : 11.00 tengah hari

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi : Puan Raffidah Khairinl (GPK HEM)

1.UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 Pengerusi mengalu-mengalukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat. Pengerusi


berharap Panitia Pendidikan Muzik dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermakna
dan memberikan kesan yang positif dan dapat mencapai keputusan yang menepati
sasaran pada tahun ini.

2. UCAPAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

2.2 Beliau mengharapkan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik.
2.3 Guru-guru yang telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengajar Mata
Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan dapat memberikan komitmen yang penuh
dan ikhlas serta memberikan kerja sama dalam setiap program yang akan dijalankan.

Tindakan : Makluman

3. RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

3.1 Pn Raffidah berharap guru-guru yang mengajar dapat menyediakan Rancangan


Tahunan dan menyediakan Rancangan Mengajar Pendidikan Muzik mengikut format
dan sukatan yang telah ditetapkan.

3.2 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani & Kesihatan perlu sentiasa
memastikan membawa rancangan tahunan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Pn Raffidah memberitahu guru-guru agar memastikan pdp dapat dilaksanakan


dengan baik .

4.2 Guru-guru perlu membuat aktiviti yang menarik supaya murid-murid dapat
menghayati nilai-nilai murni yang hendak kita sampaikan.

4.3 Guru-guru juga perlu memperbanyakkan aktiviti main peranan, sumbang saran
dan lain-lain aktiviti yang sesuai berdasarkan nilai-nilai murni atau topik yang dipelajari.

4.4 Impak hendaklah dibuat berdasarkan objektif atau hasil pelajaran topik yang diajar.

4.5. Semua guru diminta menyediakan rancangan harian walaupun pdp tidak dapat
dijalankan kerana tugasan atau menghadiri mesyuarat di luar sekolah.

Tindakan : Semua guru-guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan


5. AKTIVITI TAHUNAN

5.1 Program “1 Murid 1 Sukan”

5.1.1 Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun

5.1.2 2 orang murid sesi pagi dan 2 orang murid petang akan memimpin lagu mengikut
jadual yang disediakan.

5.2 Program Kemaskini Bilik Pengurusan Sukan

5.2.1 Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun

5.2. Dihadiri oleh guru PJK dan dedahan kepada murid-murid 5.3 Program “Bulan
Patriotik”

5.4 Setiap guru diminta memberikan kerja sama dalam setiap aktiviti yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun. Aktiviti lain akan dirancang pada mesyuarat seterusnya
mengikut kesesuaian masa.

6.5 Setiausaha diminta menyediakan kertas kerja dan laporan setiap aktiviti yang
dijalankan.

Tindakan : Semua guru pendidikan muzik

6. PEPERIKSAAN

6.1 Guru-guru dimaklumkan bahawa peperiksaan bagi Mata Pelajaran Pendidikan


Jasmani & Kesihatan adalah sebanyak 2kali dan diminta menyediakan soalan mengikut
topik-topik yang dipelajari.

6.2 Setiap soalan perlu mempunyai soalan objektif dan subjektif.


6.3 Setiap soalan perlu disemak oleh ketua panitia dan pengesahan GPK 1 untuk
setiap peperiksaan yang dijalankan.

6.4 Guru-guru perlu membuat analisa markah dan menyerahkan kepada ketua panitia
untuk simpanan fail.

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat memberikan komitmen terhadap pdp dan
aktiviti yang akan diajalankan demi kecemerlangan murid-murid.

Mesyurat ditangguhkan jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHD HAFIZ HAZWAN B HAMZAH) (Shahrol Nisman B Hj Omar )

Setiausaha Panitia PJK Ketua Panitia PJK


SK TAMAN MUDA

56100 AMPANG, KUALA LUMPUR.

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik Bil.1/2014

Tarikh : 27 Disember 2013

Hari : Jumaat

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Muzik

Pengerusi : Puan Hazlina Bt Siwok ( Guru Penolong Kanan Petang )

1.UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 Dimulakan dengan al fatihah bagi memberkati mesyuarat ini.

1.2 Pengerusi mengalu-mengalukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat. Pengerusi


berharap Panitia Pendidikan Muzik dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermakna
dan memberikan kesan yang positif dan dapat mencapai keputusan yang menepati
sasaran pada tahun ini.

2. UCAPAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

2.2 Beliau mengharapkan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik.

2.3 Guru-guru yang telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengajar Mata
Pelajaran Pendidikan Muzik dapat memberikan tunjuk ajar yang baik dan ikhlas serta
memberikan kerja sama dalam setiap program yang akan dijalankan.

Tindakan : Makluman semua guru Muzik


3. RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK

3.1 Pn Hazlina berharap guru-guru yang mengajar dapat menyediakan Rancangan


Tahunan dan menyediakan Rancangan Mengajar Pendidikan Muzik mengikut format
dan sukatan yang telah ditetapkan. .

3.2 Puan Hazila menyatakan bahawa beliau telah mengirimkan email kepada guru-guru
Muzik berkenaan Rancangan Tahunan Pendidikan Muzik 2014 mengikut takwim yang
disediakan oleh pihak sekolah.

3.2 Guru-guru yang mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Muzik perlu sentiasa
memastikan membawa rancangan tahunan semasa sesi pengajaran dan pemelajaran.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Muzik

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Pn Hazlina memberitahu guru-guru agar memastikan pdp dapat dilaksanakan


dengan baik .

4.2 Guru-guru perlu membuat aktiviti yang menarik supaya murid-murid dapat
menunjukkan bakat dan potensi diri.

4.3 Guru-guru juga perlu memperbanyakkan aktiviti permainan alat perkusi, permainan
alat seperti rekoder dan bernyanyi dengan berkeyakinan.

4.4 Impak hendaklah dibuat berdasarkan objektif atau hasil pelajaran topik yang diajar.

4.5. Semua guru diminta menyediakan rancangan harian walaupun pdp tidak dapat
dijalankan kerana tugasan atau menghadiri mesyuarat di luar sekolah.

4.6 Bagi guru- guru yang mengajar KSSR tahun 2014, Pendidikan Muzik dari tahun 1
hingga tahun 4 hanya 30 minit sahaja. Evidens bagi setiap murid hendaklah dibuat.

Tindakan : Semua guru-guru pendidikan Muzik


5. AKTIVITI TAHUNAN

5.1 Program “Memimpin Lagu Perhimpunan”

5.1.1 Program ini akan dimulakan awal Januari semasa perhimpunan rasmi diadakan

5.1.2 2 orang murid sesi pagi dan 2 orang murid petang akan memimpin lagu mengikut
jadual yang disediakan.

5.2 Program “Ko akademik”

5.2.1 Program ini akan dijalankan mengikut takwim dari PPD.

5.2.2 Murid-murid akan dipilih untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak
PPD

5.3 Program “Bulan Patriotik”

5.3.1 Program ini dijalankan oleh guru-guru muzik dan pertandingan mengikut aliran.

5.3.2 Hadiah akan disediakan kepada pemenang

5.4 Setiap guru diminta memberikan kerja sama dalam setiap aktiviti yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun. Aktiviti lain akan dirancang pada mesyuarat seterusnya
mengikut kesesuaian masa.

6.5 Setiausaha diminta menyediakan kertas kerja dan laporan setiap aktiviti yang
dijalankan.

Tindakan : Semua guru pendidikan muzik

6. PEPERIKSAAN

6.1 Guru-guru dimaklumkan bahawa peperiksaan bagi Mata Pelajaran Pendidikan


Muzik adalah sebanyak 2kali dan diminta menyediakan soalan mengikut topik-topik
yang dipelajari.
6.2 Setiap soalan perlu mempunyai soalan objektif dan subjektif.

6.3 Setiap soalan perlu disemak oleh ketua panitia dan pengesahan GPK 1 untuk
setiap peperiksaan yang dijalankan.

6.4 Guru-guru perlu membuat analisa markah dan menyerahkan kepada ketua panitia
untuk simpanan fail.

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat memberikan komitmen terhadap pdp dan
aktiviti yang akan diajalankan demi kecemerlangan murid-murid.

7.2 Guru-guru yang menggunakan bilik muzik perlu menulis rekod penggunaan.

7.3 Guru- guru yang meminjam alatan perlu menulis rekod pinjaman alatan bagi
memastikan keadaan alatan yang dipinjam berkeadaan baik

Mesyurat ditangguhkan jam 11 00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(WAN MOHD SAIFOOL WAN ZI) (HAZILA MOHD HASHIM)

Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik. Ketua Panitia Pendidikan


Muzik.
SK TAMAN MUDA AMPANG

REKOD PENGGUNAAN ALATAN MUZIK

Anda mungkin juga menyukai