Anda di halaman 1dari 6

Nama:………………………………………………………….. Ting.

: PERALIHAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
BAHASA MELAYU
PERALIHAN

Masa:

Arahan: Jawab semua soalan.

1. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (10


markah)

Pada pagi 31 Ogos itu, ayah membawa Salini menyaksikan sambutan hari kemerdekaan
negara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ayah dan Salini mengambil tempat duduk yang
dibina khas untuk orang ramai menyaksikan sambutan hari kemerdekaan itu.
Sambutan hari kemerdekaan pada pagi itu dimulakan dengan acara menaikkan Jalur
Gemilang. Kemudian, lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat. Acara seterusnya
ialah bacaan ikrar yang dibacakan oleh lima orang ikon negara.
Acara kemuncak perbarisan ialah perarakan kontinjen yang memakai pakaian yang
menarik dan berwarna-warni. Salini juga sungguh teruja menyaksikan pertunjukan udara oleh
pesawat pejuang TUDM di udara.

i) Ke manakah ayah membawa Salini pada pagi 31 Ogos?


__________________________________________________________________________

ii) Di manakah sambutan hari kemerdekaan diadakan?


__________________________________________________________________________

iii) Sambutan hari kemerdekaan dimulakan dengan acara apa?


__________________________________________________________________________

iv) Siapakah yang membaca ikrar semasa sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka?
__________________________________________________________________________

iv) Apakah acara yang membuatkan Salini sungguh teruja semasa sambutan hari
kemerdekaan?
__________________________________________________________________________
2. Padankan Frasa Nama dengan Frasa Kerja untuk membina ayat tunggal yang lengkap.

sekolah hospital Sungai Buloh basikal budak (10

Frasa Nama markah)


Frasa Kerja

Ibu membaiki enjin kereta.

Mekanik menonton filem.

Nelayan
memasak nasi lemak.

Abang
menangkap penjenayah.

Adik
menangkap ikan.

Guru
merawat pesakit.
3. Lengkapkan teks yang
Doktor
berikut dengan kata mengajarkan bahasa Melayu.
Polis nama yang sesuai.
menjual buah-buahan.
Hobi mereka (10 markah)

bermain anak patung.


Peniaga itu

Memancing ikan.

Rizal dan Ah Meng pergi ke _____________________. Sekolah mereka terletak di bandar

_____________________. Semasa menunggang ____________, mereka ternampak seorang

_____________________ melintas jalan raya. Tiba-tiba, sebuah kereta Kancil terlanggar budak itu.

Pemandu kereta membawa budak itu ke _____________________.


4. Susun perkataan supaya menjadi ayat yang betul. (10

markah)

1. radio / mendengar / bilik / Mak Cik Siti / di dalam

________________________________________________________________________________

2. Nenek / dijual / membuat / kuih donut / kuih karipap / untuk

________________________________________________________________________________

3. dan / memancing / adik / sedang / Abang / ikan

________________________________________________________________________________

4. sangkar / membersihkan / Ah Leong / kucingnya

________________________________________________________________________________

5. memandu / Proton Saga / Ayah / kereta

________________________________________________________________________________

5. Susun huruf menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar (10 markah)

u r d i n a i p n a s g p a e l
__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __
tebmiaik n a g r g u
__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __

6. Bulatkan jawapan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
(10 markah)

1. Mereka __________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing liar berlari ke arah mereka.
A. lari B. tidur C. turun

2. Puan Divya __________ rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali.
A. membersihkan B. membakar C. menghias

3. Mee Ling terperanjat __________ mendengar berita tentang kematian datuknya yang disayangi.
A. tetapi B. apabila C. dan

4. Kamal menangis tersedu-sedan ___________ dipukul oleh ayahnya.


A. kerana B. hingga C. sementara

5. __________, cantiknya beg tangan ini!


A. Eh B. Wah C. Aduhai

6. __________, begini caranya untuk membuat kek coklat!


A. Cis B. Wahai C. Oh

7. Sempena Hari Guru, Yasni menghadiahkan __________ bunga ros kepada cikgu kesayangannya.
A. sebilah B. segulung C. sejambak

8. Ibu menggunakan ___________pisau untuk memotong daging.


A. sebilah B. seekor C. sehelai

9. Rumah besar Pak Cik Ahmad terletak __________ hujung Kampung Desa Wawasan.
A. ke B. hingga C. di

10. Yasmin melihat ke kiri dan __________ kanan sebelum melintas jalan.
A. hingga B. di C. ke
7. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat berikut. (10 markah)

Contoh: Budak itu terjatuh.

Subjek: Budak itu Predikat: terjatuh.

1. Murid itu melintas jalan.

Subjek: ______________________ Predikat: ______________________

2. Rumah datuk terlalu besar.

Subjek: ______________________ Predikat: ______________________

3. Ibu sedang menonton televisyen.

Subjek: ______________________ Predikat: ______________________

4. Petani itu membajak sawahnya.

Subjek: ______________________ Predikat: ______________________

5. Mereka melancong ke Singapura.

Subjek: ______________________ Predikat: ______________________

8. Isi tempat kosong dengan kata ganda yang betul. (10 markah)

gula-gula kura-kura gula-gula daun-daun layang-layang

1. __________________ sedang mendengar ucapan Pengetua.

2. Kakak membeli__________________ yang manis untuk adiknya.

3. Ibu menyapu __________________ yang kering di halaman rumah.

4. Amir bermain __________________di padang.


5. Di dalam kolam itu ada dua ekor __________________.

9. Bina lima ayat berdasarkan gambar di bawah. (10 markah)

Murid-murid kelas Peralihan - aktiviti gotong-royong - menyapu sampah – memadam papan hitam
– menyusun meja dan kerusi – mengelap tingkap

1. ______________________________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________________
5. ______________________________________________________________________________

------------------------------------------------------------ SOALAN TAMAT ------------------------------------------------

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………………… …….……………… ……………………


(Pn. Nadia Norrafney Othman) (Pn. Norliza Mat Zaki) (En. Mohd Jasmin b. Ibrahim)
Guru BM Peralihan KP Bahasa Melayu Pen. Kanan Petang

Anda mungkin juga menyukai