Anda di halaman 1dari 3

PIDATO 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dihormati, guru-guru dan sahabat handai sekalian,

Alhamdulillah, negara kita sudah mencapai kemerdekaan selama 64 tahun


dari penjajah asing.

Begitu banyak perkembangan dan liku cabaran yang dilalui dalam


mempertahankan kemerdekaan ini.

Oleh itu, hari kemerdekaan ini perlu dijadikan memori dan penghargaan bagi
para pejuang yang telah mengorbankan nyawa demi negara yang dicintai.

Perjuangan dan keberanian mereka dalam menentang penjajah perlu


dicontohi oleh anak muda zaman kini dengan memupuk semangat
patriotisme dan cinta akan tanah air.

Ayuhlah kita bersama-sama bersatu padu dalam mempertahankan


kemerdekaan Negara yang tercinta.

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Sekian, terima kasih.


PIDATO 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dihormati, guru-guru dan sahabat handai sekalian,

Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Maka, tahun
ini merupakan sambutan hari kemerdekaan yang ke-64 tahun bagi negara
kita Malaysia yang tercinta.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita haruslah memupuk rasa cinta dan bersyukur
kerana dikurniakan nikmat oleh Allah untuk menetap di negara yang aman,
makmur dan berdaulat ini.

Hadirin sekalian,

Bagi menghargai kemerdekaan yang telah dicapai, seluruh rakyat Malaysia


juga mestilah hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu-padu.

Kita haruslah berganding bahu untuk memupuk semangat patriotisme dan


perpaduan dalam kalangan kaum yang berbeza seperti Melayu, Cina, India,
Iban dan Kadazan supaya keamanan dan keharmonian ini dapat dikekalkan
hingga ke akhirnya.

Saya sayang Malaysia!

Sekian, terima kasih.


PIDATO 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dihormati, guru-guru dan sahabat handai sekalian,

Pada setiap tahun, negara kita akan menyambut hari kemerdekaan bagi
menghargai para pejuang yang telah berkorban dalam mempertahankan
tanah air.

Perjuangan mereka yang menumpahkan darah dan meragut nyawa demi


negara itu haruslah dihayati dan dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia tidak
mengira kaum agar perpaduan ini dapat dikekalkan.

Semangat dan jati diri yang tinggi perlu ditanamkan dalam diri kita agar
dapat memberi bakti dan manfaat pada seluruh masyarakat sehingga kita
dapat bersatu padu dan kekal hidup dalam suasana yang aman dan
harmoni.

Kita satu bangsa,

Kita satu negara,

Kita satu matlamat,

Kita satu Malaysia!

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai