Anda di halaman 1dari 1

Selamat Pagi Malaysia!

Laporan Buletin Hari Ini...

Gerakan M4M semakin berpengaruh ke seluruh negara.

Selepas Peristiwa 2 April 2044, Pengaruh BAPM semakin melemah. Terkini, tengah malam tadi, gerila
TTLE telah berjaya menguasai negeri Kedah; negeri ketiga selepas Perlis dan Melaka. Dengan
penguasaan tersebut, kelihatan sempurnalah dasar M4M untuk menguasai politik negara secara
lebih menyeluruh.

Sejak 2042, pengaruh parti lawan, BAPM semakin merosot apabila gabungan pakatan politik
dominasi Pribumi itu mengalami perpecahan demi perpecahan akibat perebutan kuasa sesama
sendiri; sebelum beberapa parti komponennya bertindak menyertai M4M dan Pasukan Ketiga.

dalam arus politik negara apabila TTLE dan UCP bergabung dalam gagasan M4M bersama 5
komponenan parti lainnya. Berakar daripada perpecahan Pribumi, kuasa politik Pribumi semakin
mengecil, ditekan dan terus terpinggir. Sejak 2 minggu lepas demonstrasi gerakan M4M mendapat
sambutan hangat di semua negeri. Mereka membawa bersama sepanduk dan poster pro M4M dan
mengecam gerakan perpecahan malaysia.

Ketua BAPM dalam buangan, Dr Fuady Azmi menggesa campurtangan antarabangsa ke atas M4M
atas dakwaan perlecehan kemanusiaan ke atas bangsa Pribumi; terutamanya dasar pengusiran dan
kekejaman lainnya.

Mujtahid Asari, Presiden M4M, mengecam dakwaan Dr Fuady sebagai tuduhana tak berasas, rasis
dan berniat jahat. Mujtahid menegaskan, Malaysia kini sedang bergerak ke hadapan menuju sebuah
negara yang inklusif dan merata keadilan.

Anda mungkin juga menyukai